Koleksi Gambar

Thursday, December 13, 2018

Tuesday, August 28, 2018

Thursday, July 26, 2018

Little Family

We are three. Coming soon 4.

Pesta Buku PWTC Jadikan Tradisi

PBAKL datang lagi. Acara tahunan yang ditunggu2 setiap tahun.

Walid awal awal lagi dah berjanji dengan ummi nak bawa ke pesta buku. Sebelum pergi Ummi siapkan kerja rumah dan siapkan bekalan buat pengalas perut.

Nanti kami akan mencari ruang santai tingkat tiga PWTC sambil.menghamparkan tilam nipis Ammar Yasir, keluarkan bekalan yang ada dan nikmati perkelahan tradisi dikelilingi pencinta pesta buku.  Ammar yang teruja pasti akan kesukaan atau jika letih tertidur nyenyak di lantai karpet beralas dengan cuaca 20' c.

Tahun lepas PBAKL diadakan di Maeps. Siapalah Maeps berbanding PWTC. Tempat tradisi yang menganyam banyak memori kepada pengejar pesta ini.

Ummi lepaskan tangan Ammar... Ammar nak jalan sendiri.

Ummi .. ada didi and friends

Ummi ramainya orang... apa tu ummi ... buku... ammar suka. Macam yang Ummi ajar tu.

Walid... ammar penat.. nak duduk

Walid boleh panjat dan main main

Itulah dunia anakku yang Ummi angankan. Biar Ammar suka peata buku. Banyak bahan yang ummi nak cari untuk ammar

Buat pamduam ummi mendidik ammar

Thursday, April 12, 2018

Dia tetamu kami. Hadirnya seorang diri . Bukan sehelai sepinggang. Dengan jaminan kasih sayang TuhanNya dan sifat Pemurahnya.

Dia tetamu. Dititipkan Tuhan kepada kami sebagai amanah. Wajib kami menyantuninya.

Dia tetamu kami.

Tuesday, February 20, 2018

Ammar

Assalamualaikum

Ammar
Comelnya anak bila bercakap. Macam iye iye je patah perkataan yang keluar. Padanya semua patah ada maksud ingin disampaikan. Pada ummi pula menyambut apa yang Ammar katakan dengan isu yang ummi rasa mesra antara anak dan ibu.

Subhanallah besarnya jiwamu wahai anak manusia. Keyakinanmu tinggi. Tawakkalmu harus menjadi teladan ummi dan walid.

Dalam membesarkan Ammar Ummi cuba respect apa perilaku Ammar.
Hatta waktu Ammar menangis dan buat perangai.

Dalam hati Ummi cuba menasihati supaya fahami anakmu. Menangis adalah cara dia berkomunikasi. Menyampaikan mesej supaya difahami. Bila Ammar marah... itu juga  komunikasi.

Ya Allah pandulah aku ibu dan bapanya mendidik dan mengimarahkan anakanda Ammar Yasir menyuburkan bumimu.

Alhamdulillah.

Friday, February 16, 2018

Aktiviti Ammar

Demi Masa

Assalamualaikum

Blog yang bersawang.
Kesian kamu
Tuanmu ini benar2 tidak memanfaatkan kamu. Bukannya sukar...
Hanya dihujung jari pelbagai peristiwa boleh dirakam
Cerita benar boleh diteladani
Ilmu boleh dikongsi
Sayangnya tuanmu ini benar2 merugikan masa.
Waktu kedepan tidak mungkin berulang
Banyak yang terlepas.

Kini kau yang bersawang diziarahi

Moga timbul insaf dan ingin berubah

Tidak mengharap pelawat. Biarlah tidak dikenali.

Wednesday, January 31, 2018

Pak Cik Hassan Meninggal

Lama betul x update blog.

Hari ini Pak cik Hassan meninggal dunia.