Koleksi Gambar

Sunday, January 29, 2012

Kaedah pengiklanan, adakah masih fleksibel!

kaedah periklanan akhbar, adakah masih fleksibel dan menguntungkan. rata-rata kita akan sedaya upaya memperkenalkan servis atau barangan melalui kaedah iklan samada berbayar atau sebaliknya. salah satu cara yang diperaktikkan oleh individu atau syarikat terbabit ialah mengiklankan didalam akhbar seperti hM, berita harian, sinar dan majalah-majalah yang pelbagai sasarannya. jika mingguan wanita sinonim dengan iklan produk kecantikan,maka majalah maskulin sasarannya pastilah lelaki yang bersesuaian dengan minat lelaki seperti produk untuk lelaki. begitulah majalah lain yang berkaitan dengan kereta, perlancongan dan sebagainya memainkan peranan. baru-baru ini pelanggan saya telah mengiklankan kedainya yang baru dibuka didalam surat khabar hM selama 3 hari dengan bayaran rm16k dengan feedback yang amat tidak membantu. pada saya punca kegagalannya ialah terdapat banyak pesaing akhbar diluar sana dimana menyebabkan pembaca telah berpecah. hM jika dahulu menjadi akhbar nombor satu di Malaysia kini hilang populariti ditambah lagi dengan kehangatan teknologi internet. Kalau 10 tahun dahulu mengikut pengalaman saya, perbandingan nisbah bagi setiap customer yang datang dengan pada masa kini 5:1 itupun satu susah nak dapat satu. kalau mengikut trend sekarang orang membeli akhbar ini terbahagi kepada tiga sekarang iaitu 1) memang rutin harian kena beli akhbar 2) isu sensasi 3) iklan . tetapi dengan isu sensasi yang agak tidak sensitif seperti isu seks yang terlalu open minded dan keganasan yang membongkar kebobrokan aklak kronik masyarakat sekarang yang kadangkala saya fikir terlalu dibesarkan maka pilihan saya menjadi terkebawah terhadap akhbar ini sekarang. maka kita sebagai peniaga/usahawan yang baru atau masih bilis hendaklah berfikir 2kali untuk membuang duit mengiklankan produk didalam media dimaksudkan.  INI BUKAN BERTUJUAN HASUTAN!

No comments:

Post a Comment