Koleksi Gambar

Saturday, December 28, 2013

Terasa

Saya ada dua seterika. Satu saya beli selepas seterika saya yang pertama tertinggal di kampung. Yang di kampung pula fizikalnya berat hadiah daripada pelanggan kereta saya , seorang guru sekolah di Muar.
Dua dua mempunyai peragai masing masing. Tidak boleh tersalah adjust kepanasan, akan rosaklah pakaian yang diseterika. Masuk yang pagi ini entah pakaian yang keberapa sudah dirosakkan.
Hari ini saya perlu bersiap pergi ke kenduri kahwin di Kuala Kangsar Perak. Baju kurung saya seterika dengan penuh sentimental tetapi tidak fokus. Kerana saya terlalai sedikit, baju cantik saya rosak teruk dek kepanasan. Memanglah hati saya kecewa sangat sangat. Stok baju kurung saya bukanlah banyak mana. Dalam hati terfikir, perkara nak jadi kenalah redha. Saya beritahu suami yang sedang melayan tidur. Seperti dijangka, baju baru yang dibeli 3 bulan lepas menjadi sebab saya dibebel. Dah tahu salah sendiri saya diamkan diri.
Rasa sayu dan sedih pula. Perasaan saya sejak dah tua ni memang cepat terasa. Dalam pada itu macam macam terfikir. Tak nak ke Kuala Kangsar lah. Takde baju lainlah, rasa 1000 sangkaan dan perasaan.
Secara kesimpulannya memang saya perasa dan terasa. Sudahlah rasa kecewa kehilangan baju cantik, kena bebel pula. Emmm huhu.

Friday, December 27, 2013

Imbas kembali..Wajah ibu mengandung

Perasan perut dah naik.
Imbas kembali.....
1. Gambar satu, ketika ini saya sudah mengalami simpton mengandung seperti lapar, mengidam dan penat
2. Perut dah naik
3. Dari sisi perut saya
4. Seri muka. Yang pasti maintain tembam.

Imbas kembali....Wajah2

Gambar first
Hari nak keluarkan telor. Sempat pose.

Gambar kedua
Sebelum disuntik ubat bius

Gambar ketiga
Time ni baru nak pergi ppum untuk pemindahan telor yang sudah disenyawakan

Gambar keempat
Orang kata jangan buat kerja berat. Saya nak hilangkan boring dengan tampal plastik cermin dan tampal kertas dinding. Pantang saya buat sendiri ialah jangan memanjat

Gambar kelima

Sah positif mengandung

Gambar keenam
Pengorbanan suami tak nak susahkan isteri... masak maggi

Toleransi

Contoh toleransi
Makan sepinggan.
Suami isteri dengan rela hati berkongsi apa yang dimakan. Saya pada masa awal perkahwinan dahulu selalu juga mengganggu suami dengan apa yang ada didalam pinggannya. Dalam masa menyesuaikan diri suami saya agak kurang senang mungkin kerana memikirkan perutnya sendiri masih lapar dan belum mencapai kepuasan sepenuhnya dalam menikmati makanan.
Setelah sering diganggu oleh saya yang tidak kurang nafsu makannya, kini suami tidak lagi mengomel. Kami sudah boleh berkongsi apa sahaja makanan. Mungkin suami sudah faham sikap saya, dia pula sudah ditraine begitu sejak awal usia perkahwinan dan sudah menemui titik persamaan. Slogan saya disini, perkahwinan adalah perkongsian.

2. Tidak berkira
Dalam perkahwinan kita tidak boleh berkira. Jika ada perasaan begitu pasangan mungkin akan berasa kurang senang dan turut berkira sama. Ada masanya kita tidak berkecukupan dari segi kewangan dan harta benda . Petua saya , susah senang belajarlah berkongsi bersama. Didalam jiwa juga perlu ada perasaan merasai cukup apa yang ada.
Saya memuji sikap suami saya yang bersederhana dalam perbelanjaan tetapi tidak pula lokek dalam memberi. Jika permintaan saya  menjurus kepada pembaziran, saya diajar menapis dalam membuat keputusan.
Kita hendaklah cuba menjadi diri sendiri. Janganlah gaji seciput cara belanjanya seperti orang mampu sangat sangat.
Kuasa minda mengajar saya memahami kesusahan bagaimana setiap sen diperolehi. Oleh itu saya mencuba sedaya upaya supaya tidak membazir dan berhemah dalam berbelanja.

3. Tidak mengabaikan orang tua
Seringlah mengingatkan pasangan supaya tidak mengabaikan ibu bapa baik dari segi kewangan dan keperluan. Ingatlah, tanpa ibu bapa tidak mungkin kita berjumpa pasangan kita yang memberi makna didalam hidup ini.
Secara peribadi saya amat menyayangi kedua belah pihak ibu bapa baik mertua mahupun ibu bapa saya sendiri. Saya suka melihat pasangan saya bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Sebagai isteri saya akan sedaya upaya mengingatkan supaya tidak lupa menjalankan tanggungjawab.
Siapakah yang mahu melihat wang habis tidak berbaki, hidup kucar kacir dan berasa tidak cukup. Jadinya, cara untuk tidak keputusan sumber ialah dengan menjaga kebajikan ibu bapa. Mencari berkat melalui cara ini adalah suatu ibadat juga.
Sikap kita yang tidak berkira dengan ibu bapa pasangan memberi nilai tambah sebagai pasangan ideal yang sejati. Ibarat kata rasa tanggungjawab kita memberi pasangan kita lebin menghargai kita.

* penulisan adalah mewakili pendapat dan gaya hidup penulis (saya).

Perceraian

Tahun 2013 saya telah melihat perceraian demi perceraian yang berlaku disekeliling saya. Lebih memilukan mereka yang rapat dengan saya yang mengalaminya. Lebih ralat lagi pasangan , mereka berdua turut mengenali saya.

Saya juga sudah memahami ragam selepas perceraian. Jangan kata saya buta menilai pemikiran lelaki dan wanita kerana saya lebih dulu pernah melalui pengalaman perceraian dalam keluarga saya.

Biasalah jika bersuami isteri, manusia sanggup berkongsi apa sahaja dengan pasangan dari segi harta atau anak anak, malangnya selepasa perceraian boleh pula wujud dendam, balas membalas dan tidak mahu berkongsi lagi. Lebih menyedihkan pasangan sudah tidak memahami kesusahan atau bebanan yang ditanggung pasangan lain. Biasanya yang berat memikul ialah isteri kerana mereka ini sudah kehilangan tunggak utama penyumbang kewangan keluarga. Lebih menyedihkan jika isteri dari awal lagi tidak bekerja dan mendambakan kerjaya ikhlas dan berkebajikan sebagai suri rumah. Mereka ini melaksanakan tugas dirumah seperti memasak, mengemas, membasuh dan menjaga anak atas dasar kasih sayang, tanggungjawab dan pergorbanan sebagai isteri .sayangnya harapan yang dibina kecundang bukan atas kehendak sendiri apabila perceraian menjadi titik akhir dalam perhubungan rumahtangga.

Saya dirujuk sebagai konsultan yang tugasnya memberi nasihat , mendengar masalah dan cuba memberikan pandangan. Saya sarankan mereka membuat keputusan dari hati dan bukan semata mata taklid cadangan saya. Pada saya mudah yang amat, pendapat dan perlaksanaan dari diri sendiri lebih afdhal dengan risiko yang akan kita terima. Saya mahu bertanya kepada anda, anda puas hati atau tidak sekiranya anda menerima musibah daripada keputusan atau cadangan orang ketiga berbanding anda sendiri membuat keputusan? Hanya anda yang tahu jawapannya.

Rakan saya berpisah dengan suami mereka baru baru ini kerana antara puncanya
1. Suami mahu berkahwin lain
2. Suami ikut jantan lain
3. Sihir

Masalah yang timbul selepas itu

1. Penjagaan anak
2. Nafkah
3. Harta sepencarian

Solusi yang saya cuba berikan
1. Motivasi
2. Berbincang
3. Lupakan
4. Bertolak ansur
5. Turunkan ego
6. Redho
7. Berjaga jaga

Semoga tulisan ini sedikit sebanyak menyampaikan ilmu berkenaan rumahtangga daripada penulisan saya. Jika gusar atau tidak setuju, maafkanlah saya  kerana mungkin kelemahan saya menyampaikan maksud atau pandangan secara berhikmah.

* tulisan dan pandangan ini mewakili situasi pasangan yang terlibat dalam masalah perceraian ketika ini, masa ini dan yang saya kenali. Diluar sana malah ada yang lain cara pendekatan dan penyelesaian. Lebih banyak yang bertolak ansur diluar sana tetapi kita sering bertemu dengan situasi yang tidak sempurna seperti situasi yang saya tuliskan. Maaf jika ada yang terasa.

Ucapan terima kasih

Sehelai baju yang saiznya kecil saya tukar setelah mendapat saiz yang sesuai. Warna dan corak atau jenis material sudah mendapat green light daripada suami. Memanglah selama ini secara rasminya dialah QC atau pegawai pengesahan bagi setiap pakaian saya. Mungkin setengah orang yang lain berfikir tak bebas memilih tetapi bagi saya ini lagi mudah kerana saya tidak perlu pening kepala membuat keputusan memilih corak, warna atau apa apa pun, hanya penat menerai sahaja.
Sampai di rumah dan selepas beberapa ketika ketika didapur saya teringat untuk mengucapkan terima kasih tetapi belum berkesempatan kerana terlupa. Tiba dihadapan ruang tamu suami bersuara
Suami: tak ucap terima kasih pun.....
Saya: terima kasih ye awak.... saya memang nak ucap terima kasih tadi tapi terlupa...

Sebenarnya dalam hubungan suami isteri pada pendapat saya kita haruslah ada perasaan ingin menghargai dan dihargai. Suami mengharapkan keperihatinannya dan pengorbanan dihargai isteri, dalam masa yang sama isteri pula janganlah lokek untuk menunjukkan rasa penghargaan. Biasakan menunjukkan perasaan menghargai kerana rewardnya selepas itu berbaloi baloi. Antaranya
1. Suami akan lebih suka memberi
2. Suami tidak berkira
3. Dapat pahala
4 . Menambah kasih sayang terhadap pasangan

Ilmu tentang rumahtangga terlalu luas. Bukanlah kekayaan menjadi sumber kebahagian sahaja tetapi sikap bertolak ansur, menghargai dan saling menghormati merupakan antara kunci kunci kebahagiaan.

Tetapi jangan hairanlah jika ada suami isteri yang malu untuk mempraktiskan kerana menganggap ini cara mereka asalkan hati masing masing tahu bahawa mereka menghargai tetapi tidak diluahkan. Terserah kepada keselesaan masing masing kerana manusia ini komplikated. Berbeza cara penerima, pemikiran , cara didikan dan juga pandangan.

Tetapi bagi saya dan suami, kami selesa menunjukkan kasih sayang dan penghargaan demi menjaga keharmonian hubungan.

Tuesday, December 24, 2013

Nelson mandela mati
10.12.13

Saturday, December 21, 2013

Allah Maha Baik

Sesungguhnya orang yang menjaga baik diri kita dan melayani sebaik mungkin menimbulkan ikatan kasaih sayang dan ingatan yang mendalam kita terhadapnya. Allah memberikan rahmatNya dan nikmat yang tidak terhingga dengan mengurniakan mawaddah didalam rumahtangga orang-orang yang ikhlas menjunjung perintah Allah, Rasulullah dan taat kepada suami serta yang berlaku baik terhadap isterinya. Begitu juga Allah yang maha Baik menyuruh setiap anak menghormati kedua ibu bapanya dan kita dilarang bercakap ah sekalipun. Didalam Al Quran juga Allah Taala mendidik manusia supaya berfikir tentang susah payah ibu mengandungkan kita selama 9 bulan, kemudian disusukan sehingga 2 tahun. Kaum adam pula mempunyai peranan mencari dan memberi nafkah serta berlaku baik kepada pasangan dan ahli keluarga.  Sesungguhnya Allah mahukan yang terbaik untuk hambanya dan memberikan yang terbaik.

Friday, December 20, 2013

Batu meriyan

Semalam gugur secara rasmi, hari ini ikut spekulasi mak , saya sakit batu meriyan pula. Puncanya saya basuh kereta awal pagi, lepas tu saya drive bawa mak sekali ke Ppum. Cek dengan doktor, scan, rahim didapati kosong dan tak perlu buat dnc. Ikut nasihat doktor, bulan 4 ni proceed ivf balik. Kalau nak mengandung cara normal agak sukar sedikit sebab mungkin fungsi peranakan kurang peka kerana saya sudah 2 kali menjalani rawatan laporoskopic iaitu operation buang atau sedut cyst melalui tebukan kiri dan kanan rahim.
Saya pakai kasut tinggi, kemudian panjat tangga pula 2 tingkat. Balik saya singgah Agrobank Cheras. Kemudian bank in duit orang. Kemudian naik tingkat 2 rumah suria dengan  kasut tinggi 2 inci.  Di rumah suria mawaddah naik atas saya. Ada terasa tekan rahim sikit.
Balik rumah saya bergegas nak masak tapi terbantut sebab saya sakit bahagian faraj. Terasa sesuatu menyucuk keluar bila berdiri dan menyucuk kedalam bila berbaring.
Mak cakap saya buat kerja sampai tak pantang.
Lalu jadi satu kerja suami saya nak risau dan jaga saya pula.
Satu lagi... saya bru dapat info bahawa batu meriyan tu macam tombong juga. Huhuuu.
6 disember 13

Ziarah orang sakit

Dikunjungi saudara mara selepas keguguran.  Masih ceria.

Air tangan suami

Kepada orang sakit.

Sakit dan nikmat

2 ke 3 hari ini saya mengidap sakit ari ari yang serius. Semalam bermula pukul 2 pagi ke atas saya sudah mengadui sakit. Sakit seperti senggugut tetapi lebih lagi.
Secara kebetulan atau takdir saya memang memakai modes berubat yang dibeli dari seorang rakan , manalah tahu boleh memudahkan saya menjalani proses keguguran.
Suami yang bergegas pulang membuat air penawar bagi mengurangkan kesakitan dengan izin Allah.
Sakit yang saya hidap memang terlalu sakit. Menangis dan merintih, kalau boleh mahu meraung. Terfikir juga , nak buat iui sakit, operate cyst sakit juga, buat hsg sakit, buat ivf pun kena alami sintom yang menyakitkankan juga sebelum dan selepas.
Kemuncaknya, saya dan suami sudah berkira kira mahu ke ppum. Tetapi sebelum keluar rumah, saya sudah rasa sesuatu keluar dari faraj. Ketulan sebesar buah kismis, lalu saya menahan suami dari terus ke hospital. Tunggu dan lihat apa seterusnya. Kemudian masih sakit, bagai ada sesuatu yang menekan dipangkal faraj dan dubur. Saya cuba teran, itupun spontan dan terasa sesuatu yang besar keluar. Oh apa lagi?
Jawapannya, ketulan sebesar penumbuk bayi yang keluar. Saya tunjuk pada suami. Rasa sakit hilang tetapi sengal sengal sedikit biasalah,  diikuti darah yang mengalir laju dan mencurah juga daripada biasa. Mungkinkah darah ini yang memberi tekanan sehingga memaksa ketulan keluar dengan jayanya.
Esok Saya ada temujanji di ppum. Mungkin akan ditangguhkan dahulu sehingga darah betul betul keluar.

5 Disember 13

Fakta ..05 september 13  start ivf ( period hari pertama)....5 disember gugur...genaplah 3 bulan.

No internet

Sekarang internet tak top up lagi. Mungkin apabila entri ini dipaparkan , tulisan ini sudah back dated. Hari ini bersamaan 2 Disember 2013 , hari Isnin. Jika hari bekerja ini adalah hari pertama pada minggu pertama bulan penamat tahun ini. Tetapi hakikatnya, ini ialah hari yang kedua jika kita menyusuri makna Isnin itu sendiri. Bulan 12 di sini , di Malaysia ini, khususnya di ibu kota ini cuacanya mendung dan hujan. Bunyi hujan syahdu dan sungguh sentimental  mengikat kaki dari keluar rumah. Jika berbaring, bunyi hujan menjadi halwa telinga yang mendendangkan sayu, indah, menggamit kenangan serta mendodoikan. Syukur atas nikmat tuhan yang tidak terhingga.
Tiada talian internet sebenarnya memberikan saya satu peluang yang saya tunggu tunggu. Mungkin saya akan bercuti lama, membiasakan diri dengan ketiadaan internet dalam 2 ke 3 bulan. Bebas dari facebook, bebas dari google, bebas nak search itu search ini atau bebas survey kerja dari internet.
Semoga bermula dari hari ini dan minggu minggu mendatang menjadi motivasi, menuntun semangat baru serta memberi saya peluang untuk memajukan diri sendiri.

Juadah Petang

Petang adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh saya. Manakan tidak, menanti rakan berbual, rakan bergaduh, rakan bermanja dan rakan mengadu itu dan ini kembali ke sarang. Siapa lagi, suami sayalah, en. Nasri bin Mat Nasir. Kebiasaanya suami akan bermain ping pong dan bolasepak dahulu sebelum pulang membuatkan waktu sampai kerumah berenjak sehingga Magrib. Sebagai isteri , saya cuba memahami dan memberi peluang kerana ini adalah waktu riadah yang amat bermanfaat bagi kesihatan tubuh badan.
Kebiasaannya apabila suami mahu bertolak pulang atau sedang memandu kereta untuk kembali kerumah, dia akan menghubungi saya mengadu lapar dan bertanya ada apa-apa yang boleh dimakan sebagai isyarat saya menyediakan sesuatu. Biasanya saya sudah tahu dan cuba sedaya upaya menyediakan juadah petang yang bertepatan dengan citarasanya. Sudah pasti kuih muih manis tidak termasuk didalam senarai kerana tidak bertepatan selera suami dan menurut kajian yang pernah saya baca kebanyakan lelaki juga begitu.Pernah juga saya kemalasan, tiada idea dan kekurangan bahan sehingga saya menyediakan jemput-jemput bilis setiap petang. Walaupun bahan minima tetapi setaraf hidangan hotel pelangi di bandar Muar (perasannya saya ) Teringat lagi saya jemput-jemput bilis yang mempunyai kulit mewah bersalut bilis garing. Kadang kala bahan paling minima hanya tepung , garam dan sedikit perasa dan bilis yang banyak sebagai melengkapi ramuan resepi saya.
Suatu hari di suatu petang suami saya call seperti biasa:
Suami: awak dah masak ke?
Saya: baru nak masak....
Suami: jangan buat jemput jemput bilis lagi, jemu la...
Saya:  hahaha....
( sampai macam tu sekali).

Hari ini mulut kami penat mengunyah kebab ciptaan saya. Konsep: kreatif dengan apa yang ada tetapi standard baham macam kat kedai.
( haha, masuk bakul angkat sendiri lagi).

Monday, December 9, 2013

Rasa sakitnya selepas gugur

Di sini saya mahu menggambarkan kesakitan yang saya alami ketika mengalami keguguran.

Sebelum keguguran
Start pukul 3 pagi saya sudah mengalami sakit sakit seperti senggugut.  Nak gambarkan kesakitan itu lebih berganda dari senggugut.  Kalau senggugut boleh saya gambarkan perut kita seperti kain yang diperah. Ari ari saya mula menanggung kesakitan. Dimana ari ari? Di sekitar bawah pusat dan kebawah. Mulut saya asyik mengaduh sakit sahaja. Tangan pula asyik menyapu bawah pusat sahaja. Suami saya yang disebelah pula asyik menenangkan saya. Sekejap sekejap dia tepuk saya .  Saya juga tahu, setiap kali saya mengerang, hati dia pun tak tenteram melihat atau mendengar rintihan saya. Tetapi memanglah sikap suami saya apabila saya sakit, dia yang akan susah hati dan tidak senang duduk dek kegelisahan.

Pukul 8pagi
Kesakitan hilang sebentar. Saya sempat seterika baju suami saya. Selepas suami ke tempat kerja, saya bertungku dengan menggunakan sisa sisa panas seterika tadi. Kemudian saya beralih ke tempat tidur. Rupanya kesakitan tadi kembali merajai. Saya tertidur tetapi kesakitan kerap mengganggu. Saya duduk salah, saya baring salah saya menonton tv pun salah. Tiba tiba saya teringatkan ikan dan ayam yang belum bersiang dan belum dibasuh. Saya takut bakteria tidak baik membiak didalam bahan mentah yang tidak selesai itu. Beberapa bulan lepas, Malaysia dikejutkan dengan kematian para tetamu sebuah majlis  kenduri di utara tanah air kerana kuman bakteria dari lauk ayam sambal yang disediakan. Dari apa yang saya dengar, ayam itu dibiar mentah lama kemudian baru digoreng. Goreng pula tidak terlalu masak kemudian disimpan keesokannya barulah disira dengan sambal. Bakteria tersebut bernama Semolina.
Ketika membasuh ayam dan ikan, ari ari saya dan saluran faraj terasa sakit yang teramat sangat. Saya menangis dalam menahan kesakitan berseorangan . Siksa betul nak habiskan membasuh ayam dan ikan ini. Saya kemudiannya kembali kebilik dan berbaring tetapi kesakitan ini membuatkan semua tidak kena. Saya sms suami mengadu sakit.

Pukul 12 tghari lebih
Tak lama suami saya pulang dan melihat saya tidak duduk diam lalu suami sarankan saya bersiap ke hospital. Dalam kepala saya memikirkan nurse ppum yang saya panggil kak mas ada menitip pesan supaya pergi ke bahagian kecemasan jika ada mengalami kesakitan .  Saya juga sedia faham bagaimana saya mahu menunggu giliran di sana dalam keadaan menanggung sakit yang tak tertahan.
Tak lama selapas suami menghidupkan enjin kereta saya rasai sesuatu keluar daripada bawah saya.
Saya panggil suami dan tunjukkan, terus suami mematikan enjin, Objek kecik sebesar isi kerang keluar. Bentuknya memanjang dan keras. Tak tahu saya mengandaikan itu bahagian mana. Jangkaan saya, mungkin tiada lagi kesakitan. Tetapi jangkaan saya sungguh meleset apabila saya dapati kesakitan datang lagi. Kali ini saya tawaf kesana kemari. Saya sakit dan gelisah. Suami saya menasihati supaya duduk setempat. Di sofa saya terfikir kenapa saya sakit sangat, adakah sakit ini seperti sakit senggugut yang lega dari azab selepas saya berjaya membuang air besar. Fikiran begitu memberi tindakan spontan saya meneran secara tidak sengaja.
Lalu.... rasa panas, lembik dan besar melalui pintu keluar faraj. Sesuatu jatuh dan tertahan di permukaan tuala wanita. Saya pantas kebilik air dan melihat isinya. Ia seperti karung sebesar penumbuk bayi yang baru lahir. Saya panggil suami dan tunjukkan. Suami tidak terkata apa melainkan kesyukuran kepada Allah Taala. Hilang sakit yang saya tanggung.
Gambarannya seperti bergerigi. Saya cuba mencari objek seakan bayi tetapi tidak berjumpa .
Kalau ikutkan perasaan ingin tahu mahu saya gunting karung dan melihat apa isi didalam. Tetapi perasaan itu tersekat kerana rasa seriau dan juga rasa hormat akan sebahagian daripada tubuh badan saya yang gugur.

Kesudahannya suami menanam 'bayi' yang ditakdirkan gugur mengikut kebiasaan orang tua tua. Cerita ini tidak habis disini kerana selepas itu saya mengidap sakit keguguran pula.