Koleksi Gambar

Wednesday, November 14, 2012

Boring.

Sejak akhir-akhir ini saya berasa sungguh keseorangan. Manakan tidak, dulu saya aktif dan sekarang agak kurang berinteraksi dengan orang ramai. Rutin harian hidup saya kalau nak dipresentationkan agak kosong. Kalau cerita bab ni, malas rasanya saya nak toleh kebelakang. Apa yang penting pandang kehadapan, baiki hubungan dengan Allah. 
Kadangkala punca hati kosong hidup kosong puncanya adalah dari dalaman juga. Tanyalah hati, tanyalah Iman, ukurlah tahap Taqwa kita.
Hari ini adalah bulan terakhir dalam bulan Islam. Jangan Lupa membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. (google ajalah).
Kekosongan saya hanya terisi bila suami balik daripada kerja. Tahu tak? Dulu saya berhenti kerja sebab nak concentrate untuk rawatan dapatkan anak dan tumpukan perhatian untuk memajukan diri dalam perniagaan. Tapi sekarang, perniagaan bukanlah perkara yang saya sangat kejar seperti dahulu. Rawatan masih berjalan tetapi ... ah susah saya nak luahkan.

*biler booring baca tulisan ni, macam tu lah saya boring.

Monday, November 12, 2012

Raikan Cinta!....




Hari ini mood romantik sikit, bersama cik abang. Hai, takder anak nak dimanjakan bermanjalah dengan suami yang digelar sayang. Susahlah nak tukar panggilan ke panggilan kebiasaan orang Melayu membahasakan diri suami mereka dengan panggilan 'abang'. Kalau habis idea pun saya bahasakan 'awak' sahaja. Kalau dengar dek budak Indon, maunya diorang bantai ketawa bila dengar saya sebut 'wak wak jer'.

Kuala Lumpur pun sekarang ini hujan sahaja. Pagi bawa kepetang mendungnya. Ada juga terfikir, kalau KL ni satu hari nanti dilanda salji pun tak heran sebab mendung dah macam kat 'oversea'. 

Bulan depan ni ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8. Sekarang saya dan suami tengah menjalani rawatan di PPUM atas saranan sahabat saya. Katanya dia puas hati dengan rawatan di PPUM dan setelah melalui IUI kali kedua barulah dia berjaya mengandung.

28 hari bulan November 2012 ni ayah saya akan balik daripada menunaikan haji. Insyaallah kalau tiada aral suami dan saya akan balik ke Penang untuk persiapan sambutan. Abang Long saya pula akan berkahwin bulan Disember ini. Emm! agak sibuk juga kan!