Saya buka facebook dan melihat entri rakan-rakan. Ada satu
entri ini daripada kaum adam yang menarik perhatian saya. Saya berkira-kira
mahu memberi komen dan membatalkannya
kemudian. Lalu saya share cerita entri ini bersama suami melalui perbualan
santai.
Suami: Melihat saya membaca entri dan saya pun bercerita
Saya: tangan di papan keyboard
Suami: awak tak payah komen apa-apalah! Saya jeles!
Saya: Taklah memang saya tak nak komen apa-apa pun.
Pada saya ini adalah salah satu contoh komunikasi berkesan
dalam hubungan suami isteri. Suami menggambarkan perasaan cemburu secara
berterus terang yang positif.
Isteri harus peka perasaan suami dan jangan sampai
menimbulkan perasaan kecil hati dan kurang senang suami. Isteri harus menerima
pernyataan benar daripada suami dengan perasaan lea dan bangga. Lega kerana
suami amat menyayangi isteri dan bangga kerana isteri yang sentiasa cemburu
apabila suami mendapat perhatian diluar sana rupanya menaruh kerisauan dan
mahukan kita member tumpuan sepenuhnya kepada suami.
Saya: saya memang
amat mengambil berat hal ini sejakkebelakangan ini kerana teramat menghargai pengorbanan suami, kasih saying dan
tumpuan yang diberikan terhadap saya selama ini. Malah saya amat akui dia
teramat bersopan satun melayani saya dan
individu disekelilingnya.
Semoga Allah merahmati suami yang saya kasihi!
No comments:
Post a Comment