Koleksi Gambar

Wednesday, January 2, 2013

Bahana Marah Melulu Dalam FB

Facebook sekarang telah menjadi medium untuk manusia meluahkan rasa hati, tak puas hati , sindiran, teguran dan meluahkan kemarahan. Apa yang saya sentuh ialah yang berkaitan terkena dengan batang hidung saya. Memang seronok apabila luahan tak puas hati kita ini dibaca dan disokong oleh sahabat facebook walaupun kita tak pernah bersua muka. Apatah lagi apabila luahan berbaur sindiran atau kemarahan ini menjentik hati orang yang ditujukan itu.
Kalau yang cepat melatah pasti cepat balasnya. Kalau yang fikir panjang, dia akan diam dan biarkan orang itu melenting sorang-sorang. Malu pada orang luar yang kononnya menjadi juri, penasihat, penyokong tegar mahupun sahabat sejati yang memahami (betulkah?) apabila perbalahan menjadi tontonan.
Apabila dah lama sikit apabila fikiran dah rasional atau urat dah betul, masa itulah rasa menyesal, terlajak kata dan kalau boleh diundur mahu rasanya tahan sekejap perasaan marah. Sayangnya nasi dah jadi bubur, hati-hati diluar sana benar-benar terluka. apatah lagi kalau darah daging. kalau tak saudara mara pun, bukankah muslim dan muslim yang lain itu bersaudara.
Beberapa minggu lalu ada salah faham yang berlaku yang melibatkan saya. Tiba-tiba saya mendapat panggilan yang membahasakan saya 'ustazah' yang jaga tepi kain orang atau suka menyampai. Oklah. Saya ok walaupun hati terluka sangat-sangat. 
Apa yang saya lihat isu ini sebagai sangkaan dan hasutan syaitan yang tidak dapat dibendung. Kalau betul, lihatlah intipatinya. Jika nasihat sepatutnya kita diluar situ patutlah berterima kasih ada orang yang ambil berat. Kalau tidak pun selidiklah dahulu. Rasa marah siapa pun boleh marah. Tapi kawallah rasa marah supaya tidak menjadi kebencian orang, atau tidak diadili orang sebagai kebodohan. 
Kepada orang itu, nasi sudah menjadi bubur, banyak hati yang terluka, terima kasih kerana memberitahu siapa diri anda sebenarnya. Ya, hak berbicara hak anda, tetapi hak memaafkan atau sebaliknya hak siapa? .