Koleksi Gambar

Monday, October 22, 2012

mesti mau ingat

DDI: Bank yang tolong buatkan untuk kita
RII: Public Mutual yang buatkan untuk kita.

penjelasan lanjut dalam episod akan datang k.

Rahsia pelukan

Seseorang perempuan akan merasa selamat apabila dipeluk oleh suami sendiri. Sudah pasti wanita akan merasa dirinya diberi perhatian, dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Pelukan juga merupakan sumber ketenangan apabila stress. Tetapi ada juga yang mahukan privacy dan pelukan dianggap sebagai satu  gangguan.

Adakah lelaki suka dipeluk?
Ya! Memang lelaki suka dipeluk. Ingat tak waktu zaman kanak-kanak dahulu, biasanya kanak-kanak lelaki ini amat suka mendapat layanan daripada ibu mereka. Paling rapat dengan ibu berbanding ayah. Jadi secara fitrahnya perempuan ialah sumber ketenangan.
Apabila dewasa pastilah mereka mengingini layanan istimewa, mahu dilayan seperti budak kecil dari seseorang yang keibuan.

Ada juga lelaki yang mahu isteri mereka hanya memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Jadi jangan sesekali puji lelaki lain di hadapan mereka kerana secara diam-diam mereka juga cemburu kerana kita seolah melebihkan lelaki lain daripada mereka. Contohnya " hensemnya dia" "manisnya dia sebab ada tahi lalat" "baiknya dia" "saya dulu suka dengan lelaki yang chinesse face" "kayanya dia""bestnya dia".

Ada satu fakta dimana suami suka isteri memeluknya kerana dari situ dia mengandaikan wanita memerlukan dia, wanita bergantung harap dengannya dan sebagainya.

Tetapi awas, biasanya manusia tidak sama baik lelaki mahupun wanita. Lelaki yang berjiwa romantis, sentimental tidak sama dengan lelaki yang sebaliknya. Jadi diluar sana ada yang rimas dipeluk suami/isteri masing-masing. 


Saturday, October 20, 2012

senda gurau hari Ahad ( yang dah kawen je boleh baca )

Al kisahnya si jiran suami isteri ni, isterinya digelar kakak bedak sejuk, suaminya pula botak di tengah.
Suatu hari, si suami isteri yang bukan bedak sejuk ni bercengkarama. Puaslah si suami ni kejar isteri dia satu katil. Bila dah dapat isteri, isteri pula main tarik-tarik rambut..... Tiba-tiba...

suami: cop! cop!....
isteri: kenapa?
suami: agaknya ramabut suami kakak bedak sejuk ni botak sebab nilah , orang pompuan suka tarik rambut...
isteri dan suami:  sama-sama ketawa.

Aku:   hehehe (hai gedik aja rasa)

* sorrylah last 1234 entry ni macam tak berilmiah sangat.... 

meluahkan perasaan

Facebook sekarang ni memang dah trend betul. Banyak benda yang bermanfaat kita boleh dapat daripada situ. Selalu juga saya buka dan saya dapati nasihat, perkhidmatan, cetusan pendapat, amar makruf nahi munkar etc.

Tapi ada juga yang saya menyampah dan kadang-kadang rasa nak buat contoh:

1) Meluahkan perasaan
2) masukkan gambar sendiri yang ala2 loving gitu, gambar bercuti, gambar family, makanan yang kita makan dan banyak lagi
3) cerita pasal diri sendiri
4) bebel sorang-sorang

Ini cuma segelintir sahaja.
Kesimpulannya penerimaan orang berbeza-beza. Berpada-padalah dalam sesuatu perkara. Boleh jadi ia menjadi bahana, fitnah dosa dan sebagainya.

Lainlah kalau merapu sorang-sorang sambil syok sendiri dalam blog macam i ni....

ahak (senyum sipu )!

pasar



Saya bersarapan pagi anjuran jiran paling kecil paling comel paling slim macam anak dara pun ada.
Menu ; nasi lemak, bilis, timun, ikan masin dan sambal tempe campur kentang.
Tambahan; keropok rumpai laut,getuk ubi dan kuih keria.
Selepas sesi makan ada sesi bual-bual.
Isu; - tentang mata yang dah mula rabun akibat peningkatan usia
2: kisah isteri yang baru kematian suami tapi macam tak kisah dan tak sedih pun.
3: kisah sikap suami, perbelanjaan dirumah.

Yang ketiga ini isu berat. Silap haribulan secara tidak sengaja walaupun tanpa niat, kita seolah membuka pekung didada suami. Kadang benda ni para surirumah akan menganggap hiburan dan halwa telinga tetapi ianya merupakan dosa besar. Ingat tak kisah Israk Mikraj dimana nabi menyebut bahawa Baginda SAWmelihat ramai para penghuni neraka terdiri daripada wanita. Dan satu lagi ingat tak bahawa syaitan paling suka pasar yang dihadiri kaum hawa.
Jadi harus diingat pasar bukan sekadar tempat yang semata-mata pasarbeli ikan tetapi luas pengertiannya merangkumi pasar yang penulis maksudkan.

Pasar: tempat membeli belah untuk mendapatkan keperluan dapur samada kering ataupun basah, malah peralatan apapun.

Pasar (maksud saya): tempat berkumpul.

geram tengok budok ni....

Anak jiran saya sorang ni cukup femes kat tempat mengaji . Kalau anak2 murid sini gelar dia Yuna sebab fesyen2 yang lain dari yang lain. Budak kecik kan, buat macam mana pun tetap comei. Saya cukup terhibur dengan gelagat dia. Kalau saya nak tangkap gambar, siap pose gitu. Semoga menjadi anak yang solehah, taat perintah Allah. Belajar pandai-pandai ye sayang.










 

rama-rama


Salah satu hobi saya ialah tangkap gambar. Tapi saya tak fokus, tak speciallist (tul tak eja), tak study bahagian ni dan takder peralatan canggih. Cukuplah E5 Nokia hadiah daripada suami dulu. 5 mb ok ape!. Jom muhasabah Allah Tuhan pencipta yang ulung, Arkitek , very seni. Subhanallah!... Meh berzikir ramai-ramai.








Me !


Sebelum masukkan gambar ni, saya dah minta kebenaran suami dulu. Hehe! Sebenarnya untuk koleksi peribadi sahaja apa yang ada dalam blog ni. Rasanya takder sapa pun yang follow my blog. Biasanya kalau dok sorang2 dalam kete, samada tengah drive atau apa-apalah, saya memang suka perasan soran2 dah tangkap gambar sendiri. Alhamdulillah takder apa nak komplen apa saja yang Allah bagi pada saya.  Sebenarnya tangan ni dah habit nak petik camera smart phone ni..... 














p/s: mmm cute juga saya kan..... larikkkkkk!

Tuesday, October 16, 2012

jual air liur

hehe
sapa nak beli air liur?

ni sebenarnya kisah apabila kita menjual sesuatu yang mencabar. kita bercakap tentang sesuatu yang tidak dapat dipegang, dilihat dan dirasa. agak-agak sapa nak beli?

alhamdulillah setakat ini kerana keyakinan saya, dapatlah saya menjual unit amanah kerana saya pun yakin dengan produk yang saya jual. Tak perlulah saya keluarkan modal besar untuk membeli barang yang nampak kerana modal saya cuma air liur.

apabila saya yakin dengan produk, jenama, ketelusan, rekod terdahulu yang terbukti menguntungkan maka tak perlulah saya ragu-ragu ntuk membuat persembahan dengan bertenaga disamping memindahkan aura positif supaya orang lain boleh menerima produk saya.

Saturday, October 13, 2012

ayah dan ummie pergi haji

hari ini saya berada di pulau pinang, area kepala batas shj.
ayah dan ummie bakal pergi haji esok.
semoga selamat pagi dan selamat pulang.
moga dapat haji mabrur.

Monday, October 1, 2012

citer-citer (cerita-cerita)

di rumah sahabat , kak sarimah namanya.
saya memperkenalkan blog saya.
feedback dia...

kak sarimah: hui! 400 lebih dah yang mai lawat blog siti
saya: mana ada orang kenai sangat! saya ja yang banyak masuk kot...
kak sarimah: hmmm, agaknya siti saja pun dah 400 kali masuk...
saya: hahaha.... (dalam hati kawak-lawak)