Koleksi Gambar

Friday, March 8, 2013

Orang Myammar

Seorang perempuan yang mengaku orang Myammar memberi salam di muka pintu. Ketika itu saya sedang membuka pintu dan menonton televisyen. Cuaca sekarang panas, dan saya pun sebenarnya mempunyai angin tidak berapa baik hari ini. Ditangannya terdapat buku yng sempat saya jeling keluaran daripada pts dan yang dibawahnya tidak saya ketahui. Jika dikira ada lebih 10 buah buku semuanya.

Saya menolak secara baik kerana saya tidak berapa berkenan dengan cara jualan dari pintu ke pintu seperti itu. Apabila saya menolak secara baik dan mengatakan saya tidak punyai wang ketika ini, perempuan tersebut mengalihkan jualannya dan meminta saya menyumbang sedikit wang. Apabila saya tanya dia daripada mana ktanya dia orang Myammar dan saya ajukan juga soalan siapa yang membawanya ke sini? Jawapan kononnya adik beradiknya yang membawa dia ke sini membuatkan saya tidak percaya sebenarnya. Tetapi kerana paksaan dan tidak sampai hati saya hulurkan juga duit syiling daripada tabung. Memang ketika ini sebenarnya saya tidak mempunyai cash.

Selesai dan dia telah pergi. Hati saya mempersoalkan kenapa dia begitu berani masuk ke perumahan polis dan apabila kita menolak dia seolah memaksa kita memberi wang. Sifat seorang Islam bukanlah meminta-minta seperti itu tanpa memikirkan tuan rumah memiliki wang ataupun tidak. Sikap mereka sebagai pendatang disini dan mencari wang secara mudah begitu sebenarnya tidak wajar kita layani kerana jika dia tidak berkemampuan takkanlah dia boleh mengeluarkan modal yang besar menjual buku-buku terbitan syarikat yang terkenal itu.jika satu buku berharga rm 20, modal sudah pasti rm12 keatas.

Oh saya bukan mempersoalkan berapa wang yang keluar daripada tabung syiling saya, tetapi saya memikirkan sikap kita memberi muka kepada mereka membuatkan mereka bersikap lebih sudu daripada kuah suatu hari nanti.
Kita tidak mampu menolak untuk memberi tetapi ikhlaskah kita , sila jawab persoalan tersebut.

No comments:

Post a Comment