Koleksi Gambar

Friday, September 28, 2012

Cinta Nabi Muhammad SAW amalkan sunnahnya

Antara sunnah nabi
-amalkan segala doa yang diajarkan sebelum melakukan sesuatu amalan
-selalu bersedeqah
-banyak menangis kurang ketawa
-selalu bermuhasabah
-Kahwin bagi yang mampu
-meramaikan ummat nabi Muhammad SAW
-Hayati practikal yang Nabi kita amalkan dan kita ikuti contohnya mematuhi adab ketika mandi,buang air, makan, minum dan sebagainya
.........................

Sekadar pesanan untuk diri sendiri. Disaat dunia heboh dengan filem Innosence Of Islam, kita kukuhkan kecintaan kita kepada Nabi SAW.

Thursday, September 27, 2012

obses kurus

Dulu badan slim, sekarang lemak sana sini, selulit lagi. Badan pula dah rasa lain macam. Macam ada bumper. Jelesnya bila tengok orang lain selim melim. Pula ada yang bagi petua makan atau ambil suplement kesihatan biasanya minumanlah.
Tapi sebelum apa-apa minta pendapat suami dahulu tentang perubahan bentuk tumbuh kita, kenalah ikut spesifikasi yang dia hendak.
Biasanya suami saya dah tak larat nak jawap soalan saya yang berulang-ulang ini

saya: awak, kita kurus ke gemuk
suami: dah oklah ni (ayat biasa, tapi rasanya tak tipu kot)
saya: (tak puas hati juga) habis tu kita balik kampung baru ni ayah saya cakap suruh ambil ubat kolesterol....
suami: ayah hang loklaq! aku jaga bukan main anak dia ,ada ka patut dia suruh ambil ubat kolesterol. Ubat tu  
kan untuk cairkan darah....
saya: ...mmmm (tak bolehlah nak menerai minuman selim tu)

Tapi baru-baru ini saya mencuba minuman untuk kesihatan yang fungsinya untuk kecergasan, tenaga dan membakar lemak. Lebih bersemangat apabila biras dan adik ipar sama-sama ambil. Nampak perubahannya. Suami mulanya membantah tetapi akhirnya akur.  Sekotak RM41.90. Tak lupa saya ambil satu paket percubaan yang dioffer oleh biras saya.

Baru sehari mencuba, badan saya mula mengalami perubahan. Bukan selimlah!

Saya hilang selera makan, suhu badan berubah tinggi, berpeluh pun ada, dan yang tak boleh tahan asal sekejap-sekejap nak kebilik air. Rasanya apa yang makan cepat-cepat dia proses. Kalau nak ikutkan teori saya ni, makan buang maksudnya rugilah sebab badan tak dapat nak ambil protin dan segala zat untuk kepentingan badan.

Percaya tak, tengok atau dengar aja nasi atau makanan lain, ada loya pula kat tekak ni. Hilang nikmat makan. Takkan mengandung pula kot?

Keadaan ini berlanjutan hingga masuk hari ketiga(hari ini). Punyalah rugi rasanya, sebab makanan yang sedap-sedap ni tak boleh nak perabis.

bukan gemok mana pun, tadi pergi gunting rambut kat kedai, kakak kedai tu pun cakap badan awak okey!...

Lepas ni Insyaallah taknak eksperiment lagi... Adoi perut memulas lagi!!!!...............



kesan 
 gagal ginjal dan gangguan hati.
 gangguan otot (myopathi)
 risiko berkembangnya kanker pada pasien.
saranan!
 mengimbanginya dengan perubahan gaya hidup.

Wednesday, September 26, 2012

1400

apa ada pada RM1400 nilai sportrims pada aku?
baik duit tu bagi kat aku utk melabur dalam PMutual.
kadang-kadang kita membazir sebab kita buta meletakkan keperluan ditempatnya.

wei... biarlah! bukan duit aku pun.

Friday, September 21, 2012

Ibuku Sayang!


award untuk suami

dengan ini saya menghadiahkan award kepada Nasri Bin Mat Nasir kerana:

-tak banyak komplen masakan saya
-sanggup memakan makanan eksperimen saya
-tak marah bila rumah sepah (sepah sikit je)
-menjadi penasihat pakaian saya. (walaupun saya tension sebab selalu kena tukar tudung atau baju dua tiga kali).
-selalu tak banyak cakap bila saya minta sesuatu contohnya kalau takde awak cakap takpayahlah lagi atau ayat femes penting ke tak atau nantilah dulu....
.....


fasiliti kepada pelabur unit amanah- Eksklusif.

setiap pelabur unit amanah samada secara tunai, arahan debit (tolak daripada akaun bank pelabur)  dan kwsp boleh mendaftar Public Mutual Online ( saya konsultant bagi public mutual) di mana-mana public bank atau public mutual. bezanya jika anda mendaftar di public mutual anda akan mendapat id dan password  on the sport okey! Kalau tidak anda kenalah tunggu seminggu atau dua minggu pin dan id sampai ke peti pos anda.

Macamana anda nak manfaatkan public mutual online?

Rugi sangat sesiapa yang tidak memanfaatkan public mutual online. kepada pelabur-pelabur, anda boleh cek nilai unit amanah setiap hari, bila-bila masa sahaja anda mahu dalam akaun anda. Nilai terkumpul pelaburan RM ada ialah setelah dikalikan unit dengan nilai pada hari itu kalau anda ada 100000 unit dan nilainya hari itu bagi seunit ialah RM1 maka pelaburan anda berjumlah RM100000. Tapi kalau keesokkannya nilainya naik keparas RM1.50, maka jumlah pelaburan anda dalam RM ialah RM150000*.

Katakanlah anda sudah berpuas hati dengan pulangan pelaburan anda, anda boleh menjualnya dengan klik REPURCHASE dan secara automatik unit anda telah terjual dan anda hanya perlu menunggu dalam seminggu atau dua minggu cek atau wang anda dimasukkan kedalam akaun anda. (transaksi yang saya pernah buat mencatat 3 hari bekerja sahaja kemasukan wang ke dalam akaun).

Dengan nasihat konsultan anda juga boleh membeli ketika harga pasaran menurun bagi membolehkan anda mendapat lebih unit amanah. Nilai minimum pembelian hanya RM100. Nasihat saya belilah dengan kemampuan maksimum kerana selepas itu jika harga unit naik 2 sen sahaja, anda sudah boleh menikmati pulangan pelaburan.

Switching
jika anda merasakan masa yang sesuai untuk switching unit amanah anda dari fund A kepada fund B yang lebih baik pergerakannya maka anda bolehlah klik SWITCHING. Saya pernah buat switching dari Public China Ittikal kerana pergerakan graf menurun dan mencatat nilai pelaburan rendah kepada Public Islamik dividen Fund. Dalam masa tidak sampai dua bulan , kerana PIDF aktif turun naik, saya boleh menarik nafas lega kerana menerima pulangan yang menguntungkan.

Direct debit:
anda juga boleh buat membuat direct debit ketika harga unit merudum jatuh. Lebih bagus jika anda ada akun public bank dimana trnsaksi anda teramatlah mudah. (hanya dihujung jari).

Dalam Public Mutual Online juga anda boleh menukar sebarang maklumat peribadi tanpa mengisi borang.

manfaat lain?

bayangkan jika anda ada masalah kesihatan
tangan anda tak boleh digunakan untuk menurunkan tandatangan (kalau)
public mutual/public bank jauh daripada tempat anda
anda malas nak keluar
budget minyak masa dan tol....

nah segeralah manfaatkan fasiliti yang disediakan dalam public mutual online atau singkatannya PMO.

Best tak?

*contoh yang diberi hanya untuk memberi gambaran sahaja, tidak ada kaitan dengan mana-mana pelaburan

http://www.publicmutual.com.my/

konsultant unit amanah

Tahukah anda, siapakah dia konsultan unit amanah?
konsultan unit amanah sama juga dengan penasihat pelaburan unit amanah. Juga penasihat kewangan.

Apakah peranan mereka?
Peranan konsultant ialah memberi khidmat nasihat, menjaga akaun pelabur, memanagekan pelaburan anda, menggandakan simpanan dan pelaburan anda melalui kepakaran masing. Setiap orang memiliki strategi masing-masing. 

Adakah mereka ini benar-benar diakui?
Sudah pasti! Tahukah anda mereka perlu menjalani peperiksaan dan kelayakan yang memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen FIMM. Selepas itu mereka perlu mengikuti course yang Public Mutual sediakan. Malah sekarang ini mereka mempunyai banyak fasiliti termasuklah teknologi untuk memahamkan bagaimana pelaburan unit amanah berjalan.

bersambung....

Thursday, September 20, 2012

cemburu @ jeles


Saya buka facebook dan melihat entri rakan-rakan. Ada satu entri ini daripada kaum adam yang menarik perhatian saya. Saya berkira-kira mahu memberi  komen dan membatalkannya kemudian. Lalu saya share cerita entri ini bersama suami melalui perbualan santai.

Suami:   Melihat saya membaca entri dan saya pun bercerita
Saya:    tangan di papan keyboard
Suami:  awak tak payah komen apa-apalah! Saya jeles!
Saya:    Taklah memang saya tak nak komen apa-apa pun.

Pada saya ini adalah salah satu contoh komunikasi berkesan dalam hubungan suami isteri. Suami menggambarkan perasaan cemburu secara berterus terang yang positif.

Isteri harus peka perasaan suami dan jangan sampai menimbulkan perasaan kecil hati dan kurang senang suami. Isteri harus menerima pernyataan benar daripada suami dengan perasaan lea dan bangga. Lega kerana suami amat menyayangi isteri dan bangga kerana isteri yang sentiasa cemburu apabila suami mendapat perhatian diluar sana rupanya menaruh kerisauan dan mahukan kita member tumpuan sepenuhnya kepada suami.

Saya:  saya memang amat mengambil berat hal ini sejakkebelakangan ini kerana teramat  menghargai pengorbanan suami, kasih saying dan tumpuan yang diberikan terhadap saya selama ini. Malah saya amat akui dia teramat bersopan satun melayani  saya dan individu disekelilingnya.
Semoga Allah merahmati suami yang saya kasihi!

Pendapat saya tentang blog orang yang telah pergi



Ini bukan fatwa tetapi ini ialah pendapat. Pada saya Allah maha kaya dan dia menganugerahkan kita akal fikiran supaya membuka minda dan menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya.
Pada pendapat saya yang waras ini blog orang yang disayangi Allah yang mana Allah telah menjemputnya terlebih dahulu tidak ada salahnya diterbitkan selagi tidak memudaratkan, mencela dan menimbulkan fitnah.
Tidak semua orang dapat menyampaikan peristiwa,penceritaan melalui penulisan. Penulisan dapat mengubati stress dan mengembangkan bakat. Setiap yang di taip dari bait-bait kata adalah hakmilik peribadi yang tidak wajar dicerobohi selagi mana ia bermanfaat.

Bagaimana tulisan yang menggambarkan sikap, kenakalan, keremajaan danpemberontakan jiwa ? Pada saya itu adalah lumrah dan masing-masing melihat dari perspektif yang berbeza. Apa bezanya penulisan dalam bentuk novel yang terang-terang daripada khayalan penulis dan kadangkala membuai perasaan disamping  mengupas sikap dan peristiwa alam dan manusia.

Itulah pendapat saya yang amat menghargai seni bukan mengkritik melulu. Pesan saya, lihatlah yang positif sayang!.

Unit Amanah Patuh Syariah

Unit amanah patuh syariah.
Kelebihan :
-islamik
-terjamin
-selamat
-bukan skim cepat kaya
-kita tahu kemana duit itu pergi
-dilaburkan ke syarikat-syarikat besar(blue chip company)
-pelbagai
-senang nak monitor melalui PMO (investor boleh monitor harga online)
-anda beruntung kalau dapat konsultant macam saya yang akan berusaha buat duit untuk anda (menggandakan keuntungan) ada cara-caranya.
-takkan sampai nilai kosong sebab pelaburan diagih ke intrumen pasaran wang yang menjamin pendapatan)
-takkan bangkrap
-mendapat kepercayaan
-no satu di Malaysia dengan aset hampir 50 billion.
-sudah lebih 30 tahun beroperasi.

Bukti
-master prospektus (kalau skim cepat kaya, online emas mana ada prospektus)
-quaterly fund review
-Public Mutual Online

Cara-cara melabur:
-Lum sum
-Direct debit dan
-KWSP

Perbandingan:
-cuba tanya diri anda :
-kemanakah wang kwsp atau asb dilaburkan?
-fix deposit yang anda dapat keuntungan darinya dikategorikan sebagai riba. Setuju?
-Kwsp purata 5-6 % keuntungan, tahun yang dulu-dulu ada jatuh sampai 2% dividen, puas hati tak?
-Asb buat pinjaman, kita tak dapat nikmati wang pinjaman, malah kita kena bayar bulan2, kalau miss, hilang kelayakan dan nama boleh black list. Adilkah? Islamikkah? Kita yang tertipu dan teraniaya.

So: 
-jom melabur dalam unit amanah (free consultantcy- hubungi saya atau konsultant yang anda kenali)
-jangan buang masa lagi
-senang cerita kalau anda simpan RM100000, nak tak dalam masa 3 tahun wang anda berganda hingga 60% (rekod terdahulu tidak menjamin pulangan masa hadapan tetapi takkan nak lepaskan peluang) dan jadi RM160000. Siapa nak bagi duit RM60000 dalam masa 3 tahun?
-Dah dapat untung jangan lupa pulangkan 2.5% pendapatan anda... zakatkan, zakatkan!

so tunggu apa lagi.

Pahala yang terlepas- Oh ruginya!

Syurga di bawah tapak kakiibu... tapi pernah dengar tak syurga di bawah tapak kaki suami? Pada rangkap ini hanya layak untuk ibu. Untuk ibu lain pila seksyennya. Keutamaan suami bagi isteri melebihi ibu bagi wanita seperti aku.
Adalah sebuah kisah benar daripada penglipurlara yang menyayat hati yang saya dengar tadi. Kisah ini berlaku di Perak. Seorang suami yang koma akibat kemalangan akhirnya meninggal dunia setelah hampir sebulan koma. Sebenarnya di sebalik itu ada kisah yang menyayat hati yang perlu di ambil ikhtibar oleh kita semua.
Suami ini bekerja membantu ibunya di kedai makan milik keluarga. Menurut sumber daripada adik beradik yang paling rapat, lelaki tersebut seorang yang pendiam dan memiliki sifat-sifat yang terpuji. 
Menurut saksi , kereta ini di bawa laju dan terbabas ke dalam longkang. Si suami tadi katanya ternaik atas stereng yang terlipat tiga dan menghentak jantung dan paru-parunya. Isterinya yang berbadan agak gempal pula menghempap suami. Manakala si anak yang berusia 2 tahun patah kaki (dicampak keluar oleh isteri kerana khuatir keretanya akan meletup.)
Yang boleh terbuka cerita yang kurang menyenangkan ini ialah apabila keluarga si suami terdengar ibu dan bapa saudara isteri sound si isteri dengan nada tidak puas hati. Ayatnya lebih kurang begini:

"ha, puas hati kamu, kamu dan tak minta ampun dengan dia?"
"itulah kamu ni garang sangat dengan suami kamu"

Rupanya ada cerita kehidupan yang mungkin sesal pun sudah tidak berguna,  kita yang di luar sini patut mengambil ikhtibar.

Si isteri di kenali sebagai seorang yang garang dengan suami. Pernah isteri memisahkan tempat tidur dengan suami selama berbula-bulan lamanya. Isteri juga mementingkan kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesusahan suami. Jika kehendak tidak diikuti si isteri akan melenting tidak kira dihadapan saudara mara melainkan kedua ibubapa suami.

Menurut sumber pernah isteri memarahi suami kerana tidak mahu menziarahi saudaranya di Gombak kerana budget kewangan yang minimum. Namun isteri tetap berkeras. Tersalah masuk jalan pun si isteri akan angin satu badan dan membebel.

Di satu petang, kedai yang di kemudi suami menerima ramai pelanggan. Selalunya si suami akan bergegas mengambil isteri untuk dihantar kesekolah kerana berkerja di kantin sekolah dan turut menghantar kuih muih untuk jualan. Malangnya pada petang itu suaminya agak terlambat sedikit. Ibu si suami yang turut sama mengusahakan kedai makan telah berpesan kepada anaknya supaya membawa kereta perlahan-lahan demi keselamatan.

Spekulasi: (ini cuma andaian yang cenderong benar reaksi dari isteri dan keluarga ister-hanya mereka sahaja yang tahu keadaan sebenar). Si suami sampai kerumah dan isteri sudah melontarkan kata-kata yang membangkitkan kemarahan suami. Isteri mungkin sakit hati kerana suami sengaja melambat-lambatkan menjemputnya untuk ke tempat kerja. (padahal di kedai suami tak menang tangan memasak, inipun balik dlama keadaan terkejar-kejar untuk menjemput isteri, menurut ibu suami kiranya anaknya itu memandu kereta agak laju berdasarkan masa sampai kerumah) . Lalu isteri yang tidak berpuas hati menyambung bebelannya di dalam kereta.

Spekulasi: Suaminya yang selama ini memendam perasaan memprotes dengan membawa kereta laju-laju sehingga melebihi 100km per jam. (menurut saksi).

Berbalik selepas di kebumikan, saudara mara sebelah suaminya terluka dan kurang memberi layanan kepada si isteri tadi lebih-lebih lagi ibunya.

Sebenarnya dalam kes ini bukanlah kita hendak saing menuding jari atau mengata tetapi ambilllah ikhtibar kerana sesaat masa beralih, menyesal tidak sudah, hilang tempat bergandung dan keadaan sudah tidak sama seperti dahulu lagi.


ketupat palas

apa yang istimewanya ketupat palas?

ketupat palas memang istimewa. makanan tradisi yang tak semua orang boleh buat. Orang tua dulu-dulu (biasanya sebelah utara dan kelantan) memang pakar dalam pembuatan ketupat palas ni. tengok cara balut pun dah tau.

sejak bila kamu suka ketupat palas?

saya suka sejak bila... (pikir jap). sejak saya kawen ngan orang Melaka. Tiap kali musim raya rasa nak makan ketupat palas.... teringat-ingat tau. Nak buat tak pandai. Saya teringat saya beli ketupat palas untuk memenuhi rasa teringin saya kat bandar Muar dengan sorang mak cik tu. Time pergi ambil saya tertengok sesuatu yang tidak berkenan di hati. ... keluar topik nanti kita sambung pada topik yang berkenaan atau kita wujudkan soalan yang ada kaitan.

kamu pandai buat ketupat palas ker? 

Hai, tengok oranglah. Bertuah suami saya sebab dapat saya tau. Tak tahu buat pun belajar juga buat (huhu, serik makan ketupat yang beli hari tu sebab tak tahu jaminan kebersihannya). Mmm, kalaulah saya main agak-agak saja, boleh jadi fitnah kat orang tu. (hihi tak tahan geli hati bila suami kata sedap pada pagi raya tu sambil diiyakan saudara mara yang turut sama makan). Saya memang tak sentuh. Kalau cakap mati pula selera diorang tu... kesian!

kalau kamu pandai jenis apa yang selalu orang pandai buat ?

Pandai buat apa? ... buat tak tahu boleh...lawak sengal!
hehe gurau jer. 
Ketupat ada dua jenis buat pengetahuan cik kak-cik kak oii! Satu Jantan satu betina. Macam mana nak tahu jantan dan betina?... ish susah sikit nak explain. yang nampak komplikated dan susah nak buat tu ketupat jantan la. kalau betina tu, tengok rupa dah tau... eheheh

rasa ketupat palas macamana ?

Rasa pulutlah. Bila letak garam baru bangkit lemak dia tu. Tapi kalau yang tak sedap tu biasanya disebabkan lembek, kurang garam, terlebih garam atau kurang lemak, keras. ikut lidah masing-masinglah (ikut sapa yang buat, kalau saya buat mestilah sedap.)

pendapat kamu tentang ketupat palas?

kuih tradisi melayu utara yang mesti ada setiap kali raya. jadi setiap daripada kita mestilah menitik beratkan kemahiran membuatnya . seelok-eloknya satu keluarga mesti ada seorang wakil.

kalau saya bagi kamu pilihan antara ketupat palas dan ketupat nasi mana kamu pilih?

Dua-dualah. Kalau jemu yang palas boleh makan ketupat nasi pula.

kamu tak nak ker bisnes ketupat palas?

Kalau ada orang tolong modalkan, ada staff , naklah! Bos biar saya yang jadi ha!

kalau kat kl ni boleh buat duit tau!apa lagi yang bagus pasal ketupat palas?

KL semua jadi duit.... dah malas nak hurai lagi.

lagi?lagi? 

...................

...........

dan lagi?

...............

kesilap tanggapan orang terhadap ketupat palas?

Makan ketupat palas boleh jadi gemok... fakta: makan pulut mencantikkan kulit (teori sayalah!)

kamu dikelilingi orang yang pandai buat ketupat palas tak?cerita sedikit nostalgia kamu yang ada kaitan dengan ketupat palas.

Cuba tengok gambar diatas, itulah nostalgia paling manis saya.... nak tambah satu lagi, mak saya pandai buat ketupat palas... pandai sangat.

Wednesday, September 19, 2012

Talak


Pagi sebelum suami pergi kerja terjadilah perbualan ini.
Isteri:  awak, kite ade bace blog yasmin j hunwick tentang Talak, bestlah citer die (cara saya tulis pun dah terikut cara dia, bukan apa, sesekali nak jadi kanak-kanak ribena balik.ngeh! ngeh! Ngeh!)

Suami:  awak tahu tak biasanya orang yang tulis blog ni banyak yang meninggal awal? (mana fakta my cek abang dapat ni, mungkin melalui pemerhatiankah…. Ops agak dia pon sama suka buka blog, that’s why dia tau sapa mati awai sapa mati lambat)

Sebenarnya awal atau cepat itu surat tersurat dalam takdir Allah. Ajal maut rezeki dll semua Allah dah tentukan. Cuma yang istimewanya melalui blog dia meninggalkan nama yang kita kenali hanya melalui penulisan. Itulah istimewanya Yasmin J Hunwick (antara blogger2)
Sambung balik cerita tadi..

Isteri: Ini cerita tentang talak, ada kelakar, real dan ilmiah. Cerdik budak ni!

Suami: Awak tengok yang meninggal selalunya yang muda2 dan cantik!...
Isteri: Tak semestinya…

Habis cerita sebab suami dah bergegas nak ke tempat kerja.
Antara blogger yang telah pergi dengan meninggalkan penulisan yang bagus dan bermanfaat ialah Azizi Hj Abdullah aziziabdullah.blogspot.com , Nafastari (nafastari.blogspot.com)  dan Yasmin J Hunwick. http://www.misschronicz.blogspot.com/
Semoga Allah mencucuri rahmatna ke atas roh mereka. Amin.


Tuesday, September 18, 2012

banjir kuah laksa

Kisah ni berlaku ketika bulan Ramadhan baru2 ini. Encik suami balik kerumah sekejap lalu tolong kemaskan barang untuk berniaga masuk ke kereta wira kami. Nasib kaulah wira , kena ganyah buat kerja lasak.
Selesai semuanya, saya pun drivelah untuk ke bazar Ramadhan. tiba di korner kat Bandar Tun Hussein Onn Jalan Suasana /Suadamai,  tiba2 bekas kuah laksa yang yang tinggi landing turun 60 darjah lalu memuntahkan kuah laksa.
Apa lagi menjeritlah saya. Huhuhu nak nangis pun ada, penat buat juadah belum habis lagi...baru nak tambah penat satu lagi, datang bala dugaan macam ni pula. Betul2 menguji keimanan.
Kat seat depan sebelah penumpang jangan kata apalah. Dah banjir kuah laksa. Tsunami melanda layaknya dan kini banjir pula.
Time tu la bisikan serik, nak menangis pon ada. Bau kuah Laksa ni tak sedap betul bila sebati dengan karpet kete nih.
Nak telefon suami, nak telefon suami. Ini mesti kes dia tak tutup rapat macam selalu. Ha, patutlah pon!

*kalau dalam keadaan genting macam ini, walaupun bukan kesalahan kita, kita janganlah cepat melenting dan saling menuding jadi. Kalau situasi saya ini, saya patut memikirkan perasaan suami bila dengar kereta kesayangannya dilanda banjir. Walaupun saya penat dan terasa nak lepaskan geram, eloklah saya cakap baik2 walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.


ganyah: lanyak, pakai selalu

Monday, September 17, 2012

baju melayu hijau

Emm! sedang saya buat soalan peperiksaan untuk budak, tiba-tiba bunyi mesin basuh saya berbunyi seperti enjin motorbot yang rosak. Bayangkanlah bunyinya yang meresahkan dan menimbulkan tandatanya. Tetapi saya anggap itu perkara biasa kerana bukan pertama kali berlaku.
Tidak lama selepas itu ketika menyangkut pakaian saya mendapati sehelai baju kegemaran suami saya terkoyak nampak seperti terkena seterika. Ralatnya hati saya kerana baju ini masih baru dan amat disayangi suami. Ini ialah baju raya tahun lepas yang kami beli di Masjid India, dan baju ini yang sering menjadi pilihannya ketika mengacara atau terlibat dengan mana-mana majlis rasmi. Saya tertanya-tanya apakah puncanya sehingga baju ini rosak sebegini teruk. Kalau disebabkan oleh mesin basuh takkan nampak ada seperti kesan terkena besi panas. Sungguh misteri.
Kalau kesan seterika siapa yang buat? Suami saya serius tidak mengaku kerana tiada siapa yang mennyeterika baju itu. Akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa ini kesan daripada mesin basuh. Saya meletakkan baju yang saya belek-belek berkali-kali dengan hati yang ralat bersama-sama lenyapnya aura si baju hijau. Maafkan saya tuan empunya bahu. Mungkin gambar ini dapat mengubati rasa rindu memakai baju melayu itu.
    
baju hijau pucuk pisang kesayangan tuan hamba

keperluan dan kehendak

situasi 1

hari itu ada rezeki lebih
saya: awak , kita ingat nak shoppinglah!
awak: duit ada simpan. kalau barang tak penting tak payah beli.

situasi 2

saya: awak, barang dapur dah habis. petang ni kita g shopping
awak: mmm, nanti senaraikan apa yang perlu . ambil yang penting aje dulu.

situasi 3

saya: awak, krim muka kite dah nak abis.... nak beli lah!
awak: habiskan yang tu dulu.
saya: ala! nanti kena beli juga. Lagipun bulan ni ada offer. Jimat sikit!
awak: (dengan nada gurau) tu kena masuk dalam budget saya ker...?
saya: nak cantik kan untuk awak juga....
awak: ok... (sambil keluarkan duit)

situasi 4

melalui talian telefon
saya: awak, tolong belikan modes.
awak: saya?   
saya:  nape?
awak: tu pun saya yang kena jaga ker?
saya: abis... bukan ker awak yang pakai... (maksud tersirat)
awak: (tanpa banyak soal)....ok

Suami saya bukannya berkira, tetapi dia bijak mendahulukan keperluan daripada kehendak. Pada mulanya agak sukar juga saya untuk ikuti caranya. Maklumlah sebelum ini terbiasa berbelanja mewah. Kadangkala benda yang dibeli buat menyemak rumah lagi adalah. Atau sampai terbuang-buang sebab dah expired date.


period

bulan ni period dtg lewat. Ingat dah mengandung dah. Siap beli pregnancy test.Belum sempat test dah sampai masa. Mmmm cedihnya.

saya: sedih lah awak! (sambil pusing badan ngadap dinding)
suami: ala apa nak sedih, saya kan sayang awak! (sambil tarik kita....)

ups! Lampu merah daa... hehe


salam....  (aku tulis blog bukan untuk org baca)
mmm.. carilah ayat yang tak skema sikit...

lama betoi dah tak tulis blog (ada sapa2 heran)...
tulislah ayat 30 an sikit... hehe

oklah back tu the normal, Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa... mood nak tulis takder tp paksakan diri juga sebab dah lama tak menjengok blog sendiiri nih.

Raya dah lepas... (tahun ni taklah berabis sangat-cuba berjimat cermat)
setelah 3 tahun dok kat tmn desa baiduri ni, baru tahun ni buat open house untuk kaum2 surirumah ...
apalagi nak di share: 
tak buat puasa 6... (rugi )
badan naik kg (bahana lepas sahur n solat subuh tidur, makan kuih raya banyak)
puasa baru ni berniaga bazar Ramadhan -penat giler... mcm nak tobat tak mau dah... rasa terganggu nak buat amal ibadat cntoh target khatam Quran terbengkalai... so frust, ruginya.
penat buat juadah bawa ke pagi... qiamullail tak dapat joint
sahur pon kadang2 terlepas... bayangkan!
rutin berniaga bazar... lepas sahur dah prepare pa nak masak (bleh plak), non stop sampai petang kul 3-4-5 ptg bersiap g bazar kat jln reko, mgrib blik.kekadang buka puasa di bazar...blik umah stress agi... tengok priuk besar2, pinggn dan mgkuk2 tak basuh.... last2 capai kain telekung g Terawih..huh tenangnya. hilang bayangan umah sepah.

kerana tak tahan saya resign berniaga selepas dua minggu.

luahan kepada encik Suamiku tersayang:
sayang! tkasih sebab carikan tapak berniaga untuk saya (w/pun tanpa pengetahuan saya). Saya tahu awak nak suprisekan saya, nak realisasikan impian saya. Bila tanya nak meniaga apa, laksa , tu jwpn awak. Rupanya awak betul2 anggap kata2 saya (tiap kali kita g pasar malam atau makan kat restoren dulu time muda2 saya akan cri laksa dan sebut kalau nak meniaga, nak meniaga laksalah).
Modal tapak awak keluarkan, modal beli barang pon awak keluarkan, bab tolong itu ini jgn katalah. Cuma bab memasak saja awak tak campur sebab awak kerja. 
saya akui saya memang nak tolak berniaga bulan Ramadhan ni. Kononnya nak cncentrate ibadah bulan Ramadhan. (kenapa saya guna ayat kononnya... jwpn kena baca habis...)
Saya tak sampai hati nak kata tidak sebab awak all out dr segi wang ringgit, pertolongan dan fasility. (mmm baiknya suami macam awak).
Masuk dua minggu kerana tidak tahan rutin memasak dan berniaga sorang2 (kadangkala awak tak dpt ikut sbb kena jadi imam terawih) saya surrender...
bila berhenti saya berniaga rasa rest sgt2!
saya tau awak frust tapi awak tak kata apa sebab awak kesian tengok saya buat sorang2.
minta maaf banyak2 ye awak cayang sebab tak teruskan.
duit berniaga semua awak serah pada saya... huhu baiknya awak ni... punyalah nak bagi bini.
maaf bebanyak sebab buat kerja tak abih.
laksa / bihun sup utara

popiah sambal... semua ni cek buat sendiri

muka penat dan tension. mcm tk ikhlas jer...
kononnya... tu jwpnnya ialah...lepas saja berniaga tamat 2 minggu saya memang tak pulun sgt beribadat. mungkin semangat  tu dah dibawa sama. dan saya betul2 menyesal... Ya Allah... Ampunkan keterlanjuranku.