Koleksi Gambar

Showing posts with label ramadhan/berniaga/bisnes/cita2. Show all posts
Showing posts with label ramadhan/berniaga/bisnes/cita2. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

banjir kuah laksa

Kisah ni berlaku ketika bulan Ramadhan baru2 ini. Encik suami balik kerumah sekejap lalu tolong kemaskan barang untuk berniaga masuk ke kereta wira kami. Nasib kaulah wira , kena ganyah buat kerja lasak.
Selesai semuanya, saya pun drivelah untuk ke bazar Ramadhan. tiba di korner kat Bandar Tun Hussein Onn Jalan Suasana /Suadamai,  tiba2 bekas kuah laksa yang yang tinggi landing turun 60 darjah lalu memuntahkan kuah laksa.
Apa lagi menjeritlah saya. Huhuhu nak nangis pun ada, penat buat juadah belum habis lagi...baru nak tambah penat satu lagi, datang bala dugaan macam ni pula. Betul2 menguji keimanan.
Kat seat depan sebelah penumpang jangan kata apalah. Dah banjir kuah laksa. Tsunami melanda layaknya dan kini banjir pula.
Time tu la bisikan serik, nak menangis pon ada. Bau kuah Laksa ni tak sedap betul bila sebati dengan karpet kete nih.
Nak telefon suami, nak telefon suami. Ini mesti kes dia tak tutup rapat macam selalu. Ha, patutlah pon!

*kalau dalam keadaan genting macam ini, walaupun bukan kesalahan kita, kita janganlah cepat melenting dan saling menuding jadi. Kalau situasi saya ini, saya patut memikirkan perasaan suami bila dengar kereta kesayangannya dilanda banjir. Walaupun saya penat dan terasa nak lepaskan geram, eloklah saya cakap baik2 walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.


ganyah: lanyak, pakai selalu

Monday, September 17, 2012

salam....  (aku tulis blog bukan untuk org baca)
mmm.. carilah ayat yang tak skema sikit...

lama betoi dah tak tulis blog (ada sapa2 heran)...
tulislah ayat 30 an sikit... hehe

oklah back tu the normal, Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa... mood nak tulis takder tp paksakan diri juga sebab dah lama tak menjengok blog sendiiri nih.

Raya dah lepas... (tahun ni taklah berabis sangat-cuba berjimat cermat)
setelah 3 tahun dok kat tmn desa baiduri ni, baru tahun ni buat open house untuk kaum2 surirumah ...
apalagi nak di share: 
tak buat puasa 6... (rugi )
badan naik kg (bahana lepas sahur n solat subuh tidur, makan kuih raya banyak)
puasa baru ni berniaga bazar Ramadhan -penat giler... mcm nak tobat tak mau dah... rasa terganggu nak buat amal ibadat cntoh target khatam Quran terbengkalai... so frust, ruginya.
penat buat juadah bawa ke pagi... qiamullail tak dapat joint
sahur pon kadang2 terlepas... bayangkan!
rutin berniaga bazar... lepas sahur dah prepare pa nak masak (bleh plak), non stop sampai petang kul 3-4-5 ptg bersiap g bazar kat jln reko, mgrib blik.kekadang buka puasa di bazar...blik umah stress agi... tengok priuk besar2, pinggn dan mgkuk2 tak basuh.... last2 capai kain telekung g Terawih..huh tenangnya. hilang bayangan umah sepah.

kerana tak tahan saya resign berniaga selepas dua minggu.

luahan kepada encik Suamiku tersayang:
sayang! tkasih sebab carikan tapak berniaga untuk saya (w/pun tanpa pengetahuan saya). Saya tahu awak nak suprisekan saya, nak realisasikan impian saya. Bila tanya nak meniaga apa, laksa , tu jwpn awak. Rupanya awak betul2 anggap kata2 saya (tiap kali kita g pasar malam atau makan kat restoren dulu time muda2 saya akan cri laksa dan sebut kalau nak meniaga, nak meniaga laksalah).
Modal tapak awak keluarkan, modal beli barang pon awak keluarkan, bab tolong itu ini jgn katalah. Cuma bab memasak saja awak tak campur sebab awak kerja. 
saya akui saya memang nak tolak berniaga bulan Ramadhan ni. Kononnya nak cncentrate ibadah bulan Ramadhan. (kenapa saya guna ayat kononnya... jwpn kena baca habis...)
Saya tak sampai hati nak kata tidak sebab awak all out dr segi wang ringgit, pertolongan dan fasility. (mmm baiknya suami macam awak).
Masuk dua minggu kerana tidak tahan rutin memasak dan berniaga sorang2 (kadangkala awak tak dpt ikut sbb kena jadi imam terawih) saya surrender...
bila berhenti saya berniaga rasa rest sgt2!
saya tau awak frust tapi awak tak kata apa sebab awak kesian tengok saya buat sorang2.
minta maaf banyak2 ye awak cayang sebab tak teruskan.
duit berniaga semua awak serah pada saya... huhu baiknya awak ni... punyalah nak bagi bini.
maaf bebanyak sebab buat kerja tak abih.
laksa / bihun sup utara

popiah sambal... semua ni cek buat sendiri

muka penat dan tension. mcm tk ikhlas jer...
kononnya... tu jwpnnya ialah...lepas saja berniaga tamat 2 minggu saya memang tak pulun sgt beribadat. mungkin semangat  tu dah dibawa sama. dan saya betul2 menyesal... Ya Allah... Ampunkan keterlanjuranku.