Koleksi Gambar

Friday, November 29, 2013

Despatch

Semalam saya jadi runner . Hantar nasi maqlubah orang. Bekerja untuk isi masa lapang.
Awal lagi saya dah mohon kebenaran suami .
Oklah, bila kita bekerja dengan orang kita akan belajar.

Positif
1. Tauke baik hati, tak banyak komplain.
2. Tauke ada timbang rasa.

Negetif
1. Tauke tak fokus
2. Terlalu banyak aktiviti luar yang berkait dengan orang lain.

Penghantaran
Saya sebenarnya malas betul nak hantar ke shah alam semalam.
Sepatutnya penghantaran selepas sebelum habis waktu pejabat untuk mengelakkan jem. Sikap saya, saya akan budget masa supaya saya tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Tetapi semalam sebab kelemahan saya untuk tidak menolak permintaan orang, saya pergi juga walaupun hati didalam menolak sekeras kerasnya.

Susahnya nak cari duit bagi orang yang jadi kuli ni.
1. 4.30 adalah waktu hampir kemuncak kesesakan lalulintas kerana orang keluar pejabat.
2. Sewaktu passing barang hantaran saya dan pelanggan terpaksa berurusniaga didalam hujan lebat.
3. Minyak ke bawah paras 50km .langsung hilang penunjuk bacaan meter.
4. Terperangkap dalam jem, sesat, u turn, tol, salah masuk parking.
5. Bertolak dari kajang prima saujana pukul 4.30 pm. Sampai rumah pukul 8.07pm.

Gaji sepatutnya kalau saya demandlah
Klia
Rm50
Shah alam
Rm100
Minyak dan tol rm60
Total. Rm210.

Lepas ni saya dah taknak tolong. Very serikkkk, Allah shj yang tahu.

Thursday, November 28, 2013

Dendang hati isteri.....

Ini dendang hati isteri....
Yang rasa terbuai oleh pasangannya
Ingin memuji
Ingin mendamba
Yup,
Memiliki suami yang lemah lembut melayan isteri,
Seolah tidak jemu.
Kasih yang ikhlas
Manis sentiasa

Bermula seawal pagi....
Gosok baju suami, siap air suami,
Yang selalunya susu becampur oat dan nestum
Pagi kami memang meriah...
Kadang membebel
Kadang gelak tawa
Kadang gurau
Kadang akrobatik
Kadang bercanda di hadapan cermin....

Sebelum berpergian
Bersalaman
Berpelukan dan bertukar senyum.....

Talian telefon menjadi penghubung
Kadang kami berdating makan diluar
Berbual ala2 profesional
Tapi jalan mahu berpegangan
Seiring.....
Kadang terserempak rakan sekerja
Kami lagak bercinta

Pulang petang,
Perut lapar
Merap isteri
Buat itu ini,
Kalau tiada idea
Asyik buat jemput jemput bilis
Air teh
Air milo
Kuih manis manis tak main

Malam,
Bertukar cerita
Menonton bersama
Gosok badan
Belek muka
Makan malam bersama

Berbincang,
Tazkirah,
Serius,
Isu,
Politik,
Penuh ilmiah...
Kadang merapu mengubat stress

Ketawa
Menangis
Bersama

Paling best solat berjemaah

Mawaddah warahmah....

Ada baik buruk

Hari ini saya ke PPUM untuk hantar borang claim. Rupanya hari ini saya ada appoinment dengan doktor untuk follow up yang seterusnya. Tujuan untuk memantau perkembangan terkini kandungan saya.
Ingatkan nak follow up minggu depan sahaja, biar darah turun habis dulu. Taknaklah buat dnc.
Bila tanya pendapat doktor apakah kesan dnc, luka didalam rahim? Doktor cakap of course la ada luka. Mereka akan bius ubat kemudian pesakit tidak sedar, ketika itulah satu alat seakan straw dimasukkan dan menyedut saki baki kandungan yang tidak jadi atau sisa yang tertinggal didalam rahim.
Oklah kita tunggu seminggu lagi. Badan saya pun tak mengidap apa apa sakit walaupun turun darah. Hari ini darah cuma turun sedikit sahaja. Terhibur apabila suami cakap kandungan yang sekarang ni sediakan tempat untuk adik dia yang akan datang.

*Adakah ayat diatas ialah bahasa pasar?

Wednesday, November 27, 2013

Berjaya keguguran secara normal

Alhamdulillah, untuk mengelakkan dnc atau cuci saya cuba makan benda tajam dan hari ini turun darah. Patutlah pagi tadi sakit bukan main kat ari ari.
Apabila keguguran normal, waktu kesuburan diukur 10 hari selepas gugur. Tetapi sekiranya melakukan dnc, kita hanya boleh merancang sebulan selepas itu. Ini disebabkan rahim memerlukan masa supaya pulih daripada luka.
Perasaan: bersyukur dan gembira kerana tidak perlu tertunggu tunggu lagi.
Horayy....
Lepas ni cuba secara normal pula , manatau ada rezeki. Hormon pun masih tinggi lagi.

Monday, November 25, 2013

Siapa Tidak Sedih

Yup, siapa tidak sedih, apabila kandungan tidak jadi. Tenangkan hati dengan berbalik kepada setiap yang berlaku mempunyai hikmah. Allah punya perancangan.
Suami mujur very supportive,  menganggap semuanya tidak mengapa dan mengharap mencuba lagi....
Untuk suamiku...
Awak....
Saya minta maaf sebab mungkin mengecewakan.
Ada juga perasaan saya ini tidak sempurna kerana tidak berjaya mengandungkan zuriat kita,
Kadang kala datang juga celaru dalam diri
Datang putus asa...
Tetapi hati tenangsemula apabila memikirkan
Jika ikut perasaan...bererti saya terjebak dalam permainan hasutan....
Innalillahiwainnailaihiraajiuuunnn.....

Tajam untuk menyahkan

Hari ini saya dah makan
1. Tapai
2. Nenas
3. Durian
Ni semua makanan tajam bagi membantu keguguran secara normal.
Bagi mengelakkan dnc.

Friday, November 22, 2013

Pegang tangan

Ada situasi dimana suami isteri malu berpegangan tangan di khalayak ramai terutamanya dihadapan anak anak dan saudara mara.
Anda bagaimana?
Budaya keluarga saya disebelah utara memang agak janggal berpegangan tangan. Malah jika tiada keperluan boleh mengundang buah mulut. Mungkin kerana pengaruh sikap dah persekitaran. Contohnya budaya kerja yang keras, berdikari dan pantas. Itu hanya sebahagian contoh sebab musabbab.

Tetapi kerana sikap saya yang manja dan sukakan perhatian sedang suami pula tidak lokek memberi muka maka budaya berpegangan tangan bukanlah suatu kepelikan. Berpegangan tangan adalah keperluan kerana perlindungan contohnya ketika melintas jalan. Ia juga suatu ekspresi kasih sayang kerana dari sentuhan akan mengalir kasih mesra sesama pasangan. Sekiranya kita diganggu atau ditackle pegangan tangan adalah tanda sudah dipunyai, jangan kacau atau aku punya ( untuk yang sudah berkahwin sahaja). Kita juga boleh mengetahui sejauh mana kasih sayang pasangan kita melalui cara dia mengiktiraf kita dikhalayak ramai melalui berpegangan tangan. Jaga jaga kepada pasangan yang pasangannya tidak mahu berpegangan tangan kerana mungkin dia takut terserempak dengan secret admire atau yang diadmirekan.....

See u.

Thursday, November 21, 2013

Miscarriage

In Shaa Alllah saya kena lalui proses keguguran biasa atau jika lama terpaksa buat dnc. Perasaan biasa sahaja dan redho dengan ketentuan Allah. Suami juga memberi support yang penuh.
Dengan adanya sokongan suami, mak ayah, sahabat seperti yanz, bayah, lela , kak sarimah dan kawan kawan tidak lupa saudara mara , emosi saya mendapat kekuatan untuk mengharungi semua ini.
Paling mengujakan 2 ke 3 hari lepas , badan saya sudah mengeluarkan susu. Sungguh sungguh teruja. Sekurang kurangnya saya tahu saya normal.
Saya tak mahu sedih sedih dan saya enjoy dengan apa yang Allah kurniakan.
Lepas ini saya berharap semuanya akan lebih baik.

Monday, November 18, 2013


Suamiku membacakan tafsir surah al Hajj selepas solat Magrib.

Firman Allah taala di dalam al Quran.

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk ( hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah pada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian darisetitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadian dan yang tidak disempurnakan; ( Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak kemudian ( kamu dipelihara) hingga ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada diantara kamu yang dimatikan ( semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi) ; engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya ( dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembira membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Surah al Hajj ayat 5.

Sesungguhnya al Quran itu punyai as Syifa

Wednesday, November 13, 2013

14 NOV coming... week10

Hari ini akan scan untuk melihat perkembangan baby. Minggu ke 8 yang lepas baby nampak membesar macam 6 week dan tak nampak jantung lagi. Punyalah saya risau dan sedih. Setelah 2 minggu, tiada pula tanda sakit sakit ataupun turun darah. Kadangkala perasan macam perut ni dah over dari saiz buncit sebelum ini.
Baby... ummi dah cuba jaga sebaik mungkin. Ummi harap diizinkan Allah, kita berjumpa ye sayang. Abi pun dah tak sabar nak tunggu kelahiran baby. Nanti jadi anak yang baik, anak yang soleh solehah, anak yang taat pada perintab Allah, anak yang menjadi penyejuk hati abi dan ummi serta anakanda yang cintakan perjuangan. Tak kira dalam apa bidang pun asalkan meletakkan Allah no 1 ye sayang....
Insyaallah semuanya saya harap berjalan lancar sebentar lagi.

Saturday, November 9, 2013

Perut dan berubah

Semoga perubahan saiz perut memberi khabar gembira. Sekarang saya:

1. Suka air kopi
2. Betul2 tak suka ayam. Tapi yang kat kedai ok lagi.
3. Panas malam hari
4. Cepat naik marah
5. Sensitif
6. Kalau tak dapat sesuatu tu boleh nangis nangis macam budak budak depan suami.

Tuesday, November 5, 2013

Cik abang out station

Dia dah pergi ke Langkawi. Sepatutnya balik 8 hb tetapi dia cepatkan sebab tak boleh berjauhan lama-lama dengan saya. Dan tiap-tiap masalah kami bersms, calling-calling. Maklumlah free dengan Celcom.

Kadang buat juga lawak manja dan gedik. Yang bestnyer sama-sama berlawan. Hai ,nikmatnya bersuami isteri walaupun dah 9 tahun berkahwin.

Kat dalam perut ni belum tahu apa cerita sebab minggu depan nak scan. Hai , baby ummi kat dalam, ummi sayang tapi ummi terpaksa buat-buat tak tahu selagi belum scan. Harap baby membesar dengan jayanya. Abi dah dah lama tunggu tau. Dapat ummi bayangkan macamana abi akan bagi sepenuh perhatian mengalahkan pada ummi nanti. Abi time ni dah cerewet sangat-sangat dengan apa yang ummi makan, punyalah nak jaga baby dari awal. Baby sayang, kuat semangat ye, zikir banyak-banyak, berpaut kuat-kuat pada rahim ummi tau. Insyaallah ummi pasti baby kuat sebab tu ummi yakin baby akan bertahan walau lasak macamanapun ummi kat luar sini.

Insyaallah next week masuk minggu ke 10. Harap boleh dengar degupan jantung atau nampak jantung baby. Harap baby mengejar pertumbuhan dengan cepat, tak macam sebelum ni, doktor cakap baby besar macam 6 minggu padahal umur baby 8 minggu.

Ummi sayang baby, abi sayang baby... kami berdua tunggu baby tau.

Monday, November 4, 2013

Mencari Kekuatan

Selepas scan hari tu, saya cuba google di internet perkara berkaitan kehamilan, jantung dan keguguran. Setiap yang berlaku ada sebab musabbab dan hikmah yang tersembunyi. Saya pasrah dan memohon Ampun kepadaNya sekiranya saya terlepas perasaan atau mempersoalkan hakikat.
Keputusan masih belum diketahui. Saya masih mengharap tetapi dalam masa yang sama saya tinggalkan sedikit peratus kegagalan supaya diri saya bersedia apa kemungkinan pun.
Kata doktor Zubaidi dalam blognya, keguguran boleh berlaku kerana baby tak boleh survive, ketakseimbangan genetik atau kelemahan baby sendiri. Jadi benarlah firman Allah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian.
Hanya sperma yang betul betul kuat sahaja yang dapat sampai dan menembusi telur. Setelah sel sel terbentuk, campuran benih tadi akan berpaut pada dinding rahim ibarat lintah. Kemudia hari demi hari dalam trimester pertama, perkembangan akan berlaku dengan kod kod genetik, pembentukan tulang dan disaluti daging, sehingga terlihat titik mata, telinga, tunas kaki dan tangan. Subhanallah. Sebab itulah Allah berulang kali menyeru manusia melihat keada kejadian dirinya.
Kini saya cuba meneutralkan diri serta berserah kepada Yang Maha Memberi, Maha Mencukupkan, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Nota: saya tidak mengalami sebarang turun darah, sakit di ari ari atau kekejangan. Cuma bila saya menunduk seakan rukuk saya dapat merasakan benjolan di perut saya seakan menyekat berbeza dengan sebelum ini. Harapan masih ada dan jangan berputus asa. Saya cuba nyahkan perasaan yakin bersangatan kerana belum ada kepastian. Kadangkala orang yang mengharap memang akan mencipta impian, sebab itulah kebiasaan kadang kadang terkait perasaan ingin jadi kenyataan.

P/s tadi dja pilah ada call. Saya mohon dia turut sama doakan saya selepas ivf. Saya bagitau keputusan sebelum ini positif mengandung tetapi 50, 50 juga berdasarkan scan kedua. Katanya dia ada doakan sebelum ini dan macam tak percaya makbul....

Pesan.... jangan pandang enteng pada doa sahabat.

Friday, November 1, 2013

Adab berjiran

Sebenarnya tulisan ini cetusan daripada rasa tidak puas hati dan tidak patut jiran-jiran saya. Wajarkah saya berkecilhati sekiranya mereka jiran-jiran berkumpul sambil menjamu selera dihadapan mata saya tanpa menjemput jiran yang baik seperti saya, hehehe ! Kata orang ajak-ajak ayam apalah salahnya. Perkara ini sudah berlaku beberapa kali. Kadangkala buka sahaja pintu rumah, dah nampak mereka berhidang di rumah depan. Adatlah saya sebagai jiran terdekat berasa sangat berkecil hati. Saya ahli yang muda bukan tidak bercampur baur dalam kenduri kendara mereka.

Apalah kakak-kakak ni, hilang respek saya pada mereka. Hilang juga kasih sayang yang tersemai. Kemesraan selama ini sudah tiada maknanya.
Takpelah, hari ini hari mereka.

Cuma saya tertanya-tanya dimanakah sikap prihatin dan mana datangnya sikap tidak sensitif serta kemana perginya keprihatinan mereka.
Pesan saya kepada anak-anak sekalian. Jangan tiru perangai mak cik mak cik yang tak baik ni tau.......
Berdosa tidak peka dengan jiran tetangga.

Kepada mak cik mak cik baliklah mengaji tentang adab-adab dan hak berjiran.