Sunday, January 17, 2016
Sarapan Pagi di Showroom
Alhamdulillah. Semoga Abang Subrey murah rezeki belanja saya makan pagi ni. Nasi kerabu daging. Abang Adi pon dapat.
Roadshow Tesco Taman Midah Cheras
Hari ini saya duty di Tesco Taman Midah. Baru sahaja tadi saya melayan 'customer' Melayu. Orang utara juga lalu saya pon bantai cakap utara. Kalau kat rumah lidah saya susah nak sebut pelat Kedah kerana menyesuaikan dengan lorat Melaka. Kalau tidak kena buli dengan suami saja.
Oklah. Saya nak cerita bagaimana saya melihat masalah apabila berurusan dengan karenah sesetengah masyarakat.
Saya namakan pelanggan ini Mr Utara. Mr Utara tidaklah serius ingin membeli dari pengamatan saya. Mempunyai kereta Citra ( harga jual balik rendah bagi model ini, tapi kalau selepas 10 tahun masih ok).
Mr Utara meminta saya cekkan harga keretanya sedangkan saya telah bagi harga anggaran . Oklah saya turuti kehendaknya . Beralih pula cerita pinjaman kenderaan selepas selesai masalah trade in. Ooo , bila saya cadangkan buat sahaja pinjaman Islamic Mr Utara kata tinggi pula. Buat apa kita nak bergelumang dengan riba balas saya pula.
Mungkin suara saya agak tinggi tetapi sesuailah dengan tingkah laku Mr Utara yang menyusahkan saya call panel saya. Bil saya tentu berjalan, mengganggu pula Mr Robert , pakcik 'used car' saya.
Pengajarannya di sini wahai kawan-kawan, jika anda tidak serius mahu perkhidmatan saya sebagai konsultan jualan janganlah membuang masa dan wang ringgit kami. Kami hanya mahu berurusan dengan mereka yang mahu membeli perkhidmatan kami sahaja.
Skeptikal masyarakat pertengahan beginilah sikapnya kerana suka bercakap perkara yang sia-sia.
Ubahlah sikap. Hargai kami jika mahu kami menghargai anda dikemudian hari.
Saya juga golongan pertengahan tetapi apabila memasuki bidang ini saya menilai setiap tingkat masyarakat mempunyai karenah yang tersendiri. Tak percaya masuklah bidang saya.
Saturday, January 16, 2016
Wednesday, July 22, 2015
Jom guna camscanner
Friday, February 13, 2015
Semakin ke titik akhir.
Hari ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selamat dikebumikan di bumi serambi Makkah, Kelantan Darul Naim.
Minggu ini juga berlaku peristiwa di mana Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan ..... Saiful Bukhori. Siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman terhadap orang yang kita tidak tahu salah benarnya. Hakim juga manusia, tidak terlepas dari salah dan khilaf. Dan semalam berlaku peristiwa dimana pengacara sukan Hasbullan Awang telab kembali ke rahmatullah.
Masa cepatnya berlalu merampas usia kita. Siapalah kita untuk menidakkan apa yang kita miliki ini hak Allah Taala. Melihat kulitku sudah ada garis-garis halus. Kusedar amalanku masih kurang yang amat.
Pejam celik pejam celik kematian sudah amat dekat denganku.
Insan-insan yang kusayangi ibu, suamiku, ayah dan saudara mara. Maafkanlah aku di atas kekhilafanku. Kumaafka jua salah silap andai tercuai dalam menjaga adab, harta, kasih sayang dan segalanya yang tak reti kuungkapkan.