Koleksi Gambar

Friday, December 27, 2013

Toleransi

Contoh toleransi
Makan sepinggan.
Suami isteri dengan rela hati berkongsi apa yang dimakan. Saya pada masa awal perkahwinan dahulu selalu juga mengganggu suami dengan apa yang ada didalam pinggannya. Dalam masa menyesuaikan diri suami saya agak kurang senang mungkin kerana memikirkan perutnya sendiri masih lapar dan belum mencapai kepuasan sepenuhnya dalam menikmati makanan.
Setelah sering diganggu oleh saya yang tidak kurang nafsu makannya, kini suami tidak lagi mengomel. Kami sudah boleh berkongsi apa sahaja makanan. Mungkin suami sudah faham sikap saya, dia pula sudah ditraine begitu sejak awal usia perkahwinan dan sudah menemui titik persamaan. Slogan saya disini, perkahwinan adalah perkongsian.

2. Tidak berkira
Dalam perkahwinan kita tidak boleh berkira. Jika ada perasaan begitu pasangan mungkin akan berasa kurang senang dan turut berkira sama. Ada masanya kita tidak berkecukupan dari segi kewangan dan harta benda . Petua saya , susah senang belajarlah berkongsi bersama. Didalam jiwa juga perlu ada perasaan merasai cukup apa yang ada.
Saya memuji sikap suami saya yang bersederhana dalam perbelanjaan tetapi tidak pula lokek dalam memberi. Jika permintaan saya  menjurus kepada pembaziran, saya diajar menapis dalam membuat keputusan.
Kita hendaklah cuba menjadi diri sendiri. Janganlah gaji seciput cara belanjanya seperti orang mampu sangat sangat.
Kuasa minda mengajar saya memahami kesusahan bagaimana setiap sen diperolehi. Oleh itu saya mencuba sedaya upaya supaya tidak membazir dan berhemah dalam berbelanja.

3. Tidak mengabaikan orang tua
Seringlah mengingatkan pasangan supaya tidak mengabaikan ibu bapa baik dari segi kewangan dan keperluan. Ingatlah, tanpa ibu bapa tidak mungkin kita berjumpa pasangan kita yang memberi makna didalam hidup ini.
Secara peribadi saya amat menyayangi kedua belah pihak ibu bapa baik mertua mahupun ibu bapa saya sendiri. Saya suka melihat pasangan saya bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Sebagai isteri saya akan sedaya upaya mengingatkan supaya tidak lupa menjalankan tanggungjawab.
Siapakah yang mahu melihat wang habis tidak berbaki, hidup kucar kacir dan berasa tidak cukup. Jadinya, cara untuk tidak keputusan sumber ialah dengan menjaga kebajikan ibu bapa. Mencari berkat melalui cara ini adalah suatu ibadat juga.
Sikap kita yang tidak berkira dengan ibu bapa pasangan memberi nilai tambah sebagai pasangan ideal yang sejati. Ibarat kata rasa tanggungjawab kita memberi pasangan kita lebin menghargai kita.

* penulisan adalah mewakili pendapat dan gaya hidup penulis (saya).

No comments:

Post a Comment