Koleksi Gambar

Monday, September 30, 2013

Menunggu keputusan ivf

Semoga ada rezeki.
Di wad PPUM , nurse ambil darah untuk ujian mengesahkan hamil ataupun tidak. Sabarlah hati sehingga petang ini untuk mengetahui keputusan.
Kita tidak boleh memaksa takdir untuk mengikut kehendak kita. Ibarat kata kak Mas segalanya sudah tertulis.
Kita harus merancang dan menjangkakan apa tindakan yang akan kita lakukan sekiranya keputusan positif mengandung dan sebaliknya.

Allah know the best !

Menunggu keputusan ivf

Semoga ada rezeki.
Di wad PPUM , nurse ambil darah untuk ujian mengesahkan hamil ataupun tidak. Sabarlah hati sehingga petang ini untuk mengetahui keputusan.
Kita tidak boleh memaksa takdir untuk mengikut kehendak kita. Ibarat kata kak Mas segalanya sudah tertulis.
Kita harus merancang dan menjangkakan apa tindakan yang akan kita lakukan sekiranya keputusan positif mengandung dan sebaliknya.

Allah know the best !

Wednesday, September 18, 2013

Ivf-egg transfer

Sekarang saya berada di Klinik Reproduktif PPUM untuk proses ivf seterusnya iaitu egg transfer. Tak sabar nak tunggu penjelasan doktor berapa banyak sel yang berkembang hasil persenyawaan luar. Harap-harap percent tinggi lah. Apapun itu semua dengan izin Allah Taala . SIapalah kita manusia untuk melawan kehendaknya. Hanya Allah lebih tahu masa terbaik untuk memberi rezeki berupa zuriat.

Dato Nasri (suami saya), telah melakukan apa yang terbaik. Berkorban selagi termampu masa dan wang ringgit.

Saya juga telah lama mengambil keputusan berehat daripada kerja- kerja yang membuatkan saya stress. Dulu saya telah lalui stress yang hebat kerana kerjaya saya berkaitan target, perangai manusia, jalan raya dan karenah persekitaran yang memaksa saya berlagak kuat. Tetapi memang pun dahulu saya merasai saya kuat kerana apa yang saya mahu saya akan kejar. Suami saya pun terhad dalam menetukan hala tuju saya.

Melalut pula. Doa dan restu saya pohon dari suami dan bonda tersayang.

Amin

Tuesday, September 17, 2013

Ivf susulan yang ke 4

Hari ini mengikuti rawatan ivf. Dr Agilan dan Dr Nogu yang menyelia rawatan. Telor yang dikeluarkan hari ini 8 kesemuanya. 5 dari sebelah kanan dan selebihnya daripada sebelah kiri. Sperma telah diambil dan persenyawaan akan dilakukan di makmal dengan bayaran hari ini rm1500 sahaja. Perkembangan telor akan dipantau dan saya hanya perlu bersedia apabila masuk hari ke 2 atau hari ketiga. Malam ini saya akan mengambil utragestron untuk menguatkan rahim.

P/s: ubat bius disuntik ketika mengambilan telor.

Tuesday, September 10, 2013

Total ubat setakat hari ini

Puregon
1400+700

Ovalutran
650

Total semuanya= rm2750

Komentar

Saya menerima sms berbunyi begini,

Rumah tanggaku sekarang ini benar-benar seperti neraka kerana aku tidak dapat merasai ketenangan, tenteram dan bahagia. Sikap isteri terhadapku membuatkan aku macam nak gila, hilang minat dan kasih sayangku terhadapnya, bahkan sekarang timbul pula rasa benci. Kami memang tidak serasi sejak awal perkahwinan dahulu, minat kaminpun jauh berbeza. Anggapan buruk dia terhadapku dan sikap tidak menghormati suami menjadi-jadi apabila aku cuba berkahwin lagi tetapi gagal. Sebenarnya aku terpaksa bertindak begitu sebab merasai jiwa kosong tanpa belaian, galakkan, dorongan, semangat dan motivasi yang sepatutnya aku dapat dari seorang isteri. Aku cuba hidup bahagia dengannya tetapi tidak dapat kerana dia tidak dapat memahami keunikan diriku dan menerima aku seadanya apalagi minat dan cara berfikir aku berbeza dengannya. Aku sebenarnya  memerlukan EQ sebagai tambahan kepada IQ yang aku miliki. Kami jarang sefahaman dalam segala serbi, aku sukar mendapat persetujuan dia dalam merancang sesuatu menyebabkan hidup aku selalu tertekan. Hubungan tumah tangga kami pun hambar, tegang dan tidak harmoni. Kewujudan dia didalam  hidupku sekarang macam 'bibik indon' dengan memberi layanan luaran sekadar makan minum, membasuh dan mengemas rumah sahaja. Sedangkan layanan minda dan batinku tidak dijaga. Solat berjemaah denganku tak pernah bahkan ketika mengerjakan umrah di Mekah pun dia buat hal sendiri tidak mahu bersama. Bagi aku dia bukanlah isteri solehah sebab hanya kuat beribadat di luar sahaja tetapi tidak taat kepada suami sehingga jiwa dan mindaku menderita.

Komen

Komen dalam hati sahajalah.....

Ivf : ubat

Setakat hari ini saya sudah mengambil

Puregon
6x suntikan
250x 6= 1500
Setiap 9 malam

Ovalutran
3x suntikan
Disuntik disebelah pagi setiap 9 pagi.
0.25mg x 3= 0.75mg

Nota= di cucuk 3 jari jauh daripada keliling pusat.
Rasa tak lah sakit mana sebab jarum halus. Bila picit untuk masukkan ubat pun tidak terasa sakit.
Mula-mula memang seriau tetapi kita kena ingat, mahu atau tidak itu adalah saranan doktor yang kita mesti buat.
Petua saya untuk elakkan rasa gemuruh ialah, sibukkan diri sebelum cucuk. Preparation ubat bagi pada suami ambil tanggungjawab. Bila time dah tiba biasanya suami saya akan panggil dan saya sendiri yang akan cucuk perut saya.
Saya tak harap suami cucukkan sebab kalau sakit tak dapat nak adjust jarum.

Selamat mencuba!

Monday, September 9, 2013

Ivf , susulan

Hari ini saya ke wad ppum.
Ambil nombor. Hari isnin ramai yang attend ppum, jadi kenalah tunggu sikit.
Kemudian temujanji saya dengan doktor Agilan terlaksana. Laporan daripada scan selepas mengambil puregon selama 4 kali.

Fakta:
Puregon 600 iu x 2
Harga rm700 x 2: rm1400
Cucuk setiap pukul 9.00 malam
Setiap kali cucuk 250mg puregon
Tujuan: untuk menggalakkan pengeluaran telur
Dibeli atas saranan doktor Agilan di farmasi ppum
Mula diambil pada hari ke2 period.

Setelah 4 kali mengambil suntikan puregon, hari doktor Agilan scan rahim saya dan mendapati sebelah kanan saya mengeluarkan telur sekitar 5 biji. 2 biji agak besar dan 3 lagi masih kecil. Manakala di sebelah kiri mengeluarkan 4 biji dan agak terlindung menyukarkan proses pengambilan telur nanti. Dr Agilan mendapati fibroid kecik sekitar 1 cm dan menjangkakan ia tidak akan mengganggu proses ivf kerana berada agak jauh daripada rahim.

Fakta
Tiub kiri 4 biji telur
Saiz anggaran 10 x2 biji , 8 x2 biji
Tiub kanan 5 biji telur
Saiz 14, 12 dan 3 kecil yang lain

Hari ini dr Agilan menyarankan pengambilan orgalutran .

Fakta
Orgalutran 0.25 x 5
Harga total rm650
Disuntik setiap 9.00 pagi
Tujuan supaya telor tidak pecah atau tahan sehingga proses ivf
Nota jarum agak besar dan suntikan boleh jadi menyakitkan daripada jarum suntikan puregon

Insyaallah selang satu hari ini Rabu, saya akan ke ppum untuk scan perkembangan telor.

Saturday, September 7, 2013

Kedai makan

Hari ini selepas pusing-pusing di Sri Kembangan dan Taman Bukit Serdang dengan tujuan memenuhi jemputan jamuan hari raya walaupun sudah memasuki 1 Zulhijjah, kami, saya dan suami singgah di sebuah Kedai makan yang nampak gah dan mesra pengguna. Saya berkira-kira mahu menempah makanan apa, Suami saya memilih beef steak bersama teh o ais dan saya pula sejak masuk kekedai tadi sudah menjeling bihun sup tetapi akhirnya memilih abc special.
Tarikan utama en nasri memilih kedai makan ini kerana siaran bola sepak yang entah antara pasukan mana tidak pula saya ambil tahu. Yang saya ambil tahu semntara menunggu lama, mata saya merewang kepada pekerja pekerja yang sedang sibuk dengan tugas masing masing. Standard tukang masak dan tukang buat air terdiri daripada pekerja lelaki manakala perempuan diberi tugas mengambil pesanan dan menghantar kepada pelanggan.
Di sebelah saya pekerja ini sibuk memasak pelbagai masakan khusus didapur hadapan. Mujur tidak ada rasa bahang. Ada menu nasi ayam penyek, kentang, tempe, tahu bakar, aneka sup dan rojak sotong. Tidak ketinggalan nasi ayam hainan. Saya meneliti apa yang dibuatnya.
Hati saya ini mengomel macam macam kerana tugas memasak di rumah sememangnya mempunyai disiplin tersendiri. Contohnya minyak yang saya guna akan diasingkan dan dihadkan penggunaannya. Sumber mentah pula memang ditapis habis habisan. Di sini sekejap sekejap saya melihat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya.
Contohnya
1. Saya nampak bungkusan tahu goreng yanv dibawa tidak mempunyai tanda halal malaysia
2. Tukang masak memakai baju yang tidak sesuai iaitu kartun yang memualkan . Jika itu tidak dijaga bagaimana pula kukunya, giginya, rambutnya..... ahh cerewetnya saya kan.
3. Minyak yang digoreng bercampur baur antara udang, ayam , kentang, tempe dan tahu.  Patutlah kentang yang turut serta dalam set beef steak suami nampak tidak menarik kerana minyaknya tidak sesuai.
4. Saya melihat daging dicedok daripada periuk besar dan ada bahagian yang tidak dikehendaki dimasukkan dan di campak kedalam bekas yang saya tidak pasti. Pada sangka saya itu ialah tong sampah. Jika benar, sepatutnya ada cara yang lebih berhemah beradab dengan makanan.
5. Aneka tin seperti tin laici dan tin tin yang tidak saya pastikan tetapi seperti tin yang tidak menjadi pilihan saya di kedai kedai atau pasaraya.

Monday, September 2, 2013

Fokus pekerjaan konsultan unit amanah.

Saya akan cuba fokus untuk menjenamakan diri saya dalam pelaburan unit amanah. Lesen FIMM yang saya bawa merupakan lesen besar yang membolehkan saya mempromosikan pelaburan unit amanah.
Keputusan saya muktamad walaupun sudah diberi tempoh bertenang oleh bos Proton Edar Chan Sow Lin. Sukar saya mengadaptasikan diri saya 10 tahun kebelakang. Boleh sebenarnya. Tetapi ada perkara yang rasanya sukar saya kawal dan terpaksa saya amalkan didalam pekerjaan saya sehari-hari seperti berjabat salam dengan bukan mahram, terpaksa meninggalkan rumah awal pagi sedangkan suami saya masih dirumah, mengharungi jem yang teruk.... uhh, jika alasan, pastilah yang negetif sahaja.
Yang pentingnya saya tak boleh nak paksa jiwa saya, dan satu lagi saya tidak mahu mengingati atau menghadapi kesilapan dahulu lagi....

Yang benar
OTak seminit.