Entah kenapa tercuit betul hati ni dengar sesuatu yang melucukan . Pecah ketawa saya yang sedang tidur ni. Nasri yang tidur lena terganggu dan menggerakkan saya. Apa yang saya perasan dia memanggil saya 2 ke 3 kali tetapi saya ketawa juga. Lucu sungguh sungguh. Respon saya pada pertanyaannya ialah mengekek ketawa terus terusan.
Kepala otak saya ketika itu sempat berfikir mungkin suami saya salah faham kelakuan saya. Nak juga buat jahat dengan buat buat lupa .
Tamparan Nasri perlahan singgah 3 kali di pipi saya kerana takut yang ketawa itu bukan saya terasa menyengat betul rasanya. Itulah peristiwa mengigau saya. 2 , 3 hari lepas.
Monday, January 13, 2014
Rasuk atau ngigau
Upgrade hset
Hari ini selepas habis kerja kami suami isteri pergi ke Plaza Low Yat . Al kisahnya bukanlah mengada nak tukar hand set tetapi hand set suami saya dah buat hal. Tapi bukan nak puji, suami saya memang cermat dan sayang barang betul hinggakan sampai betul betul perlu sahaja baru dia tukar hand set.
Nokia ekspress music dibeli 7 tahun yang lepas. Cute sahaja telefonnya. Pakai pun terasa solid sahaja. Memang berjasa betul .
Hari ini suami mengadu skrin sesentuh tidak berfungsi dengan baik.
Akhirnya kami membuat keputusan pergi ke Low Yat walaupun hari sudah malam.
Kesudahannya samsung s3 5.5 inci menjadi milik esklusif suami.
Harga rm 2399 berwarna merah.
Spate part lain beli kemudianlah. Beli sahaja di luar sebab murah sikit.
Sunday, January 12, 2014
Sharon on the way ke neraka....
Wednesday, January 1, 2014
Ikan keli mabuk
SUNGAI RAMBAI, 1 Januari 2014. Keadaan di empangan Sungai Rambai yang tenang dikejutkan dengan kehadiran beratus ratus ikan ikan keli yang mabuk air masin dan terdampar ditepi tasek. Ramai penduduk setempat mengambil kesempatan dengan menyauk rezeki yang tidak disangka ini termasuklah suami saya. Ada jugalah hasil yang melebihi 5 kg yang diraih. Perasaan sungguh sungguh teruja kerana ikan didapati tanpa susah payah dan rezeki ini saya anggap durian runtuh. Ikannya ada sebesar betis saya atau lengan saya yang mantap ini. Ini saya anggap kejutan tahun baru .....syukur sangat kepada Allah. Segala puji hanya bagi Allah yang mengurniakan kegembiraan, rezeki melimpah ruah dan mudah sangat.
Muhasabah dari kisah orang lain
Ani seorang yang mempunyai kelulusan ijazah pentadbiran perniagaan dari salah sebuah institusi pengajian tinggi di dalam negara. Berasal daripada keluarga yang susah dan merupakan harapan keluarga. Rumah Ani kecil dan tidak mempunyai bilik yang cukup sebagai layaknya rumah yang sempurna.
Habis sahaja belajar Ani menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Indonesia sehingga melahirkan 3 orang anak. Hubungan Ani dengan keluarga terputus terus kerana Ani menyangka dia akan dibuang keluarganya. Masalah timbul beberapa tahun kemudian. Ani mahu menyekolahkan anaknya tetapi tidak memiliki sumber kewangan melainkan bergantung harap dengan kekasih tidak sahnya. Sejak akhir akhir ini pula , dia dilemparkan dengan kata kata yang kesat oleh pasangannya. Anak anak yang dilahirkan dianggap kekasihnya berpunca daripada Ani yang tidak pandai menghalang daripada 'melekat'. Apabila Ani membalas ketidakpuasan hati kekasihnya, dia diugut dihalau dari kediaman sekarang. Ani sekarang betul betul tertekan dan tidak tahu mahu mengeluarkan dirinya dari masalah yang dicipta sendiri.
*cerita ini benar, wataknya ditukar nama. Sumber cerita dari panggilan telefon yang memerlukan bantuan sangat sangat. Reaksi saya tidak marah kerana tidak mahu menambah tekanan. Saya bertindak sebagai pendengar supaya dapat meringankan beban perasaan saya. Saranan saya supaya dia merujuk jabatan kebajikan masyarakat supaya nasib anak anaknya terbela. Selepas itu saya memikirkan , menaakul dan bermuhasabah musibah yang menimpanya sebagai pengajaran hidup.
Air tangan isteri ikat perut suami
Uh... laparnya. Apa ada nak makan malam ni ye....? Di rumah nasi dan lauk tidak berapa ada. Mertua, anak buah dan suami memesan mee sup dan nasi goreng ayam . 4 bungkus semuanya. Saya pula tidak tahu mahu memesan ikut keinginan. Di dapur saya lihat ada cili padi yang saya kutip 2 hari lepas. Ikan bilis sudah siap dikopek. Bawang merah, bawang putih , cili padi dan ikan bilis disatukan didalam lesung batu. Cara saya ialah menumbuk ala kadar, tidak perlu lumat. Cukuplah cili padi yang kecil munggil ini pecah dan bahan bahan lain sekadar hancur sedikit dan mengeluarkan patinya. Kemudian saya menumis sehingga agak garing tetapi tidak perlu keterlaluan untuk membuka aroma nasi goreng kampung. Garam dan perasa jika mahu saya akan masukkan sekali dengan tumisan yang sedikit berminyak. Kemudian sepinggan nasi yang cukup untuk 2 perut wanita untuk makan malam atau untuk seorang lelaki yang agak lapar ,saya masukkan ke dalam kuali. Saya goreng agak lama supaya nasi tidak lembab. Barulah namanya nasi goreng yang kick pada pendapat saya.
Pesanan sudah sampai berupa bungkusan bungkusan. Nasi saya juga siap berserta bilis goreng dan ayam yang saya kitar semula baki daripada kari ayam semalam. Itupun saya carikkan dan goreng semula bersama garam. Ok jugalah sebagai tambahan atau ubah selera daripada asyik makan kedai sahaja.
Suami saya membezakan rasa keduanya antara masakan kedai dan air tangan isteri dan ternyata pilihannya dari dapur dirumah juga.
Memang saya agak dari tadi seleranya memang begitulah.
Kata orang air tangan isteri pengikat kasih sayang.
Mood... bangga!
Selamat Datang Tahun baru 2014
Saya merayakan tahun baru di kampung pada tahun ini. Kampung Sungai Rambai yang permai. Jauh daripada hiruk pikuk bandar.
Di sini waktu paginya seperti pasar burung. Entah apalah yang diumpatkan oleh burung burung disini. Agaknya mengata tentang gelagat manusia yang tidak reti bersyukur atau hairan sebegini sibuk alam yang gelap menggerakkan manusia bersolat subuh tetapi ada yang tidak mengendahkan.
Semoga tahun 2014 lebih baik dari tahun tahun yang berlalu.
