Koleksi Gambar

Sunday, September 19, 2021

 



Assalamualaikum. 

2021 baru perasan dah lama tinggalkan Blogspot ni. Ammar pun dah besar dan bersekolah di Pasti. Budak ni dah lancar berkata kata dan dah naik Al Quran surah Al Baqarah muka surat 12 kalau tak silap.

Sudah boleh juga melontarkan buah fikiran dan semakin bijak. Alhamdulillah.Semua ini dengan izin Allah Taala.


Saya pula telah berhenti daripada kerja jual kereta. Segala jenis pekerjaan konsultan iaitu konsultan unit trust, konsultan mypusaka, hampir hampir nak jadi konsultan hartanah, semua saya dah resign. 

Kini saya meneruskan minat saya sebagai usahawanita online. Saya beraksi di persada Shopee dan Lazada. Kini juga saya giat mengikuti kursus anjuran kerajaan contohnya Mdec, Fama dan sebagainya termasuk Mara. 

Malaysia juga sudah nak masuk 2 tahun dilanda covic 19 iaitu satu wabak yang bermula dari China.  Banyak perkara yang berlaku yang hendak saya tulis kerana berlalunya masa maka banyak cerita cerita hidup yang tertinggal. 

Saya juga sejak melahirkan Ammar dan sempat berkongsi cerita di kuaters Maktab polis Cheras. Kini terbaru kami berpindah dua rumah kuaters terkini iaitu HKL kuaters dan sekarang di Masjid Al Imam Ghazali. Satu tempat yang paling tenang adalah di Masjid.

Berposing di depan rumah . Dari rumah terus nampak menara Masjid. Nikmatnya



Suasana Subuh yang akan dikenang .

Oh ya saya dah upgrade mahirkan diri dengan menjahit. Tapi susah nak fokus sebab saya hanya buat
suka suka sahaja. Nak buat job susah sikit sebab bukan patient saya. 

Cuma saya berangan angan andainya saya serius untuk buat income dalam bidang ni mungkin saya akan hire orang dan saya nak jadi perancang dan bos sahaja. Insyaallah. Dan lagi satu saya mempunyai perancangan membuat bisnes sulam tuala atau apa apa yang unik. Mungkinkah? Tak salah berangan kan.

Ammar , sekejap je dah besar nak! Bila lihat blogspot bersawang ni , banyak cerita dan gambar dulu semasa Ammar masih kecil.

Nah! Ammar dah PDPR . Sekejapnya masa berlalu. 

Muhasabah muhasabah. 



Oklah cukup setakat ini sebagai warm up blogspot supaya ia terus aktive dan hidup dan menjadi sarang saya berkarya. 

Assalamualaikum.