Koleksi Gambar

Wednesday, July 31, 2013

Cerita buat kuih di bulan Ramadhan

Sedar tak sedar sudah hari ke 22 kita umat Islam di Malaysia berpuasa. Biasanya bulan puasa di akhir-akhir baru rajin hendak membuat biskut atau kuih tradisi lain. Jiwa ini sungguh teruja semacam di bahu menggalas peranan orang penting dalam menyiapkan juadah. Tapi tidak bererti saya ingat hendak  beraya sahaja. Manakan tidak, Jiwa seharusnya lebih membesarkan bulan Ramadhan lebih daripada bulan Syawal kerana fadhilat yang banyak. Manakala bulan Syawal pula diraikan sebagai bulan kemenangan.

Oklah!  berbalik kepada agenda  membuat kuih raya. Saya cuba berjimat cermat serta menggunakan bahan yang ada sebaik mungkin. Setakat ini kuih dan biskut yang siap ialah tart nenas ( sering saya dan suami mengajuk cakap anak buah yang kami gelar dak kiting, mana tidaknya, pelat dia menampakkan telo British sebagaimana yang dilatih gurunya di Sekolah di Singapura-itu katanya). Selain itu setelah menonton rancangan selera yang di acarakan oleh tukang masak baru siap ada petua untuk merapuh dan melemakkan biskut lagi* , saya mencuba membuat biskut cornflakes.

Almond London biskut yang paling banyak pakai modal juga tidak ketinggalan. Biasanya saya beli kacang almond satu kilo. Tapi tahun ini saya cuma beli 1/4 kilo. Itu pun dapat dekat 300 biji. Kalau satu kilo mahu jemu tangan ni nak menggentel dia satu jenis saja. Jawabnya biskut lain terbengkalai. Kalau 900 biji mahunya saya masak sekurang kurangnya 23 dulang. Sekali bakar makan masa 30 minit. Mahu dekat 12 jam saya membakar. Tak sanggup saya nak duduk depan oven yang comel dan tak boleh bakar sekali banyak macam dalam tv . Dalam rancangan tu sekali bakar boleh masuk seratus biji. Hoho!  Kita bermatematik pula kan!

Seterusnya berpandukan resepi dari internet saya cuba membuat kuih tradisI Melayu iaitu buah rotan. Dan hari ini saya mencuba membuat kuih loyang/ kuih goyang berempah macam arwah atuk saya biasa buat dahulu. Apabila kakak sebelah rumah tanya kenapa tak buat manis saya mempunyai alasan sendiri, biarlah berbeza sedikit dengan citarasa Orang Melaka. Mak mertua sure sure membuat manis kuih loyang ini.

Lepas ini saya ada perancangan membuat agar agar kering, maruku, kuih siput, samprit dan mana yang termampu sehingga tidak membazirkan bahan bahan seperti tahun-tahun sudah.
Saya percaya suami saya tentu seronok apabila melihat usaha saya walaupun tidak menepati cita rasa. Inilah meriahnya erti puasa dan persiapan menyambut hari raya kepada pasangan suami isteri baru seperti kami (8 tahun masuk 9 tahun lagi 5 bulan).
Suami sudah semestinya mahu saya mengikut jejak langkah bondanya tercinta supaya menyediakan makanan bersumberkan hasil air tangan isteri tercinta.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun lalu.

Monday, July 15, 2013

Guru

Terima kasih kepada guru guru yang mendidik anak bangsa dizaman serba mencabar ini. Jika dahulu ibu bapa siap menyerahkan rotan dan amanat lagi kepada tok guru supaya mendidik anak mereka. Jika degil atau tidak mendengar kat rotanlah anak mereka asal jangan patah sudah. Begitu baiknya adab orang dulu dulj menyantuni guru anak mereka.
Sekarang, dengan bebanan tugas dan tekanan persekitaran, guru terpaks berhadapan dengan cabaran paling mencabar mental. Manakan tidak, ibu bapa sering menuding jari, menyerang malah mengugut guru yang terkasar mendidik anak mereka. Mungkin kerana ibu bapa sekarang terlalu moden. Sedangkan mereka tidak setera mana pun mampu mendidik dan mendampingi anak mereka.
Saya agak skeptikel terhadap ibu bapa begini. Mereka tidak menyedari sikap mereka boleh mengurangkan keberkatan ilmu yang dituntut anak mereka akibat campur tangan mereka. Sudahlah perhatian agama tidak ditekankan, anak tidak diajar menghormati guru, sampai ketika nanti, jika Allah berkata Kun Fayakun, perbuatan menderhaka kepada guru akan balik kepada diri mereka balik. Ketika itu barulah mereka tahu tinggi dah rendah langit. Jika tidak sedar lagi, bacakanlah talkin untuk ibu bapa begini.
Saya percaya masa depan anak anak tidak kemana jika tidak dididik tunduk patuh serta hormat yang tinggi kepada guru. Sebab itu cuba selidik dan kaji berapa ramai remaja terjebak dengan kes juvana terdiri daripada remaja yang bermasalah di sekolah lagi.
Semoga ibu bapa diluar yang tersasar ini kembali ke pangkal jalan.

Tuesday, July 9, 2013

1 RAMADHAN 2013

Alhamdulillah, malam ini dapat menunaikan solat tarawih bersama suami di Masjid al Mukhlisin Alam Damai. Ramainya jemaah sehingga melimpah ketingkat dua. Seketika sebelum solat Isyak bermula, sedikit ucapan daripada pengerusi masjid tentang dana yang diperlukan sepanjang bulan Ramadhan.
Aktiviti sepanjang Ramadhan pula diimarahkan dengan program sahur, berbuka puasa, ada tazkirah, jamuan moreh dan bertadarus Quran.
Rancangan tv pula nampaknya benar benar meraikan Ramadhan.

Harapan saya supaya Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun tahun sudah.

Bagi suami isteri seperti kami, pastilah kemanisan dikecapi apabila dapat turut serta dalam aktiviti ibadat beramai ramai bersama muslimin dan muslimat lain.