Koleksi Gambar

Monday, April 22, 2013

Suamiku Surirumah

Siaran tv memainkan rancangan ilmiah yang berjudul 'Suamiku Surirumah' pada petang Isnin yang berbahagia ini. Di hoskan oleh seorang ustazah yang tidak asing lagi. Pada mulanya saya tidaklah berminat kerana menduga sudah pasti ustazah ini akan memberi gambaran positif kepada isteri yang sanggup berkorban dengan bekerja mencari rezeki dan terharu dengan suami yang sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang surirumah. Saya risau tajuk ini signifikan dan stereotype dengan rancangan 'Primadona' yang pernah saya tonton sebelum ini yang seakan serupa tajuknya. Kebetulan tetamu jemputan merupakan seorang selebriti yang tidak asing lagi, mengaku pula menjadi tunggak utama keluarga manakala suaminya pula menjadi surirumah sepenuh masa. Ustaz jemputan seolah-olah 'cover baik punya' apabila melihat situasi ini. Kononnya apabila suami restu isteri mencari rezeki diluar dan isteri pula sanggup berkorban maka masing-masing tidak menjadi masalah dalam Islam.
Saya melihat sesuatu yang tidak kena apabila melihat selebriti wanita itu terlepas cakap seolah dialognya begini...
"Habis! Kalau aku tak keluar bekerja mana datang duitnya!" Tanpa menyedari perkataannya itu langsung tidak menjaga air muka suaminya. Orang diluar sana mungkin akan membuat pelbagai andaian baik disebelah isteri mahu pun suami. Pengacara pula tidak pandai mengemudi tajuk yang dibawa sehingga nampak kepincangan topik perbincangan sehingga tidak membawa satu solusi yang bijaksana. Baru-baru ini pula saya mendapat maklumat melalui media massa siaran televisyen Malaysia bahawa artis tersebut sedang menuntut cerai tetapi tidak dapat bersua dengan suaminya kerana menghilangkan diri. Sendiri fikirlah mana asal usul asbab dan musababnya.
Berbalik kepada rancangan menjurus kepada konsep 'Tanyalah Ustazah' yang bertajuk Suamiku Surirumah tadi, saya cuba mendengar butir bicara ustazah tersebut kerana mahu melihat mana ingin dibawa hala tuju penonton mengenai isu kontoversi ini. Agak menarik apabila suami diingatkan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah sebagai ketua keluarga. Secara fitrahnya Allah Taala memberi kudrat dan kemampuan yang sesuai dengan peranan seorang lelaki. Isteri yang bekerja dan merelai suaminya menjadi surirumah ibarat menongkah arus sehingga boleh membawa kepada permasalahan di masa hadapan. Pada mulanya isteri mungkin merelai sepenuh hati, tetapi sudah tabiat wanita yang tidak sempurna ini apabila sampai suatu masa yang menguji tidak mustahil si isteri akan mengungkit segala pemberiannya. Waktu itulah suami diungkit tidak pernah membeli pampers anak selama ini. Jadi pahala yang dikumpul menjadi sia-sia sahaja.
Pendapat saya yang dhoif ini, suami yang menjadi surirumah menampakkan kepincangan sesebuah keluarga kerana tidak dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang lelaki yang unggul. Sepatutnya mereka yang berkenaan harus sedar serta malu serta tercabar egonya kerana tidak mempertahankan kelakiannya. Wanitalah yang sepatutnya lebih dekat dengan rumah dan anak-anak dengan kelembutan, kasih sayang, sifat perasa dan sensitivitinya.
Akhir sekali ingatlah sebahagian ayat Al Quran yang bermaksud  " Arrijal Qawwamuuna a'la nnisak" yang bermaksud para lelaki ialah ketua/pengemudi kepada para wanita.

Tuesday, April 9, 2013

Saturday, April 6, 2013

Sehati sejiwa


Pikat hati lelaki
dari dalam ke luar

sesuaikan rasa cinta kita dgn dirinya
tmbulkan dorongan kebersamaan

Saya dan suami memang tak boleh berjauhan. Rasanya kalau saya tiada dirumah, pasti suami saya akan merasa susah hati dan kelam kabut hidup kerana keperluan dan sunyi. Saya memang banyak cakap suami pula tidak. Saya memang suka menyakat tetapi suami loyar buruk. Saya memang suka mengada suami melayan. Suami sukakan belaian dan saya memang suka cari kerja cth cr rmbut gatal, uban, jerawat dan suka gosok badan.segala aktiviti kami more to do together.pergi memancing, walaupun saya tak suka sgt tapi berkelah saya suka. So kami bntang tikar, dia pergi memancing. Makanan
saya bawa dr rumah. Pesta buku pergi bersama. Nak tidur, walaupun mata tak mengantuk lagi, tp rasa tak best je kalau biarkan pasangan sorang2. Ayat sebelum masuk tido "dah, jom masuk tido"

wujudkan keakraban

biasanya cara saya wujudkan keakraban ialah secara spontan cntohnya saya akan bercerita tentang sesuatu yang saya baca atau membangkitkan isu semasa. Ada juga kami bersolat jemaah, tengok tv bersama, urutan, cari rambut gatal atau membelek jerawat di muka. Selain itu sekiranya berjalan atau didalam kereta kadang2 saya tidak tteragak2 memaut tangan suami bagi menyatakan keberadaan saya.
Adakah gurauan seperti sergahan juga merupakan cara mewujudkan keakraban. saya punyai satu tabiat suka mengusik sehingga kadangkala gurauan boleh menjadi tindakbalas yang tidak disangka2. Bayangkan ketika mahu membuka pintu rumah (pulang dr kerja) atau kelamkabut mengejar masa , mandi dan buka pintu bilik air atau mencari dengan melaungkan nama, tiba2 di sergah. Dek kerana selalu disergah suami saya sudah phobia apabila berhati2 keluar dr suatu situasi, berhati2 dan rupa-rupanya saya asyik menonton tv di ruang tamu atau tidak menyorok seperti biasa. Trauma dan tension atau suprise boleh juga mewujudkan keakraban. Percayalah cakap saya!

bina komitmen kita utk dirinya

dulu semasa saya bekerja, saya hanya balik kerja, layan penat. Makan pun ajak suami pergi kedai tomyam kat area serkam semasa tggal menetap di serkam darat. Pagi suami sibuk saya pun sibuk nak kerja juga. Cuma dapatlah saya meluahkan masa sekejap ion baju dia. Suami bertolak pukul 7.30, saya pula lepas tu dah sibuk nak masuk kerja kul 9.30pagi. Kalau lambat sikit mulalah saya pecut sampai pernah kena saman berturut2 sebab bawa melebihi hadlaju.
Kini saya memang memberi sepenuh komitmen kepada suami saya. Pagi mulut saya mula becok kejutkan dia. Kemudian masak air, ion baju dan buat apa yang patut. Yang penting kena riuh rendah sikit. Kadang2 sebab stokin je dah kecoh. Mana taknya stok stokin dia kumpulkan kat ofis ,lepas tu bising hairan stokin banyak2 pegi mana. Sebelum pergi kerja mesti salam, sentuhan mesti ada dan jangan lupa hulurkan minuman paling ringkas oat dan susu. Kadang cmpur nestum atau cornflakes. Bila sebelah kaki langkah keluar dr pintu rumah, sebagai isteri kita jgn ringankan harga sebuah senyuman kepada suami kita. Sesekali pelukan juga diperlukan sebagai pembekal semangat. Pernah saya dengar dr seorg tokoh motivasi bahawa pelukan sebenarnya meransang 30% kualiti kerja kepada suami. Saya akan pesan suami supaya baik2 memandu sebagai tanda kasih seorg isteri.
Petangnya kommitmen saya sedikit berbeza. Suami biasanya akan pulang kepenatan dan kelaparan kerana habis sahaja kerja dia akan bersama2 rakannya bermain ping pong. Makanan tidak perlu terlalu berat dan jgn terlalu ringan kena dengan tekaknya. Kalau kuih manis2 memang tak jalan. Biasanya dia akan minta jemput2. Tapi menu berubah2 mengikut kreativiti saya sebagai isteri. Kadang saya mengelat juga dengan membuat makanan seperti bihun, roti cicah sardin atau lempeng (sbg cntoh nyata) dah berharap dengan makanan itu dia akan kenyang dan selamatlah saya drpd masak nasi campur.
Untuk makan malam, saya tidak boleh memandai berharap suami akan rajin kerestoren untuk dinner. Dia bukan kedekut atau tidak memahami . Apa yang pasti saya serik bercampur kasihan apabila dia pada awalnya sudah bersetuju untuk makan diluar tetapi akhirnya tertidur kepenatan sampai keesokan hari. Dan saya tidak perlu berasa hati kalau nasi ataau lauk pauk yang saya masak tidak tersentuh sehingga keesokan hari.
Tetapi awas , apabila suami membuat saya marah maka saya tidak akan rasa bersalah komitmen memasak dan ion baju saya abaikan.
Sebagai isteri komitmen terhadap makanan, pakaian , tempat tidur saya penuhi sebaik mungkin dr sebelum saya berhenti kerja.

bertukar2 pinggan hidngan

saya pernah beritahu suami makanan yang paling lazat ialah menghabiskan sisa makanan suami. Suami juga tidak kekok kalau saya meminta suapan dikhalayak ramai. Satu tabiat suami yang saya nampak, sekiranya mahu menambah nasi, semacam menyelerakan kalau diambil dr pinggan saya. Dah tahu macam itu, apabila direstoren saya tidak teragak2 mengambil nasi lebih supaya suami boleh dapat nasi tambahan dr pinggan saya. Kadangkala saya menyediakan atau membeli makanan untuk tidak sampai dua orang, jadi saya akan beralah dan menunggu suami makan dahulu sambil berharap ada lebihan . Saya tidak kisah tinggal sedikit kerana yang akhir itulah yang paling enak dan kepuasan.

marah tnpa melukakn hti ssiapa

saya mengalami situasi dimana saya tertekan kerana saya telah membuat salah. Saya tahu suami saya tahu dan ingin melepaskan kemarahan dengan teguran pedas. Lalu saya hanya mendiamkan diri menunggu reaksi marah. Selepas beberapa masa berlalu. Saya cuma melihat dia serius dan hanya diam membisu. Saya juga berdiam takut tersalah laku dan buat2 tidak tahu kesalahan saya.
Apabila reda saya melihat dia hanya membiarkan sahaja kemarahannya surut dan saya terlepas... Horay! Boleh buat lagi.

atmosfera pershbtan sblm dan slps bcnta
jadi peminat paling setia

ya! Percaya atau tidak saya peminat setia suami saya. Saya meminati suaranya. Saya suka aura suami yang saya sudah mengenali aromanya. Saya juga kagum kewibawaan suami saya ketika serius didalam kerja. Dulu saya meminatinya kerana dia budak brutal yang selamba tetapi genius. Haha... Lawak tak.

Monday, April 1, 2013

Agen Pekerjaan

Anak buah sebelah suami saya baru habis SPM, keputusan pun dah dapat. Peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas tetapi kerana persaingan dan memerlukan sumber kewangan, kerja amat perlu untuk menampung mana yang sepatutnya.

Semalam dia mengikut kami ke Kuala Lumpur atas cadangan suami.

Hari ini sayalah yang membawa dia kesana kesini mencari pekerjaan. Setiap kali sampai di tempat berpotensi, saya mengarahkan ringan mulut dan kaki untuk bertanya sendiri. Pelajaran ini perlu untuk meningkatkan keberanian, rasa berdikari dan semangat diri. Mula mula dia mungkin takut takut. Tetapi percayalah selepas ini dia pasti tidak lagi bergantung lagi kepada saya untuk mencari kerja kerana sudah melalui pengalaman ini. Saya sebagai orang luar yang berkahwin dengan  bapa saudaranya ibarat orang luar yang dia nak atau tidak terpaksa mengikut sahaja suruhan saya. Tidak boleh memilih dan mengada-ngada.

Lokasi adalah perkara pertama yang saya ambil kira kerana berkait rapat dengan kemudahan pengangkutan, jarak dan kos. Tambahan lagi, ini pekerjaan pertamanya. Jadi kami saudara yang kebetulan berada di sini mengambil tanggungjawab apa yang perlu. Tadi saya bawa dia ke Sogo Kuala Lumpur. Hajat saya ialah memberi dia ruang supaya melihat suasana bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk. Saya pun pernah muda macam dia dan tahu kehendak anak muda sepertinya. Bekerja di Kuala Lumpur yang sibuk dan memerlukan energi memang bukanlah masalah besar bagi anak remaja yang baru meningkat naik seperti dia sekarang dan saya ketika itu. Seronok dan happening tau dah rasa bertuah dapat nikmati masa yang menguji minda dan kesabaran kita. Jadi tujuan saya biarlah dia melihat dan membuat pilihan sendiri mengikut keselesaan dia.

Sekian terima kasih.