Koleksi Gambar

Wednesday, December 7, 2016

Dapat Akal

Hari ini Ammar tak banyak tidur sebagaimana semalam. Dari seawal 5 pagi sampai Magrib barulah Ammar saya nampak tidur agak puas. Mungkin dia pon penat juga. Menyusu adalah rutin dia pada hari ini. Semalam lain pula. Menyusu sekejap dan selepas itu tidur.

Sebagai ibu saya cuba menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Pastikan Ammar tidak menangis kerana saya tak sampai hati melihat emosinya terganggu jika merasa saya tidak disisinya.

Tadi baru saya berbincang dengan suami dan menyatakan pendapat saya. Seorang bayi percaya bahawa ibubapa akan melindunginya, menyayangi, memeluk, memberi kehangatan dan bagai adiwira buatnya apabila dia memerlukan. Jadi bayi itu dapat merasai siapa yang memegangnya walaupun dia belum nampak dan mendengar sepenuhnya. Mungkin apabila saya membiarkan dia menangis apabila berada didalam kendongan orang lain sehingga merasa terancam atau merasa tidak diperdulikan maka dia mendapat akal untuk menarik perhatian ibu selepas peristiwa itu. Bagaimana? Itulah kesimpulan hasil dari penaakulan saya mengapa dan mengapa Ammar yang baru berusia dua bulan dan lebih sedikit ini tidak mahu saya berenggang dengannya.

Apabila saya berfikir balik, ya .. saya ada membiarkan orang lain memegangnya lama dan walau dia menangis mengharapkan saya mengambilkan saya masih membiarkan dan mengharapkan Ammar akan biasa bersosial. Dan hari ini Ammar mendidik saya supaya menjadi ibu yang melindungi dan tidak mementingkan perasaan sendiri serta jangan menaruh kepercayaan kepada orang lain.

Bukan! Bukan saya manjakan anak, tetapi saya cuba menyelami bahawa anak saya tidak selesa didalam kendongan orang lain. Ya, orang memegang anak saya sambil bercakap agak kuat dan mungkin kasar pada Ammar. Cara orang menggendong dan bergurau seperti memeluk kuat membuatkan Ammar sakit. Lagi, mereka juga ingat Ammar suka di agah agah sedangkan walidnya selalu menegur saya jika saya memegang kuat takut-takut menyakiti bayinya ini.

Pengajarannya, jangan sesekali mengabaikan kehendak dan keperluan perasaan bayi anda kerana selepas itu ia akan mendapat akal bagaimana memberi didikan kepada anda.

Mood# tak sempat nak luruskan pinggang lagi.


Perkembangan

Boleh angkat kepala. Tegakkan leher

Menggawang tangan, boleh kontrol sendiri

Senyum

Menegur

Mencari suara ibu

 

Tuesday, November 29, 2016

Cinta Baru

Ammar Yasir
23.09.2016

Wednesday, February 17, 2016

Roller Coaster

Raj: ct, Rabu depan keluar kereta . So bu buat kerja slowly.

Cis , hari Sabtu baru ni dan Isnin ia - ia suruh aku push hari Jumaat. Kalau tak katanya terpaksa cari tempat lain. Eloklah aku dah arrange dengan laki aku ambil kereta dekat Klang. Kalau aku tau aku suruh Steven guna je hantar.

Raj: ct. Macamana kereta. Dokumen sudah siap. Hari rabu ni nak collect kereta. Semua mesti jadi. Kalau tak saya susah.

Raj: u taulah kan my auntie beli cash. She is very fassy.

Aku stress tapi aku layan je angin budak kecik ni. Umur kecik badan besar

Aku: u dont worry la . Kasi i buat kerj senang-senang today. Then i update to you supaya u boleh tidur malam.

Hari ini aku pick up tekan gear untuk inspection dan register. Nasib pula puspakom tak online. Lagilah kecut jantung aku. Tapi aku tenang. Jangan bagitau customer sebab dia panic lagi panic.

Aku telefon office suruh follow up puspakom, aku call Alif budak runner Pian dan aku kononnya call pak abu sebab nak minta tolong kawan dia. Rupanya kawan dia tu bekas kerja Puspakom. Payah. Dalam pada tu aku berdoa pada Allah Taala sepenuh harap supaya lembutkan dan gerakkan hati orang Puspakom supaya celik kes aku ni.

Aku follow Alif, Alif pula suruh aku follow up Pian. Alhamdulillah macam kuat sikit dengar nama Pian.

Petang ni aku kamceng dengan Jessie sebab share masalah Puspakom.

Syukur berjaya juga aku akhirnya register petang ni.

Esok aku harap Raj cepat-cepat pergi dengan kereta bari Triton VGT Adventure Merah Pakcik dan Mak Ciknya sekali dengan masalah yang dia bagi kat aku.

Saturday, February 13, 2016

Sunday, January 17, 2016

Kerja

Sarapan Pagi di Showroom

Alhamdulillah. Semoga Abang Subrey murah rezeki belanja saya makan pagi ni. Nasi kerabu daging. Abang Adi pon dapat.

Roadshow Tesco Taman Midah Cheras

Hari ini saya duty di Tesco Taman Midah. Baru sahaja tadi saya melayan 'customer' Melayu. Orang utara juga lalu saya pon bantai cakap utara. Kalau kat rumah lidah saya susah nak sebut pelat Kedah kerana menyesuaikan dengan lorat Melaka. Kalau tidak kena buli dengan suami saja.

Oklah. Saya nak cerita bagaimana saya melihat masalah apabila berurusan dengan karenah sesetengah masyarakat.

Saya namakan pelanggan ini Mr Utara. Mr Utara tidaklah serius ingin membeli dari pengamatan saya. Mempunyai kereta Citra ( harga jual balik rendah bagi model ini, tapi kalau selepas 10 tahun masih ok).

Mr Utara meminta saya cekkan harga keretanya sedangkan saya telah bagi harga anggaran . Oklah saya turuti kehendaknya . Beralih pula cerita pinjaman kenderaan selepas selesai masalah trade in. Ooo , bila saya cadangkan buat sahaja pinjaman Islamic Mr Utara kata tinggi pula. Buat apa kita nak bergelumang dengan riba balas saya pula.

Mungkin suara saya agak tinggi tetapi sesuailah dengan tingkah laku Mr Utara yang menyusahkan saya call panel saya. Bil saya tentu berjalan, mengganggu pula Mr Robert , pakcik 'used car' saya.

Pengajarannya di sini wahai kawan-kawan, jika anda tidak serius mahu perkhidmatan saya sebagai konsultan jualan janganlah membuang masa dan wang ringgit kami. Kami hanya mahu berurusan dengan mereka yang mahu membeli perkhidmatan kami sahaja.

Skeptikal masyarakat pertengahan beginilah sikapnya kerana suka bercakap perkara yang sia-sia.

Ubahlah sikap. Hargai kami jika mahu kami menghargai anda dikemudian hari.

Saya juga golongan pertengahan tetapi apabila memasuki bidang ini saya menilai setiap tingkat masyarakat mempunyai karenah yang tersendiri. Tak percaya masuklah bidang saya.