Koleksi Gambar

Thursday, June 27, 2013

Hikmah disebalik kejadian

Saya bercadang untuk tukar tempat peperiksaan takaful basic exam atau kata singkatannya TBE dari OUM Jalan Tun Ismail ke Bangi mendangkan jarak yang dekat dan saya tidak perlu mengharungi jalanraya yang sesak pada pukul 5.30 petang.
Tarikh peperiksaan saya pula di sarankan di tukar seawal yang mungkin. Entah mengapa culas dan malas betul saya hendak menghubungi pihak takaful untuk pertukaran ini.
Rupanya nak dijadikan cerita , pada 26 dan 27 Jun , bapa saudara saya iaitu Pak Long telah mengambil kursus anjuran IKIM di Jalan Duta. Saya pula haruslah menjemput dia sebagaimana yang dijanjikan.
Bayangkan sekiranya saya bertolak mengharungi jem dari Bangi ke Jalan Duta. Dengan Bangi yang jem, Kajang lagi, Jalan Loke Yew Lagi, bulatan Kinabalu lagi dan sebelum nak memasuki Jalan Duta.
Balik lagilah 2x ganda jem.
Nampaknya Pak Long kena banyak-banyak bersyukur kepada Allah kerana dia simpan hasrat saya supaya saya dapat tolong Pak Long.
Saya pula kena berterima kasih kepadaNya kerana peracangannya memberi kemudahan kepada saya supaya saya tidak stress menghadapi kesesakan jalan raya.
Keputusan Exam..... Alhamdulillah dengan jayanya LULUS.

Tuesday, June 25, 2013

Temuduga

Antara soalan
MR LIM : Ada sakit?
Aku : Tak ada, tapi hati tak tau la.....

MR LIM : u kerja kena out station every month about one week..... suami u ok tak.... u pernah berjauhan dengan dia?
Aku :( tak tau nak jawab apa) saya tak pernah out station tanpa dia tapi dia selalu......

Mr Lim okey, saya okey, rasa macam joke dan loyer buruk pula.

Seperti biasa, saya ok, diterima, tetapi situasinya pasti tidak mengizinkan kerana susah suami saya nak lepaskan saya. Encik Lim dah baca itu semua berdasarkan kaji selidik dan perbualan dengan saya.

Pengajarannya ..: tak sama bujang ngan dah kahwin.

My Cat

Tuesday, June 18, 2013

2 cerita terkena yang berbeza

Suatu petang saya dalam perjalanan pulang daripada Muar menuju ke Melaka. Saya harus mengambil suami saya di tempat kerjanya kerana sudah berjanji begitu. Ketika memandu kereta saya meneguk air jambu yang cantik hijaunya dan nampak segar pula. Rasanya manis dan masam mungkin campuran dari serbuk asam. Sambil memandu, saya santai mendengar radio dan berkhayal seketika. Entah bagaimana dalam sedap meneguk air saya berasa sesuatu rasa menyengat di deria rasa lidah saya.
Otak saya menangkap dan menduga tepat rasa itu. Ya, semut kepala hitam. Mahu di luah keluar cermin kereta dengan kelajuan 90km sejam rasanya kurang sopan. Silap haribulan air akan terpercik kemuka saya kembali. Air jambu berkumpul dan tidak jadi ditelan.
Idea datang apabila melihat gelas plastik jernih yang masih berbaki suku air jambu batu ini. Tanpa membuang masa saya menyalurkan air dari mulut melalui straw ke tempat asal. Hilang masalah saya.
500 meter lagi saya hampir memasuki perkarangan Masjid Al Azim, tempat dimana saya perlu menjemput suami saya. Dalam masa yang sama, saya menerima panggilan telefon yang berkaitan dengan kerja saya. Saya melayan panggilan sehingga apabila parking dihadapan suami sayapun, perbualan belum dapat diselesaikan.
Saya menghulurkan gelas plastik berisi sisa air jambu kepada suami dengan isyarat tangan supaya dia membuang ke dalam tong sampah yang bersetentang dengan kereta kami. Saya sibuk bercakap di dalam telefon, suami pon ketika itu sedang melayani rakannya bercakap.
Perbualan selesai, suami saya masuk kedalam kereta dan saya :
Saya; dah buang air jambu tadi?
Suami ; dah habis saya buanglah
Saya:awak minum ke?
Suami : iyelah, awak yang bagi saya kan?
Saya:...............
Oh tidak.... sehingga sekarang apabila teringatkan peristiwa itu saya akan ketawa gelihati. Suami pula tidak mahu mengingati pengalaman ngeri dan meloyakan.


Kisah 2.
Saya di masukkan ke wad tingkat 10 PPUM untuk menjalani satu operation kecil yang dipanggil laparoscopy.  Sesudah menjalanI pembedahan saya dibawa ke wad dari bilik OT atau operation teater. Terasa ada jari kasar menguit tangan saya seolah memberitahu keberadaannya. Saya tahu itu suami saya. Ketika di tolak ke bilik pembedahan dia masih dalam perjalanan daripada ofis ke hospital. 

Dengan pening pening kesan ubat bius saya menggagahkan mata melayan suami dan mak cik Tangsit yang datang melawat. Mungkin kalau hanya suami sahaja yang ada saya sudah bantai tidur sahaja. Banyak cerita yang kami kongsi dan sekurang kurangnya tidaklah saya memikirkan denyutan diperut kesan pembedahan kecil tadi. Usai sahaja suami dan mak cik saya melawat, jam menunjukkan pukul 8.00 malam. Ya, mata saya mahu tidur sangat sangat. Saya terjaya pada pukul 12.30 pagi dek kehadiran nurse dengan bekalan ubat dan sedikit minuman. Baik betul nurse jaga saya. Kemudian saya terjaga lagi pada pukul 1.30 pagi , tak silap saya ketika itu nurse mengambil air kencing yang penuh di dalam plastik pundi kencing melalui saluran penutup di bawah plastik. Tak selesa sungguh saya, tapi apa boleh buat. 

Selepas itu mata saya sukar lelap mungkin kerana tidur terlalu awal. Pukul 3.30 saya terjaga dan akhirnya saya mengambil keputusan tidak tidur. Lampu dinding di hujung atas kepala saya, saya buka melalui tali yang tersedia. Ada 3 buah buku yang sedang saya habiskan sepanjang saya di wad, satu berkenaan kewangan, dua berkenaan takaful dan tiga berkenaan keagamaan. 2 sudah habis saya baca. Satu kepuasan rasanya.
Saya capai lagi satu buku sementara menanti pagi.

Badan saya berasa sungguh tidak selesa kerana hendak kencing hanya melalui saluran yang di pasang, mahu mandi, macam tak selesai dengan organ tambahan ini.
Pukul 5.30 nurse datang menjengok dan terkejut melihat saya tidak tidur, saya katakan saya terjaga awal dan minta tolong bukakan pundi, jika boleh. Nurse menolak dengan baik dan memberi alasan perlu menunggu pakar surgeons terlebih dahulu. Saya beri alasan susah mandi, tetapi nurse yang lebih arif memberi cadangan dan alternatif yang saya guna pakai selepasnya.

Saya masuk kebilik air dan mandi sepuasnya. Di dalam bilik air ada jag plastik yang saya gunakan sebagai penadah air untuk jirusan yang lebih memuaskan selain daripada paip pancuran. Akhir sekali, saya meletakkan berus gigi dan ubat gigi di dalam jag plastik supaya tidak bercampur dan terjatuh ke lantai . Ada juga terdetik mahu berkumur dengan jag plastik itu tetapi tidak jadi.

Badan sudah segar, baju sudah berganti. Ya,  betul cakap nurse tadi, tiada masalah mandi dan membersihkan diri dengan spare part baru saya. Saya membaringkan badan dan rasa mahu tidur sekejap tetapi terganggu dengan kehadiran nurse . Dalam sedar saya melihat dia menadah air kencing ke dalam bekas, kemudian masuk kebilik air. Dan baru saya sedar bekas jag plastik yang sama yang saya gunakan tadi yang digunakan untuk kegunaan membuang bahan buang badan.

Oh tak dapat saya bayangkan berapa banyak lagi air kuning dari saluran buangan yang masuk kedalam jag plastik yang saya tadah mandi dan hampir hampir saya gosok gigi dan cuci dari air yang ditadah dengan jag air.
Jag air plastik

Laparoscopy
Air jambu batu

Tuesday, May 28, 2013

Penyokong Over Load Stadium

Malam ni stadium bola sepak Pahang mencatat sejarah apabila peminat bola sepak membanjiri stadium sehingga berlaku limpahan manusi ke trek. Sultan Pahang turun ke trek dan nampak tidak puas hati dengan ciri ciri keselamatan yang tidak terjamin.
Ketua Polis Daerah mengumumkan perlawanan bola sepak malam ini terjamin keselamatannya. Selepas pengumuman dibuat, peminat Johor masing memasuki trek kerana objek yang dibaling dari luar. Bawah keatas jatuh kebawah balik.
Keputusannya perlawanan di hentikan apabila pasukan pelawat iaitu JDT membuat keputusan tidak beraksi.

Komen : Baguslah

Monday, May 20, 2013

City Dilemma!

Sudah setahun saya berhenti dari menjadi guru di sebuah sekolah agama di Bandar Tun Hussein Onn. Pada asalnya rancangan saya ialah untuk concentrate didalam Public Mutual. Tergendala sebentar kerana berniaga pasar Ramadhan. Saya tak tahu nak cari alasan apa mengapa selepas itu saya hanya bergantung pada repeat customer. Kemudian tujuan saya tersasar. Saya mula sibuk tengok iklan iklan kerja di Mudah.my. Saya jadi takut apabila melalui sesuatu interview kerana selepas itu saya terperangkap dalam dilemma untuk terima atau tidak. Tatkala hati saya mahu terima jawatan kosong itu, lalu wajah suami saya menjelma. Banyak perkara yang dia tidak setuju dengan minat dan kemahiran saya. Mungkin kerana terlalu risau atau memikirkan kebolehan saya.
Dari satu sudut mungkin ada kebaikannya. Tetapi saya yang terperangkap dengan diri sendiri dan rasa sungguh tidak adil. Tersekat semua.
Selepas itu saya mengikuti sesi ujian bertulis untuk jawatan di jabatan kerajaan. Pertaruhan sijil diploma tahun 2001 untuk jawatan kerajaan Malaysia. Kini saya menunggu jawapan setelah lulus ujian dan setelah mengikuti program accesment centre (kat borang pun nak tulis English, Oh Malaysia ku. Bahasa Melayu dah double standart)*. Dua jawatan dalam penantian samada dapat atau tidak.
Saya? Syaitan kiri dan kanan berbisik bisik perkara negatif. Maaf! dengan rendah hati dari dahulu lagi saya phobia dengan kerja kerajaan. Mungkin sebab saya biasa berdikari. Tetapi susah juga walau kerja swasta dan bergaji besar kerana apabila nak submit loan rumah percentage tak semudah dan setinggi orang kerja kerajaan walaupun mereka bergaji kecil (tengok syarikat apalah...)
Seronok melihat rakan rakan seperjuangan saya semarketing yang dah berjaya. Siap up grade lagi status kerja, tangga gaji dan investment. (Alhamdulillah, apa yang saya ada sudah mencukupi disediakan suami. )

Muktamad

Insyaallah kerjaya saya sebagai PM Consultant adalah yang termudah , terbaik, ter fleksible. Kerjaya yang tiada modal besar kerana semua fasiliti telah ada. Jika saya mahu mulakan pada awal awal dahulu, mungkin saya perlukan modal tetapi rasanya sekarang saya boleh maintain.

Jika berkerja sendiri begini, memanglah kita perlukan modal tetapi kemudilah dengan cara yang tidak membebankan.

Saya dah tak mahu berangan angan, berimpian , merancang merancang tetapi tidak berjalan. Jika ada suara halus atau suara diam yang bergema di dada, saya akan lawan dengan positif.

Apapun yang paling utama Allah first!

Sunday, May 19, 2013

Selamat Hari Lahir Suamiku

Sedang saya melayari internet saya teringatkan tarikh hari ini 19 Mei. Saya tengok jam sudah 00.39am. Maksudnya bukan 19 tetapi 20. Oh tidak.... saya lupa lagi mengucapkan awal kepada pak we saya. Hati saya melonjak suka tetapi rasa macam terlambat pun ada. Selama ini selalunya sayalah orang yang paling lambat membuat ucapan.

Dulu: saya ditegur dihadapan pelanggan merangkap rakan yang berbangsa India kerana tidak mengingati hari lahirnya. Waktu tu rasa teruk sangat apabila diperlekehkan.

Selepas daripada itu saya sedaya upaya mengingati kerana takut dikatakan tidak prihatin. Suami saya ni memang sensitif orangnya kalau kita tak ingat hari hari penting ni. Terbalik kan. Bertuah saya kerana dia selalu meraikan walaupun terlambat apabila tiba hari penting saya.

Oklah sempena birthday dia , hari ini saya nak tulis sesuatu sebagai penghargaan dan hadiah buat suami.

Situasi 1.
Kami parking kereta ditepi jalan yang gelap, kemudian kami menapak ke rumah rakan suami dikawasan taman. Kami dilayan baik dan agak lama sehingga saya merasa perlu mengambil galaxy tab untuk menunjukkan sesuatu kepada isteri tuan rumah. Lalu saya:

Saya.: saya nak gi kat kete jap.....
Dia : nak buat apa.?
Saya: ambil galaxy tab jap.....
Dia: ( macam tak bagi ambil).....
Saya : kejap je.....
Lalu saya keluar menuju kejalan raya yang agak gelap. Memang saya risau dan takut kawasan tak berlampu takut ada orang jahat tapi saya beranikan juga. Belumpun saya keluar pagar saya lihat suami turut sama keluar dan memantau saya dari situ. Kurang sikit rasa takut.

Situasi 2

Saya pergi jogging petang itu dan Alhamdulillah habis dua round Lake Valley BTHO. Esoknya saya menghadiri ujian kecergasan di Pusat Latihan Kemas ILIM.  Malamnya lesu rasa seluruh badan lebih lebih lagi kaki saya ni.
Dengan rasa prihatin seperli selalu kaki saya diurut. Saya tau dia urut macamana. Tangan dia ni buat sendi dan betis kita sakit tetapi hasilnya superb. Alhamdulillah macam selalu, sendi saya yang sakit beransur kurang serta merta.

Situasi 3

Saya dah siapkan makanan dan hidang. Selesai semuanya saya pun duduk menghadap makanan dan sultan dalam rumahtangga kami ni. Tiba tiba time tu lah pula dia minta kicap dan sos.

Dia: ala , awak dah duduk, baru nak minta tolong...
Saya : tau nak suruh ambil kicap ngan sos kan......
Dia : ( buat muka seposen, ingat saya simpati)
Saya : ala saya baru duduk, kesian saya..... awak baikkan , tolong ambil jap
Dia : ( muka malas)
Saya : (start mengira) 1, 2, ti....
Hooray dia bangun!

Selalunya macam tu lah, dia yang suruh, dia yang kena. Tak sampai hati dengar isteri merayu. Saya? Macam Ranging    pon adakan.....

Situasi 4

Dia : awak! Saya ada terbacalah buku tentang tamadun ke masyarakat 2 , 3 hari lepas.... tapi lupa buku apa....
Saya:(dengan megah dan perasan library bergerak untuk suami saya pun bangun untuk mencari seperti selalu. Reaksi dia pula, eceh pantang sebut buku)
           Buku macamana....  tak silap saya ada beli kat pesta buku baru-baru ni karya Ahmad Salaby.
Dia : ye kot, saya lupalah!
Saya: ( saya pon cari kat dalam bilik buku, uhh! Tak jumpa dalam timbunan buku baru beli yang memang saya belum susun lagi. Saya mula rasa tak puas hati sebab tak jumpa. Mustahil saya dah simpan kat rak buku.)
Dia: kalau takder takpelah ti......
Saya:mana boleh takder ( saya tak puas hati lalu saya buka galery gambar kat si tab dan tengok samada saya salah agak.) Ha! kan betul saya ada beli.... awak ada bawa pergi opis ke?
( kali ini saya pula mendesak dia. Tak puas hati selagi dia tak cakap dia ada ambil dan tertinggal kat opis atau kereta. Bukan apa kalau tiada dan tahu buku tu dimana senanglah hatI saya).

Akhirnya nak tak nak terpaksalah dia mengakui mungkin ada kat offis sebab nak hentikan soalan yang sama dari mulut saya ni.

Baru puas hati saya. Hehehe!

Cukuplah 4 situasi yang nak menggambarkan betapa kita saling memerlukan. Apapun peristiwa yang berlaku antara kita samada sedar atau tanpa disedari, kecil atau besar saya tetap mengingati dan ambil kisah. Setiap momen ada masam masam manisnya.

Happy Birthday sayang. Moga selepas ini kita dapat menjadi lebih baik antara satu sama lain kearah akhirat demi Allah dan Rasulullah SAW tercinta.