Koleksi Gambar

Wednesday, August 28, 2013

Blocked

Kenapa saya block some people di dalam facebook atau talian percuma seperti kakao, line , tango atau viber?
1. Orang itu tidak menghormati suara saya
2. Orang itu suka suka comment kat wall fb saya dengan tulisan yang menyanggah dengan tujuan tetapi tidak berhemah.
3. Orang mengarut menyindir saya

Monday, August 26, 2013

Aku Berhenti Kerja

Bekerja di Proton Edar Branch Chan Sow Lin  bermula hari Rabu minggu lepas, hari ini setelah 5 hari bekerja saya berhenti dengan hati yang tenang. Saya pun tak mahu mengulas panjang apa sebenarnya. Mungkin saya merasa sesuatu yang hilang apabila terpaksa bergerak awal pagi. Tak perlulah saya membentangkan 1001 alasan hanya kerana saya mahu berhenti bekerja.
Mungkin sudah tidak sesuai dengan jiwa dan situasi saya sekarang.

Friday, August 23, 2013

Work smart

Hari ni saya ke pm, submit sa form. Bila hantar 5 , semua reject. Katanya akak tak ikut matrik ke?  Orang sebelah yang saya rasa sudah berjaya dalam pm ketawa simpati. Saya tak marah pun. Memang salah saya 100%. Sebenarnya saya berasa sungguh susah peraturan menghantar sa form. Setelah berjaya sebelum inI, saya merasakan peraturan sa form senang sangat. Beginilah jadinya bila isi form ikut skill lah konon.

Saya melihat sekeliling saya di pm kebanyakannya nampak lebih berusia daripada saya. Mereka nampak berpengalaman dan sudah yakin dengan perjalanan karier yang sedang di sandang sebagai pm konsultan.

Sepatutnya saya positif dengan diri saya supaya lebih yakin diri dan berasa bangga dengan apa yang saya buat sekarang. Saya perlu mengambil peluang masa keemasan ini kerana .;

1. Saya masih dikira muda
2. Saya berpengalaman
3. Saya tidak sakit
4. Saya ada kemudahan kereta
5. Telefon suami yang bayar
6. Saya sentiasa free
7. Peta kuala lumpur bukan satu masalah pada saya
8.  Saya belum ada anak
9. Saya bukan kategori muflis
10. Saya ada rakan rakan yang boleh membantu

Selepas ini saya berharap saya dapat berubah dan bekerja dengan lebih smart lagi.
Semoga Allah membantu saya.

Kosakata

Pm : perkataan pm mewakili syarikat pelaburan yang saya sertai sebagai konsultan
Sa form : borang yang perlu diisi oleh prospek pelaburan untuk mengukur kelayakan tahap risiko pelaburan.

Aidilfitri 2013

Salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog saya. Ampun maaf zahir dan batin.

Rahsia Suami Isteri

Sebenarnya tulisan ini lebih kepada mahu menegur kaum wanita yang tidak segan silu menceritakan hal rumah tangga terutamanya isu-isu sensitif yang boleh memalukan suami masing-masing.

Di sini ada beberapa situasi yang saya alami sendiri ketika bercampur dengan rakan-rakan dan jiran-jiran.

◆Situasi1
Saya menghadiri gotong royong kumpulan kami untuk menyediakan juadah jamuan hari raya Aidilfitri yang disepakati oleh jiran tetangga saya. Seorang kakak memulakan isu ini.

Kakak A: Siti nak tahu tak, suami kakak B ni kuat seks!......
Saya : ( terkedu sekejap ) ha! Ish! tak baiklah kak cerita pasal ni...
Kakak A: Betul Siti, kalau nak tahu kakak B yang cerita sendiri.
Saya : ( no wonder lah, kakak A ni berani cerita hal dalam kain kakak B).

◆Situasi 2
Saya kerumah rakan saya yang selalu meluahkan masalah rumahtangganya. Biasanya tentang tanggungjawab kewangan yang di tanggung dia dan suaminya serta perbelanjaan mewah suaminya.

Seri: kak, Seri tengok family suami Seri ni selalu ambil kesempatan atas kebaikan suami Seri ni. Ada sekali tu kami keluar makan ramai-ramai. Apalah salahnya pakat-pakat bayar. Pada Seri baiklah duit tu beli dan masak sendiri, lagi jimat.

Di masa yang lain.

Seri: Mak mertua Seri ni macam suka ambil kesempatan pada suami Seri. Patutnya kalau nak minta apa-apa pun fikirlah susah anak juga. Anak ni ada duit ka, takdak duit ka, kesian la kat anak sama. Lagipun anak ni juga yang dia cari. Adik suami Seri tu lagi la kerja gaji besar, tak minta pula kat dia. Kadang kadang Seri tengok adik suami tu pun sama ambil kesempatan kat suami Seri. Semua nak abang dia ni sponsor.

Di masa yang lain.

Seri : Seri dah tau dah perangai suami Seri. Layan lebih sikit dan sure dia bagi apa Seri nak.
( saya suka dengan statement ini kerana nak tackle suami masing-masing ada cara. Tambahan lagi hanya isteri yang mengetahui kelemahan suami. Statement ini umum!)

Di masa yang lain.

Seri : Mana nak larat kak Siti. Kalau orang lain bekerja lapan jam pun tahu penat. Ini lapan jam pun boleh ..... lagi.
Saya : ( actually bukanlah cerita sensasi di dalam bilik yang saya maksudkan dengan layanan kepada suami. Jika ada pun itu rahsia suami isteri yang wajib ditutup oleh para isteri. Bagi saya layanan yang baik sudah tentulah seperti kita tahu apa kesukaan suami, pujukkan yang kewanitaan, jangan bebankan suami dengan perkara yang tidak mampu atau tidak disukai dan banyak lagi secara umumnya , mungkinkah dia melihat apabila saya menyuruhnya melayan bermaksud dia melihat saya secara terbuka boleh berkongsi cerita di dalam bilik?)

◆Situasi 3

RINI rakan saya mempromosikan krim Lumiglow yang mahal harganya. Dia pun menceritakan kebaikan krim tersebut.

Rini: kau boleh cuba untuk cuba kempiskan perut atau dapatkan anak dengan menyapukan krim ini di bawah perut.
Saya: ( berminat)
Rini : Aku sendiri dah cuba . Tapi lain pula kegunaannya. Suami aku pakai krim ni sewaktu nak bersama. Suami aku ni ada masalah sikit, dia punya anu lembik dan kecil bila bersama.
Saya : ( Astagfirullahalazim)

◆Situasi 4

Kak Lela bertemu jiran-jiran dan menceritakan keberkesanan ubat kuat yang dibelinya.

Kak Lela : Puas sangat - sangat , Bersama sambil pegang dinding lah...... ( ada reaksi bangga ).
Saya : ( adakah apabila perkataan seperti itu diceritakan kepada anda, imaginasi anda tidak terbayang sedikit pun ?)

Itulah serba sedikit cerita sensor yang orang perempuan ingat bahan dibanggakan, joke atau bertujuan menunjuk nunjuk. Mungkin juga sebaliknya niat bercerita. Ada juga kadangkala meluah tak kena tempat. Konon masalah tak puas hatilah, tak sampai klimaks lah.

Suami juga dalam menangani hal ini perlulah selalu menekankan pendidikan terhadap pasangan betapa peri pentingnya menjaga rahsia suami isteri kepada pasangannya. Apatah lagi perkara yang melibatkan aib suami. ISlam amat menitik beratkan perilaku wanita lalu nasihat nasihat dan azab yang banyak dialami kaum wanita  di neraka didedahkan kerana berpunca daripada mulut. Hal ini ditekankan supaya menjadi panduan kepada wanita muslimah umumnya diluar sana (sini).

★nama watak bukanlah nama sebenar. Tetapi rencana ini diolah dari kisah benar dari pengalaman sebenar yang saya alami.

Islam Itu Indah

Oprah mengaku pernah menghisap dadah didalam rancangan bual bicara yang memintanya menjawab dengan betul tanpa berselindung sekalipun perkara itu mengaibkan. Peristiwa yang berlaku kepada Oprah Wifrey berlaku pada tahun 1983. Jika di kira sekarang , 30 tahun telah berlalu dan ketika ini Oprah Wifrey sedang mencapai zaman kegemilangannya dan mendapat penghormatan dari masyarakat dunia. Popularitinya tidak dapat dinafikan setelah banyak kerja amal dilakukan dan mengeluarkan rancangan talk shownya sendiri.

Tiba-tiba pada muka akhbar sisipan Utusan Malaysia bertarikh 21 OGOS 2013 keluar pula berita yang mahu sangat aktres ini jujur tidak kena tempat. Di sini inginlah saya membuat ulasan sedikit dengan ilmu saya yang sedikit ini.

Islam itu indah.
ALLAH taala Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Perasaan malu adalah fitrah manusia yang Allah bekalkan supaya manusia dapat protect diri masing-masing dari pelbagai aspek. Sementelah Hadith Nabi SAW yang mulia ada menyebut ALHAYA U MINAL IMAN yang bermaksud, malu itu separuh daripada iman. Perkara dosa atau perkara lepas hanya kita dengan Allah dan orang-orang yang terlibat sahaja yang tahu. Allah taala yang mengetahui kekhilafan hambanya serta Maha Pengampun menutup aib hambanya selagi hambanya itu tidak membuka aib sendiri. Begitulah maha pengasihnya Allah Taala.

Bagi orang-orang kafir, mungkin mendedahkan rahsia sendiri juga bertentangan dengan arus fitrah mereka tetapi ada segolongan puak puak yang kononnya ikon mengajar pula masyarakat berfikiran tidak salah membuka aib sendiri dengan niat jujur.  Harapan akhir saya semoga penyakit ini tidak menular ke Malaysia.

Bekerja kembali

Dengan penuh rasa berdebar debar saya mengumumkan esok saya akan bekerja semula. Setelah hampir 6 tahun bekerja sendiri, dengan 7 tahun pengalaman terdahulu, saya menceburi bidang yang sama bermula esok hari. Antara memikirkan kemahiran dan pengetahuan yang sudah ada, bakat yang semakin tumpul, keadaan kewangan yang agak meruncing dan persekitaran yang membantu mungkin., saya gagahkan diri juga untuk menghadapi dunia yang penuh cabaran sekali lagi.
Semangat pada masa sekarang mungkin tidak sama seperti amarah 13 tahun dahulu. Mungkin sekarang akan cuba menjadi lebih cool, smart dan bersistematik. Saya tidak akan lincah lagi mengejar peluang diluar sana tetapi saya akan merebut peluang di hadapan mata.
Kebenaran daripada suami adalah suatu hadiah yang saya terima dengan hari yang gembira dan terharu. Namun tidak dinafikan rasa bersalah dan sedih berpisah dengan rutin harian yang cukup selesa tetapi tidak patut lagi di pertahankan.
Apa yang mampu saya ucapkan kepada diri saya ialah selamat berjuang dan FOKUS.

Thursday, August 1, 2013

Ramadhan Malam ke 24

10 malam terakhir adalah peluang untuk kita memecut laju dalam beribadah. Adakah saya puas hati dengan amalan ibadat.
Oklah sebelum itu, haruslah kita memahami bahawa ibadat tidak semestinya kita solat dan berzikir serta membaca Quran sahaja kerana apa sahaja pekerjaan yang diniatkan kerana Allah taala dan tidak menyalahi syarak dianggap ibadat. Contohnya kita memandu, basuh baju, buat kuih raya dan bergaul dengan masyarakat pun dianggap ibadat.
Malam lailatul qadar lebih baik daripada 1000 bulan, diampuni dosa, ketetapan dan ketentuan seperti ajal maut juga diturunkan pada malam itu juga untuk setahun akan datang. Malaikat melebarkan sayapnya dimalam yang diberkati sehingga terbit fajar.
Pesan saya sebagaimana pesan ustaz pondok yang saya dengar ceramahnya, hidupkan malam dengan ibadat. Jika banyak masa selepas tahajjud dan bermunajata, bacalah buku, buat kerja tulis menulis macam saya tulis blog ini dan berbagai lagi.
Selamat beramal.