Koleksi Gambar

Monday, November 12, 2012

Hari ini mood romantik sikit, bersama cik abang. Hai, takder anak nak dimanjakan bermanjalah dengan suami yang digelar sayang. Susahlah nak tukar panggilan ke panggilan kebiasaan orang Melayu membahasakan diri suami mereka dengan panggilan 'abang'. Kalau habis idea pun saya bahasakan 'awak' sahaja. Kalau dengar dek budak Indon, maunya diorang bantai ketawa bila dengar saya sebut 'wak wak jer'.

Kuala Lumpur pun sekarang ini hujan sahaja. Pagi bawa kepetang mendungnya. Ada juga terfikir, kalau KL ni satu hari nanti dilanda salji pun tak heran sebab mendung dah macam kat 'oversea'. 

Bulan depan ni ulangtahun perkahwinan kami yang ke 8. Sekarang saya dan suami tengah menjalani rawatan di PPUM atas saranan sahabat saya. Katanya dia puas hati dengan rawatan di PPUM dan setelah melalui IUI kali kedua barulah dia berjaya mengandung.

28 hari bulan November 2012 ni ayah saya akan balik daripada menunaikan haji. Insyaallah kalau tiada aral suami dan saya akan balik ke Penang untuk persiapan sambutan. Abang Long saya pula akan berkahwin bulan Disember ini. Emm! agak sibuk juga kan!



No comments:

Post a Comment