Koleksi Gambar

Tuesday, March 5, 2013

Tempat: PPUM
Masa: 11.43am
Pakaian: kelabu
Perasaan: agak stress.

Okay, cerita hari ini saya pergi PPUM. Doktor Rasul cek dan scan aku. Malu, memanglah. Rasa macam nak jerit suruh panggil nurse atau doktor perempuan. Tapi nak buat macam mana. Apa cerita? Cyst sebelah kiri 2.8 cm kanan 3.6 cm Saluran kiri dan kanan membengkak berisi air macam paip getah katanya. Fibroid bukan masalah besar. Chances iui minus 10%. Telur yang membesar cuma yang disebelah kanan: anggaran 6.5 cm. Mungkin dalam 1-2 hari telur pecah. Treatment seterusnya ialah iui atas permintaan suami. Tapi doktor sendiri tak boleh jamin sebab Kalau doktor inject sperma ke dalam telor ketika telor tu pecah, cuma ditakuti air dari tiub masuk dalam telor tu dan telor tu tak selamat lagi. Jadi aku dan suami tak boleh nak berharap. Dikhuatiri air masuk ke dalam                            telor dan mani yang telah disatukan. Harapan cuma bergantung kepada Allah supaya proses ni berjaya. Oh, telor kita cuma boleh bertahan selama 18 jam sahaja. Dan jika kita bersetubuh selepas itu, memanglah tiada peluang mengandung sebab masa dah expired. Perasaan saya, susah aku nak cakap. Nak excited tak boleh. Hanya buat rileks dan sabar sahajalah. Suami dah decide iui untuk 2 cycle ni. Kalau tak boleh juga terpaksalah buat ivf. Done.... Proses seterusnya. Esok kena ambil ubat pecah telur, kena cucuk katanya. Khamis 7.3.13 datang balik PPUM, keluarkan sperma dan doktor akan cuci serta masukkan ke dalam rahim. Hari ke 21 datang balik untuk cek samada saya mengandung atau tidak.

*catatan ini lebih kepada nota buat diri saya sendiri untuk rujukan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment