Koleksi Gambar

Thursday, February 13, 2014

Sesak... duit.

Masa muda apabila tidak beringat , tidak diingatkan ( ayat salahkan orang lain ) maka kita mengabaikan perlindungan diri yang wajib disediakan untuk diri kita sebagai persediaan apabila berlaku kecemasan seperti gangguan kesihatan. Saya selalu juga google kisah pesakit hiv contohnya yang mendapat jangkitan samada melalui aktiviti berisiko ataupun tidak disengajakan seperti pindahan darah. Dari situ saya melihat permasalahan penghidap terutamanya dari segi kewangan. Kewangan yang diperlukan untuk menyara keluarga. Kasihan dengan anak anak yang masih kecil. Risau akan nasib isteri bagaimana kemudian . Simpanan dahlah tiada. Perlindungan perubatan pula tak dapat coverage.

Saya pula, dalam situasi sekarang amat merasai bahana gaya hidup ketika berumur 20 an dahulu. Hutang kad kredit dah tak dapat bayar walaupun nilainya kecil. Kebetulan pula saya membeli barang kemas sebagai pelaburan tetapi caranya pula tak kena dan kini memerangkap saya sungguh sungguh. Puncanya saya bersetuju tanpa menyiasat hujung pangkal dengan menggadaikan barang kemas kenangan perkahwinan saya untuk mendapatkan modal membeli barang kemas lain yang senilai dengannya. Barang yang dapat digadaikan dan wang dapat dijadikan modak untuk mendapatkan seutas lagi barang kemas. Pendek cerita semua duit habis bayar barang kemas. Barang kemas disimpan dikedai emas. Cukup tarikh matang, saya perlu membayar upah simpan dan jika perlu wajib tukar surat. Saya cuma perlu membayar perbezaan nilai emas semasa.

Bulan ini, February 2014, sekali lagi saya perlu tebus barang kemas atau tukar surat.

Sekarang memanglah saat saat genting dan kritikal sumber kewangan saya. Mungkin kena bergantung kepada suami atau berhutang atau gadai lagi apa yang ada. Jangan gadai diri sudah.

Saya akui saya memang malu sangat sangat untuk meminjam sana sini. Memang ego saya tinggi. Hatta dengan suami sendiri pun.

Tulisan ini adalah sebagai kenangan dan bukti susah senang saya hari ini supaya dapat saya tatap ketika saya sudah boleh covered semua hutang piutang saya.

Saya yakin satu hari nanti saya akan membaca semula catatan saya sambil membandingkan sekarang yang dahulu (hari ini) dan sekarang masa saya baca entri ini.

Yakin, saya sudah berada, tidak lupa pada yang susah dan juga beringat ingat.

No comments:

Post a Comment