Koleksi Gambar

Tuesday, June 17, 2014

EAMMMM

Kadangkala saya merasa mahu berhenti kerja apabila memikirkan kesusahan menempuh jem setiap kali pergi dan balik kerja, mengadap bos yang kuat sangat membebel, berhadapan pula dengan karenah manusia yang pelbagai dan pertanyaan pertanyaan engineering yang bukan saya terlalu pakar sangat untuk menjawabnya.

Saya akui saya fed up. Bos yang lagi satu pula membuatkan saya berasa tercabar kreadibiliti apabila suka mengatur saya.

Tetapi setiap kali down saya cuba kuatkan semangat. Saya selalu mendesak diri saya supaya bersabar. Melawan perasaan negetif dengan meletakkan harapan supaya tapak ini menjadi asas supaya saya dapat menyelesaikan masalah saya. Hutang piutang kad kredit, tebus barang kemas, bagi mak ayah duit, ada pula wang untuk mengikuti kursus kursus yang boleh memberi impak atau bekalan serta idea untuk persediaan apabila saya tidak perlu kepejabat lagi. Pendek cerita saya mahu duduk dirumah memberi komitmen kepada keluarga tetapi dalam masa yang sama bekerja dari rumah. Ada satu lagi cita cita saya iaitu mahu menghasilkal sebuah buku mengenai kerjaya saya. Di dalamnya akan ada pengalaman saya berhadapan dengan pelbagai ragam pembeli, sedikit ilmu yang membetulkan salahfaham masyarakat terhadap penjual kereta dan panduan membeli kereta. Di samping itu saya juga mahu menyelitkan tip tips membeli kereta, membuat pinjaman bank dan perkara yang perlu dilakukan selepas membeli kereta.

Objektif saya ialah supaya dapat mengangkat martabat status konsultan jualan kenderaan. Saya mahu menekankan bahawa inilah kerjaya mulia, di sandang oleh mereka yang terpilih dan berkemahiran tinggi.

Inilah asas yang saya maksudkan sebagai penguat semangat mengapa saya masih cekal berkerja walaupun sering datang serangan serangan ke dalam diri saya.

Selebihnya setelah berusaha sebaik mungkin, saya berdoa dan tawakkal kehadrat Ilahi supaya membantu saya.

No comments:

Post a Comment