Koleksi Gambar

Saturday, March 3, 2012

Motivasi Diri Sendiri

Perit rasanya bila orang mempersoalkan kreadibiliti kita. Contohnya apabila kita menyatakan hasrat dan cita-cita, meluahkan halangan dan mohon cara mahu mengatasinya. perit rasanya dikritik cara kita komited.
ini membuatkan saya teringat sebuah cerita hindi yang saya tonton semalam (4 Mac 2012).
Ceritanya berkisarkan seorang kanak-kanak disleksia mengalami kemurungan kerana ibubapanya tidak memahami dunianya. Dia dipersalahkan kerana gagal dalam peperiksaan lalu sebagai hukuman dia dihantar ke asrama.

Di asrama, guru-guru pula tidak memahami dan sering menyalahkannya kerana tidak memberi tumpuan didalam pelajaran. Padahal murid tadi mempunyai masalah membaca dan berkomunikasi. Senang cerita abjad-abjad huruf atau nombor adalah musuh utama baginya. Kebetulan ada guru pelajaran lukisan yang baru nampak akan permasalahan budak tadi dan membawa dia keluar daripada dilemma perasaan rendah diri.

Guru tersebut (Amir Khan) cuba mengembalikan keyakinan diri kanak-kanak itu dengan mengangkat individidu disleksia sebagai manusia luar biasa yang masyhur kerana sumbangan individu kepada dunia seperti Albert Estein,Abishek Bachan dan Lee Kuan Yew . Akhirnya kanak2 ini berjaya mendapatkan kembali keyakinan dirinya dan mengatasi masalah disleksia dengan bantuan gurunya.

Berbalik kepada masalah saya, saya bukan disleksia, tetapi perlukan sokongan padu untuk membantu saya mencapai kemajuan diri. Nampak gayanya saya kenalah anggap ianya sebagai cabaran. Saya tidak boleh lagi menunggu bantuan datang tergolek. Mahu tunggu apa lagi kerana masa tidak menunggu kita. Ayuh siti!

No comments:

Post a Comment