Koleksi Gambar

Saturday, March 23, 2013

Umur dan Masa

Sampai pada suatu saat dan ketika, kita akan merasa ingin kembali ke usia muda. Nak ambil SPM balik, kemudian sambung belajar, kemudian bekerja, beraktivis dan mencari peluang untuk mengaut ilmu melalui program di sekeliling kita.

Oh katakan pada dirimu, usia 33 yang ada sekarang masih sempat untuk kau kutip dan kejar apa yang tercicir. Tapi bukan ambil SPM lagi.....

Wednesday, March 13, 2013

Sweet....


Hanya tinggal kenangan....

Enjoy istagram.....,,

Hati yang Terluka

Kisah ini sudah hampir tiga bulan berlalu. Kisah dimana berlaku salah faham dan prasangka. Kisah hati manusia yang mementingkan perasaan sendiri.  Kisah Manusia yang lupa asal kejadian dan tujuan hidup.
Kisah manusia yang Suka-suka menghamun orang. Manusia yang tidak bisa ditegur. Manusia yang hatinya dituntun emosi.
Hidup ini singkat dan bagaikan roda. Ada masa kita rasa senang menyakiti hati manusia lain. Kita rasa kita sahaja yang betul.
Kita bahagia melihat orang lain dihamun oleh kata-kata nista kita....
Siapakah itu......

Tuesday, March 12, 2013

Masak apa hari ni?

Mee kari dan bubur ayam.....

Friday, March 8, 2013

Orang Myammar

Seorang perempuan yang mengaku orang Myammar memberi salam di muka pintu. Ketika itu saya sedang membuka pintu dan menonton televisyen. Cuaca sekarang panas, dan saya pun sebenarnya mempunyai angin tidak berapa baik hari ini. Ditangannya terdapat buku yng sempat saya jeling keluaran daripada pts dan yang dibawahnya tidak saya ketahui. Jika dikira ada lebih 10 buah buku semuanya.

Saya menolak secara baik kerana saya tidak berapa berkenan dengan cara jualan dari pintu ke pintu seperti itu. Apabila saya menolak secara baik dan mengatakan saya tidak punyai wang ketika ini, perempuan tersebut mengalihkan jualannya dan meminta saya menyumbang sedikit wang. Apabila saya tanya dia daripada mana ktanya dia orang Myammar dan saya ajukan juga soalan siapa yang membawanya ke sini? Jawapan kononnya adik beradiknya yang membawa dia ke sini membuatkan saya tidak percaya sebenarnya. Tetapi kerana paksaan dan tidak sampai hati saya hulurkan juga duit syiling daripada tabung. Memang ketika ini sebenarnya saya tidak mempunyai cash.

Selesai dan dia telah pergi. Hati saya mempersoalkan kenapa dia begitu berani masuk ke perumahan polis dan apabila kita menolak dia seolah memaksa kita memberi wang. Sifat seorang Islam bukanlah meminta-minta seperti itu tanpa memikirkan tuan rumah memiliki wang ataupun tidak. Sikap mereka sebagai pendatang disini dan mencari wang secara mudah begitu sebenarnya tidak wajar kita layani kerana jika dia tidak berkemampuan takkanlah dia boleh mengeluarkan modal yang besar menjual buku-buku terbitan syarikat yang terkenal itu.jika satu buku berharga rm 20, modal sudah pasti rm12 keatas.

Oh saya bukan mempersoalkan berapa wang yang keluar daripada tabung syiling saya, tetapi saya memikirkan sikap kita memberi muka kepada mereka membuatkan mereka bersikap lebih sudu daripada kuah suatu hari nanti.
Kita tidak mampu menolak untuk memberi tetapi ikhlaskah kita , sila jawab persoalan tersebut.

Wednesday, March 6, 2013

Presiden Hugo Chavez meninggal dunia

Pemimpin venezuela Hugo Chavez yang dikenali anti dengan dasar Amerika Syarikat dilaporkan meninggal dunia hari ini kerana sakit kanser.
6.3.12

Tuesday, March 5, 2013

Tempat: PPUM
Masa: 11.43am
Pakaian: kelabu
Perasaan: agak stress.

Okay, cerita hari ini saya pergi PPUM. Doktor Rasul cek dan scan aku. Malu, memanglah. Rasa macam nak jerit suruh panggil nurse atau doktor perempuan. Tapi nak buat macam mana. Apa cerita? Cyst sebelah kiri 2.8 cm kanan 3.6 cm Saluran kiri dan kanan membengkak berisi air macam paip getah katanya. Fibroid bukan masalah besar. Chances iui minus 10%. Telur yang membesar cuma yang disebelah kanan: anggaran 6.5 cm. Mungkin dalam 1-2 hari telur pecah. Treatment seterusnya ialah iui atas permintaan suami. Tapi doktor sendiri tak boleh jamin sebab Kalau doktor inject sperma ke dalam telor ketika telor tu pecah, cuma ditakuti air dari tiub masuk dalam telor tu dan telor tu tak selamat lagi. Jadi aku dan suami tak boleh nak berharap. Dikhuatiri air masuk ke dalam                            telor dan mani yang telah disatukan. Harapan cuma bergantung kepada Allah supaya proses ni berjaya. Oh, telor kita cuma boleh bertahan selama 18 jam sahaja. Dan jika kita bersetubuh selepas itu, memanglah tiada peluang mengandung sebab masa dah expired. Perasaan saya, susah aku nak cakap. Nak excited tak boleh. Hanya buat rileks dan sabar sahajalah. Suami dah decide iui untuk 2 cycle ni. Kalau tak boleh juga terpaksalah buat ivf. Done.... Proses seterusnya. Esok kena ambil ubat pecah telur, kena cucuk katanya. Khamis 7.3.13 datang balik PPUM, keluarkan sperma dan doktor akan cuci serta masukkan ke dalam rahim. Hari ke 21 datang balik untuk cek samada saya mengandung atau tidak.

*catatan ini lebih kepada nota buat diri saya sendiri untuk rujukan pada masa hadapan.