Koleksi Gambar

Friday, December 17, 2021

Julai 2020 saya start berniaga dalam shopee. Jatuh bangun jatuh bangun jatuh bangun. perniagaan tidaklah terlalu memberansangkan sedangkan percubaan demi percubaan produk kesannya lambakan produk dan stok . Orang kata stok bawah katil. hidup segan mati tak mahu. 

Fokus saya dalam bidang fesyen. 

Kenapa saya pilih fesyen sebagai foks saya. Kebetulan sebelum ini saya memang menjual tudung tudung dan tahu dimana memborongnya. dan galakan lain ialah rakan saya ada yang memesan secara borong dari saya, tolong belikan. Ibu mertua pula rajin tolong jualkan. Itulah antara faktor faktornya. 

Tapi sayang, mungkin saya ketinggalan dan tidak mengikuti secara seriud kelas teknik teknik yang shopee anjurkan, malah kelas berbayar pon mentang mentanglah rakaman dan online bila bila masa, maka sambil lewa sahaja saya mengikutinya. 

sedangkan kalau saya ikut step yang cikgu shopee ajar mungkin sikit sebanyak membantu jualan saya.

Nak dijadikan cerita 3 tahun yang lepas saya ada mengikuti pesta buku Antarangbangsa di PWTC . As pengunjung sahaja dengan si cilik Ammar Yasir.

Saya ni diibaratkan berniaga berpisah tiada. Otak saya selalu mengharapkan agar dapat meneruskan perniagaan tak kiralah apapun. Lemah sebenarnya konsep saya ni. Tapi saya tiada bimbingan hanya pengalaman.

Tapi sewaktu di PWTC saya dapat idea untuk menjual beg plastik Ikea. Saya angkut anak setelah memborong di Ikea lalu saya dan anak tebalkan muka untuk berjualan. Ya Allah Malunya nak buka mulut. Huhu.... tak boleh!!! meraung saya dalam hati. Malu!!!!

Lalu selepas itu tersimpanlah stok itu di rumah mertua saya selama dua tahun. 

PKP demi PKP dilaksanakan kerajaan memberi peluang rakyat Malaysia duduk di rumah. Kempen berniaga di rumah dengan bantuan kerajaan dari segi pendidikan online memberi saya peluang melihat platfom online untuk diterokai. 

Sendu tetapi entah bagaimana saya dapat idea untuk memberanikan diri memasukkan stok. Aneh! Habis!

Stok di Ikea pon habis bila permintaan rancak. 

Tapi pada bulan Jun yang lalu saya ternampak Ikea menawarkan pembelian online dengan pengeposan yang sangat murah. Kebetulan saya ada modal sikit lalu saya melabur sikit demi sedikit. Mula mula modal bawah rm500 kemudian pergi ke RM1000 kemudian naik modal lagi. Hampir RM5K.

Alhamdulillah Allah bagi rezeki.

Perniagaan maju. Saya ada pendapatan, saya sibuk dengan tugas yang tak habis sebagai penjual online sehingga menukar hampir 360 darjah fokus saya.

Bolehlah saya berkongsi rezeki, bermewah dan membeli belah. 

Hari ini saya mendapat berita produk saya dipadamkan setelah beberapa kali saya mendapat suspended tatus dari pada shopee. Saya dah edit dan lepas tapi kali ini tak lepas lagi. 

6K plus jumlah jualan saya (pcs). 


Nampak gayanya saya perlu ambil masa berehat dan bercuti untuk baiki fokus saya. 

Sekian.