Koleksi Gambar

Monday, November 4, 2013

Mencari Kekuatan

Selepas scan hari tu, saya cuba google di internet perkara berkaitan kehamilan, jantung dan keguguran. Setiap yang berlaku ada sebab musabbab dan hikmah yang tersembunyi. Saya pasrah dan memohon Ampun kepadaNya sekiranya saya terlepas perasaan atau mempersoalkan hakikat.
Keputusan masih belum diketahui. Saya masih mengharap tetapi dalam masa yang sama saya tinggalkan sedikit peratus kegagalan supaya diri saya bersedia apa kemungkinan pun.
Kata doktor Zubaidi dalam blognya, keguguran boleh berlaku kerana baby tak boleh survive, ketakseimbangan genetik atau kelemahan baby sendiri. Jadi benarlah firman Allah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian.
Hanya sperma yang betul betul kuat sahaja yang dapat sampai dan menembusi telur. Setelah sel sel terbentuk, campuran benih tadi akan berpaut pada dinding rahim ibarat lintah. Kemudia hari demi hari dalam trimester pertama, perkembangan akan berlaku dengan kod kod genetik, pembentukan tulang dan disaluti daging, sehingga terlihat titik mata, telinga, tunas kaki dan tangan. Subhanallah. Sebab itulah Allah berulang kali menyeru manusia melihat keada kejadian dirinya.
Kini saya cuba meneutralkan diri serta berserah kepada Yang Maha Memberi, Maha Mencukupkan, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Nota: saya tidak mengalami sebarang turun darah, sakit di ari ari atau kekejangan. Cuma bila saya menunduk seakan rukuk saya dapat merasakan benjolan di perut saya seakan menyekat berbeza dengan sebelum ini. Harapan masih ada dan jangan berputus asa. Saya cuba nyahkan perasaan yakin bersangatan kerana belum ada kepastian. Kadangkala orang yang mengharap memang akan mencipta impian, sebab itulah kebiasaan kadang kadang terkait perasaan ingin jadi kenyataan.

P/s tadi dja pilah ada call. Saya mohon dia turut sama doakan saya selepas ivf. Saya bagitau keputusan sebelum ini positif mengandung tetapi 50, 50 juga berdasarkan scan kedua. Katanya dia ada doakan sebelum ini dan macam tak percaya makbul....

Pesan.... jangan pandang enteng pada doa sahabat.

No comments:

Post a Comment