Friday, January 27, 2012
memperkenalkan jenama atau service
saya ke Butik Kiddy di carefoure bandar tun hussein onn untuk memperkenalkan media pengiklanan kami. keistimewaan sudah disebut didalam perbincangan kami didalam telefon semalam,tetapi tetap mengulang point yang diolah berlainan tetapi isinya tetap sama. itulah sebabnya sekiranya kita memasarkan barang atau service melalui talian, kita tidak digalakkan bercerita banyak. sebaiknya bawa pelanggan ke meja rundingan supaya isi disampaikan tidak berulang dan pelanggan tidak hilang excited ketika mendengar sesuatu yang segar. bagi kedai yang baru lagi, mempromosi, memperkenalkan jenama untuk menarik perhatian pengguna supaya kenal produk kita adalah amat penting. ada juga produk yang memang bergantung penuh dengan media iklan untuk bertahan lama contohnya Al Jabbar Group. masyarakat yakin apabila produk ini glamour dimata, telinga dan dari mulut ke mulut. berbalik kepada butik kiddy tadi, saya hanya menawarkan kelainan cara periklanan. ia jimat, profesional, mempunyai prospek muslim seramai 70k orang, berkemampuan, indirect dan bermaklumat . saya juga tidak boleh menjanjikan sambutan yang meriah tetapi saya percaya atas dasar usaha, masyarakat kita ada sensitiviti untuk membantu produk bumiputra kita. sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment