Pemimpin venezuela Hugo Chavez yang dikenali anti dengan dasar Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia hari ini kerana sakit kanser.
6.3.12
Wednesday, March 6, 2013
Presiden Hugo Chavez meninggal dunia
Tuesday, March 5, 2013
Tempat: PPUM
Masa: 11.43am
Pakaian: kelabu
Perasaan: agak stress.
Okay, cerita hari ini saya pergi PPUM. Doktor Rasul cek dan scan aku. Malu, memanglah. Rasa macam nak jerit suruh panggil nurse atau doktor perempuan. Tapi nak buat macam mana. Apa cerita? Cyst sebelah kiri 2.8 cm kanan 3.6 cm Saluran kiri dan kanan membengkak berisi air macam paip getah katanya. Fibroid bukan masalah besar. Chances iui minus 10%. Telur yang membesar cuma yang disebelah kanan: anggaran 6.5 cm. Mungkin dalam 1-2 hari telur pecah. Treatment seterusnya ialah iui atas permintaan suami. Tapi doktor sendiri tak boleh jamin sebab Kalau doktor inject sperma ke dalam telor ketika telor tu pecah, cuma ditakuti air dari tiub masuk dalam telor tu dan telor tu tak selamat lagi. Jadi aku dan suami tak boleh nak berharap. Dikhuatiri air masuk ke dalam telor dan mani yang telah disatukan. Harapan cuma bergantung kepada Allah supaya proses ni berjaya. Oh, telor kita cuma boleh bertahan selama 18 jam sahaja. Dan jika kita bersetubuh selepas itu, memanglah tiada peluang mengandung sebab masa dah expired. Perasaan saya, susah aku nak cakap. Nak excited tak boleh. Hanya buat rileks dan sabar sahajalah. Suami dah decide iui untuk 2 cycle ni. Kalau tak boleh juga terpaksalah buat ivf. Done.... Proses seterusnya. Esok kena ambil ubat pecah telur, kena cucuk katanya. Khamis 7.3.13 datang balik PPUM, keluarkan sperma dan doktor akan cuci serta masukkan ke dalam rahim. Hari ke 21 datang balik untuk cek samada saya mengandung atau tidak.
*catatan ini lebih kepada nota buat diri saya sendiri untuk rujukan pada masa hadapan.

Sunday, February 24, 2013
jauh hati
Nasri: semalam lagi saya tunggu awak.....
(Nada suaranya seakan jauh hati. Mengharapkan saya memahami hatinya).
Saya: tunggu apa....
(Saya tertanya-tanya salah saya. Ada yang tak complete lagikah? Mula saya pikir yang bukan-bukan)
Nasri: awak tak ucapkan terima kasih pun. Macam tak suka jer.....
Hohoho, maaflah sayang, saya memang suka sangat pemberian ini. Balik daripada low yat semalam rasa gembira taklah saya zahirkan sampai gedik2 macam selalu. Banyak perkara serius bermain di minda.
Terima kasih kanda (en nasri suruh panggil kanda.... bila masanyalah... maklumlah dah naik pangkat).
* lepas ni harap rajinlah saya upgrade blog dengan samsung galaxy tab 10 inci yang saya namakan snow white hadiah dari suami.

Wednesday, January 2, 2013
Bahana Marah Melulu Dalam FB
Facebook sekarang telah menjadi medium untuk manusia meluahkan rasa hati, tak puas hati , sindiran, teguran dan meluahkan kemarahan. Apa yang saya sentuh ialah yang berkaitan terkena dengan batang hidung saya. Memang seronok apabila luahan tak puas hati kita ini dibaca dan disokong oleh sahabat facebook walaupun kita tak pernah bersua muka. Apatah lagi apabila luahan berbaur sindiran atau kemarahan ini menjentik hati orang yang ditujukan itu.
Kalau yang cepat melatah pasti cepat balasnya. Kalau yang fikir panjang, dia akan diam dan biarkan orang itu melenting sorang-sorang. Malu pada orang luar yang kononnya menjadi juri, penasihat, penyokong tegar mahupun sahabat sejati yang memahami (betulkah?) apabila perbalahan menjadi tontonan.
Apabila dah lama sikit apabila fikiran dah rasional atau urat dah betul, masa itulah rasa menyesal, terlajak kata dan kalau boleh diundur mahu rasanya tahan sekejap perasaan marah. Sayangnya nasi dah jadi bubur, hati-hati diluar sana benar-benar terluka. apatah lagi kalau darah daging. kalau tak saudara mara pun, bukankah muslim dan muslim yang lain itu bersaudara.
Beberapa minggu lalu ada salah faham yang berlaku yang melibatkan saya. Tiba-tiba saya mendapat panggilan yang membahasakan saya 'ustazah' yang jaga tepi kain orang atau suka menyampai. Oklah. Saya ok walaupun hati terluka sangat-sangat.
Apa yang saya lihat isu ini sebagai sangkaan dan hasutan syaitan yang tidak dapat dibendung. Kalau betul, lihatlah intipatinya. Jika nasihat sepatutnya kita diluar situ patutlah berterima kasih ada orang yang ambil berat. Kalau tidak pun selidiklah dahulu. Rasa marah siapa pun boleh marah. Tapi kawallah rasa marah supaya tidak menjadi kebencian orang, atau tidak diadili orang sebagai kebodohan.
Kepada orang itu, nasi sudah menjadi bubur, banyak hati yang terluka, terima kasih kerana memberitahu siapa diri anda sebenarnya. Ya, hak berbicara hak anda, tetapi hak memaafkan atau sebaliknya hak siapa? .
Wednesday, November 14, 2012
Boring.
Sejak akhir-akhir ini saya berasa sungguh keseorangan. Manakan tidak, dulu saya aktif dan sekarang agak kurang berinteraksi dengan orang ramai. Rutin harian hidup saya kalau nak dipresentationkan agak kosong. Kalau cerita bab ni, malas rasanya saya nak toleh kebelakang. Apa yang penting pandang kehadapan, baiki hubungan dengan Allah.
Kadangkala punca hati kosong hidup kosong puncanya adalah dari dalaman juga. Tanyalah hati, tanyalah Iman, ukurlah tahap Taqwa kita.
Hari ini adalah bulan terakhir dalam bulan Islam. Jangan Lupa membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. (google ajalah).
Kekosongan saya hanya terisi bila suami balik daripada kerja. Tahu tak? Dulu saya berhenti kerja sebab nak concentrate untuk rawatan dapatkan anak dan tumpukan perhatian untuk memajukan diri dalam perniagaan. Tapi sekarang, perniagaan bukanlah perkara yang saya sangat kejar seperti dahulu. Rawatan masih berjalan tetapi ... ah susah saya nak luahkan.
*biler booring baca tulisan ni, macam tu lah saya boring.
Monday, November 12, 2012
Hari ini mood romantik sikit, bersama cik abang. Hai, takder anak nak dimanjakan bermanjalah dengan suami yang digelar sayang. Susahlah nak tukar panggilan ke panggilan kebiasaan orang Melayu membahasakan diri suami mereka dengan panggilan 'abang'. Kalau habis idea pun saya bahasakan 'awak' sahaja. Kalau dengar dek budak Indon, maunya diorang bantai ketawa bila dengar saya sebut 'wak wak jer'.
Kuala Lumpur pun sekarang ini hujan sahaja. Pagi bawa kepetang mendungnya. Ada juga terfikir, kalau KL ni satu hari nanti dilanda salji pun tak heran sebab mendung dah macam kat 'oversea'.
Bulan depan ni ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8. Sekarang saya dan suami tengah menjalani rawatan di PPUM atas saranan sahabat saya. Katanya dia puas hati dengan rawatan di PPUM dan setelah melalui IUI kali kedua barulah dia berjaya mengandung.
28 hari bulan November 2012 ni ayah saya akan balik daripada menunaikan haji. Insyaallah kalau tiada aral suami dan saya akan balik ke Penang untuk persiapan sambutan. Abang Long saya pula akan berkahwin bulan Disember ini. Emm! agak sibuk juga kan!
Subscribe to:
Posts (Atom)