Koleksi Gambar

Saturday, October 20, 2012

pasar



Saya bersarapan pagi anjuran jiran paling kecil paling comel paling slim macam anak dara pun ada.
Menu ; nasi lemak, bilis, timun, ikan masin dan sambal tempe campur kentang.
Tambahan; keropok rumpai laut,getuk ubi dan kuih keria.
Selepas sesi makan ada sesi bual-bual.
Isu; - tentang mata yang dah mula rabun akibat peningkatan usia
2: kisah isteri yang baru kematian suami tapi macam tak kisah dan tak sedih pun.
3: kisah sikap suami, perbelanjaan dirumah.

Yang ketiga ini isu berat. Silap haribulan secara tidak sengaja walaupun tanpa niat, kita seolah membuka pekung didada suami. Kadang benda ni para surirumah akan menganggap hiburan dan halwa telinga tetapi ianya merupakan dosa besar. Ingat tak kisah Israk Mikraj dimana nabi menyebut bahawa Baginda SAWmelihat ramai para penghuni neraka terdiri daripada wanita. Dan satu lagi ingat tak bahawa syaitan paling suka pasar yang dihadiri kaum hawa.
Jadi harus diingat pasar bukan sekadar tempat yang semata-mata pasarbeli ikan tetapi luas pengertiannya merangkumi pasar yang penulis maksudkan.

Pasar: tempat membeli belah untuk mendapatkan keperluan dapur samada kering ataupun basah, malah peralatan apapun.

Pasar (maksud saya): tempat berkumpul.

No comments:

Post a Comment