Koleksi Gambar

Monday, October 22, 2012

Rahsia pelukan

Seseorang perempuan akan merasa selamat apabila dipeluk oleh suami sendiri. Sudah pasti wanita akan merasa dirinya diberi perhatian, dijaga dan ditatang bagai minyak yang penuh. Pelukan juga merupakan sumber ketenangan apabila stress. Tetapi ada juga yang mahukan privacy dan pelukan dianggap sebagai satu  gangguan.

Adakah lelaki suka dipeluk?
Ya! Memang lelaki suka dipeluk. Ingat tak waktu zaman kanak-kanak dahulu, biasanya kanak-kanak lelaki ini amat suka mendapat layanan daripada ibu mereka. Paling rapat dengan ibu berbanding ayah. Jadi secara fitrahnya perempuan ialah sumber ketenangan.
Apabila dewasa pastilah mereka mengingini layanan istimewa, mahu dilayan seperti budak kecil dari seseorang yang keibuan.

Ada juga lelaki yang mahu isteri mereka hanya memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka. Jadi jangan sesekali puji lelaki lain di hadapan mereka kerana secara diam-diam mereka juga cemburu kerana kita seolah melebihkan lelaki lain daripada mereka. Contohnya " hensemnya dia" "manisnya dia sebab ada tahi lalat" "baiknya dia" "saya dulu suka dengan lelaki yang chinesse face" "kayanya dia""bestnya dia".

Ada satu fakta dimana suami suka isteri memeluknya kerana dari situ dia mengandaikan wanita memerlukan dia, wanita bergantung harap dengannya dan sebagainya.

Tetapi awas, biasanya manusia tidak sama baik lelaki mahupun wanita. Lelaki yang berjiwa romantis, sentimental tidak sama dengan lelaki yang sebaliknya. Jadi diluar sana ada yang rimas dipeluk suami/isteri masing-masing. 


No comments:

Post a Comment