Koleksi Gambar

Wednesday, November 14, 2012

Boring.

Sejak akhir-akhir ini saya berasa sungguh keseorangan. Manakan tidak, dulu saya aktif dan sekarang agak kurang berinteraksi dengan orang ramai. Rutin harian hidup saya kalau nak dipresentationkan agak kosong. Kalau cerita bab ni, malas rasanya saya nak toleh kebelakang. Apa yang penting pandang kehadapan, baiki hubungan dengan Allah. 
Kadangkala punca hati kosong hidup kosong puncanya adalah dari dalaman juga. Tanyalah hati, tanyalah Iman, ukurlah tahap Taqwa kita.
Hari ini adalah bulan terakhir dalam bulan Islam. Jangan Lupa membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. (google ajalah).
Kekosongan saya hanya terisi bila suami balik daripada kerja. Tahu tak? Dulu saya berhenti kerja sebab nak concentrate untuk rawatan dapatkan anak dan tumpukan perhatian untuk memajukan diri dalam perniagaan. Tapi sekarang, perniagaan bukanlah perkara yang saya sangat kejar seperti dahulu. Rawatan masih berjalan tetapi ... ah susah saya nak luahkan.

*biler booring baca tulisan ni, macam tu lah saya boring.

Monday, November 12, 2012

Raikan Cinta!....




Hari ini mood romantik sikit, bersama cik abang. Hai, takder anak nak dimanjakan bermanjalah dengan suami yang digelar sayang. Susahlah nak tukar panggilan ke panggilan kebiasaan orang Melayu membahasakan diri suami mereka dengan panggilan 'abang'. Kalau habis idea pun saya bahasakan 'awak' sahaja. Kalau dengar dek budak Indon, maunya diorang bantai ketawa bila dengar saya sebut 'wak wak jer'.

Kuala Lumpur pun sekarang ini hujan sahaja. Pagi bawa kepetang mendungnya. Ada juga terfikir, kalau KL ni satu hari nanti dilanda salji pun tak heran sebab mendung dah macam kat 'oversea'. 

Bulan depan ni ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8. Sekarang saya dan suami tengah menjalani rawatan di PPUM atas saranan sahabat saya. Katanya dia puas hati dengan rawatan di PPUM dan setelah melalui IUI kali kedua barulah dia berjaya mengandung.

28 hari bulan November 2012 ni ayah saya akan balik daripada menunaikan haji. Insyaallah kalau tiada aral suami dan saya akan balik ke Penang untuk persiapan sambutan. Abang Long saya pula akan berkahwin bulan Disember ini. Emm! agak sibuk juga kan!



Monday, October 22, 2012

mesti mau ingat

DDI: Bank yang tolong buatkan untuk kita
RII: Public Mutual yang buatkan untuk kita.

penjelasan lanjut dalam episod akan datang k.

Rahsia pelukan

Seseorang perempuan akan merasa selamat apabila dipeluk oleh suami sendiri. Sudah pasti wanita akan merasa dirinya diberi perhatian, dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Pelukan juga merupakan sumber ketenangan apabila stress. Tetapi ada juga yang mahukan privacy dan pelukan dianggap sebagai satu  gangguan.

Adakah lelaki suka dipeluk?
Ya! Memang lelaki suka dipeluk. Ingat tak waktu zaman kanak-kanak dahulu, biasanya kanak-kanak lelaki ini amat suka mendapat layanan daripada ibu mereka. Paling rapat dengan ibu berbanding ayah. Jadi secara fitrahnya perempuan ialah sumber ketenangan.
Apabila dewasa pastilah mereka mengingini layanan istimewa, mahu dilayan seperti budak kecil dari seseorang yang keibuan.

Ada juga lelaki yang mahu isteri mereka hanya memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Jadi jangan sesekali puji lelaki lain di hadapan mereka kerana secara diam-diam mereka juga cemburu kerana kita seolah melebihkan lelaki lain daripada mereka. Contohnya " hensemnya dia" "manisnya dia sebab ada tahi lalat" "baiknya dia" "saya dulu suka dengan lelaki yang chinesse face" "kayanya dia""bestnya dia".

Ada satu fakta dimana suami suka isteri memeluknya kerana dari situ dia mengandaikan wanita memerlukan dia, wanita bergantung harap dengannya dan sebagainya.

Tetapi awas, biasanya manusia tidak sama baik lelaki mahupun wanita. Lelaki yang berjiwa romantis, sentimental tidak sama dengan lelaki yang sebaliknya. Jadi diluar sana ada yang rimas dipeluk suami/isteri masing-masing. 


Saturday, October 20, 2012

senda gurau hari Ahad ( yang dah kawen je boleh baca )

Al kisahnya si jiran suami isteri ni, isterinya digelar kakak bedak sejuk, suaminya pula botak di tengah.
Suatu hari, si suami isteri yang bukan bedak sejuk ni bercengkarama. Puaslah si suami ni kejar isteri dia satu katil. Bila dah dapat isteri, isteri pula main tarik-tarik rambut..... Tiba-tiba...

suami: cop! cop!....
isteri: kenapa?
suami: agaknya ramabut suami kakak bedak sejuk ni botak sebab nilah , orang pompuan suka tarik rambut...
isteri dan suami:  sama-sama ketawa.

Aku:   hehehe (hai gedik aja rasa)

* sorrylah last 1234 entry ni macam tak berilmiah sangat.... 

meluahkan perasaan

Facebook sekarang ni memang dah trend betul. Banyak benda yang bermanfaat kita boleh dapat daripada situ. Selalu juga saya buka dan saya dapati nasihat, perkhidmatan, cetusan pendapat, amar makruf nahi munkar etc.

Tapi ada juga yang saya menyampah dan kadang-kadang rasa nak buat contoh:

1) Meluahkan perasaan
2) masukkan gambar sendiri yang ala2 loving gitu, gambar bercuti, gambar family, makanan yang kita makan dan banyak lagi
3) cerita pasal diri sendiri
4) bebel sorang-sorang

Ini cuma segelintir sahaja.
Kesimpulannya penerimaan orang berbeza-beza. Berpada-padalah dalam sesuatu perkara. Boleh jadi ia menjadi bahana, fitnah dosa dan sebagainya.

Lainlah kalau merapu sorang-sorang sambil syok sendiri dalam blog macam i ni....

ahak (senyum sipu )!

pasar



Saya bersarapan pagi anjuran jiran paling kecil paling comel paling slim macam anak dara pun ada.
Menu ; nasi lemak, bilis, timun, ikan masin dan sambal tempe campur kentang.
Tambahan; keropok rumpai laut,getuk ubi dan kuih keria.
Selepas sesi makan ada sesi bual-bual.
Isu; - tentang mata yang dah mula rabun akibat peningkatan usia
2: kisah isteri yang baru kematian suami tapi macam tak kisah dan tak sedih pun.
3: kisah sikap suami, perbelanjaan dirumah.

Yang ketiga ini isu berat. Silap haribulan secara tidak sengaja walaupun tanpa niat, kita seolah membuka pekung didada suami. Kadang benda ni para surirumah akan menganggap hiburan dan halwa telinga tetapi ianya merupakan dosa besar. Ingat tak kisah Israk Mikraj dimana nabi menyebut bahawa Baginda SAWmelihat ramai para penghuni neraka terdiri daripada wanita. Dan satu lagi ingat tak bahawa syaitan paling suka pasar yang dihadiri kaum hawa.
Jadi harus diingat pasar bukan sekadar tempat yang semata-mata pasarbeli ikan tetapi luas pengertiannya merangkumi pasar yang penulis maksudkan.

Pasar: tempat membeli belah untuk mendapatkan keperluan dapur samada kering ataupun basah, malah peralatan apapun.

Pasar (maksud saya): tempat berkumpul.

geram tengok budok ni....

Anak jiran saya sorang ni cukup femes kat tempat mengaji . Kalau anak2 murid sini gelar dia Yuna sebab fesyen2 yang lain dari yang lain. Budak kecik kan, buat macam mana pun tetap comei. Saya cukup terhibur dengan gelagat dia. Kalau saya nak tangkap gambar, siap pose gitu. Semoga menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah. Belajar pandai-pandai ye sayang.










 

rama-rama


Salah satu hobi saya ialah tangkap gambar. Tapi saya tak fokus, tak speciallist (tul tak eja), tak study bahagian ni dan takder peralatan canggih. Cukuplah E5 Nokia hadiah daripada suami dulu. 5 mb ok ape!. Jom muhasabah Allah Tuhan pencipta yang ulung, Arkitek , very seni. Subhanallah!... Meh berzikir ramai-ramai.








Me !


Sebelum masukkan gambar ni, saya dah minta kebenaran suami dulu. Hehe! Sebenarnya untuk koleksi peribadi sahaja apa yang ada dalam blog ni. Rasanya takder sapa pun yang follow my blog. Biasanya kalau dok sorang2 dalam kete, samada tengah drive atau apa-apalah, saya memang suka perasan soran2 dah tangkap gambar sendiri. Alhamdulillah takder apa nak komplen apa saja yang Allah bagi pada saya.  Sebenarnya tangan ni dah habit nak petik camera smart phone ni..... 














p/s: mmm cute juga saya kan..... larikkkkkk!

Tuesday, October 16, 2012

jual air liur

hehe
sapa nak beli air liur?

ni sebenarnya kisah apabila kita menjual sesuatu yang mencabar. kita bercakap tentang sesuatu yang tidak dapat dipegang, dilihat dan dirasa. agak-agak sapa nak beli?

alhamdulillah setakat ini kerana keyakinan saya, dapatlah saya menjual unit amanah kerana saya pun yakin dengan produk yang saya jual. Tak perlulah saya keluarkan modal besar untuk membeli barang yang nampak kerana modal saya cuma air liur.

apabila saya yakin dengan produk, jenama, ketelusan, rekod terdahulu yang terbukti menguntungkan maka tak perlulah saya ragu-ragu ntuk membuat persembahan dengan bertenaga disamping memindahkan aura positif supaya orang lain boleh menerima produk saya.

Saturday, October 13, 2012

ayah dan ummie pergi haji

hari ini saya berada di pulau pinang, area kepala batas shj.
ayah dan ummie bakal pergi haji esok.
semoga selamat pagi dan selamat pulang.
moga dapat haji mabrur.

Monday, October 1, 2012

citer-citer (cerita-cerita)

di rumah sahabat , kak sarimah namanya.
saya memperkenalkan blog saya.
feedback dia...

kak sarimah: hui! 400 lebih dah yang mai lawat blog siti
saya: mana ada orang kenai sangat! saya ja yang banyak masuk kot...
kak sarimah: hmmm, agaknya siti saja pun dah 400 kali masuk...
saya: hahaha.... (dalam hati kawak-lawak)

Friday, September 28, 2012

Cinta Nabi Muhammad SAW amalkan sunnahnya

Antara sunnah nabi
-amalkan segala doa yang diajarkan sebelum melakukan sesuatu amalan
-selalu bersedeqah
-banyak menangis kurang ketawa
-selalu bermuhasabah
-Kahwin bagi yang mampu
-meramaikan ummat nabi Muhammad SAW
-Hayati practikal yang Nabi kita amalkan dan kita ikuti contohnya mematuhi adab ketika mandi,buang air, makan, minum dan sebagainya
.........................

Sekadar pesanan untuk diri sendiri. Disaat dunia heboh dengan filem Innosence Of Islam, kita kukuhkan kecintaan kita kepada Nabi SAW.

Thursday, September 27, 2012

obses kurus

Dulu badan slim, sekarang lemak sana sini, selulit lagi. Badan pula dah rasa lain macam. Macam ada bumper. Jelesnya bila tengok orang lain selim melim. Pula ada yang bagi petua makan atau ambil suplement kesihatan biasanya minumanlah.
Tapi sebelum apa-apa minta pendapat suami dahulu tentang perubahan bentuk tumbuh kita, kenalah ikut spesifikasi yang dia hendak.
Biasanya suami saya dah tak larat nak jawap soalan saya yang berulang-ulang ini

saya: awak, kita kurus ke gemuk
suami: dah oklah ni (ayat biasa, tapi rasanya tak tipu kot)
saya: (tak puas hati juga) habis tu kita balik kampung baru ni ayah saya cakap suruh ambil ubat kolesterol....
suami: ayah hang loklaq! aku jaga bukan main anak dia ,ada ka patut dia suruh ambil ubat kolesterol. Ubat tu  
kan untuk cairkan darah....
saya: ...mmmm (tak bolehlah nak menerai minuman selim tu)

Tapi baru-baru ini saya mencuba minuman untuk kesihatan yang fungsinya untuk kecergasan, tenaga dan membakar lemak. Lebih bersemangat apabila biras dan adik ipar sama-sama ambil. Nampak perubahannya. Suami mulanya membantah tetapi akhirnya akur.  Sekotak RM41.90. Tak lupa saya ambil satu paket percubaan yang dioffer oleh biras saya.

Baru sehari mencuba, badan saya mula mengalami perubahan. Bukan selimlah!

Saya hilang selera makan, suhu badan berubah tinggi, berpeluh pun ada, dan yang tak boleh tahan asal sekejap-sekejap nak kebilik air. Rasanya apa yang makan cepat-cepat dia proses. Kalau nak ikutkan teori saya ni, makan buang maksudnya rugilah sebab badan tak dapat nak ambil protin dan segala zat untuk kepentingan badan.

Percaya tak, tengok atau dengar aja nasi atau makanan lain, ada loya pula kat tekak ni. Hilang nikmat makan. Takkan mengandung pula kot?

Keadaan ini berlanjutan hingga masuk hari ketiga(hari ini). Punyalah rugi rasanya, sebab makanan yang sedap-sedap ni tak boleh nak perabis.

bukan gemok mana pun, tadi pergi gunting rambut kat kedai, kakak kedai tu pun cakap badan awak okey!...

Lepas ni Insyaallah taknak eksperiment lagi... Adoi perut memulas lagi!!!!...............



kesan 
 gagal ginjal dan gangguan hati.
 gangguan otot (myopathi)
 risiko berkembangnya kanker pada pasien.
saranan!
 mengimbanginya dengan perubahan gaya hidup.

Wednesday, September 26, 2012

1400

apa ada pada RM1400 nilai sportrims pada aku?
baik duit tu bagi kat aku utk melabur dalam PMutual.
kadang-kadang kita membazir sebab kita buta meletakkan keperluan ditempatnya.

wei... biarlah! bukan duit aku pun.

Friday, September 21, 2012

Ibuku Sayang!


award untuk suami

dengan ini saya menghadiahkan award kepada Nasri Bin Mat Nasir kerana:

-tak banyak komplen masakan saya
-sanggup memakan makanan eksperimen saya
-tak marah bila rumah sepah (sepah sikit je)
-menjadi penasihat pakaian saya. (walaupun saya tension sebab selalu kena tukar tudung atau baju dua tiga kali).
-selalu tak banyak cakap bila saya minta sesuatu contohnya kalau takde awak cakap takpayahlah lagi atau ayat femes penting ke tak atau nantilah dulu....
.....


fasiliti kepada pelabur unit amanah- Eksklusif.

setiap pelabur unit amanah samada secara tunai, arahan debit (tolak daripada akaun bank pelabur)  dan kwsp boleh mendaftar Public Mutual Online ( saya konsultant bagi public mutual) di mana-mana public bank atau public mutual. bezanya jika anda mendaftar di public mutual anda akan mendapat id dan password  on the sport okey! Kalau tidak anda kenalah tunggu seminggu atau dua minggu pin dan id sampai ke peti pos anda.

Macamana anda nak manfaatkan public mutual online?

Rugi sangat sesiapa yang tidak memanfaatkan public mutual online. kepada pelabur-pelabur, anda boleh cek nilai unit amanah setiap hari, bila-bila masa sahaja anda mahu dalam akaun anda. Nilai terkumpul pelaburan RM ada ialah setelah dikalikan unit dengan nilai pada hari itu kalau anda ada 100000 unit dan nilainya hari itu bagi seunit ialah RM1 maka pelaburan anda berjumlah RM100000. Tapi kalau keesokkannya nilainya naik keparas RM1.50, maka jumlah pelaburan anda dalam RM ialah RM150000*.

Katakanlah anda sudah berpuas hati dengan pulangan pelaburan anda, anda boleh menjualnya dengan klik REPURCHASE dan secara automatik unit anda telah terjual dan anda hanya perlu menunggu dalam seminggu atau dua minggu cek atau wang anda dimasukkan kedalam akaun anda. (transaksi yang saya pernah buat mencatat 3 hari bekerja sahaja kemasukan wang ke dalam akaun).

Dengan nasihat konsultan anda juga boleh membeli ketika harga pasaran menurun bagi membolehkan anda mendapat lebih unit amanah. Nilai minimum pembelian hanya RM100. Nasihat saya belilah dengan kemampuan maksimum kerana selepas itu jika harga unit naik 2 sen sahaja, anda sudah boleh menikmati pulangan pelaburan.

Switching
jika anda merasakan masa yang sesuai untuk switching unit amanah anda dari fund A kepada fund B yang lebih baik pergerakannya maka anda bolehlah klik SWITCHING. Saya pernah buat switching dari Public China Ittikal kerana pergerakan graf menurun dan mencatat nilai pelaburan rendah kepada Public Islamik dividen Fund. Dalam masa tidak sampai dua bulan , kerana PIDF aktif turun naik, saya boleh menarik nafas lega kerana menerima pulangan yang menguntungkan.

Direct debit:
anda juga boleh buat membuat direct debit ketika harga unit merudum jatuh. Lebih bagus jika anda ada akun public bank dimana trnsaksi anda teramatlah mudah. (hanya dihujung jari).

Dalam Public Mutual Online juga anda boleh menukar sebarang maklumat peribadi tanpa mengisi borang.

manfaat lain?

bayangkan jika anda ada masalah kesihatan
tangan anda tak boleh digunakan untuk menurunkan tandatangan (kalau)
public mutual/public bank jauh daripada tempat anda
anda malas nak keluar
budget minyak masa dan tol....

nah segeralah manfaatkan fasiliti yang disediakan dalam public mutual online atau singkatannya PMO.

Best tak?

*contoh yang diberi hanya untuk memberi gambaran sahaja, tidak ada kaitan dengan mana-mana pelaburan

http://www.publicmutual.com.my/

konsultant unit amanah

Tahukah anda, siapakah dia konsultan unit amanah?
konsultan unit amanah sama juga dengan penasihat pelaburan unit amanah. Juga penasihat kewangan.

Apakah peranan mereka?
Peranan konsultant ialah memberi khidmat nasihat, menjaga akaun pelabur, memanagekan pelaburan anda, menggandakan simpanan dan pelaburan anda melalui kepakaran masing. Setiap orang memiliki strategi masing-masing. 

Adakah mereka ini benar-benar diakui?
Sudah pasti! Tahukah anda mereka perlu menjalani peperiksaan dan kelayakan yang memenuhi syarat untuk mendapatkan lesen FIMM. Selepas itu mereka perlu mengikuti course yang Public Mutual sediakan. Malah sekarang ini mereka mempunyai banyak fasiliti termasuklah teknologi untuk memahamkan bagaimana pelaburan unit amanah berjalan.

bersambung....

Thursday, September 20, 2012

cemburu @ jeles


Saya buka facebook dan melihat entri rakan-rakan. Ada satu entri ini daripada kaum adam yang menarik perhatian saya. Saya berkira-kira mahu memberi  komen dan membatalkannya kemudian. Lalu saya share cerita entri ini bersama suami melalui perbualan santai.

Suami:   Melihat saya membaca entri dan saya pun bercerita
Saya:    tangan di papan keyboard
Suami:  awak tak payah komen apa-apalah! Saya jeles!
Saya:    Taklah memang saya tak nak komen apa-apa pun.

Pada saya ini adalah salah satu contoh komunikasi berkesan dalam hubungan suami isteri. Suami menggambarkan perasaan cemburu secara berterus terang yang positif.

Isteri harus peka perasaan suami dan jangan sampai menimbulkan perasaan kecil hati dan kurang senang suami. Isteri harus menerima pernyataan benar daripada suami dengan perasaan lea dan bangga. Lega kerana suami amat menyayangi isteri dan bangga kerana isteri yang sentiasa cemburu apabila suami mendapat perhatian diluar sana rupanya menaruh kerisauan dan mahukan kita member tumpuan sepenuhnya kepada suami.

Saya:  saya memang amat mengambil berat hal ini sejakkebelakangan ini kerana teramat  menghargai pengorbanan suami, kasih saying dan tumpuan yang diberikan terhadap saya selama ini. Malah saya amat akui dia teramat bersopan satun melayani  saya dan individu disekelilingnya.
Semoga Allah merahmati suami yang saya kasihi!

Pendapat saya tentang blog orang yang telah pergi



Ini bukan fatwa tetapi ini ialah pendapat. Pada saya Allah maha kaya dan dia menganugerahkan kita akal fikiran supaya membuka minda dan menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya.
Pada pendapat saya yang waras ini blog orang yang disayangi Allah yang mana Allah telah menjemputnya terlebih dahulu tidak ada salahnya diterbitkan selagi tidak memudaratkan, mencela dan menimbulkan fitnah.
Tidak semua orang dapat menyampaikan peristiwa,penceritaan melalui penulisan. Penulisan dapat mengubati stress dan mengembangkan bakat. Setiap yang di taip dari bait-bait kata adalah hakmilik peribadi yang tidak wajar dicerobohi selagi mana ia bermanfaat.

Bagaimana tulisan yang menggambarkan sikap, kenakalan, keremajaan danpemberontakan jiwa ? Pada saya itu adalah lumrah dan masing-masing melihat dari perspektif yang berbeza. Apa bezanya penulisan dalam bentuk novel yang terang-terang daripada khayalan penulis dan kadangkala membuai perasaan disamping  mengupas sikap dan peristiwa alam dan manusia.

Itulah pendapat saya yang amat menghargai seni bukan mengkritik melulu. Pesan saya, lihatlah yang positif sayang!.

Unit Amanah Patuh Syariah

Unit amanah patuh syariah.
Kelebihan :
-islamik
-terjamin
-selamat
-bukan skim cepat kaya
-kita tahu kemana duit itu pergi
-dilaburkan ke syarikat-syarikat besar(blue chip company)
-pelbagai
-senang nak monitor melalui PMO (investor boleh monitor harga online)
-anda beruntung kalau dapat konsultant macam saya yang akan berusaha buat duit untuk anda (menggandakan keuntungan) ada cara-caranya.
-takkan sampai nilai kosong sebab pelaburan diagih ke intrumen pasaran wang yang menjamin pendapatan)
-takkan bangkrap
-mendapat kepercayaan
-no satu di Malaysia dengan aset hampir 50 billion.
-sudah lebih 30 tahun beroperasi.

Bukti
-master prospektus (kalau skim cepat kaya, online emas mana ada prospektus)
-quaterly fund review
-Public Mutual Online

Cara-cara melabur:
-Lum sum
-Direct debit dan
-KWSP

Perbandingan:
-cuba tanya diri anda :
-kemanakah wang kwsp atau asb dilaburkan?
-fix deposit yang anda dapat keuntungan darinya dikategorikan sebagai riba. Setuju?
-Kwsp purata 5-6 % keuntungan, tahun yang dulu-dulu ada jatuh sampai 2% dividen, puas hati tak?
-Asb buat pinjaman, kita tak dapat nikmati wang pinjaman, malah kita kena bayar bulan2, kalau miss, hilang kelayakan dan nama boleh black list. Adilkah? Islamikkah? Kita yang tertipu dan teraniaya.

So: 
-jom melabur dalam unit amanah (free consultantcy- hubungi saya atau konsultant yang anda kenali)
-jangan buang masa lagi
-senang cerita kalau anda simpan RM100000, nak tak dalam masa 3 tahun wang anda berganda hingga 60% (rekod terdahulu tidak menjamin pulangan masa hadapan tetapi takkan nak lepaskan peluang) dan jadi RM160000. Siapa nak bagi duit RM60000 dalam masa 3 tahun?
-Dah dapat untung jangan lupa pulangkan 2.5% pendapatan anda... zakatkan, zakatkan!

so tunggu apa lagi.

Pahala yang terlepas- Oh ruginya!

Syurga di bawah tapak kakiibu... tapi pernah dengar tak syurga di bawah tapak kaki suami? Pada rangkap ini hanya layak untuk ibu. Untuk ibu lain pila seksyennya. Keutamaan suami bagi isteri melebihi ibu bagi wanita seperti aku.
Adalah sebuah kisah benar daripada penglipurlara yang menyayat hati yang saya dengar tadi. Kisah ini berlaku di Perak. Seorang suami yang koma akibat kemalangan akhirnya meninggal dunia setelah hampir sebulan koma. Sebenarnya di sebalik itu ada kisah yang menyayat hati yang perlu di ambil ikhtibar oleh kita semua.
Suami ini bekerja membantu ibunya di kedai makan milik keluarga. Menurut sumber daripada adik beradik yang paling rapat, lelaki tersebut seorang yang pendiam dan memiliki sifat-sifat yang terpuji. 
Menurut saksi , kereta ini di bawa laju dan terbabas ke dalam longkang. Si suami tadi katanya ternaik atas stereng yang terlipat tiga dan menghentak jantung dan paru-parunya. Isterinya yang berbadan agak gempal pula menghempap suami. Manakala si anak yang berusia 2 tahun patah kaki (dicampak keluar oleh isteri kerana khuatir keretanya akan meletup.)
Yang boleh terbuka cerita yang kurang menyenangkan ini ialah apabila keluarga si suami terdengar ibu dan bapa saudara isteri sound si isteri dengan nada tidak puas hati. Ayatnya lebih kurang begini:

"ha, puas hati kamu, kamu dan tak minta ampun dengan dia?"
"itulah kamu ni garang sangat dengan suami kamu"

Rupanya ada cerita kehidupan yang mungkin sesal pun sudah tidak berguna,  kita yang di luar sini patut mengambil ikhtibar.

Si isteri di kenali sebagai seorang yang garang dengan suami. Pernah isteri memisahkan tempat tidur dengan suami selama berbula-bulan lamanya. Isteri juga mementingkan kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesusahan suami. Jika kehendak tidak diikuti si isteri akan melenting tidak kira dihadapan saudara mara melainkan kedua ibubapa suami.

Menurut sumber pernah isteri memarahi suami kerana tidak mahu menziarahi saudaranya di Gombak kerana budget kewangan yang minimum. Namun isteri tetap berkeras. Tersalah masuk jalan pun si isteri akan angin satu badan dan membebel.

Di satu petang, kedai yang di kemudi suami menerima ramai pelanggan. Selalunya si suami akan bergegas mengambil isteri untuk dihantar kesekolah kerana berkerja di kantin sekolah dan turut menghantar kuih muih untuk jualan. Malangnya pada petang itu suaminya agak terlambat sedikit. Ibu si suami yang turut sama mengusahakan kedai makan telah berpesan kepada anaknya supaya membawa kereta perlahan-lahan demi keselamatan.

Spekulasi: (ini cuma andaian yang cenderong benar reaksi dari isteri dan keluarga ister-hanya mereka sahaja yang tahu keadaan sebenar). Si suami sampai kerumah dan isteri sudah melontarkan kata-kata yang membangkitkan kemarahan suami. Isteri mungkin sakit hati kerana suami sengaja melambat-lambatkan menjemputnya untuk ke tempat kerja. (padahal di kedai suami tak menang tangan memasak, inipun balik dlama keadaan terkejar-kejar untuk menjemput isteri, menurut ibu suami kiranya anaknya itu memandu kereta agak laju berdasarkan masa sampai kerumah) . Lalu isteri yang tidak berpuas hati menyambung bebelannya di dalam kereta.

Spekulasi: Suaminya yang selama ini memendam perasaan memprotes dengan membawa kereta laju-laju sehingga melebihi 100km per jam. (menurut saksi).

Berbalik selepas di kebumikan, saudara mara sebelah suaminya terluka dan kurang memberi layanan kepada si isteri tadi lebih-lebih lagi ibunya.

Sebenarnya dalam kes ini bukanlah kita hendak saing menuding jari atau mengata tetapi ambilllah ikhtibar kerana sesaat masa beralih, menyesal tidak sudah, hilang tempat bergandung dan keadaan sudah tidak sama seperti dahulu lagi.


ketupat palas

apa yang istimewanya ketupat palas?

ketupat palas memang istimewa. makanan tradisi yang tak semua orang boleh buat. Orang tua dulu-dulu (biasanya sebelah utara dan kelantan) memang pakar dalam pembuatan ketupat palas ni. tengok cara balut pun dah tau.

sejak bila kamu suka ketupat palas?

saya suka sejak bila... (pikir jap). sejak saya kawen ngan orang Melaka. Tiap kali musim raya rasa nak makan ketupat palas.... teringat-ingat tau. Nak buat tak pandai. Saya teringat saya beli ketupat palas untuk memenuhi rasa teringin saya kat bandar Muar dengan sorang mak cik tu. Time pergi ambil saya tertengok sesuatu yang tidak berkenan di hati. ... keluar topik nanti kita sambung pada topik yang berkenaan atau kita wujudkan soalan yang ada kaitan.

kamu pandai buat ketupat palas ker? 

Hai, tengok oranglah. Bertuah suami saya sebab dapat saya tau. Tak tahu buat pun belajar juga buat (huhu, serik makan ketupat yang beli hari tu sebab tak tahu jaminan kebersihannya). Mmm, kalaulah saya main agak-agak saja, boleh jadi fitnah kat orang tu. (hihi tak tahan geli hati bila suami kata sedap pada pagi raya tu sambil diiyakan saudara mara yang turut sama makan). Saya memang tak sentuh. Kalau cakap mati pula selera diorang tu... kesian!

kalau kamu pandai jenis apa yang selalu orang pandai buat ?

Pandai buat apa? ... buat tak tahu boleh...lawak sengal!
hehe gurau jer. 
Ketupat ada dua jenis buat pengetahuan cik kak-cik kak oii! Satu Jantan satu betina. Macam mana nak tahu jantan dan betina?... ish susah sikit nak explain. yang nampak komplikated dan susah nak buat tu ketupat jantan la. kalau betina tu, tengok rupa dah tau... eheheh

rasa ketupat palas macamana ?

Rasa pulutlah. Bila letak garam baru bangkit lemak dia tu. Tapi kalau yang tak sedap tu biasanya disebabkan lembek, kurang garam, terlebih garam atau kurang lemak, keras. ikut lidah masing-masinglah (ikut sapa yang buat, kalau saya buat mestilah sedap.)

pendapat kamu tentang ketupat palas?

kuih tradisi melayu utara yang mesti ada setiap kali raya. jadi setiap daripada kita mestilah menitik beratkan kemahiran membuatnya . seelok-eloknya satu keluarga mesti ada seorang wakil.

kalau saya bagi kamu pilihan antara ketupat palas dan ketupat nasi mana kamu pilih?

Dua-dualah. Kalau jemu yang palas boleh makan ketupat nasi pula.

kamu tak nak ker bisnes ketupat palas?

Kalau ada orang tolong modalkan, ada staff , naklah! Bos biar saya yang jadi ha!

kalau kat kl ni boleh buat duit tau!apa lagi yang bagus pasal ketupat palas?

KL semua jadi duit.... dah malas nak hurai lagi.

lagi?lagi? 

...................

...........

dan lagi?

...............

kesilap tanggapan orang terhadap ketupat palas?

Makan ketupat palas boleh jadi gemok... fakta: makan pulut mencantikkan kulit (teori sayalah!)

kamu dikelilingi orang yang pandai buat ketupat palas tak?cerita sedikit nostalgia kamu yang ada kaitan dengan ketupat palas.

Cuba tengok gambar diatas, itulah nostalgia paling manis saya.... nak tambah satu lagi, mak saya pandai buat ketupat palas... pandai sangat.

Wednesday, September 19, 2012

Talak


Pagi sebelum suami pergi kerja terjadilah perbualan ini.
Isteri:  awak, kite ade bace blog yasmin j hunwick tentang Talak, bestlah citer die (cara saya tulis pun dah terikut cara dia, bukan apa, sesekali nak jadi kanak-kanak ribena balik.ngeh! ngeh! Ngeh!)

Suami:  awak tahu tak biasanya orang yang tulis blog ni banyak yang meninggal awal? (mana fakta my cek abang dapat ni, mungkin melalui pemerhatiankah…. Ops agak dia pon sama suka buka blog, that’s why dia tau sapa mati awai sapa mati lambat)

Sebenarnya awal atau cepat itu surat tersurat dalam takdir Allah. Ajal maut rezeki dll semua Allah dah tentukan. Cuma yang istimewanya melalui blog dia meninggalkan nama yang kita kenali hanya melalui penulisan. Itulah istimewanya Yasmin J Hunwick (antara blogger2)
Sambung balik cerita tadi..

Isteri: Ini cerita tentang talak, ada kelakar, real dan ilmiah. Cerdik budak ni!

Suami: Awak tengok yang meninggal selalunya yang muda2 dan cantik!...
Isteri: Tak semestinya…

Habis cerita sebab suami dah bergegas nak ke tempat kerja.
Antara blogger yang telah pergi dengan meninggalkan penulisan yang bagus dan bermanfaat ialah Azizi Hj Abdullah aziziabdullah.blogspot.com , Nafastari (nafastari.blogspot.com)  dan Yasmin J Hunwick. http://www.misschronicz.blogspot.com/
Semoga Allah mencucuri rahmatna ke atas roh mereka. Amin.


Tuesday, September 18, 2012

banjir kuah laksa

Kisah ni berlaku ketika bulan Ramadhan baru2 ini. Encik suami balik kerumah sekejap lalu tolong kemaskan barang untuk berniaga masuk ke kereta wira kami. Nasib kaulah wira , kena ganyah buat kerja lasak.
Selesai semuanya, saya pun drivelah untuk ke bazar Ramadhan. tiba di korner kat Bandar Tun Hussein Onn Jalan Suasana /Suadamai,  tiba2 bekas kuah laksa yang yang tinggi landing turun 60 darjah lalu memuntahkan kuah laksa.
Apa lagi menjeritlah saya. Huhuhu nak nangis pun ada, penat buat juadah belum habis lagi...baru nak tambah penat satu lagi, datang bala dugaan macam ni pula. Betul2 menguji keimanan.
Kat seat depan sebelah penumpang jangan kata apalah. Dah banjir kuah laksa. Tsunami melanda layaknya dan kini banjir pula.
Time tu la bisikan serik, nak menangis pon ada. Bau kuah Laksa ni tak sedap betul bila sebati dengan karpet kete nih.
Nak telefon suami, nak telefon suami. Ini mesti kes dia tak tutup rapat macam selalu. Ha, patutlah pon!

*kalau dalam keadaan genting macam ini, walaupun bukan kesalahan kita, kita janganlah cepat melenting dan saling menuding jadi. Kalau situasi saya ini, saya patut memikirkan perasaan suami bila dengar kereta kesayangannya dilanda banjir. Walaupun saya penat dan terasa nak lepaskan geram, eloklah saya cakap baik2 walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu.


ganyah: lanyak, pakai selalu

Monday, September 17, 2012

baju melayu hijau

Emm! sedang saya buat soalan peperiksaan untuk budak, tiba-tiba bunyi mesin basuh saya berbunyi seperti enjin motorbot yang rosak. Bayangkanlah bunyinya yang meresahkan dan menimbulkan tandatanya. Tetapi saya anggap itu perkara biasa kerana bukan pertama kali berlaku.
Tidak lama selepas itu ketika menyangkut pakaian saya mendapati sehelai baju kegemaran suami saya terkoyak nampak seperti terkena seterika. Ralatnya hati saya kerana baju ini masih baru dan amat disayangi suami. Ini ialah baju raya tahun lepas yang kami beli di Masjid India, dan baju ini yang sering menjadi pilihannya ketika mengacara atau terlibat dengan mana-mana majlis rasmi. Saya tertanya-tanya apakah puncanya sehingga baju ini rosak sebegini teruk. Kalau disebabkan oleh mesin basuh takkan nampak ada seperti kesan terkena besi panas. Sungguh misteri.
Kalau kesan seterika siapa yang buat? Suami saya serius tidak mengaku kerana tiada siapa yang mennyeterika baju itu. Akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa ini kesan daripada mesin basuh. Saya meletakkan baju yang saya belek-belek berkali-kali dengan hati yang ralat bersama-sama lenyapnya aura si baju hijau. Maafkan saya tuan empunya bahu. Mungkin gambar ini dapat mengubati rasa rindu memakai baju melayu itu.
    
baju hijau pucuk pisang kesayangan tuan hamba

keperluan dan kehendak

situasi 1

hari itu ada rezeki lebih
saya: awak , kita ingat nak shoppinglah!
awak: duit ada simpan. kalau barang tak penting tak payah beli.

situasi 2

saya: awak, barang dapur dah habis. petang ni kita g shopping
awak: mmm, nanti senaraikan apa yang perlu . ambil yang penting aje dulu.

situasi 3

saya: awak, krim muka kite dah nak abis.... nak beli lah!
awak: habiskan yang tu dulu.
saya: ala! nanti kena beli juga. Lagipun bulan ni ada offer. Jimat sikit!
awak: (dengan nada gurau) tu kena masuk dalam budget saya ker...?
saya: nak cantik kan untuk awak juga....
awak: ok... (sambil keluarkan duit)

situasi 4

melalui talian telefon
saya: awak, tolong belikan modes.
awak: saya?   
saya:  nape?
awak: tu pun saya yang kena jaga ker?
saya: abis... bukan ker awak yang pakai... (maksud tersirat)
awak: (tanpa banyak soal)....ok

Suami saya bukannya berkira, tetapi dia bijak mendahulukan keperluan daripada kehendak. Pada mulanya agak sukar juga saya untuk ikuti caranya. Maklumlah sebelum ini terbiasa berbelanja mewah. Kadangkala benda yang dibeli buat menyemak rumah lagi adalah. Atau sampai terbuang-buang sebab dah expired date.


period

bulan ni period dtg lewat. Ingat dah mengandung dah. Siap beli pregnancy test.Belum sempat test dah sampai masa. Mmmm cedihnya.

saya: sedih lah awak! (sambil pusing badan ngadap dinding)
suami: ala apa nak sedih, saya kan sayang awak! (sambil tarik kita....)

ups! Lampu merah daa... hehe


salam....  (aku tulis blog bukan untuk org baca)
mmm.. carilah ayat yang tak skema sikit...

lama betoi dah tak tulis blog (ada sapa2 heran)...
tulislah ayat 30 an sikit... hehe

oklah back tu the normal, Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa... mood nak tulis takder tp paksakan diri juga sebab dah lama tak menjengok blog sendiiri nih.

Raya dah lepas... (tahun ni taklah berabis sangat-cuba berjimat cermat)
setelah 3 tahun dok kat tmn desa baiduri ni, baru tahun ni buat open house untuk kaum2 surirumah ...
apalagi nak di share: 
tak buat puasa 6... (rugi )
badan naik kg (bahana lepas sahur n solat subuh tidur, makan kuih raya banyak)
puasa baru ni berniaga bazar Ramadhan -penat giler... mcm nak tobat tak mau dah... rasa terganggu nak buat amal ibadat cntoh target khatam Quran terbengkalai... so frust, ruginya.
penat buat juadah bawa ke pagi... qiamullail tak dapat joint
sahur pon kadang2 terlepas... bayangkan!
rutin berniaga bazar... lepas sahur dah prepare pa nak masak (bleh plak), non stop sampai petang kul 3-4-5 ptg bersiap g bazar kat jln reko, mgrib blik.kekadang buka puasa di bazar...blik umah stress agi... tengok priuk besar2, pinggn dan mgkuk2 tak basuh.... last2 capai kain telekung g Terawih..huh tenangnya. hilang bayangan umah sepah.

kerana tak tahan saya resign berniaga selepas dua minggu.

luahan kepada encik Suamiku tersayang:
sayang! tkasih sebab carikan tapak berniaga untuk saya (w/pun tanpa pengetahuan saya). Saya tahu awak nak suprisekan saya, nak realisasikan impian saya. Bila tanya nak meniaga apa, laksa , tu jwpn awak. Rupanya awak betul2 anggap kata2 saya (tiap kali kita g pasar malam atau makan kat restoren dulu time muda2 saya akan cri laksa dan sebut kalau nak meniaga, nak meniaga laksalah).
Modal tapak awak keluarkan, modal beli barang pon awak keluarkan, bab tolong itu ini jgn katalah. Cuma bab memasak saja awak tak campur sebab awak kerja. 
saya akui saya memang nak tolak berniaga bulan Ramadhan ni. Kononnya nak cncentrate ibadah bulan Ramadhan. (kenapa saya guna ayat kononnya... jwpn kena baca habis...)
Saya tak sampai hati nak kata tidak sebab awak all out dr segi wang ringgit, pertolongan dan fasility. (mmm baiknya suami macam awak).
Masuk dua minggu kerana tidak tahan rutin memasak dan berniaga sorang2 (kadangkala awak tak dpt ikut sbb kena jadi imam terawih) saya surrender...
bila berhenti saya berniaga rasa rest sgt2!
saya tau awak frust tapi awak tak kata apa sebab awak kesian tengok saya buat sorang2.
minta maaf banyak2 ye awak cayang sebab tak teruskan.
duit berniaga semua awak serah pada saya... huhu baiknya awak ni... punyalah nak bagi bini.
maaf bebanyak sebab buat kerja tak abih.
laksa / bihun sup utara

popiah sambal... semua ni cek buat sendiri

muka penat dan tension. mcm tk ikhlas jer...
kononnya... tu jwpnnya ialah...lepas saja berniaga tamat 2 minggu saya memang tak pulun sgt beribadat. mungkin semangat  tu dah dibawa sama. dan saya betul2 menyesal... Ya Allah... Ampunkan keterlanjuranku.

Friday, March 30, 2012

nnnn

lelaki itu sungguh2 menawan hati saya. manakan tidak, dia komited, caring dan berwibawa. sering saya membayangkan bertuahnya saya andai mendapat tempat dihatinya. jika diukur rupa, saya tiada apa komen melainkan mensyukuri jika dia menjadi milik saya. sering saya membayangkan betapa saya melalui hari2 yang penuh warna-warni dengannya. berkhidmat sehabis baik menjadi jurulayan baginya. akhirnya saya memiliki dia. dia bagaimana sebenarnya. mimpi indah atau mimpi ngeri yang saya lalui? adakah indah sebagaimana cerita novela. sebenarnya dia melayani saya baik sangat. dia memenuhi impian saya sebagaimana saya menonton siri hindustan dahulu. kawan berbual, bersenda gurau dan bermesra. SABAN HARI KAMI MELAYARI HARI-HARI DENGAN PENUH KASIH SAYANG. CINTA TIDAK BERKURANG. ADA SENDA GURAU, USIK2 YANG LOYA BURUK, ADA PULA SHARE SAD STORY. TAPI... ADA JUGA PERKARA YG TIDAK BOLEH DISHARE CONTOHNYA MASALAH SAYA YG AKAN MENGGANGGU TUMPUANNYA KERAN TERAMAT BIMBANGKAN SAYA. MAHU TIDAK MAHU SAYA AKAN CUBA SELESAIKAN SENDIRI TANPA CAMPURTANGAN DIA. CUMA SAYA TAKUT...JGN2 ALLAH BERI DIA SEBAGAI UJIAN BAHAWA ADAKAH SAYA AKAN LEKA DAN MELUPAKANNYA ATAU SAYA TERUS MENSYUKURINYA.

Saturday, March 17, 2012

Baru baru ini saya berjalan di hadapan Witex Muar. Muar memang bandar yang kecil-kecil cili pada saya. Bandaraya Maharani gelarannya. Unik memang unik, daripada makanan hingga ke orangnya. Dalam pada bermundar mandir seorang diri, saya singgah sebentar di sebuah kedai video. Banyak dvd pelbagai bangsa, versi, tema dan aksi. Kalau ditanya saya tentulah saya cenderung kepada kartun. Tiba-tiba mata saya menangkap dvd yang depannya ada perempuan dengan aksi ghairah tanpa seurat benang lalu saya menduga isinya.Teringat saya akan iklan ditelevisyen yang memaparkan kisah seorang remaja ditegur oleh seseorang yang layak digelar pakcik akan bahayanya kesan video tidak elok yang bukan sahaja mendatangkan masalah moral malah memberi kesan kepada negara.Pada pandangan peribadi saya sebagai wanita, individu yang tidak boleh menahan nafsu untuk menjadikan tema video ini sebagai wadah utama haruslah memerhati hakikat diri bahawa kita semua mempunyai nafsu, nafsu yang tidak dapat dipuaskan sampai bila bila jika hidup hanya berpaksikan keseronokan. Tetapi nafsu haruslah disalurkan dengan cara yang betul dan beradab supaya ianya tidak mencemarkan spiritual kita. Betul cara menanganinya seperti berkahwin dan melepaskan dengan cara halal malah diberi ganjaran lagi oleh Allah Taala.Bagi yang berlakon sebagai watak watak, percayalah anda terlalu murah. Barangan berharga anda disentuh dan dipegang oleh jutaan mata diluar sini walaupun anda hanya bermain dengan satu, dua atau sepuluh lelaki pun. Cantik tetapi murahan, malap dan tidak bernilai sama seperti mata mata empunya individu yang tewas dalam memeliharanya.Kepada yang melihat. Mentaliti anda sungguh rendah, lebih rendah dan hina dari najis yang berselekeh dijalanan. Anda punya akal tetapi tidak digunakan. Rela anda berkongsi melihat ibu, adik isteri, kakak dan saudara perempuan anda digomoli lelaki dikhalayak ramai. Anda tidak menjaga hati isteri anda (bagi yang sudah berkahwin ) sebagaimana dia tidak merelakan anda melanggan pelacur. Mahukah anda dipandang sebagai imam yang bukan imam.Entahlah kenapa saya sangat sensitif dalam isu ini. Tidak rela ummah dijajah dengan agenda terancang bagi melemahkan bangsa islam.Kepada pengusaha dan pengedar, daging dan tulang anda sangat layak di neraka yang mana satu kerana dari mula hingga akhirnya anda mengecapi yang haram sahaja. Apapun wahai sahabat sahabat kembalilah kepada fitrah kita yang sedia suci bersih. Tarbiah jiwa tarbiah akhlak adalah jihad akbar didalam islam. Syabas pula kepada anda yang mempertahankan maruah. Jadikan iman sebagai pendinding, islam paksinya dan solat tiang agama.

Sunday, March 11, 2012

belum habis bayar lagi

Cuaca mendung diiringi hujan renyai petang ahad itu. saya bersahaja berjalan menuju kearah suami yang sedang menunggu didalam kereta. sebaik duduk didalam kereta, ada dialog yang berlaku:            suami: tepi sikit..                                                                   SAYA MENGINJAKKAN BADAN KEBELAKANG SIKIT. ADA SESUATU YANG MENARIK PERHATIAN SUAMI PADA PINTU KERETA. MUKANYA TAMPAK SEDIKIT SERIUS. SAYA MENANGKAP GURISAN AIR PADA PINTU KERETA, AIR HUJAN YANG DIBAWA SAYA. SUAMI MEMBELEK HANDLE PEMBUKA PINTU KERETA.)                                                        SAYA: MESTI AWAK INGAT CALAR KAN!                                  (SUAMI TIDAK MENGIAYAKAN TAPI RIAK MUKANYA MENGIAKAN, SEMENTELAH LAGI SAYA MEMANG BANYAK MENINGGALKAN CALAR DALAM KERETA TANPA SEDAR. LIHAT SAHAJA STERING KERETA YANG CALAR DEK CINCIN SAYA.                                                                                          SAYA.: AMBOI !! SAYANG KETE LEBIH DARIPADA SAYANG SAYA. (SELOROH SAYA DENGAN BUAT2 MERAJUK)                SUAMI: MESTILAH! AWAK DAH HABIS BAYAR, KETE BELUM HABIS BAYAR!!!                                                                         SAYA:  ??????????!?????                                                              

Saturday, March 10, 2012

hajat yang dikabulkan



Sekarang ni saya mabuk buat kuih. excited sebab dah jumpa resepi biskut kegemaran. asalnya kak Jamilah (saudara baru) yang selalu berurusan dengan suami saya ketika di Balai Islam, masjid Al Azim dahulu selalu bagi saya biskut yang rasa dan baunya terlalu berlainan. Pendek kata ada rasa kacang, tak manis sangat dan ada masin sikit2. aromanya memang tak boleh nak cakap. Mula2 saya tak gemar sangat tapi bila dah lama2 ketagih pula. Suami yang jenis tak suka makan biskut pun jadi suka. Masalah timbul apabila saya mahu memesan biskut ini, jarang kak jamilah nak ambil duit, biskut ni pun  bukannya selalu ada. Maksudnya kalau ada orang order baru dia buat. Saya cuba minta resepi, apa yang kak Jamilah beritahu tidak jelas pada pemikiran saya. Bila buat badam kuranglah, rasa tak samalah dan ini membuatkan saya frust. Apatah lagi rasa nak makan sangat2 tapi tak dapat pula. Setelah 3 tahun ketika lidah saya hampir melupakan rasanya, nak dijadikan cerita ketika masuk di kedai membuat biskut dan kek di Bandar Tun Hussein Onn, saya terjumpa tepung biskut almond yang sudah siap diproses berserta cara2 membuatnya. Nah! inilah yang saya cari2 selama ini. Dan apabila saya mengeksplorasikan biskut ini ,mmmm memang menjadi sangat2. Teruja betul saya. Sejak dari itu dalam sebulan dua ini sudah dekat 10X saya buat. Rasa nak makan dah berganti tak termakan pula. Seronok buat dan bagi orang rasa. lagi kembang bila ada orang puji, hehe perasan! Mulalah terfikir nak buat bisnes sebab yakin kelainan rasa. saya rasa biskut ni famous dikalangan chinesse people. Sungguh! kak Jamilah pun memang cina muallaf juga. Pengajaran disebalik kisah ini ialah saya perlulah bermuhasabah selalu dan memanjatkan kesyukuran. Bukankah Allah mendengar dan tahu isi hati hambanya. Hajat saya dikabulkan pada satu masa yang tidak saya jangka iaitu ketika saya hampir melupakan kehendak saya tetapi ingatlah bahawa Allah tidak pernah lupa. Allah itu dekat, hampir sangat yakni lebih dekat daripada urat leher. Didalam Al Quran Allah sendiri menyeru kita berdoa. Allah berfirman"berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan".  

Friday, March 9, 2012

Saturday, March 3, 2012

Motivasi Diri Sendiri

Perit rasanya bila orang mempersoalkan kreadibiliti kita. Contohnya apabila kita menyatakan hasrat dan cita-cita, meluahkan halangan dan mohon cara mahu mengatasinya. perit rasanya dikritik cara kita komited.
ini membuatkan saya teringat sebuah cerita hindi yang saya tonton semalam (4 Mac 2012).
Ceritanya berkisarkan seorang kanak-kanak disleksia mengalami kemurungan kerana ibubapanya tidak memahami dunianya. Dia dipersalahkan kerana gagal dalam peperiksaan lalu sebagai hukuman dia dihantar ke asrama.

Di asrama, guru-guru pula tidak memahami dan sering menyalahkannya kerana tidak memberi tumpuan didalam pelajaran. Padahal murid tadi mempunyai masalah membaca dan berkomunikasi. Senang cerita abjad-abjad huruf atau nombor adalah musuh utama baginya. Kebetulan ada guru pelajaran lukisan yang baru nampak akan permasalahan budak tadi dan membawa dia keluar daripada dilemma perasaan rendah diri.

Guru tersebut (Amir Khan) cuba mengembalikan keyakinan diri kanak-kanak itu dengan mengangkat individidu disleksia sebagai manusia luar biasa yang masyhur kerana sumbangan individu kepada dunia seperti Albert Estein,Abishek Bachan dan Lee Kuan Yew . Akhirnya kanak2 ini berjaya mendapatkan kembali keyakinan dirinya dan mengatasi masalah disleksia dengan bantuan gurunya.

Berbalik kepada masalah saya, saya bukan disleksia, tetapi perlukan sokongan padu untuk membantu saya mencapai kemajuan diri. Nampak gayanya saya kenalah anggap ianya sebagai cabaran. Saya tidak boleh lagi menunggu bantuan datang tergolek. Mahu tunggu apa lagi kerana masa tidak menunggu kita. Ayuh siti!

tupperware



satu masa dulu jarang kita dapat tengok orang berniaga tupperware dengan membuka booth. tapi sekarang ni saya biasa terserempak mereka di tapak2 ekspo, depan bank, ruang legar banggunan2 kerajaan, carefour dan banyak tempat lagi. kalau di hypermarket sewanya bukan murah2. barangan tupperware ini memanglah bagus kualitinya kena dengan harganya yang mahal. untuk jangkamasa panjang memanglah berbaloi2. apa yang menariknya sekarang ini tupperware sudah mempelbagaikan variasi warna dengan rekaan yang memikat. tetapi dengan margin untung 20-25% sahaja berbaloikah kita menyewa tapak , minyak kereta dan pelbagai overhead lain? saya....perit juga! kalau barangan lain kita mensasarkan keuntungan 2 kali ganda keatas barulah dapat menampung tanggungan lain dan upah untuk diri sendiri.

Friday, March 2, 2012

pokok mengeluarkan seekor burung.

PERNAH TENGOK TAK SEEKOR BURUNG KELUAR DARI CELAH-CELAH PUCUK BUNGA. POKOK INI MAK SAYA AMANAHKAN SUPAYA JAGA BAGI PIHAKNYA. CUMA SAYA BELUM PINDAHKAN LAGI KEDALAM PASU. BILA BURUNG INI GUGUR, IA AKAN DIGANTI SEGERA DENGAN BUNGA DAN BURUNG BARU AKAN KELUAR SEKALI LAGI. TAK PERLU TUNGGU LAMA MACAM BUNGA ORKID.

semangat...pulanglah


saya sedar sejak akhir2 ini saya menjadi sangat pasif. semangat merudum jatuh macam pasaran saham. rasa kecewa itu ada. tak guna saya menyesali diri. saya tak boleh membuang masa lagi, tak boleh biarkan ia membelenggu saya lagi. punca kegagalan saya ini yang utama berpunca dari spiritual saya. semoga Allah mengampuni saya atas kelalaian saya. first saya kenalah kuatkan asas dalam diri supaya lebih banyak beramal .

Sunday, January 29, 2012

Kaedah pengiklanan, adakah masih fleksibel!

kaedah periklanan akhbar, adakah masih fleksibel dan menguntungkan. rata-rata kita akan sedaya upaya memperkenalkan servis atau barangan melalui kaedah iklan samada berbayar atau sebaliknya. salah satu cara yang diperaktikkan oleh individu atau syarikat terbabit ialah mengiklankan didalam akhbar seperti hM, berita harian, sinar dan majalah-majalah yang pelbagai sasarannya. jika mingguan wanita sinonim dengan iklan produk kecantikan,maka majalah maskulin sasarannya pastilah lelaki yang bersesuaian dengan minat lelaki seperti produk untuk lelaki. begitulah majalah lain yang berkaitan dengan kereta, perlancongan dan sebagainya memainkan peranan. baru-baru ini pelanggan saya telah mengiklankan kedainya yang baru dibuka didalam surat khabar hM selama 3 hari dengan bayaran rm16k dengan feedback yang amat tidak membantu. pada saya punca kegagalannya ialah terdapat banyak pesaing akhbar diluar sana dimana menyebabkan pembaca telah berpecah. hM jika dahulu menjadi akhbar nombor satu di Malaysia kini hilang populariti ditambah lagi dengan kehangatan teknologi internet. Kalau 10 tahun dahulu mengikut pengalaman saya, perbandingan nisbah bagi setiap customer yang datang dengan pada masa kini 5:1 itupun satu susah nak dapat satu. kalau mengikut trend sekarang orang membeli akhbar ini terbahagi kepada tiga sekarang iaitu 1) memang rutin harian kena beli akhbar 2) isu sensasi 3) iklan . tetapi dengan isu sensasi yang agak tidak sensitif seperti isu seks yang terlalu open minded dan keganasan yang membongkar kebobrokan aklak kronik masyarakat sekarang yang kadangkala saya fikir terlalu dibesarkan maka pilihan saya menjadi terkebawah terhadap akhbar ini sekarang. maka kita sebagai peniaga/usahawan yang baru atau masih bilis hendaklah berfikir 2kali untuk membuang duit mengiklankan produk didalam media dimaksudkan.  INI BUKAN BERTUJUAN HASUTAN!

Saturday, January 28, 2012

tips

TIPS PEMASARAN 1) BERCAKAP UNTUK MEMASARKAN 2) SEBUTKAN KEISTIMEWAAN / KELEBIHAN PRODUK KITA  3) MELETAK NILAI PRODUK KITA  4) JANGAN OVER 5) JANGAN CONDEM PRODUK PESAING  6) JIKA PERLU BUAT PERBANDINGAN TETAPI MESTI DISERTAKAN FAKTA. 7) KITA MELETAKKAN NILAI BARANG MAKSUDNYA JANGAN OVER PROMOTE. 8) BERI MASA KEPADA PELANGGAN UNTUK BERFIKIR. 9) FOLLOW UP 10) SEKIRANYA TIADA TINDAKBALAS ANGGAP SAHAJA TIADA REZEKI. BERFIKIRAN POSITIF DAN TIDAK EMOSIONAL. 

marah dan diam

MARAH ITU ELOK KAWANNYA DIAM. JIKA DIAM, MARAH DISIMPAN DIDALAM HATI. RAHSIA YANG TERPENDAM TAKKAN MENJADI LAHAR YANG MEMBUAK YANG BANYAK MEMUSNAHKAN. SETELAH MARAH REDA KERANA TIDAK DILAYAN IA AKAN PERGI BEGITU SAHAJA. LAHAR SEJUK MENJADI BATU. kadang kerana marah, yang diluahkan menjadi berpanjangan.hati tidak terpujuk pun. bahkan ia berkudis lagi. bahagiakan diri dengan memendam sahaja, lama-kelamaan ia hilang ditelan masa. 

Friday, January 27, 2012

memperkenalkan jenama atau service

saya ke Butik Kiddy di carefoure bandar tun hussein onn untuk memperkenalkan media pengiklanan kami. keistimewaan sudah disebut didalam perbincangan kami didalam telefon semalam,tetapi tetap mengulang point yang diolah berlainan tetapi isinya tetap sama. itulah sebabnya sekiranya kita memasarkan barang atau service melalui talian, kita tidak digalakkan bercerita banyak. sebaiknya bawa pelanggan ke meja rundingan supaya isi disampaikan tidak berulang dan pelanggan tidak hilang excited ketika mendengar sesuatu yang segar. bagi kedai yang baru lagi, mempromosi, memperkenalkan jenama untuk menarik perhatian pengguna supaya kenal produk kita adalah amat penting. ada juga produk yang memang bergantung penuh dengan media iklan untuk bertahan lama contohnya Al Jabbar Group. masyarakat yakin apabila produk ini glamour dimata, telinga dan dari mulut ke mulut. berbalik kepada butik kiddy tadi, saya hanya menawarkan kelainan cara periklanan. ia jimat, profesional, mempunyai prospek muslim seramai 70k orang, berkemampuan, indirect dan bermaklumat . saya juga tidak boleh menjanjikan sambutan yang meriah tetapi saya percaya atas dasar usaha, masyarakat kita ada sensitiviti untuk membantu produk bumiputra kita. sekian.
BANYAK SANGAT KEMAHUAN SAYA SEKARANG INI. SAYA MAHU BUAT APA YANG SAYA BERKEBOLEHAN BUAT. KEMAHIRAN INI BOLEH DIMANFAATKAN UNTUK MENGISI MASA, MENCARI WANG, MEMENUHI KEHENDAK DAN MEMBANTU ORANG. KALAU PADA SESETENGAH ORANG NAK BERJAYA MESTI FOKUS. SAYA? AH PEDULIKAN. SAYA MAHU BUAT APA YANG SAYA RASA BETUL DAN MENGGUNAKAN SEPENUHNYA KEMAMPUAN DIRI. BIARLAH ORANG KATA SAYA TAMAK. ULAMA' DAHULU DISAMPING MAHIR DIDALAM ILMU AGAMA TURUT MENJADI AHLI ASTRONOMI DAN AHLI MUZIK. APA YANG SAYA INGIN BUAT IALAH: MEMBUAT DAN MEMASARKAN KUIH KEBANGGAAN SAYA AGAR-AGAR KERING (ISTIMEWANYA GARING, KURANG MANIS, BERCITARASA DAN WARNA SEKATA, SETAKAT INI ADA 4 WARNA) 2.) BISKUT ALMOND HANCUR SAYA MEMANG SEDAP - NAK PASARKAN JUGA. 3.) MARKETING DENGAN SYARIKAT IKLAN 4.) PUBLIC MUTUAL / PENASIHAT KEWANGAN ANDA.  5.) MENJADI TUKANG JAHIT.   6.) MENJADI GURU 7.) MOTIVATOR .    YANG LAIN SEDANG DIFIKIRKAN. 

Monday, January 23, 2012

tahun baru cina (kebetulan jatuh pada ini hari lo)

banyak yang ingin dikongsikan disini, tentang kehendak yang terlalu banyak. Tentang semangat ingin berjuang. tentang masa lalu yang tak boleh diputar kembali. tentang apa yang tercicir mahu dikutip kembali jika berpeluang. adakah saya kebendaan, sesekali saya tidak mahu mengajar diri terlalu manja. tetapi kadangkala saya merasa kekurangan ini mendatang pelbagai teori tak berguna, TENTANG HASUTAN YANG TIDAK MEMBANTU. ADAKAH INI KELUHAN KEKECEWAAN. KALAU SAYA REDHA, INSYAALLAH SAYA TIDAK AKAN MENYESAL. BEGITULAH SEBAIKNYA!

Tuesday, January 17, 2012

Telefonis Dan saya

SAYA DALAM MOOD PENAT TAPI MASIH ENJOY SEBAB BARU LEPAS WAKTU KERJA. TIBA-TIBA TELEFON BERBUNYI;                                                                        PEMANGGIL: BOLEH CAKAP DENGAN CIK SITI ZAHAWARIYAH                                                                SAYA: AWAK SALAH NOMBOR KOT (SEBUT NAMA SAYA  PUN SALAH)  SETELAH MEMBETULKAN SALAH FAHAM PEMANGGIL TERUS KEPADA TUJUAN. SAYA MEMBERI PELUANG (TAK ELOK TOLAK HASRAT ORANG KAN.) SEBENARNYA TELEFONIS INI TELEFON DARIPADA SEBUAH BANK TERKEMUKA DIMANA SAYA SEBAGAI PEMEGANG KAD KREDITNYA. PEMANGGIL MEMPROMOSIKAN PRODUK INSURAN YANG MELINDUNGI SEMUA JENIA PENYAKIT DAN KEMUNGKINAN-KEMUNGKINAN LAIN (MUSIBAH). PEMEGANG INSURANS AKAN MENERIMA CARUMAN PENUH TANPA DITOLAK SESEN PUN SEKIRANYA TIDAK PERNAH MENUNTUT APA-APA PERLINDUNGAN. CONTOHNYA SEKIRANYA SAYA MEMBAYAR PREMIUM RM63 SETIAP BULAN SELAMA 20 TAHUN, MAKA PADA TAHUN YANG KE 20 SAYA AKAN MENERIMA RM15,120. SAYA MENGAJUKAN SOALAN SEANDAINYA ADA KEUNTUNGAN TAMBAHAN SEPERTI BONUS ATAU DIVIDEN LAIN YANG AKAN DIBERI. JAWAPANNYA TIADA CAS PERKHIDMATAN DIKENAKAN DAN TIADA TAMBAHAN LAIN. SAYA TIDAK BERMINAT TETAPI MASIH MELAYAN.                                           PEMANGGIL: CIK TAK PERLU MENGISI BORANG UNTUK MENDAPATKAN INSURANS INI. CUKUP DENGAN MENJAWAB 5 SOALAN. CIK TIDAK PERLU RISAU KERANA SISTEM KAMI MEMPUNYAI CIRI-CIRI KESELAMATAN DIMANA PERBUALAN KITA DIRAKAMKAN. JADI BOLEH CIK JAWAB SOALAN INI....                                                   SOALAN INI JIKA SAYA JAWAB SECARA JUJUR DAN SUKARELA MAKA SAYA AKAN TERPERANGKAP DAN SECARA AUTOMATIK SAYA DITARIK SUPAYA MENERIMA TAWARAN BERBAYAR INI.                                              SAYA: OH, SAYA BELUM MEMBUAT APA-APA PERSETUJUAN UNTUK MEMBELI INSURANS INI. LAGIPUN KALAU SAYA MAHU MENGAMBILNYA, SAYA KENALAH BERFIKIR TERLEBIH DAHULU.                                                 PEMANGGIL: CIK TIDAK PERLU RISAU KERANA SOALAN INI UNTUK MENGETAHUI CIK LAYAK ATAU TIDAK MEMILIKI INSURANS INI. UMUR CIK BERAPA?                               SAYA: UMUR SAYA 32 TAHUN (DIA CUBA MENGALIH PERHATIAN SAYA, MARKETING TACTIC  BOLEH TAHAN). PEMANGGIL: NAK MASUK 32 ATAU TO BE                     SAYA: TO BE....                                                           PEMANGGIL : OH JADI LAHIR TAHUN 1980? CIK BEKERJA SEBAGAI APA?                                                                  SAYA: SAYA BEKERJA SENDIRI. SEBENARNYA SAYA TAK BOLEH JAWAB SOALAN NI SEBAB SAYA TAK BERSEDIA NAK MASUK LAGI. LAGIPUN SAYA PERLUKAN MASA UNTUK BERFIKIR. MAKLUMLAH BANYAK KOMITMEN. (OH TIDAK! SAYA TAK BERSEDIA NAK JAWAB 5 SOALAN TERPILIH KERANA SECARA AUTOMATIK SAYA SEOLAH BERSETUJU DENGAN PREMIUM DITAWARKAN DAN SECARA TAK LANGSUNG SAYA AKAN MENERIMA BIL KAD KREDIT YANG MENOLAK AWAL-AWAL RM DARI AKAUN SAYA.) PEMANGGIL: KENAPA ENCIK PERLU BERFIKIR LAGI (DIA SEAKAN MAHU MEMAKSA SAYA) CIK BEKERJA APA?    SAYA: SOALAN INI SAYA SUKA JAWAB WALAUPUN KEBERATAN) SAYA BEKERJA SENDIRI.  SAYA BEKERJA DI .....(SAYA BAGITAU SAHAJA)                                 PEMANGGIL: CIK BUAT INSURANS JUGA KAH.   SAYA MENGIAKAN SAHAJA.  AKHIRNYA PEMANGGIL BERPUTUS DAN ASA DAN MUNGKIN BERASA DIPERMAINKAN. (SIAPA YANG MAHU PERANGKAP SIAPA, 5 SOALAN JIKA SAYA JAWAB AKAN MENARIK SAYA TANPA SEDAR SUPAYA TERIKAT DENGAN KOMITMEN). SETELAH MENGETAHUI KARIER SAYA YANG TIDAK TETAP ITU PEMANGGIL TANPA MAHU BERCAKAP BANYAK MEMPERMISIKAN DIRI DAN MELETAKKAN TELEFON. SELESAI MASALAH! SORY... ENTRI NI BELUM DIEDIT SEPENUHNYA DIMANA TIDAK TERSUSUN KERANA MASALAH TEKNIKAL.

Sunday, January 15, 2012

Bersyukur Seadanya

Jika manusia diberikan satu bukit emas, nescaya dia berkehendak menambah satu bukit emas lagi menjadi 2 buah bukit. Apabila dia sudah memiliki 2 buah bukit emas, maka dia berkehendak menambah sebuah bukit emas lagi menjadi 3 buah. Begitulah seterusnya. Itulah lumrah sikap manusia.                        APABILA MEMIKIRKAN KEINGINAN, TIDAK NAFIKAN SAYA INGIN KERJA YANG MENJAMIN GAJI LUMAYAN. SAYA PERNAH MERASAI KUASA WANG YANG BESAR. TIADA KERISAUAN, BELI APA SAHAJA, TIADA HALANGAN MEMENUHI KEINGINAN DAN BOLEH JUGA MEMBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN. KADANGKALA SAYA BERMEWAH-MEWAH. SELEPAS BERHENTI KERJA SAYA BERNIAGA PULA. BERNIAGA AMAT MELEGAKAN KERANA SAYA MAJIKAN SAYALAH PEKERJA. SAYA TIDAK TERIKAT DENGAN KEHENDAK MAJIKAN DAN MASA PEJABAT PUN. KINI SAYA DENGAN PENDAPATAN YANG KURANG TETAPI AMAT BERPUAS HATI KERANA MENDAPAT SATU BONUS YANG TIDAK SAYA TERIMA KETIKA TERIKAT DENGAN KERJA DAHULU IAITU KEBEBASAN MASA. SABTU AHAD TIADA SIAPA YANG MENGGANGGU ,DIPERUNTUKKAN SEPENUHNYA UNTUK SUAMI. BALIK SAHAJA SUAMI DARIPADA KERJA SAYA SUDAH BERADA DIRUMAH, JUADAH TURUT DISAJI DENGAN AIR TANGAN SENDIRI. BANGGANYA! MALAMNYA SAYA MELUANGKAN MASA BERSAMA SUAMI MENGAJAR ANAK-ANAK POLIS DIKAWASAN kEJIRANAN KAMI. ANDAIKAN SAYA BEKERJA WAKTU PEJABAT DAN TERPERANGKAP DENGAN JEM DIJALANRAYA, MUNGKIN SAYA SUDAH SURENDER. SYUKURLAH APA YANG ADA. KITA IBARAT BEKERJA DENGAN ALLAH DAN BERKHIDMAT DENGAN SUAMI. SELAMAT BERMUHASABAH CT!