Koleksi Gambar

Saturday, January 25, 2014

Kanser servik


SIKAPNYA ceria dan peramah. Malah, sekali pandang, tidak ada apa yang luar biasa mengenai dirinya. Hanya setelah berbicara dengannya barulah mengetahui wanita berusia 49 tahun ini adalah bekas pesakit kanser serviks.

Faridah memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan dirinya menghidap kanser serviks pada tahun 2004. Kini, dia tidak lagi menderita akibat kanser serviks. Namun sewaktu pertemuan  yang berlaku di Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) baru-baru ini, Faridah amat menekankan saringan dan pengesanan awal penyakit kanser ketiga yang biasa berlaku di kalangan wanita Malaysia ini.

“Rasa tidak prihatin terhadap gejala-gejala awal telah membuatkan saya kehilangan sistem peranakan saya. Kos merawat penyakit saya ini lebih daripada kos mencegah. Selepas saya melalui setiap rawatan dari 2002 hingga pulih, kos rawatan itu hampir RM500 ribu. Kalaulah daripada awal dapat dicegah, kos tidak mencecah sebanyak itu. Pengesanan awal lebih penting. Ia mampu mengelakkan penyakit itu lebih teruk.”

Wanita bersikap positif ini menyarankan agar wanita untuk menjalani kehidupan yang sihat bagi mengelak kanser serviks.

“ Kanser serviks adalah disebabkan oleh virus. Pemakanan untuk melawan virus itu amat penting. Bagi yang telah berkahwin perlulah melakukan Pap Smear. Bagi yang belum berkahwin, mereka disarankan mengambil vaksin kerana itulah langkah-langkah pencegahan awal.

Bukan sahaja wanita, lelaki terutamanya suami perlu sedar tentang penyakit kanser serviks ini juga. Ini adalah kerana virus ini boleh juga disebarkan daripada seorang lelaki kepada wanita. Lelaki juga patut sedar kebersihan diri mereka. Sokongan emosi kepada isteri adalah perlu. Kadangkala perkataan seperti ‘Engkau tidak ada apa’ boleh menyebabkan stres kepada wanita. Kita bukannya mahu. Itu adalah takdir.”

Faridah memang tidak pernah terfikir bahawa dia akan menghidap penyakit kanser. Malah apabila dia mengalami gejala-gejala seperti sakit di bahagian peranakan, sakit di bahagian ari-ari, keputihan dan senggugut yang melampau, dia tidak mengendahkannya.

“Saya ambil mudah gejala-gejala tersebut.” Luah Faridah dengan kesalnya.

Ibarat nasi sudah menjadi bubur, itulah yang perlu dihadapi oleh Faridah. Apabila dia  terpaksa dimasukkan ke hospital akibat pendarahan haid yang banyak berlarutan lebih 10 hari September 2002, segala-galanya telah berubah dalam hidupnya.

“Saya rasa sakit yang amat sangat. Doktor melakukan pemeriksaan dan mendapat apendiks yang hampir pecah telah menyebabkan jangkitan pada bahagian ovari kanan. Doktor menasihatkan agar pembedahan dilakukan bagi membuang ovari kanan. Setelah itu, saya tidak lagi merasa sakit.”

Faridah tidak lagi mengalami sebarang masalah kesihatan setelah pembedahan tersebut dilakukan. Tutur ibu kepada Siti Nadiah, 24, dan Muhammad Naim, 21 ini lagi, apabila dia dan suami  gagal dalam percubaan untuk hamil  selepas dua tahun pembedahan dilakukan, kegagalan tersebut telah mendedahkan masalah sebenar yang tersembunyi pada tubuhnya.

Tabah jalani rawatan

Pada tahun 2004, Faridah mengalami sakit yang sama. Dia kemudiannya kembali ke hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan.

“Pada masa itu berlaku pendarahan dan saya mengalami susah buang air besar. Kemudiannya doktor mengatakan bahawa ovari kiri saya rosak dan menasihatkan agar saya untuk melakukan pembedahan kali kedua.

Setelah berbincang dengan suami, saya agak keberatan melakukan pembedahan. Kami buat keputusan berjumpa dengan pakar sakit puan yang lain. Doktor kedua ini mengatakan bahawa saya perlu melakukan biopsi.

Selepas biopsi dilakukan, dua minggu kemudian doktor tersebut mengatakan bahawa saya menghidap kanser. Saya menyangka kanser ovari sebaliknya doktor mengatakan bahawa saya menghidap kanser serviks.”

Jelas Faridah lagi pengesahan daripada doktor itu amat menakutkan dirinya. Doktor memberitahu yang dia perlu menjalani kemoterapi untuk mengecutkan tumor sebelum tumor itu boleh dibedah dan dibuang.

Setelah berbincang dengan suaminya, Faridah bersetuju menjalani kemoterapi. Dia melakukan sebanyak lapan kitaran, bermula Oktober 2004. Pada Mac 2005, Faridah menjalani pembedahan membuang histerektomi sekali gus membuang tumor agar ia tidak merebak kepada organ-organ penting di tubuh.

“Keputusan tersebut adalah di tangan saya. Sama ada setuju atau tidak pembedahan tersebut dilakukan. Setelah berbincang dengan suami dan keluarga, mereka menyokong sepenuhnya agar saya menjalani pembedahan. Malah suami berkata, walaupun saya terpaksa membuang sistem peranakan, dia bersetuju kerana kami telah ada sepasang anak yang menyerikan hidup. Jika itu yang terbaik maka saya patut teruskan.”

Katanya lagi, di samping kemoterapi, dia juga perlu menjalani rawatan radioterapi sebanyak 25 kali dan disusuli dengan 'brachytherapy' (antibodi dimasukkan melalui saluran vagina).

Pada Februari 2006, sewaktu pemeriksaan susulan, Faridah diberitahu terdapat ketumbuhan di hatinya dan dia perlu menjalani rawatan 'Radio Frequency Abilation' (RFA). Rawatan yang perlu dibuat selama sehari itu adalah kerana ia ada kena mengena dengan pengambilan hormon selepas rawatan.

Kongsi pengalaman

Selepas bebas kanser, kehidupan Faridah kembali normal. Semenjak dia berhenti kerja pada tahun 2002, dia duduk sepenuh masa di rumah. Selepas menjalani rawatan penyakit kanser serviks, Faridah mula berniaga. Pada asalnya dia hanya mengikut suami berniaga.

Hanya apabila tertubuhnya Pptown Danau Kota, dia mula memiliki perniagaan sendiri. Kini dia berniaga menjual pakaian. Faridah menggunakan minat melancong untuk membeli pakaian daripada pemborong di luar negara.

Selain berniaga, Faridah menggunakan masa luangnya mencari badan bukan kerajaan (NGO) yang boleh disertainya bagi berkongsi kisah dan pengalaman hidup sebagai bekas pesakit kanser. NGO bukan asing dalam dirinya kerana sebelum ini dia pernah bekerja dengan Kiwanis, sebuah NGO yang mengendalikan kanak-kanak sindrom down.

Sebaik terpandang bangunan NCSM di Kampung Baru, Faridah memberanikan diri terbabit dalam tugas kesukarelawan. Sehingga kini sudah 34 kali Faridah melakukan jelajah dengan syarikat yang menghasilkan produk perubatan bagi mencegah penyakit kanser serviks bagi memberi kesedaran terhadap penyakit tersebut. Dalam jelajah yang dilakukan itu, Faridah akan berkongsi pengalaman sebagai bekas pesakit kanser.

“Ilmu dan pengalaman tidak perlu disimpan. Ia perlu dijadikan panduan bagi wanita-wanita lain. Pada tahun 2006 selepas selesai perubatan, selama dua tahun saya masih belum boleh ke hadapan bagi memberi penerangan dan berkongsi pengalaman. Selepas motivasi yang diperoleh dari NCSM barulah saya berupaya menerima kenyataan itu,” ujar Timbalan Presiden Pink Unity ini. Dia kini hanya bertugas sekali sebulan di pejabat NCSM Kampung Baru.

“Saya bertugas secara bergilir mengendalikan Meja Bantuan (Help Desk) yang diwujudkan pada tahun 2011 bagi mereka yang mahu mendapatkan bantuan dan maklumat berkaitan penyakit kanser. Kami hanya berkongsi maklumat dengan mereka yang datang ke pejabat ini. Ada kalanya kami mendengar luahan rasa mereka yang mahukan seseorang mendengar masalah yang dihadapi.”

Friday, January 24, 2014

1001 masalah

Rakan 1.
Diceraikan suami tanpa sebab munasabah setelah 6 tahun berkahwin.  Keluar sehelai sepinggang bersama 3 anak anaknya daripada rumah yang dihuni bersama mertua sejak berkahwin.

Rakan 2.
Suaminya menceraikannya kerana ada hubungan dengan lelaki lain padahal sebelum ini mereka sangat loving couple. Di percayai suaminya juga 'terkena'.

Rakan 3.
Menjadi isteri kedua. Mempunyai 3 orang anak. Segala perbelanjaan isi rumah dan anak anak ditanggung sendiri.

Rakan 4.
Diceraikan suami tanpa sebab , rupanya setelah diselidiki, suami berkahwin lain dan mempunyai anak. Rakan tadi menganggap suami sudah terlanjur.

Rakan 5.
Ceria, seorang guru dan amat baik. Baru baru ini didapati menghidap penyakit kanser pangkal rahim tahap 4.

Rakan 6.
Ditinggalkan suami kerana sakit kanser tulang. Orangnya cantik sangat dan anak anak pun dah besar.

Rakan 7.
Hidup sunyi kerana tiada anak. Suami bekerja sebagai petani.

Rakan 8.
Mempunyai suami yang tidak bekerja.

Rakan 9.
Suami panas baran, tidak bekerja , tiada rumah tetap, isterinya terpaksa bekerja bagi menyara perbelanjaan isi rumah.

Rakan 10.
Kurang perhatian suami kerana suami sibuk bekerja. Kesunyian dan akhirnya isteri buat perangai .

Rakan 11.
Suami isteri bermasalah. Anak anak jadi mangsa.

Tuesday, January 14, 2014

Monday, January 13, 2014

PM cetus fenomena kangkung

Rasuk atau ngigau

Entah kenapa tercuit betul hati ni dengar sesuatu yang melucukan . Pecah ketawa saya yang sedang tidur ni. Nasri yang tidur lena terganggu dan menggerakkan saya. Apa yang saya perasan dia memanggil saya 2 ke 3 kali tetapi saya ketawa juga. Lucu sungguh sungguh. Respon saya pada pertanyaannya ialah mengekek ketawa terus terusan.
Kepala otak saya ketika itu sempat berfikir mungkin suami saya salah faham kelakuan saya. Nak juga buat jahat dengan buat buat lupa .
Tamparan Nasri perlahan singgah 3 kali di pipi saya kerana takut yang ketawa itu bukan saya terasa menyengat betul rasanya. Itulah peristiwa mengigau saya. 2 , 3 hari lepas.

Upgrade hset

Hari ini selepas habis kerja kami suami isteri pergi ke Plaza Low Yat . Al kisahnya bukanlah mengada nak tukar hand set tetapi hand set suami saya dah buat hal. Tapi bukan nak puji, suami saya memang cermat dan sayang barang betul hinggakan sampai betul betul perlu sahaja baru dia tukar hand set.
Nokia ekspress music dibeli 7 tahun yang lepas. Cute sahaja telefonnya. Pakai pun terasa solid sahaja. Memang berjasa betul .
Hari ini suami mengadu skrin sesentuh tidak berfungsi dengan baik.
Akhirnya kami membuat keputusan pergi ke Low Yat walaupun hari sudah malam.
Kesudahannya samsung s3 5.5 inci menjadi milik esklusif suami.
Harga rm 2399 berwarna merah.
Spate part lain beli kemudianlah. Beli sahaja di luar sebab murah sikit.

Sunday, January 12, 2014

Sharon on the way ke neraka....

Setelah mengalami koma selama lapan tahun , bekas Perdana Menteri Israel Ariel ' Buldoser ' Sharon akhirnya menemui ajal pada sabtu ( 11 / 1 ) .Selama lapan tahun terakhir , Sharon dirawat di Sheba Medical Center di luar Tel Aviv . Keadaan Sharon dikhabarkan memburuk selama seminggu terakhir . Bahkan Pengarah Sheba Medical Center dalam satu kenyataan mengatakan bahawa hanya keajaiban yang dapat menolong Sharon ." Keadaannya saat ini semakin merosot dan terus merosot dari hari ke hari , kecuali jika ada keajaiban , " kata Dr . Zeev Rotstein , Isnin ( 6 / 1 ) . Anak lelakinya , Gilad Sharon , mengatakan , " Dia telah pergi . Dia pergi ketika memutuskan untuk pergi . "Sementara itu , khabar kematian Sharonpun disambut gembira rakyat Palestin khususnya Hamas . Bagi rakyat Palestin Sharon dikenal sebagai sosok pembantai pelarian Palestin ." Rakyat kami secara melampau sangat gembira atas kematiannya ( Sharon ) kerana darah kami berada di tangan dia dan juga darah pemimpin kami , " tegas jurucakap Hamas , Sami Abu Zurhi , seperti yang dilaporkan oleh Reuters , Sabtu ( 11/1/2014 ) . ( bbc / sbb / dakwatuna ) Mantan perdana menteri Zionis Yahudi Israel Ariel Sharon meninggal hari Sabtu ( 11/1/2014 ) di Sheba Medical Center di Tel Hashomer .

#diceduk dari blog www.ibnuhasyim.com
 

Wednesday, January 1, 2014

Ikan keli mabuk

SUNGAI RAMBAI, 1 Januari 2014. Keadaan di empangan Sungai Rambai yang tenang dikejutkan dengan kehadiran beratus ratus ikan ikan keli yang mabuk air masin dan terdampar ditepi tasek. Ramai penduduk setempat mengambil kesempatan dengan menyauk rezeki yang tidak disangka ini termasuklah suami saya. Ada jugalah hasil yang melebihi 5 kg yang diraih. Perasaan sungguh sungguh teruja kerana ikan didapati tanpa susah payah dan rezeki ini saya anggap durian runtuh. Ikannya ada sebesar betis saya atau lengan saya yang mantap ini. Ini saya anggap kejutan tahun baru .....syukur sangat kepada Allah. Segala puji hanya bagi Allah yang mengurniakan kegembiraan, rezeki melimpah ruah dan mudah sangat.

Muhasabah dari kisah orang lain

Ani seorang yang mempunyai kelulusan ijazah pentadbiran perniagaan dari salah sebuah institusi pengajian tinggi di dalam negara. Berasal daripada keluarga yang susah dan merupakan harapan keluarga. Rumah Ani kecil dan tidak mempunyai bilik yang cukup sebagai layaknya rumah yang sempurna.
Habis sahaja belajar Ani menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Indonesia sehingga melahirkan 3 orang anak. Hubungan Ani dengan keluarga terputus terus kerana Ani menyangka dia akan dibuang keluarganya. Masalah timbul beberapa tahun kemudian. Ani mahu menyekolahkan anaknya tetapi tidak memiliki sumber kewangan melainkan bergantung harap dengan kekasih tidak sahnya. Sejak akhir akhir ini pula , dia dilemparkan dengan kata kata yang kesat oleh pasangannya. Anak anak yang dilahirkan dianggap kekasihnya berpunca daripada Ani yang tidak pandai menghalang daripada 'melekat'. Apabila Ani membalas ketidakpuasan hati kekasihnya, dia diugut dihalau dari kediaman sekarang. Ani sekarang betul betul tertekan dan tidak tahu mahu mengeluarkan dirinya dari masalah yang dicipta sendiri.

*cerita ini benar, wataknya ditukar nama. Sumber cerita dari panggilan telefon yang memerlukan bantuan sangat sangat. Reaksi saya tidak marah kerana tidak mahu menambah tekanan. Saya bertindak sebagai pendengar supaya dapat meringankan beban perasaan saya. Saranan saya supaya dia merujuk jabatan kebajikan masyarakat supaya nasib anak anaknya terbela. Selepas itu saya memikirkan , menaakul dan bermuhasabah musibah yang menimpanya sebagai pengajaran hidup.

Air tangan isteri ikat perut suami

Uh... laparnya. Apa ada nak makan malam ni ye....? Di rumah nasi dan lauk tidak berapa ada. Mertua, anak buah dan suami memesan mee sup dan nasi goreng ayam . 4 bungkus semuanya. Saya pula tidak tahu mahu memesan ikut keinginan. Di dapur saya lihat ada cili padi yang saya kutip 2 hari lepas. Ikan bilis sudah siap dikopek. Bawang merah, bawang putih , cili padi dan ikan bilis disatukan didalam lesung batu. Cara saya ialah menumbuk ala kadar, tidak perlu lumat. Cukuplah cili padi yang kecil munggil ini pecah dan bahan bahan lain sekadar hancur sedikit dan mengeluarkan patinya. Kemudian saya menumis sehingga agak garing tetapi tidak perlu keterlaluan untuk membuka aroma nasi goreng kampung. Garam dan perasa jika mahu saya akan masukkan sekali dengan tumisan yang sedikit berminyak. Kemudian sepinggan nasi yang cukup untuk 2 perut wanita untuk makan malam atau untuk seorang lelaki yang agak lapar ,saya masukkan ke dalam kuali. Saya goreng agak lama supaya nasi tidak lembab. Barulah namanya nasi goreng yang kick pada pendapat saya.

Pesanan sudah sampai berupa bungkusan bungkusan. Nasi saya juga siap berserta bilis goreng dan ayam yang saya kitar semula baki daripada kari ayam semalam. Itupun saya carikkan dan goreng semula bersama garam. Ok jugalah sebagai tambahan atau ubah selera daripada asyik makan kedai sahaja.
Suami saya membezakan rasa keduanya antara masakan kedai dan air tangan isteri dan ternyata pilihannya dari dapur dirumah juga.

Memang saya agak dari tadi seleranya memang begitulah.

Kata orang air tangan isteri pengikat kasih sayang.

Mood... bangga!

Selamat Datang Tahun baru 2014

Saya merayakan tahun baru di kampung pada tahun ini. Kampung Sungai Rambai yang permai. Jauh daripada hiruk pikuk bandar.
Di sini waktu paginya seperti pasar burung. Entah apalah yang diumpatkan oleh burung burung disini. Agaknya mengata tentang gelagat manusia yang tidak reti bersyukur atau hairan sebegini sibuk alam yang gelap menggerakkan manusia bersolat subuh tetapi ada yang tidak mengendahkan.

Semoga tahun 2014 lebih baik dari tahun tahun yang berlalu.