Friday, December 17, 2021
Wednesday, November 24, 2021
Sunday, September 19, 2021
Assalamualaikum. 2021 baru perasan dah lama tinggalkan Blogspot ni. Ammar pun dah besar dan bersekolah di Pasti. Budak ni dah lancar berkata kata dan dah naik Al Quran surah Al Baqarah muka surat 12 kalau tak silap.
Sudah boleh juga melontarkan buah fikiran dan semakin bijak. Alhamdulillah.Semua ini dengan izin Allah Taala.
Thursday, December 13, 2018
Tuesday, August 28, 2018
Thursday, July 26, 2018
Pesta Buku PWTC Jadikan Tradisi
PBAKL datang lagi. Acara tahunan yang ditunggu2 setiap tahun.
Walid awal awal lagi dah berjanji dengan ummi nak bawa ke pesta buku. Sebelum pergi Ummi siapkan kerja rumah dan siapkan bekalan buat pengalas perut.
Nanti kami akan mencari ruang santai tingkat tiga PWTC sambil.menghamparkan tilam nipis Ammar Yasir, keluarkan bekalan yang ada dan nikmati perkelahan tradisi dikelilingi pencinta pesta buku. Ammar yang teruja pasti akan kesukaan atau jika letih tertidur nyenyak di lantai karpet beralas dengan cuaca 20' c.
Tahun lepas PBAKL diadakan di Maeps. Siapalah Maeps berbanding PWTC. Tempat tradisi yang menganyam banyak memori kepada pengejar pesta ini.
Ummi lepaskan tangan Ammar... Ammar nak jalan sendiri.
Ummi .. ada didi and friends
Ummi ramainya orang... apa tu ummi ... buku... ammar suka. Macam yang Ummi ajar tu.
Walid... ammar penat.. nak duduk
Walid boleh panjat dan main main
Itulah dunia anakku yang Ummi angankan. Biar Ammar suka peata buku. Banyak bahan yang ummi nak cari untuk ammar
Buat pamduam ummi mendidik ammar





