Koleksi Gambar

Saturday, December 3, 2011

                                                                       BARU SAMPAI....

Alih alih dah hujung tahun

ASSALAMUALAIKUM. TADI SAYA DAN SUAMI SERTA RAKAN-RAKAN MENGHADIRI MAJLIS PERKAHWINAN RAKAN SEKOLEJ KAMI. PERJALANAN MEMAKAN MASA DALAM 2 JAM LEBIH JUGA. KAMI MELALUI FELDA GUNUNG BESOUT PERAK. KIRI KANAN KAMI HANYA LADANG KELAPA SAWIT. SESEKALI TERJUMPA FELDA YANG BERJIRAN. BERTUAH SUNGGUH ORANG LUAR BANDAR KERANA JAUH DARI KESIBUKAN KOTA DAN PENCEMARAN UDARA. SESAMPAINYA KAMI DI TERATAK PENGANTIN (SAUDARA AZRI DAN ISTERI) , KAMI DISAMBUT PENGANTIN DAN DIIRING KE KHEMAH UNTUK MENJAMU SELERA. LAUK KAMPUNG YANG SIMPLE TETAPI MEMBUKA SELERA. DAGING SUP ,IKAN BAKAR BERSAMA AIR ASAM DAN MASAK PEDAS DAGING YANG MENJADI RAMUAN KEPADA NASI HUJAN PANAS ATAU NASI PUTIH....(BERSAMBUNG)

Sunday, September 25, 2011

Thursday, September 22, 2011

Berlanggar




Masing-masing murid excited nak bergambar ramai-ramai termasuk gurunya. Ada pula yang excited nak jadi tukang tangkap gambar. Bagi sajalah muka pada mereka.


Setelah selesai bergambar masing-masing berlari balik ke tempat masing-masing. Tiba-tiba Fatin Qhaisyah dan Irfan bertembung. Pantas mata saya menangkap bahagian dalam bibir Fatin yang terguris. Cemas juga saya saya takut terguris dalam. 

Azim Irfan saya pandang dengan pandangan meminta penjelasan. Tangannya tiada apa-apa objek tajam.

Fatin: (Terkejut dan Menangis)
Saya: Kenapa Irfan, awak ada objek apa-apa ke?

Irfan: (beria-ia memberikan penjelasan) Aik! Fatin terkena tangan saya ustazah! tengok! (sambil menunjukkan buku lima di jari telunjuknya), tangan saya dah patah! (wajahnya tidak menggambarkan kesakitan)
Saya: (membelek tangannya dengan kehairanan. Takkan kena buku lima boleh terguris macam kena pisau.)

Dan Azim Irfan tidak habis-habis mengatakan tangannya patah.

Sebenarnya saya nak ketawa juga tetapi amat cemas dengan luka Fatin. Luka dibibir saya lap dengan tisu, setelah menenangkan Fatin bahawa lukanya tidak teruk dan segera baik sambil menunjukkan tisu yang tiada darah lagi barulah Fatin diam. Mukanya yang merah kembali kewarna asal. Azim Irfan tiba-tiba:

Irfan: Ustazah, ni apa ni! (sambil menunjukkan mata pensil aluminium yang tidak bermata)
    agaknya Fatin kena ni tak?....

Selepas ini kenalah saya berhati-hati dengan anak-anak angkat saya yang 14 orang ini. 

Sunday, August 14, 2011

Moral Zaman Sekarang

Baru sahaja berbangga melihat berita di RTM apabila pelajar memberi reaksi matang pada pertanyaan wartawan terhadap keamanan yang di kecapi di Malaysia. Adik-adik peringkat menengah ini memberi komen yang seimbang di mana mereka berharap situasi politik dapat diperbetulkan dimana pemimpin adalah wadah yang menjadi medium untuk rakyat menyampaikan hasrat. Katanya lagi keadaan moral dengan jenayah yang semakin meningkat perlulah ditangani dengan segera.

Namun petangnya, seorang anak dari Kuala Nerang Kedah sanggup menetak ayahandanya semata-mata ditegur kerana memarahi anak-anak buah yang membuat bising. Di pertengahan Ramadhan ini, akibat anak derhaka tadi, ayahandanya telah mengadap Ilahi sambil membawa bukti pembunuhan di Padang Mahsyar kelak.

Menerobos sebab musabab kejadian tersebut, saya tertanya-tanya apakah anak ini mental atau terkena dadah atau mempunyai sindrom baran keterlaluan. Sungguh akal yang Allah kurniakan ini tidak dipacu dengan jalan positif. Nafsu dibulan Ramadhan ini dimenangkan padahal kita diseru melawan hawa nafsu di bulan puasa ini sebagai tanda perhambaan terhadap Khaliq kita.

Apapun pemimpin harus bertanggungjawab memberi tauladan yang baik dan memikirkan cara bagaimana untuk mengelokkan akhlak masyarakat yang semakin membimbangkan ini.

Jawapan yang seratus peratus tepat ialah kembali kepada Islam sepenuhnya. Syariat ditegakkan, jiwa harus diisi dengan ketaqwaan.

Thursday, August 11, 2011

Yang Telah Pergi

kerana rindu sempat juga saya siapkan manisan ini.

Dahulu, saya selalu mengomel kenapa kalau balik ke kampung kami selalu kena beraya di Sungai Jagung, kampung ayah, sedangkan seseronokan berhari raya lebih seronok di Kampung Gurun, Kedah. Di sana mak-mak saudara, bapa-bapa saudara dan sepupu sebaya akan berkumpul. Tok adalah orang yang paling sibuk.

Tak dapat dilupakan agar-agar kering yang berwarna warni didalam balang yang disediakan tok akan habis terlebih dahulu. Teringat bagaimana cerewetnya memelihara agar-agar kering sehingga saya selalu bertembung dengan tok yang sedang membebel sorang-sorang. Orang buat lawan cakap tak nampak pula, rupanya tok sedang marahkan ayam dan itik yang cukup suka dengan warna warni agar-agar kering yang berada di meja jemuran. Kalau pasal agar-agar kering, banyak kenangan yang terimbau. Bagaimana saya menolong arwah tok ketika malam, bagaimana cik ti menjamah curi-curi agar-agar didulang dan bagaimana posmen yang selalu menghantar surat dan menjadi customer tetap agar-agar kering tok menyangka tok masih hidup kerana agar-agar kering yang saya buat.

Kuih tradisional lain yang sama-sama saya berkongsi memori dengan tok seperti Putu Kacang dan Putu Beras. Saya yang masih gadis sunti menolong tok menyusun didalam bekas. Masih terbayang lagi betapa telitinya tok menekan tepung kedalam acuan supaya kuih menjadi dengan cantik.

Kacang Goreng Pedas disari dengan serai dari meja resepi tok sungguh asli dan sempat saya warisi. Apa yang teringat oleh saya, tok menegur perbuatan saya yang membasuh kacang (mungkin terlebih basuh)  sehingga akan menyebabkannya kurang garing nanti. Ketika itu tok sedang diserang demam secara tiba-tiba dan hampir kepada penghujung hayatnya.

Sewaktu tok meninggal, tanah yang dicangkulnya untuk bercucuk tanam masih baru lagi digemburkan. Kuih-muih yang dibuat dan dipacking masih segar di rak-rak kedai.

Kuih Loyang, Tempeyek,Kuih Siput air tangan tok menggamit saya yang tiba-tiba saya terasa mahu mencuba kuih-kuih tradisional seperti yang pernah disediakan arwah tok pada tahun 2011 ini.

Tok banyak menyumbang dan mempengaruhi kepada awal kehidupan remaja saya. Dengan tok saya menumpang kasih sayang. Darinya saya menumpang mencari rezeki bagi menampung pengajian menengah saya dengan resepi-resepi kuih tradisi yang saya dapat secara tidak sengaja.

Sikap ingin meraikan dengan menyediakan pelbagai juadah dapat mengeratkan keluarga yang jauh, itulah sifat tok yang amat disenangi tetamu serta saudara jauh dekat. Kalau dibulan Ramadhan tok akak siapkan juadah untuk dihantar ke masjid lama Gurun. Nasi yang dirumus dengan ulam-ulaman yang mendapat pujian orang masjid disediakan berkali-kali sehingga esok dan esoknya lagi tok akan sediakan makanan yang sama untuk dihantar. Pengakhiran yang tidak saya lupakan bapa saudara yang saya gelar Pak Dak mengusik tok bahawa orang masjid sudah jemu makan nasi ulam yang sama.

Setiap Magrib tok akan solat di tingkat atas rumah yang mana menempatkan bilik bujang saya. Agakan saya tok sengaja membaca Quran ketika saya ada supaya saya boleh membetulkan bacaannya dan betapa kesalnya saya kerana saya tidak mengajarnya dengan bersungguh. Sayang masa lalu yang ditinggalkan tidak mungkin berulang lagi.

Sebagai tanda kasih dan sayang saya mengharapkan supaya al Fatihah yang tidak putus-putus dan ilmu yang saya warisi dapat menghubungkan kasih sayang dengan tok di alam sana.  

Harus Sedar

Adakah anda lelaki normal yang:

1: menjadi penyokong utama kerjaya isterinya sebagai artis.

2. Suka/bangga apabila isteri menjadi perhatian ramai terutamanya lelaki lain.

3. Rela lelaki lain menyentuh kulit mulus isteri anda ketika bersalaman

4. Rela melihat orang lain bertepuk tampar dengan isteri anda samada secara sengaja atau tidak sengaja

5. Menyokong isteri anda tidur sekatil dengan lelaki lain yang tidak kurang hebatnya didalam filem lakonannya

6. Turut ketawa bersama penonton lain melihat aksi lawak isteri anda yang menggelikan hati.

7. Gembira melihat isteri anda menerima bayaran kerana menghiburkan hati orang lain dengan suaranya yang merdu dan penampilan rapi yang menawan ramai orang.

8. Membiarkan isteri anda melayan makan minum orang lain sehingga lewat malam kerana bekerja di kedai makan.

9. Membiarkan orang lain merapikan isteri anda dengan mengukur badan untk membuat pakaian( designer nyah) dan mencantikkan isteri anda (make up artis)

Wednesday, July 27, 2011

Cubalah Sayang Barang Sikit..





Tragedi ini berlaku berulang kali kepada kereta wira suami saya. Yang kesalnya saya yang menjadi puncanya.

Saya bukanlah seorang yang gopoh ketika memandu. Tetapi mata saya mungkin tidak cekap menangkap atau mengagak, maka tanpa diduga besi kipas part bonet depan kereta yang tidak digunakan mencengkam kuat pada skirting dan bumper sporty kesayangan suami saya.

Mulanya saya tidak perasan tetapi merasa ada yang lain lalu saya turun dari kereta dan menjengok kehadapan.

Saya sungguh marah kejadian yang boleh dielakkan berlaku dalam pada saya terlalu menjaga barangan kesayangan suami saya.

Ketika memberitahu suami dia diam sahaja. Dalam tempoh saya bertenang saya mendapat mesej ' cubalah sayang barang sikit'.

Mmmm, kecil hati sikit hati saya ni. Tapi memikirkan parut-parut yang ada saya akhirnya akur.

Petangnya ketika membeli barang-barang dapur dikedai Pak Haji Bandar Tun Hussein Onn tiba-tiba pula kaki saya tergelincir kelongkang kecil dek kasut tumit tinggi saya yang ayu saya pakai. Emmm, nasib betul lah hari ni.

Tuesday, July 26, 2011

Halalan Toiyyiba

Dulu masa mula-mula kahwin saya selalu berkecil hati apabila suami saya selalu menyekat selera makan saya. Saya beli asam dia ambil dan buang, saya nak beli makanan tepi jalan, dia berlalu buat tak tahu, saya pesan belikan apa yang saya hajatkan dia pula abaikan. Kalau saya beli laksa makanan kegemaran saya, dia bebelkan. Pendek kata banyak yang tidak kena. Kadang-kadang sampai nangis-nangis saya dibuatnya. Apa boleh buat, kadang kala apa yang saya hajatkan saya tunaikan secara senyap-senyap dengan duit poket sendiri.

Kini saya lebih rela dia menahan saya itu dan ini kerana semua yang dilakukannya semata-mata kerana kasihkan saya. Apa yang dia buat sebenarnya lebih kepada menjaga kesihatan saya. Dia tidak bagi saya makan asam kerana takut saya mengidap penyakit. Asamkan ada bahan-bahan yang boleh meransang kanser dan kesan lain. Dia tidak bagi saya makan laksa keranan tidak yakin kebersihan si pembuat. Lagipun kalau orang yang tidak cermat, laksa ikan akan terhasil daripada ikan-ikan yang tidak dicuci bersih. Kalau dulu heboh kuah laksa dicampur tisu dan ada juga yang hanyir, cair dan macam-macam lagi. Apa pun yang penting kita hendaklah menaruh syak wasangka kepada orang yang tidak kita kenali demi kebaikan kita. Kini jika saya teringin makan laksa saya akan hasilkannya sendiri untuk dua orang makan. Modal saya biasanya dalam rm7.00. Saya boleh makan laksa berulang kali malah boleh disimpan buat stok esok pula. Tapi suami saya yang tidak meminati laksa tidak menyentuhnya.

Makanan-makanan yang tidak pasti kebersihannya agak sukar diterima tekak kalau kita fikir-fikirkan. Bayangkanlah tikus mencari sisa-sisa makanan dari celah-celah dapur. Pernah saya membeli Char Kuey Tiow yang dalamnya penuh dengan abu hitam. Rupanya kerak pada kuali tidak dicuci bersih sehingga menyedarkan saya tidak menyentuh makanan tersebut. Pernah juga saya dan ibu makan di sebuah restoran yang seafood berbau sungguh hanyir, dan saya agak seafood ini tidak dibasuh, mungkin kerana mengejar order pelanggan yang ramai. Dalam pada berhati-hati memilih warung, hotel-hotel besar juga tidak kurang cerita tidak enak yang saya dengar. Sepupu suami saya bercerita bagaimana rakannya yang alah pada bau kambing terpaksa menguwek disamping hidangan yang sedang disediakannya. Restoren makanan segera tidak kurang kontroversi yang diterima, buktinya baru-baru ini melalui laman youtube ada didedahkan ayam goreng yang di palit ditapak kasut sebelum dimasukkan ke dalam minyak penggoreng.

Oleh kerana didikan suami yang sedikit tegas kini saya menerima alasannya berbuat demikian dan saya sekarang lebih menyukai memasak makanan sendiri kerana kita sendiri menilai cara penyampaian kita didapur memasak. Biarlah susah atau penat sedikit yang penting masakan memenuhi selera kita. Lebih berpuas hati apabila membandingkan masakan yang dikedai pun kita boleh sediakan senang-senang dengan kos yang jauh lebih murah.

Serbuk perasa juga jika diperlukan dapatlah kita sendiri memantau kuantitinya kerana berlebih seperti dikedai memanglah menyelerakan tetapi tidak menjamin kesihatan kita. Mungkin akan memendekkan usia siapa tahu.

Yang penting makanan yang masuk kedalam perut kita besih lagi halalan toiyiba!

Ramadhan Datang

Syawal 2007



Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Apabila Ramadhan menghampiri, kita yang berhati perempuan ini akan teringat persiapan raya. Mahu persalinan baru untuk rumah, kuih muih yang banyak,lampu kelip-kelip di laman rumah dan pelita buat penyeri.

Teringat awal-awal tahun perkahwinan dahulu dimana bapa mertua agaknya menahan ketawa kerana saya mengeluarkan sebeban majalah yang mengandungi resepi biskut apabila hendak membuat biskut raya. Memang pada tahun itu saya agak gila membuat biskut sehingga hari raya kedua saya masih menyambung membuat biskut. Syawal tahun tersebut saya penuhi dengan resepi-resepi baru biskut raya sehingga suami saya berseloroh tidur pun bau biskut raya.

Raya di Taman Seri Serkam memang meriah dengan majlis marhabban di bulan Syawal. Kami akan bergilir-gilir home rolling . Kunjung mengunjungi usah dikira. Rumah saya sempat membuat majlis rumah terbuka (padahal sebelumnya sudah beberapa kali mengadakan rumah terbuka pada jiran yang sama) dari tengahari sehingga ke malam. Apabila menerima kunjungan yang tidak henti saya merasakan kami sungguh diraikan di taman perumahan kami.

Sebelum itu sambutan perayaan di Kampung Parit Perawas Melaka juga tidak kurang hebatnya. Ada juga sesekali saya mengikuti kumpulan wanita bermahaban dari rumah ke rumah. Memang suasana begini tidak dapat saya kecapi di kampung asal saya Gurun,Kedah Jelapang Padi.

Saya juga tidak dapat melupakan anak jiran sebelah rumah saya yang selalu memasang helah untuk berkunjung kerumah saya semata-mata mahukan biskut raya yang sentiasa penuh balang di rumah saya dan saya merelakan kerana biskut raya tidak diraikan sangat oleh suami (dia bukanlah pemakan sangat dengan aneka jenis biskut).

Tahun ini kediaman kami di Kuala Lumpur menanti kehadiran Syawal dengan bersederhana kerana yang penting kami ialah mahu membesarkan bulan Ramadhan. Pada saya biarlah rasa ghairah beraya ini tenggelam dahulu demi memahsyurkan Ramadhan dengan merancang amalan-amalan ibadat buat tabungan di hadapan Allah kelak. Semoga Allah memperkenankan hasrat saya.

Saya seboleh mungkin menghabiskan kerja menyelenggara rumah didalam bulan Syaaban juga kerana tidak mahu sibuk dengan urusan ini ketika orang lain merebut pahala Ramadhan. Saya cuba menerapkan kedalam diri kesederhanaan dalam menghias rumah dengan memaksimumkan penggunaan barang yang sedia ada dan sedaya upaya berjimat cermat untuk kesejahteraan hidup.

Insyaallah saya akan mengajak suami sama-sama mengimarahkan hubungan kami dengan bersolat tarawih, bersahur bersama, berbuka, bertadarus dan mengikuti apa-apa program yang disediakan sempena bulan Ramadhan.

Sunday, July 17, 2011

Dapat Hadiah!

Saya selalu mengomel suami saya tak ingat hari-hari penting saya. Tapi sebenarnya dia amat menghargai saya dan hadiah yang diberikan sempena meraikan hari penting saya bukan murah-murah juga. Sebenarnya hadiah tidak penting berbanding kasih sayang dan perhatian yang diberikan. Saja nak mengingati pemberian suami , saya flashback balik dengan memasukkan gambar-gambar berikut:

ulangtahun perkahwinan 2009



birthday 2011

ulangtahun perkahwinan




saja-saja(cincin batu tu cincin tunang) yang sebelah pemberian suami.

Friday, July 15, 2011

Jodoh

Sekarang... setelah 6 tahun lebih.


sebelumnya
.
.
.
.
.
.


konvokesyen


bertunang

ijab kabul


Tuesday, July 12, 2011

Eksiden


Satu hari En. Nasri out station beberapa hari kerana terlibat dengan kursus di Langkawi kalau tidak silap saya. Saya yang tinggal bersendirian di rumah sibuk buat operasi membasuh baju. Entah bagaimana ketika sedang mengalihkan kain-kain yang siap dibilas ke dalam raga saya tersalah langkah. Kaki saya tergelincir ke dalam longkang. ketika membetulkan kedudukan kaki sekali lagi kaki saya tersadung pada besi ampaian. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mujur muka saya tidak tersembam ke simen kerana tangan saya sempat menampan. Saya mengaduh kesakitan seorang diri.

Tidak lama selepas itu kaki saya membengkak. Apabila saya adukan perkara ini kepada suami saya dia ketawa dan mengulas 'memang dah tahu dah'. 

Untuk kes-kes saya yang lepas memang selalunya apabila suami saya tiada di rumah, saya selalu ditimpa kemalangan tanpa diduga. Antaranya saya pernah tergelincir ketika berlari untuk menjawab call, padahal jaraknya tak sampai dua meter pun. Eksiden lain ialah luka ketika membuat kerja-kerja dapur. Pinggan mangkuk pecah tak heranlah. Setakat periuk belanga terjatuh ketika sedang memasak akibat sikap kalut saya jangan cakaplah. Paling kelakar muka saya berparut kerana terkena minyak panas ketika menggoreng telur, dekat pipi pula tu.

Bengkak di kaki saya mendapat simpati daripada suami. Kami dalam dilemma ketika memilih klinik dituju, satu klinik tu saya dah dua tiga kali pergi. Dan yang bersebelahan klinik tersebut ada klinik yang specialist untuk patah-patah atau yang seumpamanya kira sesuailah dengan saya.

Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Saya pula bukan boleh diam. Jadi baru bengkak nak baik terbantut dek sikap ligat saya yang tak boleh duduk diam. Mujur ubat yang saya ambil mujarab walaupun saya dapatkannya daripada klinik sakit puan.

Bonus daripada kejadian itu saya mendapat servis tukang urut kaki setiap pagi dan malam bagi memastikan bengkak saya surut. Dan satu lagi selepas itu suami saya pula yang mengambil tugasan membasuh.

Saya? Hehe....Dalam kesakitan ada hikmah lain pula(mmm banyak cantik muka saya).


Sunday, July 10, 2011

Kisah anak angkat..





Hai, my name is Aliya allyssa

Siang tadi baru ambil dari ibunya. Malamnya tidur di Sg Rambai Melaka. Tidur dengan mak simah(NENEK angkat).

Saya? Mmm belum boleh diharap jaga baby lagi. Apa nak gelarkan diri saya ye.... Ummie boleh?

15/5/11

Maafkan ummu Alysa. Kerana ummu agak malu-malu dan ego meminjamkan gelaran ibu/mama/ummie/mak/mummy padamu nak. Tapi sekarang memikirkan kamu perlu memiliki ibu seperti orang lain dan kami telah menyanggupi memikul amanah memeliharamu, ummu sedar kamu juga berhak memdapat hak itu. Kamu adalah satu anugerah dan rezeki yang Allah kurniakan.

Maafkan ummu Alysa kerana

menyerahkan jagaan sepenuhnya kepada datuk dan nenek sebelah bapa angkatmu yang akan kamu gelar abi. Mereka terlalu baik dan jika tidak kerana mereka, kamu tidak akan bersama kami. Tapi jangan risau sayang, ummu akan berusaha memberi kamu kecukupan lain dengan izinNya terutamanya ilmu agama yang akan menjaga dan menaikkan nilai harga dirimu.

Ummu sedang belajar menyayangi kami dari kejauhan. Kamukan anak ummu!

10:24pm

16/5/11

Belum selesai lagi urusan pengambilan anak angkat. Nampaknya rumit juga. Banyak juga perbelanjaan yang sudah dikeluarkan oleh abi padahal hitam putih belum ada.

Tentang jagaan pula, inilah yang ummu risaukan. Sekarang nenek dan atuk yang jaga. Sementara nak biasakan kamu dengan ummu, mungkin kamu akan terpisah dengan ummu dalam jangkamasa yang lama. Ummu risaulah takut kamu nanti tidak mahu dengan ummu. Ummu tak mahulah bila kamu membesar, keadaan atuk dan nenek tidak mengizinkan, sepupu sepupumu telah meningkat dewasa, maka kamu perlu kejagaan ummu supaya ummu boleh pantau kamu.

Maka ummu rasa sekarang ini, ummu perlu menjaga kamu sedari kamu anak kecil supaya kamu nanti, tangan ummu yang mencorakkannya. Untuk berbincang dengan perkara ini sedikit sukar, kerana melibatkan perkara lain. Sabarlah Alysa ya!

Tengoklah kalau masa yang sesuai, ummu nak ambil Alysa tinggal dengan abi dan ummu. Biar kamu rasa punya ayah dan ibu. Maafkan ummu ye, tinggalkan Alysa pada atuk dan nenek. Ummu dah fikir nak lysa dekat dengan kami. Kalau tak banyak masalah lain akan timbul kemudian hari.

Hari ni ummu balik ke Melaka untuk membawa ibu Alysa ke JKM Melaka untuk dokumentasi anak angkat.

Nenek cakap Alysa hari ni taknak duduk,asyik nak berpegang je. Kenapa Alysa?...

Tadi ada masalah besar Alysa, ibu kamu taknak ikut balik ke Melaka. Abimu pula disuruh supaya menyerahkan kamu dalam masa tiga hari,kalau tidak ayah kamu yang sebenar akan report kami menculik kamu. Padahal mereka yang beriya-iya dan tidak sabar menyerahkanmu kepada kami. Teruk betul mereka memperlakukanmu seperti barang.

Tak tahulah dimana silapnya. Ummu syak ibu kamu telah berbelah bagi untuk menyerahkan kamu bawah jagaan kami.

Nampaknya kita tiada jodoh sayang. Nenek dan atuk kamu sudah susah hati kerana kamu akan dikembalikan esok. Ummu tahu mereka hendak menangis tetapi tertahan-tahan. Sayangnya mereka kepada kamu. Jeles juga ummu.

Alysa, ummu serahkan nasib kamu kepada Allah sahaja. Ummu harap kamu akan membesar menjadi insan yang berguna,taat pada Allah. Ummu sekeluarga mendoakan kamu dari kejauhan sahaja.

Alysa, kesian abi tau, dah cuba menyayangi kamu akhirnya dia dapat susah balik. Alysa masih kecil,tiada salah kamu,tiada dosa kamu. Malah kamu lagi mulia daripada kami yang banyak noda ini. Ummu tak nak peningkan kamu dengan masalah orang dewasa.

Ummu sembang ngan nenek, nenek cakap kamu pantang dengar suara nenek, cepat sahaja kamu cari...mmm,agak ummu kamu dah kenal bau dan suara neneklah. Aura kasih sayang nenek telah sampai ke naluri kamu. Ummu cemburu kenapa ummu tidak mendapat tempat seperti nenek. Tak mengapalah sayang, ada hikmahnya, kalau ummu ditempat nenek pasti ummu lagi sedih!

Ummu mula berangan nak jadi ibu muda yang nampak anggun dengan tubuh kecilmu yang comel. Ummu nak lawan bercakap dengan kamu dengan senyuman sahaja agar kamu juga mudah tersenyum. Tapi sayang.....

Ummu ni sebenarnya takder chances pun nak memanjakan kamu sebab nenek sepenuh masa bersama kamu. Esok penentuan untuk kita samada bersama atau berpisah! :( 

10:29pm

Allysa, tadi ummu sampai lambat kat Sungai Rambai. Malamnya kamu nyenyak sungguh tidur. Nenek cakap sepupu-sepupu kamu bukan main lagi bermain dengan kamu. Nak letak kamu hari ni seharian kamu merengek je...neneklah yang kena pegang selalu.

Ummu doakan esok hari ibumu bertukar fikiran/terbuka hati untuk menyerahkan kamu kepada kami. Biar nasib kamu terbela dengan kami.

10:57pm

18/5/11

Abi dah buat keputusan untuk memulangkan kamu kembali kepada mama dan papa kamu. Jika mereka nak serahkan pada kami, mereka kena akur untuk membuat hitam putih tanda setuju kami mengambil kamu sebagai anak angkat. Jika tidak kamu terpaksa kami serahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bukan ummu dan abi tak kasihkan kamu, tapi kami tidak mahu ibu ayah Alysa menjerat kami dengan masalah lain.

18/5/11 10 :20pm

Ummi terpaksa juga lepaskan Alysa kepada ibumu malam ini. Ummu minta maaf sebab terpaksa basuh ibumu cukup-cukup.

Kesal sungguh ummu terhadap sikap ibumu yang memperdagangkan kamu kepada kami. Ummu risau betul nasibmu selepas ini. Cuma ummu berdoa agar Allah memelihara kamu dan malaikat kiri kanan akan mengawasi kamu.

Ibumu benar-benar mempermainkan kami, dia tidak kasihankan kamu,lelaki yang menyebabkan kamu lahir kedunia hanya menyembunyikan diri tetapi tidak sudah-sudah mahu mengacaubilaukan abi dan ummu.

Hari ini pula pandai betul kamu ambil hati ummu ye. Kamu tenang sahaja dalam dakapan ummu. Kamu ketawa bila ummu berbisik ditelinga kamu. Mata kamu pula tidak mahu lepas memandang ummu. Sedihnya ummu!

19/5/11 8 :49am

Alysa, ummu tidak berdaya lagi melindungi kamu. Kamu bebas dari mata telinga ummu. Ummu harap ibumu terbuka hatinya menyerahkan kamu kepada orang lain supaya nasib kamu lebih terbela. Ummu tidak lagi mengharapkan kamu kembali kepangkuan ummu kerana hati kami benar-benar tawar hati dengan sikap ibubapamu. Macam-macam yang ummu fikirkan selepas ini. Gambar yang ada mengimbas kembali sepanjang kamu bersama kami.

Ibumu tidak sabar menyerahkan kamu kepada kami pada mulanya.

Kamu di rumah nenek,mmm banyaknya bodyguard kamu. Siap ada dayang lagi ye.

atuk,nenek dan tokcik semua kasihkan kamu.

saat penyerah.

Catatan khas untukmu ini ummu tamatkan disini. Ummu anggap ini adalah sebahagian daripada rentetan hidup ummu yang memberi pengajaran berguna kepada ummu dan abi. Semuanya mempunyai hikmah.

Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.

Wassalam.

Saturday, July 9, 2011

News by Nasri Nasir


Takpalah!

Dia macam tak perduli saya,
mungkin penat seharian bekerja,
saya yang banyak masa,
duduk di rumah goyang kaki sahaja,
makan, tengok internet dan tengok tv sahaja.

Tapi saya suka duduk rumah,
kemas rumah,
siapkan makan,
bersiap,
tunggu dia balik.

dalam sembang gurau dia boleh terasa hati,
saya rasa tidak adil,
saya hanya bergurau,
dia mungkin salah menilai.

takpalah! mungkin dia penat sehingga tidak sempat menafsir harapan saya.

BERSIH


Kuala Lumpur sekarang heboh dengan BERSIH. Suami saya yang bertugas di Maktab Polis hari ini hanya memberitahu bahagian pengurusannya ditugaskan menyediakan tempat solat bagi tahanan BERSIH. Setakat yang saya tahu sehingga 1:49 pm tadi seramai kurang lebih 500 orang di tangkap.
Adakah saya menyokong BERSIH?
Saya tidak mengikuti objektif perjuangan mereka daripada awal. Semangat saya bukan seperti 10 tahun dahulu. Saya kini lebih fokus kepada ketenangan hidup dengan masalah-masalah hidup yang lain. 
Tetapi jika niatnya bersih saya akan menyebelahinya tetapi jika sampai membawa mudharat dengan demonstrasi yang tentu-tentu akan membawa kerosakan saya tidak bersetuju. Saya tidak menolak perjuangan mereka kerana mereka ada sebab berbuat demikian dan jelas dengan objektif mereka. Orang yang menyertai bersih ini banyak dari cerdik pandai tetapi ada juga yang emosional. Tidak semua kerana kadangkala emosional itu datang daripada kongkongan pihak berkuasa yang agresif ingin menyekat dengan sebab-sebab politik dan keselamatan.
Apapun, jika BERSIH niat mereka saya harap mereka berjaya kerana faedahnya kita dan generasi akan datang juga yang merasainya. Tetapi jika hingga membuatkan anak kehilangan ayah, isteri hilang tempat bergantung, ketua keluarga ditahan dari mencari nafkah melalui jeriji-jeriji besi...ITU SAYA TIDAK SOKONG!

Friday, July 8, 2011

Lelaki,
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.Lelaki,
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Thursday, July 7, 2011

Hj Rasip

Sedang belek-belek nokia E5 saya terjumpa catatan ini yang bertarikh 11April 2011. Rasanya eloklah saya kongsikan. 

Tadi saya mendapat panggilan telefon dari salah seorang customer lama saya. Hj Rasip namanya,daripada Muar dan berusia dalam lingkungan 60 an.

Walaupun terkejut menerima panggilan jauh yang akhirnya memperkenalkan empunya diri,saya berasa amat berbesar hati kerana diingati. Bukan saya lupakan dia,tetapi nombornya hilang kerana handset saya yang diserang virus menyebabkan semua data yang saya simpan sejak 10 tahun lalu hilang terus.

Sebenarnya saya mempunyai cerita dengan HJ Rasip.

Hj Rasip berhasrat membeli sebuah kereta Wira Sedan. Tak silap saya ia berlaku sekitar tahun 2006 . Lalu Hj Rasip menghadirkan diri ke Regency Motor iaitu syarikat pengedar kereta Proton tempat lama saya bekerja. Ketika itu ada seorang rakan sekerja yang memang anti dengan saya dan menganggap saya selalu mencuri customernya.

Hj rasip dihidangkan dengan cerita yang memburukkan saya sedangkan dia sendiri tidak mengenali saya. Mungkin dari situ dia tertarik untuk mengenali saya untuk membuktikan kebenaran kata-kata salesman tadi.

Setelah Hj Rasip mendapat kereta yang sepenuhnya diuruskan oleh saya, barulah dia membuka cerita sebenar yang berlaku sebelum itu. Saya hanya ketawa mendengar cerita yang seringkali dibawa oleh mereka dengan hasrat menjatuhkan saya. Pada saya mudah, sikap mereka sedikit sebanyak mempromosikan nama saya dan juga membawa keuntungan. Siapa yang bijak sudah pasti tidak menerima bulat-bulat cerita yang belum pasti kebenarannya lebih-lebih dari orang yang fasik.

Hj Rasip kerap mengunjungi saya di EON Muar dan kami saling menghormati juga bertukar cerita, banyak memberi nasihat dan motivasi sehinggalah saya terputus hubungan kerana mengikut suami berpindah ke KL. 

Kerjaya 3

Aurat dan Pergaulan.

Saya bekerja dalam bidang yang sungguh-sungguh mencabar. Membina imej ekskutif tetapi ada masanya terpaksa berkorban perkara kecil yang besar habuannya.

Pakaian dengan lengan tiga suku, baju bawah sikit paras punggung dan berseluar, adakalanya tak perasab baju atas punggung dan seluar sedikit ketat.

Bercakap dengan orang saya tidak segan sebab itu kerjaya saya, lagipun saya betul. Tetapi manusia-manusi diluar sana yang mengaku beragama Islam atau tahu Islam kadang kala buat-buat tidak tahu hukum hakam yang melarang lelaki perempuan bersalaman antara satu sama lain. Saya kesal sungguh sikap mereka yang pura-pura naif dan membuatkan saya dilemma dan dihimpit serba salah.

Patut sangatlah suami saya risau amat-amat.

Akhir sekali saya berasa saya harus memisahkan diri daripada bidang ini yang sebenarnya membuatkan saya terlalu selesa sehingga terlupa mengejar cita-cita. Lagipun ada seperkara lagi saya yang terlalu menghantui saya iaitu godaan-godaan luar seprti cara urusniaga rakan-rakan yang banyak dicontohkan kepada saya. Jika sudah nampak untung yang ragu-ragu jadi betul.

keputusannya, saya harus memandang keputusan ini mempunyai hikmah yang banyak kepada saya dan rumahtangga saya.

Kerjaya 2

Banyak sebab kenapa saya berhenti bekerja dalam bidang ini.

Pertama-tama sekali ialah sikap manusia. Manusia yang pertama saya jumpa berstatus tinggi, berbakti kepada anak bangsa, mengajar ilmu-ilmu sesuai kepakarannya. Sayangnya mereka ini bersikap melulu, lupa bahawa melayu ini punya budi bahasa yang tinggi, amat menjaga adab sopan terutamanya apabila berhadapan dengan tetamu. Sayangnya mereka yang saya maksudkan terlalu mengikut kata hati, mengikut nafsu sehingga mempamerkan sikap amarah sehingga menyedihkan saya. Ketika itu saya berasa sungguh tidak patut dibalas begitu kerana saya sendiri tidak sanggup melayan tetamu-tetamu saya sedemikian rupa. silap ialah saya bukan seperti orang lain apabila berbuat salah cuba melarikan, tutup hanset dan sebagainya. 

Sebab ketiga mengapa saya berkeputusan bersara ialah kerana saya terkesan dengan sikap seorang clien saya yang mengancam keselamatan saya. Puncanya kerana saya yang bertanggungjawab menguruskan loan keretanya. Mulanya bukan satu masalah malah ianya merupakan satu laba bagi saya tetapi kerana dia tidak membayar bayaran ansuran pertama, sayalah orang pertama yang disoal seolah saya yang bertanggungjawab. Saya juga memikirkan apakah peluang setiap kes baru mendapat kelulusan dari bank yang kuat mempertahankan kakitangan seperti saya selepas ini akan ditapis atau ditolak. Bertitik tolak dari kejadian itu saya pun menghubungi customer yang kenal baik dengan saya. Malangnya dia bertindak agresif apabila mengugut saya melalui sms. Saya rasa saya cukup kuat dan yakin mempertahankan diri tetapi kekuatan saya sedikit goyah kerana peristiwa kejadian pertama masih mengganggu emosi saya. Ditambah lagi sikap suami saya yang amat susah hati memikirkan saya sehingga kami kurang berinteraksi. Suatu sikap suami yang tersendiri, jika dia risaukan saya dia lebih senang mengambil sikap berdiam diri sehingga saya berasa dibebani satu masalah yang lebih besar dari di tempat kerja.

Antara saya dan klien yang sudah masuk kali kedua berurusan dengan saya (kereta kedua) sebenarnya ada cerita lain yang lebih personal. Yang kedua ini sebenarnya dah masuk bab isteri kedua yang baru pula. Malas saya nak huraikan.

Tidak lama selepas itu suami warning notis 24jam berhenti kerja. Haa, apa saya nak jawab!

Sesungguhnya kebahagiaan saya dirumah, melihat suami senang hati, tidak memikirkan yang bukan-bukan tentang saya.

Kerjaya 1



Apakah kerjaya saya sekarang?

Haha!

Saya taknaklah cerita tentang kelulusan saya yang melayakkan saya menjadi apa. Selepas tamat pengajian saya menganggur selama 2 bulan (itupun sebab puas cari kerja di utara tanah air). Rupanya ketika itu Kedah bukanlah tempat yang menjanjikan peluang dan pilihan pekerjaan yang banyak. Atau mungkin saya yang tak cukup kabel.

Saya membuat keputusan kembali ke Kuala Lumpur kerana melalui iklan-iklan jawatan kosong di akhbar Harian Metro terutamanya menjanjikan banyak peluang pekerjaan.

Interview pertama ialah syarikat pelaburan, kedua di syarikat membekal frame ayat-ayat suci sulaman dan ketiga syarikat Proton Edar. Antara sedar dan tidak tumpuan saya lebih kepada bidang pemasaran.

Akhirnya saya memilih Proton Edar dealer di Setapak. Saya bekerja dan berkenalan dengan ramai manusia, rakan, lawan dan belajar banyak karenah. Kadangkala kita boleh membuat kesimpulan sendiri mereka apabila melihat latar belakang mereka contohnya pekerjaan, tangga gaji, position dalam syarikat, siapa yang didampingi dan banyak lagi ciri-ciri lain. Bukanlah benar 100 % tetapi jika diaplikasikan ianya sedikit sebanyak akan membantu kita bagaimana mengemudi pelanggan-pelanggan kita agar dapat menghindari masalah yang berbagai kemungkinan.

Bila dah masuk bidang ini memang susah saya nak tinggalkan walaupun tawaran kerja lain ada masuk samada dari sektor kerajaan atau swasta. Ibarat terperdaya dengan silauan intan pun ada. Tapi intan yang betullah.

Saya merasa terbiasa handle kerjaya saya dengan pemantauan pengurus yang minima. Terasa bebasnya kerana masa saya adalah hak saya sepenuhnya. Kalau time datang saya kena punctual tapi balik tiada siapa boleh menegah. Bab kerja kita kena jujur yang memenuhi kehendak kerja dengan bijaksana kerana disitulah merit kita masuk. Gaji?. Agak lumayan sehingga saya sayang meninggalkan kerjaya ini. Saya puas hati kerana saya boleh membantu keluarga dan membeli apa yang saya suka. Tapi bila pandang kebelakang balik, terasa ruginya saya tidak menyimpan ketika itu.

Adakah saya menyesal?

Iya! Sedikit menyesal, tetapi bila difikirkan pelajaran yang saya dapat dan bagaimana saya mengaplikasikannya terutama ketika berhadapan dengan kategori-kategori manusia membuatkan saya rasa ia amat berguna.

Kini. Saya cuba memisahkan diri saya daripada kerjaya yang saya sukai banyak sebab musabbab yang membuatkan saya memilih jalan ini walaupun dengan separuh hati juga pada mulanya. Nantilah apabila berkesempatan saya akan kongsikan mengapa saya membuat keputusan yang sungguh tragis ini.

Wednesday, July 6, 2011

Jomlah Kita Solat


bilik ibadat merangkap pustakaan didalamnya, serta kelengkapan pejabat yang minimum ada di bilik ini

Mengaji




MENGGAJI?..bukanlah
Maksud saya mengaji! Ceritanya begini! Jiran depan rumah yang saya gelar kak Noni sungguh comel dan gebu orangnya. Dahulu saya selalu melihat budak-budak rendah dan menengah datang ke rumahnya pagi dan petang.  Sesiapapun dapat meneka dia mengajar Iqra' dan Al Quran disini.

Suatu petang kakak dihadapan rumah saya meminta suami saya menerima anak mereka sebagai murid sebagaimana Kak Noni. Hati saya mula tidak sedap tetapi masih berlapang dada dengan harapannya. Setelah mendapat jawapan dari suami barulah rumah kami pada malamnya menerima tetamu cilik dan pertengahan. Dari hari ke hari tetamu semakin bertambah, tidaklah ramai mana sekadar sekitar 20 orang sahaja.

Sekurang-kurangnya kami sangat meraikan kerana malam kami tidak kosong lagi. 
2-tercapai hasrat untuk menjadikan pondok kami sebagai rumah ilmu.
3-majlis ilmu dihadiri oleh malaikat.
4-semoga bercahaya rumah kami.
5-banyak keberkatan dan rahmat yang kami rasai seperti hati tenang sahaja.

Ini hanyalah sedikit daripada usaha untuk beramal. Semoga Dia menerima amalan kecil kami.

*ops! kak Noni sendiri yang cadangkan supaya hantar anak muridnya kepada kami sebab dia kena jaga ibu mertua ditambah lagi menjaga anak orang.

Tuesday, July 5, 2011

Bila Nafsu Menguasai

Apabila kita terlalu struggle kita akan melukakan hati orang lain. Kita tidak perduli kata-kata kita akan membuatkan orang lain terguris. Kita akan berkata ikut suka kita. Ikut sedap hati kita apabila kita hendak membahasakan orang lain. Senang juga kita menghamburkan maki hamun semata-mata mahu memuaskan hati kita. Kita mungkin merasa kita ini cukup hebat apabila dapat membuatkan orang lain mendengar suara keras dan kata angkuh kita, malah kita bangga kerana berasa orang lain gerun dengan kita.

Kejam kan kita?

Sampai satu masa apabila kita memandang pada sudut rohani, kita sebenarnya manusia paling lemah di mata orang lain. Manakan tidak, kita sebenarnya berpura-pura kuat sedangkan untuk melawan nafsu menunjuk pun kita tidak mampu. Kita lupa pepatah kalah bukan bererti kalah. Kita abaikan sabda Junjungan kita bahawa orang yang berjaya ialah orang yang dapat menundukkan perasaan marah.

Setiap perkataan yang keluar dari mulut kita rupanya menapis persepsi orang terhadap kita. Kita bangga tetapi jelek dimata orang bahana kalimah yang singkat pemikiran. Apakah perkataan bodoh, tolol, gila, bangang dan cercaan lain dapat meraih tunduk orang kepada kita? Cuma-cuma sahaja kita menunda ejekan orang lain terhadap kita.

Kadangkala kita perlu kembali kepada sifat bersederhana untuk kembali kepada fitrah.

Pantun ini saya karang masa dia pergi kursus hari tu. kebetulan hari ini dia berkursus lagi. Jadi eloklah saya masukkan pantun ini.


senda suami isteri

bubuh laksa dalam kari

telur disulam cilipadi

sungguh rasa tak selesa di hati

tidur malam katil berbunyi


lepat manis sagu didalam

santan kurang rasa tak suka

hajat melepas rindu dendam

bulan mengambang masa tak kena


sunyi

kosong dikiri dikanan juga

gelita berkawan suara tiada

hati sepi tidak terkira

tiada teman lawan bicara

Monday, July 4, 2011



Anak murid saya makin rapat dengan saya. Irfan manjanya makin menjadi-jadi. Gelagatnya macam adik bongsu yang menghiburkan hati saya.

Baru-baru ini saya menyuruh anak murid saya membaca sirah dalam teks fardhu ain. Selepas itu saya akan menyoal mereka. Semua murid disuruh berdiri, siapa yang boleh menjawab boleh duduk. Saya ambil rotan dan main-main ketuk meja. Amaran juga sebenarnya kepada mereka maksudnya siapa tak boleh jawab faham-faham sajalah( padahal tak sampai hati nak pukul.)

Muka Irfan dah lain macam. Itulah saya kata si cilik yang berpakaian kemas dan skema sikit perangainya agak manja sedikit. Dari segi pelajaran dia ini tiada masalah dan selalu menyelesaikan masalah mengikut kehendak saya.

Sekejap sahaja selepas itu Irfan menangis... Nasib dia tak melaung. Cepat saya matikan tangisannya dengan menyuruh dia duduk sekategori rakan-rakan lain yang berjaya menjawab soalan.

Hari ini perkara yang sama tetapi lain cerita berlaku juga.

Kawan Irfan, Riezman tak nak pinjamkan kaler pensilnya.



Sunday, July 3, 2011

Kekalutan dalam Media Massa

Baru baru (bulan Mei) ini dalam rancangan wanita hari ini ada disiarkan sambutan ulangtahun pakaian dalam wanita jenama Triump. Antara artis yang terlibat ialah Amber Chia, Vanida Imran dan selebriti lain. Diadakan di shopping centre lalu disiarkan satu malaysia melalui tv3.

Para model menggayakan baju dalam dan seluar dalam. Untuk cover mereka memakai kain yang jarang(tapi masih nampak lurah dan alur) menutupi seluar dalam. Kemeja dengan butang terbuka hingga paras pusat menampakkan baju dalam yang cantik. Lalu model-model ini berjalan dipentas yang panjang, menjamu mata-mata penonton. Kemudian keluar pula model baju dalam yang seksi meksi. Jelas kelihatan orang penting yang tersenyum menyokong. Yang saya kenal dibarisan hadapan duduk Vanida Imran seorang Muslim dengan wajah tidak sensitif dan senyuman manisnya.

Persoalannya, Mengapa stesyen televisyen ini tidak sensitif dengan status negara malaysia yang menjadikan Islam agama rasmi. Pula disiarkan didalam rancangan WHI yang kadangkala menyelitkan segmen-segmen agama.

Kadangkala saya dapat meneka bahawa mereka tahu isu ini tetapi mereka ada agenda sendiri dengan sengaja memasukkan promosi porno ini semata-mata mahu menguji ketahap manakan sensitiviti melayu yang dahulu bangga dengan jatidiri dan kuat mempertahankan adab sopan dan tatasusila. Apabila melihat melayu tidak membantah maka mudahlah mereka memasukkkan agenda-agenda lain.

Tak tahulah apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni. Pemimpin merestui, ulamak membisu, muda mudi sibuk bersukaria dan rakyat malaysia lain hanya membantah dari kejauhan. Itupun yang terjentik hatinya. Semoga Allah mencampakkan hati rakyat Muslim khususnya dengan rasa benci kepada kemungkaran. Amin.

Toleransi


Semalam saya masuk tidur agak lewat. Suami saya keluar bersama rakan-rakannya mengisi malam minggu mereka. Mungkin enjoy mengimbas zaman bujangan dahulu sambil mengeteh.

Pernah juga saya buat perangai tak bagi keluar kerana merasa dia seolah mementingkan rakan-rakan daripada menemani saya pada malam minggu. Tapi selalunya saya ni sporting saja. Kadangkala timbul kasihan kerana suami saya ini jarang bersosial diluar kerana lifenya jika tiada apa-apa kerja atau kursus hanyalah dirumah sahaja.

Melayan line internet yang agak lambat memang membosankan. Patutlah Digi mengenakan cas RM1 sehari dengan pakej top up RM 100 . Kalau sim kad ini dipasangkan pada handset Nokia E5 pemberian suami sempena ulangtahun perkahwinan kami, linenya agak laju sedikit,

Jam sudah pukul 2pagi, sambil menutup laptop saya terfikir alangkah baiknya jika saya memanfaatkan masa saya dengan tidur sekejap dan bangun qiamullail. Selalu kalau untuk mengerjakan ibadat memang beginilah malasnya. Itulah tipu muslihat iblis memperdayakan anak Adam.

Masuk bilik dan lelapkan mata padahal otak ni fikir macam-macam hingga mengganggu hasrat hendak tidur. Bunyi kereta diluar saya pedulikan padahal macam tanda-tanda suami saya pulang tu dah ada. Dia ada kunci pendua dan saya hanya matikan diri sahaja, bukan tak mahu sambut suami. Memikirkan baju saya yang tidak cukup menutup aurat itulah yang membantutkan hasrat saya menyambut kepulangannya.

Setelah solat Isyak yang terlewat dan masih selesa dalam waktunya en. Nasri terus masuk kebilik. Tangannya agak sibuk membuka laman youtube melalui handset saya. Badan saya terasa sedikit terganggu dengan nyamuk sesat dan sedikit gatal-gatal. Mungkin simpati suami tidak lokek menghulurkan bantuan menggosok-gosok belakang badan saya. Nampak dia yang lebih gelisah dari saya.

Dulu selalu juga saya mengungkit suami saya tak perdulikan saya time tidur dan dia hanya membalas dengan memerli saya yang tidur langsung lupakan suami.

Kalau ikut situasi malam itu memang ada kebenaran kata-katanya. Saya puji suami saya ini amat pengasih orangnya. Jika saya mengeluh panas dia akan segera basahkan kain, jika gatal dia akan garukan, jika nak minum air dia akan ambilkan. Kalau kat kampung pula. sekiranya saya gerak dia ditengah malam dan inginkan bantuan tidak pernah dia menolak, selalunya menemani kebilik air ( rumah luas dan gelap), kalau nyamuk banyak dia yang pasangkan ubat nyamuk dan satu lagi kebiasaanya kat kampung kalau sampai waktu tengah malam memang sejuk sangat. Kerapkali antara sedar dan tidak, suami saya sering mengalah dengan saya apabila cukup sekadar berpuas hati berselimut dengan hujung kain sahaja. Kadang saya mengomel kenapa tak tarik sahaja sedangkan saya lupa bahawa saya ni boleh mengamuk dalam tidur kalau terganggu (ala-ala mengigau juga). Dan esoknya dia cukup gembira apabila saya bangun tidur kerana turnnya memakai selimut sudah tiba. 

HARI LAHIR SAYA


                       Nama saya Nur Ain

23/6/11


saya: hari ni birthday ustazah

murid Damia: ustazah tak bagi hadiah pun.

Saya: eh! kenapa pula saya kena bagi?

Murid Ain: memang ustazah kena bagi pun.

Saya Konfius!

Murid damia: mana gift?

Ooo! baru saya teringat murid-murid saya kalau time birthday mereka, mak ayah mereka (tidak semua) akan menitipkan guddy bag untuk kawan-kawan mereka. Rupanya mereka betul.


Saya belikan aiskrim untuk mereka. Ketika saya bahagi-bahagikan mereka beramai-ramai menyanyikan lagu birthday untuk saya. Mungkin mereka berpakat sebelum ini. Mmm! macam orang besar.

Dalam hati saya: pandainya mereka ambil hati saya.

Istana Kami

   ini rumah kami di Kuala Lumpur.  Konsep kami ringkas 
                                   dan lapang. Kalau bersepah senang nak kemas.  Kalau 
                                   saudara datang, ramai pun tak kisah.
    ini rumah kami di Serkam. Time ni masih bulan Syawal.
   Citarasa saya waktu ini ialah Colourfull.
    gambar ni berbeza sikit daripada gambar di atas. Masih 
                                    ditahun-tahun awal kami menetap. (2005-2009)

Menyimpan Marah dan Berdiam Diri.

Kita ini manusia mudah tersentuh hati. Dalam pada itu kita juga kadangkala lupa bahawa ungkapan kita mengundah amarah. Kita pula sesekali pandai melontar kemarahan sehingga kita lupa syaitan menghiasi kita dengan mahkota kemegahan apabila berjaya merasuki kita supaya tidak mengawal marah.

Kadangkala kemarahan itu mencatur kita melakukan tindakan- tindakan yang diluar rasional.

Sedar atau tidak, tindakan kita sebenarnya mengundang pandangan tidak kena pada mata orang lain. Pakaian marah yang kita pakai sebenarnya compang camping disana sini. Andaikan kita berjalan dengan baju yang saya maksudkan, adakah orang akan berfikir kita ini normal?

Sebaliknya bagi orang yang bijak pasti dia tidak akan mengikut kata hati supaya melayan kemarahan. Ada orang yang apabila marah, dia tidak terburu-buru, sebaliknya berfikir buruk baiknya apabila menurut kata hati. Penyelesaian akan dapat diatasi jika kita mengalah dan berlemah lembut. Tolak ansur dalam menangani permasalahan akan mengundang rasa hormat orang lain walaupun kita tidak meminta itu semua.

Diam lebih baik. Marah sebenarnya akan membuatkan kita bercakap banyak. Dan kita lupa cakap-cakap kita akan mengundang pelbagai akibat buruk. Sementelah itu diam dan bersederhana menandakan seseorang itu bijak dalam tindakan.

Diam memberi manfaat yang banyak kepada kita. Kita tidak bercakap salah, kita tidak menyakitkan hati orang, kita tidak bercakap sia-sia tanpa tujuan sehingga membolehkan orang lain menilai kita apa sahaja.

Saturday, July 2, 2011

testing

testing

AL kisahnya

Saya langsung terlupa password gmail saya sehingga menyukarkan saya membuka blog asal saya. Saya cuba create blog dengan menggunakan wordpress, sayangnya saya berasa perlu belajar sehingga menumpulkan hasrat saya untuk berblog.

Setelah berusaha, akhirnya berjaya juga apply my password dari google. Segalanya interesting dan agak mudah dengan Google.

Saya terkejut, Blog ini bukan saya yang buat....mmmm setelah di cek, rupanya hasiltangan sekerat jalan suami saya.

Ok! sebagai tanda menghargainya saya akan terus menggunakan blog ini. Oh! agaknya blog saya lain dialah yang padam agaknya.

Entry isteri mithali itu saya hargai, dan saya tahu, begitulah harapannya terhadap saya.