Koleksi Gambar

Saturday, December 27, 2014

Jadikan Hari Lebih Seronok

Selepas solat Zohor, pembantu am lelaki berbangsa india Muslim Bangladesh masuk ke bilik mesyuarat tempat saya solat.

"Sudah habis sembahyang?"
Saya angguk
"Ada customer."

Saya turun ke bilik dan lihat konsultan jualan bernama Hafiz sedang melayan pelanggan berbangsa India. Saya ingat alang-alang Hafiz sudah 'serve', malaslah saya nak ganggu. Tetapi bila saya tengok konsultan jualan yang di panggil Seng , dia berkata sekarang giliran saya.

Antara hendak dan tidak saya melihat Hafiz dan menunggu respon darinya.
" Hafiz 'attend'lah"
"Tak , turn akak. Memang tengah tunggu akak."

Saya pun attend. Antara takut dan tidak. First sebab pelanggan ini bercakap di dalam bahasa Inggeris fasih dan cair kata orang. Ketika berkomunikasi ,saya menjawab pertanyaannya di dalam Bahasa Melayu . Saya cuba berlagak seperti biasa walaupun gemuruh itu mengganggu perasaan saya. Sebenarnya menjadi konsultan jualan ini kenalah pandai menutup perasaan gugup jika tidak pelanggan mahukan informasi akan rasa tidak percaya sedangkan mereka sudah meletak kita konsultan jualan sebagai seorang yang mahir tentang apa yang di jual.

Oh!, rupa-rupanya 'walk in customer' ini seorang Doktor. Sekarang dia memandu kereta BMW dan beliau sebelum ini  memandu Mitsubishi Attrage. Kesimpulan yang saya buat ialah dia mengetahui kelebihan jenama Mitsubishi dan sebab itulah mendorong dia mempromosi kepada rakannya jenama ini. 

#maaf, saya tak larat nak edit ayat skima lagi. So di bawah ayat yang saya tulis sebelum saya edit.

Saya offer test drive tetapi rakannya yang bernama Hannan (lelaki) tidak berapa confidence.  Tetapi oleh kerana rakannya yang bernama Dr. K. Purushotham memberi galakan supaya test drive , maka dr. Hannan mengalah juga.

Saya meminta bantuan sc Hafiz mengetahui bagaimana cara  atau prosedur nak test drive:
1. Copy ic di borang indemnity
2. Isi borang indemnity
3. Customer sign diikuti sc
4.Ambil trip plate di bilik sales manager (Deric)
5. Ambil kunci, keluarkan kereta dan customer boleh test.
6. Jalan ikut suka tetapi janganlah jauh sangat.

Ketika di dalam kereta doktor sama doktor pun chit chatlah. Saya duduk di belakang buat biasa sahaja walaupun gemuruh juga nak bercakap banyak.  Mana tidaknya, salah cakap nampak sangatlah saya ni ilmu tentang kereta seciput.

Janganlah ingat sales consultant yang jual kereta dari sekecil-kecil brand hingga sebesar-besar jenama pro dalam bidang permotoran. Itu hanya nombor paling pertengahan atau akhir. Bagi saya atau sc lain yang penting kita tahu selok belok bagaimana menjalankan proses jual beli kereta seperti bagaimana mahu close sale, collect document,  buat loan dan akhir sekali delivery. Paper work atau proposal sikit-sikit tu biasalah.

Sebenarnya perasaan gemuruh saya ada tetapi saya cuba bersikap biasa seakan apa masalah yang saya gugup bukanlah perkara besar misalnya ada perkara berkenaan kereta yang saya tak pasti seperti menjawab soalan EBD ada ataupun tidak.

Customer puas hati ketika test drive kereta Asx Mitsubishi. Saya berterima kasih kepada rakan doktor terbabit kerana menggantikan tempat saya sebagai sales consultant mempromosi, menerangkan kelebihan dan perbezaan kereta ASX .

Sesudah test drive, saya membawa doktor-doktor terbabit kemeja rundingan, membuat calculation monthly, loan, down payment dan offer-offer menarik. Akhir sekali kami bertukar-tukar kad. Insyaallah minggu hadapan saya akan follow up lagi.

Ilmu
1. Seboleh-bolehnya penuhi kehendak customer seperti test drive car.
2. Jadikan customer selesa dengan kita.
3. Tak tahu tetapi kena pandai cover seolah-olah tahu dalam masa yang sama jangan over confidence.
4. Jangan tunjuk tamak hendak close sale ketika itu juga kerana boleh mendatangkan rasa cuak dan takut kepada customer.
5. Follow up

Sekian perkongsian pengalaman.
# saya rasa blog saya sebelum ini agak skema. Kerana itu mengehadkan populasi entry saya makan saya mahu menjadikan blog saya ini lebih menyeronokkan dengan berkongsi pengalaman saya bekerja, selok belok sales consultant kereta dan keseronokan atau pahit manis menguruskan pelanggan.
Semoga selepas ini lebih ceria dan mendapaf input tentang kerjaya ini.

Wednesday, September 17, 2014

Sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga.
Secara jujurnya saya merasai alam rumahtangga ini dikemudi sebaik mungkin. Dahulu hidup membujang rasa tidak terurus sahaja walaupun bekerja dan punya wang. Contohnya apabila raya semakin hampir, saya keliru memikirkan dimana mahu berhari raya. Mak di KL. Adik yang bongsu ikut emak. Kalau saya beraya bersama mak, mak belum tentu berada di rumah kerana memilih mengisi hari raya dengan bekerja . Kalau emak tak bekerja aktiviti raya kami tidak seperti orang lain. Mengingati kenangan itu membuatkan saya berasa sedih sahaja.
Jika saya beraya dengan keluarga ayah agak meriah juga tetapi saya kurang selesa kerana terjun dalam keluarga ummi yang besar. Meriah tetapi keakraban tidak terasa kerana mereka ibarat orang baru pada saya.
Dunia bujang saya dahulu terlalu berdikari. Mak saya juga terlalu berdikari. Ayah pula mengajar saya supaya tidak terlaku bergantung.
Nak ceritalah sedikit pengalaman raya pada tahun 2002.
Tahun itu saya pulang ke Kedah bersama adik bongsu saya berdua sahaja. Emak saya tidak turut serta kerana ada komitmen lain. Berkelanalah kami ke negeri Kedah. Kami tidur di Gurun, esoknya pada hari raya pertama kami beraya ke rumah ayah. Yang lain lain selepas itu saya tidak ingat.
Raya yang paling meriah ketika tok masih ada. Memang seronok kami berkumpul. Malam raya meriah dengan kesibukan menyediakan juadah ketupat dan rendang. Di halaman rumah pula berderet kereta menandakan kepulangan orang kota. Saya yang berumur sekitar 14 tahun ketika itu diberi peranan mengisi balang kuih raya. Ingat lagi selepas kemeriahan hari raya arwah tok akan menyorokkan kuih raya di bawah katil bilik atas. Sering juga saya mencuri makan kuih raya yang di sorokkan. Satu sikap arwah tok ialah jimat cermat. Manakan tidak kuih raya yang disimpan sehingga raya haji berikutnya.
Raya selepas ketiadaan arwah tok turut saya rasai. Saya berada di tingkatan 4 ketika itu. Mak saya tidak pulang kerana kesibukannya. Saya mendiami rumah tok bersama ibu dan bapa saudara. Menjelang malam raya hanya tinggal saya seorang yang memeriahkan rumah. Saya pasang lagu raya, nikmati feel beraya dengan mengeluarkan balang kuih, mengisi kuih dan menghias rumah apa yang patut. Itulah pengalaman beraya seorang diri. Esoknya barulah ada saudara mara yang datang berkunjung.
Tahun selepas hidup berdua, barulah saya merasai suasana raya yang bermakna. Bermakna kerana suami saya memberi sepenuh perhatian kepada saya dari segi makan, pakai dan persiapan lain. Hidup berdua rasa lebih bermakna dan tidak sunyi lagi. Kami meraikan suasana hari raya dengan penuh kegembiraan. Alhamdulillah.

Keluhan dan harapan salesman

Wednesday, August 27, 2014

Stress nak archive target.

Satu ke dua hari ni rasa stress memikirkan nak handle customer. Kisahnya saya ada deal satu customer yang nak beli single cab triton. Deal semua dah ok dari segi loan dan down payment. Diskaun pon dapat cantik. Tapi masalahnya macamana saya nak bagitau customer untuk register dalam 2 hari terdekat ni. Ada lagi satu perkara yang sangkut iaitu trade in kereta toyota vios dia.
Bila dah ada campur tangan manager, dengan nak kejar target lagi, nak inspection lagi, nak kejar bank lagi, semuanya buat saya berserabut. Nak explain in direct takut akan menyusutkan keadaan , jadi biarlah saya duduk tenang-tenang supaya mudah dia menerima budi bicara yang akan dibuka nanti.
Insyaallah esok customer akan sign agreement di office. Hisham Maybank dah buat arrangement. 
Esok saya akan siapkan E Hakmilik. Esok juga saya akan bersembang dengan customer untuk buat registration. Customer mungkin akan argue kenapa nak register cepat sedangkan dia tak urgent.  Jawapan saya ialah kita sudah cuba dapatkan diskaun maksimum dibawah manager yang ada sekarang, sudah tentulah kita harus register segera kerana diskaun  diusahakan oleh manager sekarang. Akan datang saya tak boleh bagi jaminan.

Customer risau kereta yang ada belum ada kepastian harga trade in.
Saya akan tenangkan customer dengan memberi jaminan kita akan mendapatkan harga terbaik. Customer tidak perlu risau untuk menyerahkan kereta segera kerana kita akan menyerahkan kereta pada minggu hadapan iaitu selepas 31 august supaya customer dapat merancang hari penyerahan dan mengambil kereta baru.

Oleh kerana segalanya tidak diduga dari segi proses yang terlalu cepat. Saya akan memohon jasa baik customer supaya mempertimbangkan membuka insurans penuh dan syarikat insurans akan membuat refund dalam masa terdekat. Semua urusan transfer, endorsement akan saya uruskan free of cas walaupun saya terpaks membayar kos upah runner.

Semoga segala urusa  berjalan lancar. Ya Allah bantulah hambamu.

pahit dan manis

Alhamdulillah hari ini selesai delivery kereta Mitsubishi Mirage. Customer ini saya dapat hasil daripada pengiklanan dalam Carlist. dalam minggu ini sahaja saya dalam usaha menyelesaikan 2 case yang tidaklah terlalu rumit tetapi agak menjengkelkan sebab terkejar-kejar untuk menyelesaikan di dalam bulan ini juga.

first case
Pada satu pagi Isnin saya mendapat panggilan daripada seorang wanita yang menggelarkan dirinya Niza. katanya mahu tahu mengenai kereta Mitsubishi Mirage untuk adiknya. Keesokan harinya saya follow up dan mendapat satu kata putus untuk berjumpa pada hari Jumaat.

Sulit sedikit sebab customer mahu stok tahun 2013 dan berwarna Kelabu. Dengan izin Allah stok tersebut memang ada dan memudahkan saya close sale. Booking saya collect RM150 sebagai tanda jadi. Dokumen juga sudah dibawa.

first call 11/8/2014
first date 15/8/2014
loan sent by email 18/8/2014
register 27/8/2014
delivery 27/8/2014

masa 9 hari.

2nd case
encik Azam mahu membeli kereta triton single cab. pada 22 Ogos dia menghantar message melalui whatapp. esoknya kami berjumpa di showroom untuk perbincangan lanjut. Alhamdulillah sale closed. wife nya bekerja di Universiti Kuala Lumpur sebagai pensyarah.

submit loan by email 24/8/14
loan approved 27/8/14

sekarang banyak juga perkara mahu saya fikirkan untuk menyelesaikan masalah customer antaranya
1. Transfer Ncd
2. Collect Dpayment
3. appoinment used car
4. Ehakmilik
5, Sign Agreement
6. Countime customer register selewat lewatnya hari Jumaat.

minggu hadapan pula saya ada appoinment di SPRM Putrajaya untuk urusan jual beli kereta ASX CKD.

Thursday, July 3, 2014

Ramadhan pertama 2014

Alhamdulillah hari ini dapat berterawih di surau kampung suami saya.
Seperti biasa apabila melihat jemaah wanita yang dikenali, kami bertegur sapa dan bertanya khabar. Ayat biasa " bila balik? " sudah sinonim setiap kali berjumpa.
Terasa ketenangan yang tak dapat digambarkan. Inilah keberkatan bulan Ramadhan.
Syukur dan bahagia tersangat kerana mendapat pasangan yang sejiwa dalam menempuhi bulan ibadat ini. Suami seperti biasa akan mengajak sama berterawih di surau.
Dalam keadaan begini, saya melupakan seketika kesibukan ibukota yang semakin sebati dengan rutin harian.
Diluar sana terbayang wajah wajah yang memerlukan perhatian supaya saya tidak melupakan ikrar dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Semoga Ramadhan ini terlebih baik dari tahun sebelum ini.

Tuesday, June 17, 2014

EAMMMM

Kadangkala saya merasa mahu berhenti kerja apabila memikirkan kesusahan menempuh jem setiap kali pergi dan balik kerja, mengadap bos yang kuat sangat membebel, berhadapan pula dengan karenah manusia yang pelbagai dan pertanyaan pertanyaan engineering yang bukan saya terlalu pakar sangat untuk menjawabnya.

Saya akui saya fed up. Bos yang lagi satu pula membuatkan saya berasa tercabar kreadibiliti apabila suka mengatur saya.

Tetapi setiap kali down saya cuba kuatkan semangat. Saya selalu mendesak diri saya supaya bersabar. Melawan perasaan negetif dengan meletakkan harapan supaya tapak ini menjadi asas supaya saya dapat menyelesaikan masalah saya. Hutang piutang kad kredit, tebus barang kemas, bagi mak ayah duit, ada pula wang untuk mengikuti kursus kursus yang boleh memberi impak atau bekalan serta idea untuk persediaan apabila saya tidak perlu kepejabat lagi. Pendek cerita saya mahu duduk dirumah memberi komitmen kepada keluarga tetapi dalam masa yang sama bekerja dari rumah. Ada satu lagi cita cita saya iaitu mahu menghasilkal sebuah buku mengenai kerjaya saya. Di dalamnya akan ada pengalaman saya berhadapan dengan pelbagai ragam pembeli, sedikit ilmu yang membetulkan salahfaham masyarakat terhadap penjual kereta dan panduan membeli kereta. Di samping itu saya juga mahu menyelitkan tip tips membeli kereta, membuat pinjaman bank dan perkara yang perlu dilakukan selepas membeli kereta.

Objektif saya ialah supaya dapat mengangkat martabat status konsultan jualan kenderaan. Saya mahu menekankan bahawa inilah kerjaya mulia, di sandang oleh mereka yang terpilih dan berkemahiran tinggi.

Inilah asas yang saya maksudkan sebagai penguat semangat mengapa saya masih cekal berkerja walaupun sering datang serangan serangan ke dalam diri saya.

Selebihnya setelah berusaha sebaik mungkin, saya berdoa dan tawakkal kehadrat Ilahi supaya membantu saya.

Friday, June 6, 2014

Mr kong

Pagi pagi lagi mr kong sudah tak boleh tengok muka saya. Saya rasa termasuk hari ini sudah lebih 10 kali mr Kong bertanya soalan yang sama.

" sudah call abx ( syarikat kurier servis )."

" I sudah cakap u dari semalam pergi itu syarikat abx PJ sana...."

"Nanti u tak sempat register u yang rugi, I sudah tolong u......" dan mr Kong menyambung lagi bebelannya.

Walaupun stress dengan bebelan mr Kong yang terbiasa begitu. Saya hanya buat biasa sahaja. Siapa tidak risau, saya berusaha dengan cara saya dan tidak mahu kecoh sana kecoh sini.

Pada saya biarlah cakap tidak banyak asal kerja berjalan.

Akhirnya saya sanggah juga mr Kong.

" mr kong , i sudah call itu abx. Itu barang sudah on the way. Kalau i tunggu PJ sana, itu barang sudah on the way sini pon tak guna juga"

" u pergi sana sekurang kurangnya boleh dapat. Sini ada orang tunggu .... i mau u kejar itu abx sebab sudah takde masa...."

Mr kong memang selalu macam ni ketika akhir bulan. Dia gelabah semacam kata Hana.

" mr kong , i sudah call itu abx, dia suruh tunggu. Itu barang on the way.... "  tegas saya dengan nada sedikit tinggi. Saya nampak mr kong terdiam tunduk sambil menggeleng kepala. Nampak gayanya mr kong ni memang kena guna cara ini kalau kita mahu mempertahankan diri.

Kadangkala apabila memikirkan sikap kuat membebel mr kong membuatkan saya teringat cerita tentang isteri yang kuat membebel . Dek kerana tidak tahan dengan isteri, si suami akhirnya mencampakkan isterinya ke dalam perigi buta. Al kisah di dalam perigi tersebut terdapat seekor jin yang menjelma apabila si suami tadi kembali untuk mendapatkan  isterinya.

Si suami terkejut apabila.mendapati jin tadi lalu bertanyakan mengapa si suami mencampakkan isterinya kedalam perigi buta ini. Setelah si suami bercerita hal sebenarnya
Jin tadi berkata, " Aku pon tak tahan dengar bebelan bini kau la, sebab tu aku keluar dari perigi ni".

Kalau tanya perasaan saya tentang mr kong ceritanya sama macam si suami dan jin tadi.

Thursday, May 15, 2014

Kesan lebam

Sudah hampir seminggu suami saya menyapu minyak angin dekat kesan lebam di betis saya. Selagi tidak disapu selagi itulah dia tidak puas hati. Macam itulah perangai dia, caring gila. Badan saya sejak akhir-akhir ini lemah semangat dan kurang bertenaga. Lenguh sana lenguh sini, mujur apabila minta diurutkan sumi saya tak sampai hati. Urutkan juga walupun badannya pon apa kurangnya.
Kadang kala apabila kena angin nak mengena, saya suruh dia sapu belakang saya supaya saya leka. Dia? Tak sampai hati juga.
Memanglah betuntung saya memiliki suami yang mempunyai sifat belas kasihan ini.

Friday, May 9, 2014

Tetamu

Hari ini dia seorang sahaja yang datang. Lagi 3 orang missing macam mh370.

Tuesday, May 6, 2014

Hadiah dari suami

Hari Ahad baru baru ini saya dapat hadiah smart phone daripada suami. Dalam hati saya merasakan susah-susah sahaja dapatkan saya telefon canggih ni. Saya ni tak semacam orang lain sebab tidak pandai memanfaatkan teknologi sangat. Kadangkala saya rasa teknologi ini buat saya leka sehingga ada kalanya saya anti juga.
Oklah, hadiah ini saya terima dengan hati yang lapang. Di sini ada rasa ingin memuaskan hati isteri, rasa ingin isteri seperti orang lain, ada rasa tak sampai hati isteri duduk tengok orang lain ada hanset canggih canggih.
Saya memang ada niat nak membeli tetapi saya mahu menunggu sampai suatu masa yang saya betul betul mampu dan mempunyai sumber pendapatan kukuh.
Apapun wahai suamiku yang bijaksana, terima kasih daripada isterimu.

Catatn mei 14

Monday, May 5, 2014

Pengajian Al Quran

Inilah aktiviti kami malam ini. Hari ini bersamaan 5 Mei 2014 Isnin.

Thursday, April 17, 2014

Pengajaran pengajaran

Masuk hari ini dan jika ditambah  lagi 2 hari akan genap sebulan saya bekerja di eon auto mart ampang. Macam macam perasaan yang saya lalui.
Hari ini saya nak ceritakan sesuatu yang perkara yang mesti saya take action dan ambil tindakan untuk pembaikan.
Hari ini saya ada make appoinment dengan customer muda. Berminat membeli model mirage. Oleh kerana di tempat saya tiada kereta mirage maka terpaksalah saya arrange untuk test drive di Glenmarie.
Customer ni mula mula saya takut nak call sebab saya tak confidence yang saya boleh handle dia. Tetapi memikirkan saya perlu mencari sales maka saya beranikan diri juga.
Untuk handle test drive saya terpaksa buat appointment dengan branch lain. Call sana call sini maka plan appoinment berjalan. Pukul 2.30pm saya akan berjumpa dia di glenmarie.
Sepatutnya hari ini saya ada duty di setia city mall . Dah bagitau bos ben namanya.
Saya pun ke shah alam untuk mencari lokasi glenmarie. Saya bertolak pukul 12.30 dan sampai di masjid shah alam pukul 1.30pm.
Selepas solat saya keluar untuk mengetahui lokasi glenmarie. Sayangnya saya sesat dan hilang pedoman kerana ketiadaan gps. Di tambah pula saya cuba call customer tetapi tak dapat dihubungi.
Saya berandaian customer mungkin walk in di showroom terdekat atau tidak berminat kerana apabila saya tidak dapat menghubunginya dan dia pula tidak menghubungi saya.
Saya berkeputusan untuk mencari arah ke setia alam city mall. Itupun fail. Baru saya tahu saya didalam kesusahan kerana tiada bantuan wazw atau gps atau navigator.
Hujan lebat ditengah jalan membuatkan saya mengambil keputusan untuk kembali mengikut jalan yang biasa saya ikut. Mata saya sudah memandang meter minyak. Baru sahaja saya letak rm50 tadi. Saya sudahlah budget budget untuk menjimatkan kewangan. Duit tol juga sudah hampir rm10.  Sale tak dapat lagi.
Dalam fikiran saya, ibarat patah semangat sebab saya sudah berkorban masa dan wang ringgit serta duty di setia alam city mall.
Saya dapat idea untuk on off hanset sebab tiada panggilan masuk.
Selepas itu Ya Allah, banyak sms call masuk . Rupanya adik tadi memang banyak kali call saya. Saya malu dengan diri sendiri . Saya juga malu dengan dia seolah olah menampakkan saya tidak menepati janji. Allahuakbar.
Bukan sengaja ....

Kesilapan
1. Diri sendiri kerana
-tidak terus tawakkal pergi sahaja glenmarie
-tak cari digi simcard
-budget tak kena tempat

2. Penambahbaikan
-sepatutnya saya on off hanset.
-sepatutnya saya kena baik sangka dengan customer
-sepatutnya saya kena confident dengan diri sendiri

Berulangkali saya minta maaf pada customer.

Bos ben bagi tekanan kuat pada saya. Saya merasa disalahkan kerana tidak report ke setia alam city mall. Ben juga tanya boleh sign atau tidak . Aduh, saya betul betul stress , tercabar, rasa fed up dan rasa tertekan sangat -sangat.

Setelah melihat mesej dia nak tolong saya , baru saya berikan no phone customer untuk ben call dan saya sendiri akui kesilapan saya.

Ya Allah .... ampunilah kelalaian saya. Hanya saya yang perlu perbetulkan sikap saya iaitu mengamalkan attitude sebagaj salesman yang dahulu. Ampunilah aku.

Wednesday, March 26, 2014

Mh 370 hilang dan ragam.

Mh370 hilang
Baru2 ini disahkan berakhir di lautan hindi.....

Tuesday, February 18, 2014

Bermotivasi dengan nombor

Hari ini saya nak ajar satu cara mendapatkan motivasi secara persendirian. Cara ini amat berkesan untuk meningkatkan semangat anda semua. Cubalah kerana keberkesanannya telah diuji dan keputusannya sunggub superb.

Contoh

Siti amat buntu tentang masalah kewangannya. Baru baru ini dia telah terhenti membayar hutang kad kreditnya kerana tidak mampu membayar disebabkan sumber pendapatannya terhenti. Pekerjaan siti sebagai agen takaful dan unit amanah bergantung kepada berapa rm yang dicarumkan oleh klien nya. Oleh itu mahu atau tidak siti terpaksa berusaha dengan pelbagai metodologi untuk meningkatkan jualannya.

Sebagai agen takaful, ganjaran yang diterima adalah selagimana pelanggan mencarum dengan siti setiap bulan. Baru baru ini syarikat telah mengumumkan ganjaran pergi melancong ke Gold Coast kepada sesiap yang boleh mengumpul ANC  120k.

Siti mencongak bagaimana mahu mendapatkan ANC 120k

Kiraannya ialah
Setiap pelanggan mencarum sebanyak rm 100. Jumlah caruman tahunan bagi seorang ialah 1200.  Anc 120k ditolak dengan 1200 menjadikan baki yang perlu dikumpul 118800.

Jadi siti perlu mendapatkan lagi 99 orang pencarum dengan jumlah caruman paling kurang rm100 sebulan.

Kini siti lebih fokus bagaimana cara untuk mendapatkan sales bagi mencukupkan kuota 99 orang. Supaya lebih cepat siti bercadang mahu mendapat result cepat dan respon segera apabila berhadapan dengan pelang. Jadi, siti memilih untuk pergi ke pejabat pejabat dan kafe untuk mendapatkan  klien secara pukal. Maksud klien berangkai ialah klien secara berkumpulan atau berangkai melebih 3 orang .

Ok tak motivasi yang saya perkenalkan.

Monday, February 17, 2014

Investment emas

Tadi saya selesaikan bayaran upah simpan dan juga tukar surat gadaian di agrobank Sri Permaisuri Cheras. Adalah kena bayar dalam rm 1145 . Nasib baik en Suami tolong dulu.

Saya minta pihak bank pecahkan surat surat kepada 4 surat supaya budget jadi 1k ke bawah. Sementara proses saya bersembang sembang hingga masuk untung rugi pelaburan emas.

Katanya sepatutnya barang kemas ni beli dan simpan. Kalau simpan kat pajak gadai memanglah rugi sebab nak kena bayar upah simpan bagai. Kalau 3 ke 4 cycle nak sambung, duit habis kat upah simpan sahaja. So cerdiklah sikit.

So kawan2 jangan terjerat dengan pelaburan emas macam saya okay.....

Menurut pegawai bank tadi, ramai juga yang tak dapat ambil dan yang kesiannya ada sampai rm 100 k ke atas. Kesian kan. Bukannya apa nama sampai masuk bank negara. Apa lagi , jawabnya black list lah.

Saya dengar sifu yang suruh saya melabur pon tak dapat ambil barang kemas kat bank pajak gadai ni.

Insyaallah dalam masa 6 bulan ini saya yakin dapat tebus barang kemas saya .

Sunday, February 16, 2014

Fokus.

Esok saya ada interview di Perodua Cheras. Mitsubishi under Eon di Ulu Klang yang saya minta pun masih dalam proses. Gayanya macam dapat. Dalam masa yang sama saya fokus untuk terlibat dengan takaful Great Eastern secara serius. Pekerjayaan dalam bidang permotoran ini hanyalah sebagai kesinambungan untuk memanfaatkan ilmu dan kemahiran saya sebelum ini. Saya juga mahu membiasakan diri untuk berinteraksi dengan orang ramai supaya keberanian saya datang semula.

Bukanlah saya tamak. Saya mahu meletakkan sasaran pendapatan saya menjejak kepada 20k sebulan. Sasaran pertama adalah 5k dahulu. Mengapa? Saya banyak hutang nak diselesaikan, hutang kad kredit yang boleh membuatkan nama saya diblack listkan , nak cover balik masa yang saya buang dari 2009 hingga tahun 2013, nak berjasa pada ibu bapa, nak bersedekah, nak tolong orang dan nak bikin kereta balik.

Sekarang ni semak kepala nak pergi ke Perodua atau Mitsubishi . Kalau dapat dua2 , saya kena pilih antara dua mana yang terbaik. Sure sure saya tak boleh patah balik. Bagusnya kerja kereta ini masa lebih fleksibel dan pandailah nanti saya bahagikan masa. INSYAALLAH.

Positif minda untuk mencapai kejayaan

Dah puas saya memerap tunggu duit jatuh dari langit  tapi tak turun turun juga. Berangan income 4k ke atas. Terlalu memilih nak buat apa nak buat apa. Bergantung sebagai konsultan unit amanah tetapi tak berjalan jalan juga. Di samping itu melayan perasaan sedih dan dendam kerana dikhianati saudara tak sedarah .  Oh zalimnya saya membuanb waktu.

Selepas ini saya nekad bergerak dan meneruskan langkah untuk fokus mencipta kejayaan dari segi kewangan dan kerjaya. Nak mengharap orang memberi semangat hatta teman sendiri, kirim salam sahaja. Buat semangat saya down dan hilang keyakinan diri.

Kali ini saya cuma mahu buktikan saya tak mati dengan caci maki, saya tak berundur walaupun dikata hangat hangat tahi ayam. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Dan lagi satu alang alang saya duduk kat kuala lumpur ni, saya nekad untuk conker setiap jalan, kawansan, everybody dan company..... everything.

Selfie

Thursday, February 13, 2014

Sesak... duit.

Masa muda apabila tidak beringat , tidak diingatkan ( ayat salahkan orang lain ) maka kita mengabaikan perlindungan diri yang wajib disediakan untuk diri kita sebagai persediaan apabila berlaku kecemasan seperti gangguan kesihatan. Saya selalu juga google kisah pesakit hiv contohnya yang mendapat jangkitan samada melalui aktiviti berisiko ataupun tidak disengajakan seperti pindahan darah. Dari situ saya melihat permasalahan penghidap terutamanya dari segi kewangan. Kewangan yang diperlukan untuk menyara keluarga. Kasihan dengan anak anak yang masih kecil. Risau akan nasib isteri bagaimana kemudian . Simpanan dahlah tiada. Perlindungan perubatan pula tak dapat coverage.

Saya pula, dalam situasi sekarang amat merasai bahana gaya hidup ketika berumur 20 an dahulu. Hutang kad kredit dah tak dapat bayar walaupun nilainya kecil. Kebetulan pula saya membeli barang kemas sebagai pelaburan tetapi caranya pula tak kena dan kini memerangkap saya sungguh sungguh. Puncanya saya bersetuju tanpa menyiasat hujung pangkal dengan menggadaikan barang kemas kenangan perkahwinan saya untuk mendapatkan modal membeli barang kemas lain yang senilai dengannya. Barang yang dapat digadaikan dan wang dapat dijadikan modak untuk mendapatkan seutas lagi barang kemas. Pendek cerita semua duit habis bayar barang kemas. Barang kemas disimpan dikedai emas. Cukup tarikh matang, saya perlu membayar upah simpan dan jika perlu wajib tukar surat. Saya cuma perlu membayar perbezaan nilai emas semasa.

Bulan ini, February 2014, sekali lagi saya perlu tebus barang kemas atau tukar surat.

Sekarang memanglah saat saat genting dan kritikal sumber kewangan saya. Mungkin kena bergantung kepada suami atau berhutang atau gadai lagi apa yang ada. Jangan gadai diri sudah.

Saya akui saya memang malu sangat sangat untuk meminjam sana sini. Memang ego saya tinggi. Hatta dengan suami sendiri pun.

Tulisan ini adalah sebagai kenangan dan bukti susah senang saya hari ini supaya dapat saya tatap ketika saya sudah boleh covered semua hutang piutang saya.

Saya yakin satu hari nanti saya akan membaca semula catatan saya sambil membandingkan sekarang yang dahulu (hari ini) dan sekarang masa saya baca entri ini.

Yakin, saya sudah berada, tidak lupa pada yang susah dan juga beringat ingat.

Renew lesen

Dah lama saya tak datang ke JPJ Setapak. Seingat saya ketika saya bekerja di Proton Edar Setapak, memang saya kerap ke sini atas urusan pendaftaran kereta baru dulu...2001-2003. Nak buat apa time tu memang tak takut. Usia muda. Sekarang dah 35 tahun. Buat apa ya.... sure ada yang tertanya. Dulu biasalah kalau urusan kat JPJ memang kena tunggu seawal pagi. Ramai umat. So pernah juga la saya pandai mengaku suami datang lambatlah sebab ada hal. That time no giliran dah habis. Kalau tak berlakon maksudnya tak dapat dan silap haribulan kena marah ngan kastemer yang excited nak ambil kereta baru.

Hari ni saya nak cerita bagaimana saya renew lesen 'P'saya yang hilang. Tak perlu buat report polis. Bawa sahaja copy ic. Copy depan belakang atas kertas A4 tau. Gambar saiz pasport perlulah disediakan. Time sampai kat kaunter, dia tak tanya apa2 sangat sebab bagitau hilang. Bayar rm20 bagi copy ic dan photo . Kemudian kena tunggu kejap sebab nak proceed kad. Tahun ini kad lesen kita cantik sikit. Macam kad ic.

Saya ada pergi ke pejabat pos tadi. Oleh sebab lesen p saya hilang ...lesen first yang ada selepas lulus l dan ujian JPJ starting 2001 dulu, maka saya kena pergi ke JPJ. Maksudnya kalau ada P, Pos Malaysia boleh buat lah kot.

So ingat....
Nak buat lesen baru yang hilang kena bawa
1. Gambar paspot
2. Fotostat ic  atas kertas A4 dpn belakang
3. Rm20

Expired 2015.
Tarikh hari ini 13 februari 2013.

Supaya dapat membantu sesiap yang google cara nak baharui lesen yang hilang k.

Saturday, January 25, 2014

Kanser servik


SIKAPNYA ceria dan peramah. Malah, sekali pandang, tidak ada apa yang luar biasa mengenai dirinya. Hanya setelah berbicara dengannya barulah mengetahui wanita berusia 49 tahun ini adalah bekas pesakit kanser serviks.

Faridah memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan dirinya menghidap kanser serviks pada tahun 2004. Kini, dia tidak lagi menderita akibat kanser serviks. Namun sewaktu pertemuan  yang berlaku di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) baru-baru ini, Faridah amat menekankan saringan dan pengesanan awal penyakit kanser ketiga yang biasa berlaku di kalangan wanita Malaysia ini.

“Rasa tidak prihatin terhadap gejala-gejala awal telah membuatkan saya kehilangan sistem peranakan saya. Kos merawat penyakit saya ini lebih daripada kos mencegah. Selepas saya melalui setiap rawatan dari 2002 hingga pulih, kos rawatan itu hampir RM500 ribu. Kalaulah daripada awal dapat dicegah, kos tidak mencecah sebanyak itu. Pengesanan awal lebih penting. Ia mampu mengelakkan penyakit itu lebih teruk.”

Wanita bersikap positif ini menyarankan agar wanita untuk menjalani kehidupan yang sihat bagi mengelak kanser serviks.

“ Kanser serviks adalah disebabkan oleh virus. Pemakanan untuk melawan virus itu amat penting. Bagi yang telah berkahwin perlulah melakukan Pap Smear. Bagi yang belum berkahwin, mereka disarankan mengambil vaksin kerana itulah langkah-langkah pencegahan awal.

Bukan sahaja wanita, lelaki terutamanya suami perlu sedar tentang penyakit kanser serviks ini juga. Ini adalah kerana virus ini boleh juga disebarkan daripada seorang lelaki kepada wanita. Lelaki juga patut sedar kebersihan diri mereka. Sokongan emosi kepada isteri adalah perlu. Kadangkala perkataan seperti ‘Engkau tidak ada apa’ boleh menyebabkan stres kepada wanita. Kita bukannya mahu. Itu adalah takdir.”

Faridah memang tidak pernah terfikir bahawa dia akan menghidap penyakit kanser. Malah apabila dia mengalami gejala-gejala seperti sakit di bahagian peranakan, sakit di bahagian ari-ari, keputihan dan senggugut yang melampau, dia tidak mengendahkannya.

“Saya ambil mudah gejala-gejala tersebut.” Luah Faridah dengan kesalnya.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur, itulah yang perlu dihadapi oleh Faridah. Apabila dia  terpaksa dimasukkan ke hospital akibat pendarahan haid yang banyak berlarutan lebih 10 hari September 2002, segala-galanya telah berubah dalam hidupnya.

“Saya rasa sakit yang amat sangat. Doktor melakukan pemeriksaan dan mendapat apendiks yang hampir pecah telah menyebabkan jangkitan pada bahagian ovari kanan. Doktor menasihatkan agar pembedahan dilakukan bagi membuang ovari kanan. Setelah itu, saya tidak lagi merasa sakit.”

Faridah tidak lagi mengalami sebarang masalah kesihatan setelah pembedahan tersebut dilakukan. Tutur ibu kepada Siti Nadiah, 24, dan Muhammad Naim, 21 ini lagi, apabila dia dan suami  gagal dalam percubaan untuk hamil  selepas dua tahun pembedahan dilakukan, kegagalan tersebut telah mendedahkan masalah sebenar yang tersembunyi pada tubuhnya.

Tabah jalani rawatan

Pada tahun 2004, Faridah mengalami sakit yang sama. Dia kemudiannya kembali ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

“Pada masa itu berlaku pendarahan dan saya mengalami susah buang air besar. Kemudiannya doktor mengatakan bahawa ovari kiri saya rosak dan menasihatkan agar saya untuk melakukan pembedahan kali kedua.

Setelah berbincang dengan suami, saya agak keberatan melakukan pembedahan. Kami buat keputusan berjumpa dengan pakar sakit puan yang lain. Doktor kedua ini mengatakan bahawa saya perlu melakukan biopsi.

Selepas biopsi dilakukan, dua minggu kemudian doktor tersebut mengatakan bahawa saya menghidap kanser. Saya menyangka kanser ovari sebaliknya doktor mengatakan bahawa saya menghidap kanser serviks.”

Jelas Faridah lagi pengesahan daripada doktor itu amat menakutkan dirinya. Doktor memberitahu yang dia perlu menjalani kemoterapi untuk mengecutkan tumor sebelum tumor itu boleh dibedah dan dibuang.

Setelah berbincang dengan suaminya, Faridah bersetuju menjalani kemoterapi. Dia melakukan sebanyak lapan kitaran, bermula Oktober 2004. Pada Mac 2005, Faridah menjalani pembedahan membuang histerektomi sekali gus membuang tumor agar ia tidak merebak kepada organ-organ penting di tubuh.

“Keputusan tersebut adalah di tangan saya. Sama ada setuju atau tidak pembedahan tersebut dilakukan. Setelah berbincang dengan suami dan keluarga, mereka menyokong sepenuhnya agar saya menjalani pembedahan. Malah suami berkata, walaupun saya terpaksa membuang sistem peranakan, dia bersetuju kerana kami telah ada sepasang anak yang menyerikan hidup. Jika itu yang terbaik maka saya patut teruskan.”

Katanya lagi, di samping kemoterapi, dia juga perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 25 kali dan disusuli dengan 'brachytherapy' (antibodi dimasukkan melalui saluran vagina).

Pada Februari 2006, sewaktu pemeriksaan susulan, Faridah diberitahu terdapat ketumbuhan di hatinya dan dia perlu menjalani rawatan 'Radio Frequency Abilation' (RFA). Rawatan yang perlu dibuat selama sehari itu adalah kerana ia ada kena mengena dengan pengambilan hormon selepas rawatan.

Kongsi pengalaman

Selepas bebas kanser, kehidupan Faridah kembali normal. Semenjak dia berhenti kerja pada tahun 2002, dia duduk sepenuh masa di rumah. Selepas menjalani rawatan penyakit kanser serviks, Faridah mula berniaga. Pada asalnya dia hanya mengikut suami berniaga.

Hanya apabila tertubuhnya Pptown Danau Kota, dia mula memiliki perniagaan sendiri. Kini dia berniaga menjual pakaian. Faridah menggunakan minat melancong untuk membeli pakaian daripada pemborong di luar negara.

Selain berniaga, Faridah menggunakan masa luangnya mencari badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh disertainya bagi berkongsi kisah dan pengalaman hidup sebagai bekas pesakit kanser. NGO bukan asing dalam dirinya kerana sebelum ini dia pernah bekerja dengan Kiwanis, sebuah NGO yang mengendalikan kanak-kanak sindrom down.

Sebaik terpandang bangunan NCSM di Kampung Baru, Faridah memberanikan diri terbabit dalam tugas kesukarelawan. Sehingga kini sudah 34 kali Faridah melakukan jelajah dengan syarikat yang menghasilkan produk perubatan bagi mencegah penyakit kanser serviks bagi memberi kesedaran terhadap penyakit tersebut. Dalam jelajah yang dilakukan itu, Faridah akan berkongsi pengalaman sebagai bekas pesakit kanser.

“Ilmu dan pengalaman tidak perlu disimpan. Ia perlu dijadikan panduan bagi wanita-wanita lain. Pada tahun 2006 selepas selesai perubatan, selama dua tahun saya masih belum boleh ke hadapan bagi memberi penerangan dan berkongsi pengalaman. Selepas motivasi yang diperoleh dari NCSM barulah saya berupaya menerima kenyataan itu,” ujar Timbalan Presiden Pink Unity ini. Dia kini hanya bertugas sekali sebulan di pejabat NCSM Kampung Baru.

“Saya bertugas secara bergilir mengendalikan Meja Bantuan (Help Desk) yang diwujudkan pada tahun 2011 bagi mereka yang mahu mendapatkan bantuan dan maklumat berkaitan penyakit kanser. Kami hanya berkongsi maklumat dengan mereka yang datang ke pejabat ini. Ada kalanya kami mendengar luahan rasa mereka yang mahukan seseorang mendengar masalah yang dihadapi.”

Friday, January 24, 2014

1001 masalah

Rakan 1.
Diceraikan suami tanpa sebab munasabah setelah 6 tahun berkahwin.  Keluar sehelai sepinggang bersama 3 anak anaknya daripada rumah yang dihuni bersama mertua sejak berkahwin.

Rakan 2.
Suaminya menceraikannya kerana ada hubungan dengan lelaki lain padahal sebelum ini mereka sangat loving couple. Di percayai suaminya juga 'terkena'.

Rakan 3.
Menjadi isteri kedua. Mempunyai 3 orang anak. Segala perbelanjaan isi rumah dan anak anak ditanggung sendiri.

Rakan 4.
Diceraikan suami tanpa sebab , rupanya setelah diselidiki, suami berkahwin lain dan mempunyai anak. Rakan tadi menganggap suami sudah terlanjur.

Rakan 5.
Ceria, seorang guru dan amat baik. Baru baru ini didapati menghidap penyakit kanser pangkal rahim tahap 4.

Rakan 6.
Ditinggalkan suami kerana sakit kanser tulang. Orangnya cantik sangat dan anak anak pun dah besar.

Rakan 7.
Hidup sunyi kerana tiada anak. Suami bekerja sebagai petani.

Rakan 8.
Mempunyai suami yang tidak bekerja.

Rakan 9.
Suami panas baran, tidak bekerja , tiada rumah tetap, isterinya terpaksa bekerja bagi menyara perbelanjaan isi rumah.

Rakan 10.
Kurang perhatian suami kerana suami sibuk bekerja. Kesunyian dan akhirnya isteri buat perangai .

Rakan 11.
Suami isteri bermasalah. Anak anak jadi mangsa.

Tuesday, January 14, 2014

Monday, January 13, 2014

PM cetus fenomena kangkung

Rasuk atau ngigau

Entah kenapa tercuit betul hati ni dengar sesuatu yang melucukan . Pecah ketawa saya yang sedang tidur ni. Nasri yang tidur lena terganggu dan menggerakkan saya. Apa yang saya perasan dia memanggil saya 2 ke 3 kali tetapi saya ketawa juga. Lucu sungguh sungguh. Respon saya pada pertanyaannya ialah mengekek ketawa terus terusan.
Kepala otak saya ketika itu sempat berfikir mungkin suami saya salah faham kelakuan saya. Nak juga buat jahat dengan buat buat lupa .
Tamparan Nasri perlahan singgah 3 kali di pipi saya kerana takut yang ketawa itu bukan saya terasa menyengat betul rasanya. Itulah peristiwa mengigau saya. 2 , 3 hari lepas.

Upgrade hset

Hari ini selepas habis kerja kami suami isteri pergi ke Plaza Low Yat . Al kisahnya bukanlah mengada nak tukar hand set tetapi hand set suami saya dah buat hal. Tapi bukan nak puji, suami saya memang cermat dan sayang barang betul hinggakan sampai betul betul perlu sahaja baru dia tukar hand set.
Nokia ekspress music dibeli 7 tahun yang lepas. Cute sahaja telefonnya. Pakai pun terasa solid sahaja. Memang berjasa betul .
Hari ini suami mengadu skrin sesentuh tidak berfungsi dengan baik.
Akhirnya kami membuat keputusan pergi ke Low Yat walaupun hari sudah malam.
Kesudahannya samsung s3 5.5 inci menjadi milik esklusif suami.
Harga rm 2399 berwarna merah.
Spate part lain beli kemudianlah. Beli sahaja di luar sebab murah sikit.

Sunday, January 12, 2014

Sharon on the way ke neraka....

Setelah mengalami koma selama lapan tahun , bekas Perdana Menteri Israel Ariel ' Buldoser ' Sharon akhirnya menemui ajal pada sabtu ( 11 / 1 ) .Selama lapan tahun terakhir , Sharon dirawat di Sheba Medical Center di luar Tel Aviv . Keadaan Sharon dikhabarkan memburuk selama seminggu terakhir . Bahkan Pengarah Sheba Medical Center dalam satu kenyataan mengatakan bahawa hanya keajaiban yang dapat menolong Sharon ." Keadaannya saat ini semakin merosot dan terus merosot dari hari ke hari , kecuali jika ada keajaiban , " kata Dr . Zeev Rotstein , Isnin ( 6 / 1 ) . Anak lelakinya , Gilad Sharon , mengatakan , " Dia telah pergi . Dia pergi ketika memutuskan untuk pergi . "Sementara itu , khabar kematian Sharonpun disambut gembira rakyat Palestin khususnya Hamas . Bagi rakyat Palestin Sharon dikenal sebagai sosok pembantai pelarian Palestin ." Rakyat kami secara melampau sangat gembira atas kematiannya ( Sharon ) kerana darah kami berada di tangan dia dan juga darah pemimpin kami , " tegas jurucakap Hamas , Sami Abu Zurhi , seperti yang dilaporkan oleh Reuters , Sabtu ( 11/1/2014 ) . ( bbc / sbb / dakwatuna ) Mantan perdana menteri Zionis Yahudi Israel Ariel Sharon meninggal hari Sabtu ( 11/1/2014 ) di Sheba Medical Center di Tel Hashomer .

#diceduk dari blog www.ibnuhasyim.com
 

Wednesday, January 1, 2014

Ikan keli mabuk

SUNGAI RAMBAI, 1 Januari 2014. Keadaan di empangan Sungai Rambai yang tenang dikejutkan dengan kehadiran beratus ratus ikan ikan keli yang mabuk air masin dan terdampar ditepi tasek. Ramai penduduk setempat mengambil kesempatan dengan menyauk rezeki yang tidak disangka ini termasuklah suami saya. Ada jugalah hasil yang melebihi 5 kg yang diraih. Perasaan sungguh sungguh teruja kerana ikan didapati tanpa susah payah dan rezeki ini saya anggap durian runtuh. Ikannya ada sebesar betis saya atau lengan saya yang mantap ini. Ini saya anggap kejutan tahun baru .....syukur sangat kepada Allah. Segala puji hanya bagi Allah yang mengurniakan kegembiraan, rezeki melimpah ruah dan mudah sangat.

Muhasabah dari kisah orang lain

Ani seorang yang mempunyai kelulusan ijazah pentadbiran perniagaan dari salah sebuah institusi pengajian tinggi di dalam negara. Berasal daripada keluarga yang susah dan merupakan harapan keluarga. Rumah Ani kecil dan tidak mempunyai bilik yang cukup sebagai layaknya rumah yang sempurna.
Habis sahaja belajar Ani menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Indonesia sehingga melahirkan 3 orang anak. Hubungan Ani dengan keluarga terputus terus kerana Ani menyangka dia akan dibuang keluarganya. Masalah timbul beberapa tahun kemudian. Ani mahu menyekolahkan anaknya tetapi tidak memiliki sumber kewangan melainkan bergantung harap dengan kekasih tidak sahnya. Sejak akhir akhir ini pula , dia dilemparkan dengan kata kata yang kesat oleh pasangannya. Anak anak yang dilahirkan dianggap kekasihnya berpunca daripada Ani yang tidak pandai menghalang daripada 'melekat'. Apabila Ani membalas ketidakpuasan hati kekasihnya, dia diugut dihalau dari kediaman sekarang. Ani sekarang betul betul tertekan dan tidak tahu mahu mengeluarkan dirinya dari masalah yang dicipta sendiri.

*cerita ini benar, wataknya ditukar nama. Sumber cerita dari panggilan telefon yang memerlukan bantuan sangat sangat. Reaksi saya tidak marah kerana tidak mahu menambah tekanan. Saya bertindak sebagai pendengar supaya dapat meringankan beban perasaan saya. Saranan saya supaya dia merujuk jabatan kebajikan masyarakat supaya nasib anak anaknya terbela. Selepas itu saya memikirkan , menaakul dan bermuhasabah musibah yang menimpanya sebagai pengajaran hidup.

Air tangan isteri ikat perut suami

Uh... laparnya. Apa ada nak makan malam ni ye....? Di rumah nasi dan lauk tidak berapa ada. Mertua, anak buah dan suami memesan mee sup dan nasi goreng ayam . 4 bungkus semuanya. Saya pula tidak tahu mahu memesan ikut keinginan. Di dapur saya lihat ada cili padi yang saya kutip 2 hari lepas. Ikan bilis sudah siap dikopek. Bawang merah, bawang putih , cili padi dan ikan bilis disatukan didalam lesung batu. Cara saya ialah menumbuk ala kadar, tidak perlu lumat. Cukuplah cili padi yang kecil munggil ini pecah dan bahan bahan lain sekadar hancur sedikit dan mengeluarkan patinya. Kemudian saya menumis sehingga agak garing tetapi tidak perlu keterlaluan untuk membuka aroma nasi goreng kampung. Garam dan perasa jika mahu saya akan masukkan sekali dengan tumisan yang sedikit berminyak. Kemudian sepinggan nasi yang cukup untuk 2 perut wanita untuk makan malam atau untuk seorang lelaki yang agak lapar ,saya masukkan ke dalam kuali. Saya goreng agak lama supaya nasi tidak lembab. Barulah namanya nasi goreng yang kick pada pendapat saya.

Pesanan sudah sampai berupa bungkusan bungkusan. Nasi saya juga siap berserta bilis goreng dan ayam yang saya kitar semula baki daripada kari ayam semalam. Itupun saya carikkan dan goreng semula bersama garam. Ok jugalah sebagai tambahan atau ubah selera daripada asyik makan kedai sahaja.
Suami saya membezakan rasa keduanya antara masakan kedai dan air tangan isteri dan ternyata pilihannya dari dapur dirumah juga.

Memang saya agak dari tadi seleranya memang begitulah.

Kata orang air tangan isteri pengikat kasih sayang.

Mood... bangga!

Selamat Datang Tahun baru 2014

Saya merayakan tahun baru di kampung pada tahun ini. Kampung Sungai Rambai yang permai. Jauh daripada hiruk pikuk bandar.
Di sini waktu paginya seperti pasar burung. Entah apalah yang diumpatkan oleh burung burung disini. Agaknya mengata tentang gelagat manusia yang tidak reti bersyukur atau hairan sebegini sibuk alam yang gelap menggerakkan manusia bersolat subuh tetapi ada yang tidak mengendahkan.

Semoga tahun 2014 lebih baik dari tahun tahun yang berlalu.