Koleksi Gambar

Thursday, September 20, 2012

cemburu @ jeles


Saya buka facebook dan melihat entri rakan-rakan. Ada satu entri ini daripada kaum adam yang menarik perhatian saya. Saya berkira-kira mahu memberi  komen dan membatalkannya kemudian. Lalu saya share cerita entri ini bersama suami melalui perbualan santai.

Suami:   Melihat saya membaca entri dan saya pun bercerita
Saya:    tangan di papan keyboard
Suami:  awak tak payah komen apa-apalah! Saya jeles!
Saya:    Taklah memang saya tak nak komen apa-apa pun.

Pada saya ini adalah salah satu contoh komunikasi berkesan dalam hubungan suami isteri. Suami menggambarkan perasaan cemburu secara berterus terang yang positif.

Isteri harus peka perasaan suami dan jangan sampai menimbulkan perasaan kecil hati dan kurang senang suami. Isteri harus menerima pernyataan benar daripada suami dengan perasaan lea dan bangga. Lega kerana suami amat menyayangi isteri dan bangga kerana isteri yang sentiasa cemburu apabila suami mendapat perhatian diluar sana rupanya menaruh kerisauan dan mahukan kita member tumpuan sepenuhnya kepada suami.

Saya:  saya memang amat mengambil berat hal ini sejakkebelakangan ini kerana teramat  menghargai pengorbanan suami, kasih saying dan tumpuan yang diberikan terhadap saya selama ini. Malah saya amat akui dia teramat bersopan satun melayani  saya dan individu disekelilingnya.
Semoga Allah merahmati suami yang saya kasihi!

No comments:

Post a Comment