Koleksi Gambar

Monday, April 1, 2013

Agen Pekerjaan

Anak buah sebelah suami saya baru habis SPM, keputusan pun dah dapat. Peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas tetapi kerana persaingan dan memerlukan sumber kewangan, kerja amat perlu untuk menampung mana yang sepatutnya.

Semalam dia mengikut kami ke Kuala Lumpur atas cadangan suami.

Hari ini sayalah yang membawa dia kesana kesini mencari pekerjaan. Setiap kali sampai di tempat berpotensi, saya mengarahkan ringan mulut dan kaki untuk bertanya sendiri. Pelajaran ini perlu untuk meningkatkan keberanian, rasa berdikari dan semangat diri. Mula mula dia mungkin takut takut. Tetapi percayalah selepas ini dia pasti tidak lagi bergantung lagi kepada saya untuk mencari kerja kerana sudah melalui pengalaman ini. Saya sebagai orang luar yang berkahwin dengan  bapa saudaranya ibarat orang luar yang dia nak atau tidak terpaksa mengikut sahaja suruhan saya. Tidak boleh memilih dan mengada-ngada.

Lokasi adalah perkara pertama yang saya ambil kira kerana berkait rapat dengan kemudahan pengangkutan, jarak dan kos. Tambahan lagi, ini pekerjaan pertamanya. Jadi kami saudara yang kebetulan berada di sini mengambil tanggungjawab apa yang perlu. Tadi saya bawa dia ke Sogo Kuala Lumpur. Hajat saya ialah memberi dia ruang supaya melihat suasana bandaraya Kuala Lumpur yang sibuk. Saya pun pernah muda macam dia dan tahu kehendak anak muda sepertinya. Bekerja di Kuala Lumpur yang sibuk dan memerlukan energi memang bukanlah masalah besar bagi anak remaja yang baru meningkat naik seperti dia sekarang dan saya ketika itu. Seronok dan happening tau dah rasa bertuah dapat nikmati masa yang menguji minda dan kesabaran kita. Jadi tujuan saya biarlah dia melihat dan membuat pilihan sendiri mengikut keselesaan dia.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment