Koleksi Gambar

Thursday, September 20, 2012

Pahala yang terlepas- Oh ruginya!

Syurga di bawah tapak kakiibu... tapi pernah dengar tak syurga di bawah tapak kaki suami? Pada rangkap ini hanya layak untuk ibu. Untuk ibu lain pila seksyennya. Keutamaan suami bagi isteri melebihi ibu bagi wanita seperti aku.
Adalah sebuah kisah benar daripada penglipurlara yang menyayat hati yang saya dengar tadi. Kisah ini berlaku di Perak. Seorang suami yang koma akibat kemalangan akhirnya meninggal dunia setelah hampir sebulan koma. Sebenarnya di sebalik itu ada kisah yang menyayat hati yang perlu di ambil ikhtibar oleh kita semua.
Suami ini bekerja membantu ibunya di kedai makan milik keluarga. Menurut sumber daripada adik beradik yang paling rapat, lelaki tersebut seorang yang pendiam dan memiliki sifat-sifat yang terpuji. 
Menurut saksi , kereta ini di bawa laju dan terbabas ke dalam longkang. Si suami tadi katanya ternaik atas stereng yang terlipat tiga dan menghentak jantung dan paru-parunya. Isterinya yang berbadan agak gempal pula menghempap suami. Manakala si anak yang berusia 2 tahun patah kaki (dicampak keluar oleh isteri kerana khuatir keretanya akan meletup.)
Yang boleh terbuka cerita yang kurang menyenangkan ini ialah apabila keluarga si suami terdengar ibu dan bapa saudara isteri sound si isteri dengan nada tidak puas hati. Ayatnya lebih kurang begini:

"ha, puas hati kamu, kamu dan tak minta ampun dengan dia?"
"itulah kamu ni garang sangat dengan suami kamu"

Rupanya ada cerita kehidupan yang mungkin sesal pun sudah tidak berguna,  kita yang di luar sini patut mengambil ikhtibar.

Si isteri di kenali sebagai seorang yang garang dengan suami. Pernah isteri memisahkan tempat tidur dengan suami selama berbula-bulan lamanya. Isteri juga mementingkan kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesusahan suami. Jika kehendak tidak diikuti si isteri akan melenting tidak kira dihadapan saudara mara melainkan kedua ibubapa suami.

Menurut sumber pernah isteri memarahi suami kerana tidak mahu menziarahi saudaranya di Gombak kerana budget kewangan yang minimum. Namun isteri tetap berkeras. Tersalah masuk jalan pun si isteri akan angin satu badan dan membebel.

Di satu petang, kedai yang di kemudi suami menerima ramai pelanggan. Selalunya si suami akan bergegas mengambil isteri untuk dihantar kesekolah kerana berkerja di kantin sekolah dan turut menghantar kuih muih untuk jualan. Malangnya pada petang itu suaminya agak terlambat sedikit. Ibu si suami yang turut sama mengusahakan kedai makan telah berpesan kepada anaknya supaya membawa kereta perlahan-lahan demi keselamatan.

Spekulasi: (ini cuma andaian yang cenderong benar reaksi dari isteri dan keluarga ister-hanya mereka sahaja yang tahu keadaan sebenar). Si suami sampai kerumah dan isteri sudah melontarkan kata-kata yang membangkitkan kemarahan suami. Isteri mungkin sakit hati kerana suami sengaja melambat-lambatkan menjemputnya untuk ke tempat kerja. (padahal di kedai suami tak menang tangan memasak, inipun balik dlama keadaan terkejar-kejar untuk menjemput isteri, menurut ibu suami kiranya anaknya itu memandu kereta agak laju berdasarkan masa sampai kerumah) . Lalu isteri yang tidak berpuas hati menyambung bebelannya di dalam kereta.

Spekulasi: Suaminya yang selama ini memendam perasaan memprotes dengan membawa kereta laju-laju sehingga melebihi 100km per jam. (menurut saksi).

Berbalik selepas di kebumikan, saudara mara sebelah suaminya terluka dan kurang memberi layanan kepada si isteri tadi lebih-lebih lagi ibunya.

Sebenarnya dalam kes ini bukanlah kita hendak saing menuding jari atau mengata tetapi ambilllah ikhtibar kerana sesaat masa beralih, menyesal tidak sudah, hilang tempat bergandung dan keadaan sudah tidak sama seperti dahulu lagi.


No comments:

Post a Comment