Koleksi Gambar

Wednesday, January 1, 2014

Air tangan isteri ikat perut suami

Uh... laparnya. Apa ada nak makan malam ni ye....? Di rumah nasi dan lauk tidak berapa ada. Mertua, anak buah dan suami memesan mee sup dan nasi goreng ayam . 4 bungkus semuanya. Saya pula tidak tahu mahu memesan ikut keinginan. Di dapur saya lihat ada cili padi yang saya kutip 2 hari lepas. Ikan bilis sudah siap dikopek. Bawang merah, bawang putih , cili padi dan ikan bilis disatukan didalam lesung batu. Cara saya ialah menumbuk ala kadar, tidak perlu lumat. Cukuplah cili padi yang kecil munggil ini pecah dan bahan bahan lain sekadar hancur sedikit dan mengeluarkan patinya. Kemudian saya menumis sehingga agak garing tetapi tidak perlu keterlaluan untuk membuka aroma nasi goreng kampung. Garam dan perasa jika mahu saya akan masukkan sekali dengan tumisan yang sedikit berminyak. Kemudian sepinggan nasi yang cukup untuk 2 perut wanita untuk makan malam atau untuk seorang lelaki yang agak lapar ,saya masukkan ke dalam kuali. Saya goreng agak lama supaya nasi tidak lembab. Barulah namanya nasi goreng yang kick pada pendapat saya.

Pesanan sudah sampai berupa bungkusan bungkusan. Nasi saya juga siap berserta bilis goreng dan ayam yang saya kitar semula baki daripada kari ayam semalam. Itupun saya carikkan dan goreng semula bersama garam. Ok jugalah sebagai tambahan atau ubah selera daripada asyik makan kedai sahaja.
Suami saya membezakan rasa keduanya antara masakan kedai dan air tangan isteri dan ternyata pilihannya dari dapur dirumah juga.

Memang saya agak dari tadi seleranya memang begitulah.

Kata orang air tangan isteri pengikat kasih sayang.

Mood... bangga!

No comments:

Post a Comment