Koleksi Gambar

Friday, March 30, 2012

nnnn

lelaki itu sungguh2 menawan hati saya. manakan tidak, dia komited, caring dan berwibawa. sering saya membayangkan bertuahnya saya andai mendapat tempat dihatinya. jika diukur rupa, saya tiada apa komen melainkan mensyukuri jika dia menjadi milik saya. sering saya membayangkan betapa saya melalui hari2 yang penuh warna-warni dengannya. berkhidmat sehabis baik menjadi jurulayan baginya. akhirnya saya memiliki dia. dia bagaimana sebenarnya. mimpi indah atau mimpi ngeri yang saya lalui? adakah indah sebagaimana cerita novela. sebenarnya dia melayani saya baik sangat. dia memenuhi impian saya sebagaimana saya menonton siri hindustan dahulu. kawan berbual, bersenda gurau dan bermesra. SABAN HARI KAMI MELAYARI HARI-HARI DENGAN PENUH KASIH SAYANG. CINTA TIDAK BERKURANG. ADA SENDA GURAU, USIK2 YANG LOYA BURUK, ADA PULA SHARE SAD STORY. TAPI... ADA JUGA PERKARA YG TIDAK BOLEH DISHARE CONTOHNYA MASALAH SAYA YG AKAN MENGGANGGU TUMPUANNYA KERAN TERAMAT BIMBANGKAN SAYA. MAHU TIDAK MAHU SAYA AKAN CUBA SELESAIKAN SENDIRI TANPA CAMPURTANGAN DIA. CUMA SAYA TAKUT...JGN2 ALLAH BERI DIA SEBAGAI UJIAN BAHAWA ADAKAH SAYA AKAN LEKA DAN MELUPAKANNYA ATAU SAYA TERUS MENSYUKURINYA.

Saturday, March 17, 2012

Baru baru ini saya berjalan di hadapan Witex Muar. Muar memang bandar yang kecil-kecil cili pada saya. Bandaraya Maharani gelarannya. Unik memang unik, daripada makanan hingga ke orangnya. Dalam pada bermundar mandir seorang diri, saya singgah sebentar di sebuah kedai video. Banyak dvd pelbagai bangsa, versi, tema dan aksi. Kalau ditanya saya tentulah saya cenderung kepada kartun. Tiba-tiba mata saya menangkap dvd yang depannya ada perempuan dengan aksi ghairah tanpa seurat benang lalu saya menduga isinya.Teringat saya akan iklan ditelevisyen yang memaparkan kisah seorang remaja ditegur oleh seseorang yang layak digelar pakcik akan bahayanya kesan video tidak elok yang bukan sahaja mendatangkan masalah moral malah memberi kesan kepada negara.Pada pandangan peribadi saya sebagai wanita, individu yang tidak boleh menahan nafsu untuk menjadikan tema video ini sebagai wadah utama haruslah memerhati hakikat diri bahawa kita semua mempunyai nafsu, nafsu yang tidak dapat dipuaskan sampai bila bila jika hidup hanya berpaksikan keseronokan. Tetapi nafsu haruslah disalurkan dengan cara yang betul dan beradab supaya ianya tidak mencemarkan spiritual kita. Betul cara menanganinya seperti berkahwin dan melepaskan dengan cara halal malah diberi ganjaran lagi oleh Allah Taala.Bagi yang berlakon sebagai watak watak, percayalah anda terlalu murah. Barangan berharga anda disentuh dan dipegang oleh jutaan mata diluar sini walaupun anda hanya bermain dengan satu, dua atau sepuluh lelaki pun. Cantik tetapi murahan, malap dan tidak bernilai sama seperti mata mata empunya individu yang tewas dalam memeliharanya.Kepada yang melihat. Mentaliti anda sungguh rendah, lebih rendah dan hina dari najis yang berselekeh dijalanan. Anda punya akal tetapi tidak digunakan. Rela anda berkongsi melihat ibu, adik isteri, kakak dan saudara perempuan anda digomoli lelaki dikhalayak ramai. Anda tidak menjaga hati isteri anda (bagi yang sudah berkahwin ) sebagaimana dia tidak merelakan anda melanggan pelacur. Mahukah anda dipandang sebagai imam yang bukan imam.Entahlah kenapa saya sangat sensitif dalam isu ini. Tidak rela ummah dijajah dengan agenda terancang bagi melemahkan bangsa islam.Kepada pengusaha dan pengedar, daging dan tulang anda sangat layak di neraka yang mana satu kerana dari mula hingga akhirnya anda mengecapi yang haram sahaja. Apapun wahai sahabat sahabat kembalilah kepada fitrah kita yang sedia suci bersih. Tarbiah jiwa tarbiah akhlak adalah jihad akbar didalam islam. Syabas pula kepada anda yang mempertahankan maruah. Jadikan iman sebagai pendinding, islam paksinya dan solat tiang agama.

Sunday, March 11, 2012

belum habis bayar lagi

Cuaca mendung diiringi hujan renyai petang ahad itu. saya bersahaja berjalan menuju kearah suami yang sedang menunggu didalam kereta. sebaik duduk didalam kereta, ada dialog yang berlaku:            suami: tepi sikit..                                                                   SAYA MENGINJAKKAN BADAN KEBELAKANG SIKIT. ADA SESUATU YANG MENARIK PERHATIAN SUAMI PADA PINTU KERETA. MUKANYA TAMPAK SEDIKIT SERIUS. SAYA MENANGKAP GURISAN AIR PADA PINTU KERETA, AIR HUJAN YANG DIBAWA SAYA. SUAMI MEMBELEK HANDLE PEMBUKA PINTU KERETA.)                                                        SAYA: MESTI AWAK INGAT CALAR KAN!                                  (SUAMI TIDAK MENGIAYAKAN TAPI RIAK MUKANYA MENGIAKAN, SEMENTELAH LAGI SAYA MEMANG BANYAK MENINGGALKAN CALAR DALAM KERETA TANPA SEDAR. LIHAT SAHAJA STERING KERETA YANG CALAR DEK CINCIN SAYA.                                                                                          SAYA.: AMBOI !! SAYANG KETE LEBIH DARIPADA SAYANG SAYA. (SELOROH SAYA DENGAN BUAT2 MERAJUK)                SUAMI: MESTILAH! AWAK DAH HABIS BAYAR, KETE BELUM HABIS BAYAR!!!                                                                         SAYA:  ??????????!?????                                                              

Saturday, March 10, 2012

hajat yang dikabulkan



Sekarang ni saya mabuk buat kuih. excited sebab dah jumpa resepi biskut kegemaran. asalnya kak Jamilah (saudara baru) yang selalu berurusan dengan suami saya ketika di Balai Islam, masjid Al Azim dahulu selalu bagi saya biskut yang rasa dan baunya terlalu berlainan. Pendek kata ada rasa kacang, tak manis sangat dan ada masin sikit2. aromanya memang tak boleh nak cakap. Mula2 saya tak gemar sangat tapi bila dah lama2 ketagih pula. Suami yang jenis tak suka makan biskut pun jadi suka. Masalah timbul apabila saya mahu memesan biskut ini, jarang kak jamilah nak ambil duit, biskut ni pun  bukannya selalu ada. Maksudnya kalau ada orang order baru dia buat. Saya cuba minta resepi, apa yang kak Jamilah beritahu tidak jelas pada pemikiran saya. Bila buat badam kuranglah, rasa tak samalah dan ini membuatkan saya frust. Apatah lagi rasa nak makan sangat2 tapi tak dapat pula. Setelah 3 tahun ketika lidah saya hampir melupakan rasanya, nak dijadikan cerita ketika masuk di kedai membuat biskut dan kek di Bandar Tun Hussein Onn, saya terjumpa tepung biskut almond yang sudah siap diproses berserta cara2 membuatnya. Nah! inilah yang saya cari2 selama ini. Dan apabila saya mengeksplorasikan biskut ini ,mmmm memang menjadi sangat2. Teruja betul saya. Sejak dari itu dalam sebulan dua ini sudah dekat 10X saya buat. Rasa nak makan dah berganti tak termakan pula. Seronok buat dan bagi orang rasa. lagi kembang bila ada orang puji, hehe perasan! Mulalah terfikir nak buat bisnes sebab yakin kelainan rasa. saya rasa biskut ni famous dikalangan chinesse people. Sungguh! kak Jamilah pun memang cina muallaf juga. Pengajaran disebalik kisah ini ialah saya perlulah bermuhasabah selalu dan memanjatkan kesyukuran. Bukankah Allah mendengar dan tahu isi hati hambanya. Hajat saya dikabulkan pada satu masa yang tidak saya jangka iaitu ketika saya hampir melupakan kehendak saya tetapi ingatlah bahawa Allah tidak pernah lupa. Allah itu dekat, hampir sangat yakni lebih dekat daripada urat leher. Didalam Al Quran Allah sendiri menyeru kita berdoa. Allah berfirman"berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan".  

Friday, March 9, 2012

Saturday, March 3, 2012

Motivasi Diri Sendiri

Perit rasanya bila orang mempersoalkan kreadibiliti kita. Contohnya apabila kita menyatakan hasrat dan cita-cita, meluahkan halangan dan mohon cara mahu mengatasinya. perit rasanya dikritik cara kita komited.
ini membuatkan saya teringat sebuah cerita hindi yang saya tonton semalam (4 Mac 2012).
Ceritanya berkisarkan seorang kanak-kanak disleksia mengalami kemurungan kerana ibubapanya tidak memahami dunianya. Dia dipersalahkan kerana gagal dalam peperiksaan lalu sebagai hukuman dia dihantar ke asrama.

Di asrama, guru-guru pula tidak memahami dan sering menyalahkannya kerana tidak memberi tumpuan didalam pelajaran. Padahal murid tadi mempunyai masalah membaca dan berkomunikasi. Senang cerita abjad-abjad huruf atau nombor adalah musuh utama baginya. Kebetulan ada guru pelajaran lukisan yang baru nampak akan permasalahan budak tadi dan membawa dia keluar daripada dilemma perasaan rendah diri.

Guru tersebut (Amir Khan) cuba mengembalikan keyakinan diri kanak-kanak itu dengan mengangkat individidu disleksia sebagai manusia luar biasa yang masyhur kerana sumbangan individu kepada dunia seperti Albert Estein,Abishek Bachan dan Lee Kuan Yew . Akhirnya kanak2 ini berjaya mendapatkan kembali keyakinan dirinya dan mengatasi masalah disleksia dengan bantuan gurunya.

Berbalik kepada masalah saya, saya bukan disleksia, tetapi perlukan sokongan padu untuk membantu saya mencapai kemajuan diri. Nampak gayanya saya kenalah anggap ianya sebagai cabaran. Saya tidak boleh lagi menunggu bantuan datang tergolek. Mahu tunggu apa lagi kerana masa tidak menunggu kita. Ayuh siti!

tupperware



satu masa dulu jarang kita dapat tengok orang berniaga tupperware dengan membuka booth. tapi sekarang ni saya biasa terserempak mereka di tapak2 ekspo, depan bank, ruang legar banggunan2 kerajaan, carefour dan banyak tempat lagi. kalau di hypermarket sewanya bukan murah2. barangan tupperware ini memanglah bagus kualitinya kena dengan harganya yang mahal. untuk jangkamasa panjang memanglah berbaloi2. apa yang menariknya sekarang ini tupperware sudah mempelbagaikan variasi warna dengan rekaan yang memikat. tetapi dengan margin untung 20-25% sahaja berbaloikah kita menyewa tapak , minyak kereta dan pelbagai overhead lain? saya....perit juga! kalau barangan lain kita mensasarkan keuntungan 2 kali ganda keatas barulah dapat menampung tanggungan lain dan upah untuk diri sendiri.

Friday, March 2, 2012

pokok mengeluarkan seekor burung.

PERNAH TENGOK TAK SEEKOR BURUNG KELUAR DARI CELAH-CELAH PUCUK BUNGA. POKOK INI MAK SAYA AMANAHKAN SUPAYA JAGA BAGI PIHAKNYA. CUMA SAYA BELUM PINDAHKAN LAGI KEDALAM PASU. BILA BURUNG INI GUGUR, IA AKAN DIGANTI SEGERA DENGAN BUNGA DAN BURUNG BARU AKAN KELUAR SEKALI LAGI. TAK PERLU TUNGGU LAMA MACAM BUNGA ORKID.

semangat...pulanglah


saya sedar sejak akhir2 ini saya menjadi sangat pasif. semangat merudum jatuh macam pasaran saham. rasa kecewa itu ada. tak guna saya menyesali diri. saya tak boleh membuang masa lagi, tak boleh biarkan ia membelenggu saya lagi. punca kegagalan saya ini yang utama berpunca dari spiritual saya. semoga Allah mengampuni saya atas kelalaian saya. first saya kenalah kuatkan asas dalam diri supaya lebih banyak beramal .