Koleksi Gambar

Friday, September 28, 2012

Cinta Nabi Muhammad SAW amalkan sunnahnya

Antara sunnah nabi
-amalkan segala doa yang diajarkan sebelum melakukan sesuatu amalan
-selalu bersedeqah
-banyak menangis kurang ketawa
-selalu bermuhasabah
-Kahwin bagi yang mampu
-meramaikan ummat nabi Muhammad SAW
-Hayati practikal yang Nabi kita amalkan dan kita ikuti contohnya mematuhi adab ketika mandi,buang air, makan, minum dan sebagainya
.........................

Sekadar pesanan untuk diri sendiri. Disaat dunia heboh dengan filem Innosence Of Islam, kita kukuhkan kecintaan kita kepada Nabi SAW.

Thursday, September 27, 2012

obses kurus

Dulu badan slim, sekarang lemak sana sini, selulit lagi. Badan pula dah rasa lain macam. Macam ada bumper. Jelesnya bila tengok orang lain selim melim. Pula ada yang bagi petua makan atau ambil suplement kesihatan biasanya minumanlah.
Tapi sebelum apa-apa minta pendapat suami dahulu tentang perubahan bentuk tumbuh kita, kenalah ikut spesifikasi yang dia hendak.
Biasanya suami saya dah tak larat nak jawap soalan saya yang berulang-ulang ini

saya: awak, kita kurus ke gemuk
suami: dah oklah ni (ayat biasa, tapi rasanya tak tipu kot)
saya: (tak puas hati juga) habis tu kita balik kampung baru ni ayah saya cakap suruh ambil ubat kolesterol....
suami: ayah hang loklaq! aku jaga bukan main anak dia ,ada ka patut dia suruh ambil ubat kolesterol. Ubat tu  
kan untuk cairkan darah....
saya: ...mmmm (tak bolehlah nak menerai minuman selim tu)

Tapi baru-baru ini saya mencuba minuman untuk kesihatan yang fungsinya untuk kecergasan, tenaga dan membakar lemak. Lebih bersemangat apabila biras dan adik ipar sama-sama ambil. Nampak perubahannya. Suami mulanya membantah tetapi akhirnya akur.  Sekotak RM41.90. Tak lupa saya ambil satu paket percubaan yang dioffer oleh biras saya.

Baru sehari mencuba, badan saya mula mengalami perubahan. Bukan selimlah!

Saya hilang selera makan, suhu badan berubah tinggi, berpeluh pun ada, dan yang tak boleh tahan asal sekejap-sekejap nak kebilik air. Rasanya apa yang makan cepat-cepat dia proses. Kalau nak ikutkan teori saya ni, makan buang maksudnya rugilah sebab badan tak dapat nak ambil protin dan segala zat untuk kepentingan badan.

Percaya tak, tengok atau dengar aja nasi atau makanan lain, ada loya pula kat tekak ni. Hilang nikmat makan. Takkan mengandung pula kot?

Keadaan ini berlanjutan hingga masuk hari ketiga(hari ini). Punyalah rugi rasanya, sebab makanan yang sedap-sedap ni tak boleh nak perabis.

bukan gemok mana pun, tadi pergi gunting rambut kat kedai, kakak kedai tu pun cakap badan awak okey!...

Lepas ni Insyaallah taknak eksperiment lagi... Adoi perut memulas lagi!!!!...............



kesan 
 gagal ginjal dan gangguan hati.
 gangguan otot (myopathi). 
 risiko berkembangnya kanker pada pasien.
saranan!
 mengimbanginya dengan perubahan gaya hidup.

Wednesday, September 26, 2012

1400

apa ada pada RM1400 nilai sportrims pada aku?
baik duit tu bagi kat aku utk melabur dalam PMutual.
kadang-kadang kita membazir sebab kita buta meletakkan keperluan ditempatnya.

wei... biarlah! bukan duit aku pun.

Friday, September 21, 2012

Ibuku Sayang!


award untuk suami

dengan ini saya menghadiahkan award kepada Nasri Bin Mat Nasir kerana:

-tak banyak komplen masakan saya
-sanggup memakan makanan eksperimen saya
-tak marah bila rumah sepah (sepah sikit je)
-menjadi penasihat pakaian saya. (walaupun saya tension sebab selalu kena tukar tudung atau baju dua tiga kali).
-selalu tak banyak cakap bila saya minta sesuatu contohnya kalau takde awak cakap takpayahlah lagi atau ayat femes penting ke tak atau nantilah dulu....
.....


fasiliti kepada pelabur unit amanah- Eksklusif.

setiap pelabur unit amanah samada secara tunai, arahan debit (tolak daripada akaun bank pelabur)  dan kwsp boleh mendaftar Public Mutual Online ( saya konsultant bagi public mutual) di mana-mana public bank atau public mutual. bezanya jika anda mendaftar di public mutual anda akan mendapat id dan password  on the sport okey! Kalau tidak anda kenalah tunggu seminggu atau dua minggu pin dan id sampai ke peti pos anda.

Macamana anda nak manfaatkan public mutual online?

Rugi sangat sesiapa yang tidak memanfaatkan public mutual online. kepada pelabur-pelabur, anda boleh cek nilai unit amanah setiap hari, bila-bila masa sahaja anda mahu dalam akaun anda. Nilai terkumpul pelaburan RM ada ialah setelah dikalikan unit dengan nilai pada hari itu kalau anda ada 100000 unit dan nilainya hari itu bagi seunit ialah RM1 maka pelaburan anda berjumlah RM100000. Tapi kalau keesokkannya nilainya naik keparas RM1.50, maka jumlah pelaburan anda dalam RM ialah RM150000*.

Katakanlah anda sudah berpuas hati dengan pulangan pelaburan anda, anda boleh menjualnya dengan klik REPURCHASE dan secara automatik unit anda telah terjual dan anda hanya perlu menunggu dalam seminggu atau dua minggu cek atau wang anda dimasukkan kedalam akaun anda. (transaksi yang saya pernah buat mencatat 3 hari bekerja sahaja kemasukan wang ke dalam akaun).

Dengan nasihat konsultan anda juga boleh membeli ketika harga pasaran menurun bagi membolehkan anda mendapat lebih unit amanah. Nilai minimum pembelian hanya RM100. Nasihat saya belilah dengan kemampuan maksimum kerana selepas itu jika harga unit naik 2 sen sahaja, anda sudah boleh menikmati pulangan pelaburan.

Switching
jika anda merasakan masa yang sesuai untuk switching unit amanah anda dari fund A kepada fund B yang lebih baik pergerakannya maka anda bolehlah klik SWITCHING. Saya pernah buat switching dari Public China Ittikal kerana pergerakan graf menurun dan mencatat nilai pelaburan rendah kepada Public Islamik dividen Fund. Dalam masa tidak sampai dua bulan , kerana PIDF aktif turun naik, saya boleh menarik nafas lega kerana menerima pulangan yang menguntungkan.

Direct debit:
anda juga boleh buat membuat direct debit ketika harga unit merudum jatuh. Lebih bagus jika anda ada akun public bank dimana trnsaksi anda teramatlah mudah. (hanya dihujung jari).

Dalam Public Mutual Online juga anda boleh menukar sebarang maklumat peribadi tanpa mengisi borang.

manfaat lain?

bayangkan jika anda ada masalah kesihatan
tangan anda tak boleh digunakan untuk menurunkan tandatangan (kalau)
public mutual/public bank jauh daripada tempat anda
anda malas nak keluar
budget minyak masa dan tol....

nah segeralah manfaatkan fasiliti yang disediakan dalam public mutual online atau singkatannya PMO.

Best tak?

*contoh yang diberi hanya untuk memberi gambaran sahaja, tidak ada kaitan dengan mana-mana pelaburan

http://www.publicmutual.com.my/

konsultant unit amanah

Tahukah anda, siapakah dia konsultan unit amanah?
konsultan unit amanah sama juga dengan penasihat pelaburan unit amanah. Juga penasihat kewangan.

Apakah peranan mereka?
Peranan konsultant ialah memberi khidmat nasihat, menjaga akaun pelabur, memanagekan pelaburan anda, menggandakan simpanan dan pelaburan anda melalui kepakaran masing. Setiap orang memiliki strategi masing-masing. 

Adakah mereka ini benar-benar diakui?
Sudah pasti! Tahukah anda mereka perlu menjalani peperiksaan dan kelayakan yang memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen FIMM. Selepas itu mereka perlu mengikuti course yang Public Mutual sediakan. Malah sekarang ini mereka mempunyai banyak fasiliti termasuklah teknologi untuk memahamkan bagaimana pelaburan unit amanah berjalan.

bersambung....