Koleksi Gambar

Monday, November 18, 2013


Suamiku membacakan tafsir surah al Hajj selepas solat Magrib.

Firman Allah taala di dalam al Quran.

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk ( hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah pada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian darisetitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadian dan yang tidak disempurnakan; ( Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak kemudian ( kamu dipelihara) hingga ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada diantara kamu yang dimatikan ( semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi) ; engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya ( dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembira membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

Surah al Hajj ayat 5.

Sesungguhnya al Quran itu punyai as Syifa

No comments:

Post a Comment