Koleksi Gambar

Saturday, September 7, 2013

Kedai makan

Hari ini selepas pusing-pusing di Sri Kembangan dan Taman Bukit Serdang dengan tujuan memenuhi jemputan jamuan hari raya walaupun sudah memasuki 1 Zulhijjah, kami, saya dan suami singgah di sebuah Kedai makan yang nampak gah dan mesra pengguna. Saya berkira-kira mahu menempah makanan apa, Suami saya memilih beef steak bersama teh o ais dan saya pula sejak masuk kekedai tadi sudah menjeling bihun sup tetapi akhirnya memilih abc special.
Tarikan utama en nasri memilih kedai makan ini kerana siaran bola sepak yang entah antara pasukan mana tidak pula saya ambil tahu. Yang saya ambil tahu semntara menunggu lama, mata saya merewang kepada pekerja pekerja yang sedang sibuk dengan tugas masing masing. Standard tukang masak dan tukang buat air terdiri daripada pekerja lelaki manakala perempuan diberi tugas mengambil pesanan dan menghantar kepada pelanggan.
Di sebelah saya pekerja ini sibuk memasak pelbagai masakan khusus didapur hadapan. Mujur tidak ada rasa bahang. Ada menu nasi ayam penyek, kentang, tempe, tahu bakar, aneka sup dan rojak sotong. Tidak ketinggalan nasi ayam hainan. Saya meneliti apa yang dibuatnya.
Hati saya ini mengomel macam macam kerana tugas memasak di rumah sememangnya mempunyai disiplin tersendiri. Contohnya minyak yang saya guna akan diasingkan dan dihadkan penggunaannya. Sumber mentah pula memang ditapis habis habisan. Di sini sekejap sekejap saya melihat sesuatu yang bertentangan dengan prinsip saya.
Contohnya
1. Saya nampak bungkusan tahu goreng yanv dibawa tidak mempunyai tanda halal malaysia
2. Tukang masak memakai baju yang tidak sesuai iaitu kartun yang memualkan . Jika itu tidak dijaga bagaimana pula kukunya, giginya, rambutnya..... ahh cerewetnya saya kan.
3. Minyak yang digoreng bercampur baur antara udang, ayam , kentang, tempe dan tahu.  Patutlah kentang yang turut serta dalam set beef steak suami nampak tidak menarik kerana minyaknya tidak sesuai.
4. Saya melihat daging dicedok daripada periuk besar dan ada bahagian yang tidak dikehendaki dimasukkan dan di campak kedalam bekas yang saya tidak pasti. Pada sangka saya itu ialah tong sampah. Jika benar, sepatutnya ada cara yang lebih berhemah beradab dengan makanan.
5. Aneka tin seperti tin laici dan tin tin yang tidak saya pastikan tetapi seperti tin yang tidak menjadi pilihan saya di kedai kedai atau pasaraya.

No comments:

Post a Comment