Koleksi Gambar

Friday, June 6, 2014

Mr kong

Pagi pagi lagi mr kong sudah tak boleh tengok muka saya. Saya rasa termasuk hari ini sudah lebih 10 kali mr Kong bertanya soalan yang sama.

" sudah call abx ( syarikat kurier servis )."

" I sudah cakap u dari semalam pergi itu syarikat abx PJ sana...."

"Nanti u tak sempat register u yang rugi, I sudah tolong u......" dan mr Kong menyambung lagi bebelannya.

Walaupun stress dengan bebelan mr Kong yang terbiasa begitu. Saya hanya buat biasa sahaja. Siapa tidak risau, saya berusaha dengan cara saya dan tidak mahu kecoh sana kecoh sini.

Pada saya biarlah cakap tidak banyak asal kerja berjalan.

Akhirnya saya sanggah juga mr Kong.

" mr kong , i sudah call itu abx. Itu barang sudah on the way. Kalau i tunggu PJ sana, itu barang sudah on the way sini pon tak guna juga"

" u pergi sana sekurang kurangnya boleh dapat. Sini ada orang tunggu .... i mau u kejar itu abx sebab sudah takde masa...."

Mr kong memang selalu macam ni ketika akhir bulan. Dia gelabah semacam kata Hana.

" mr kong , i sudah call itu abx, dia suruh tunggu. Itu barang on the way.... "  tegas saya dengan nada sedikit tinggi. Saya nampak mr kong terdiam tunduk sambil menggeleng kepala. Nampak gayanya mr kong ni memang kena guna cara ini kalau kita mahu mempertahankan diri.

Kadangkala apabila memikirkan sikap kuat membebel mr kong membuatkan saya teringat cerita tentang isteri yang kuat membebel . Dek kerana tidak tahan dengan isteri, si suami akhirnya mencampakkan isterinya ke dalam perigi buta. Al kisah di dalam perigi tersebut terdapat seekor jin yang menjelma apabila si suami tadi kembali untuk mendapatkan  isterinya.

Si suami terkejut apabila.mendapati jin tadi lalu bertanyakan mengapa si suami mencampakkan isterinya kedalam perigi buta ini. Setelah si suami bercerita hal sebenarnya
Jin tadi berkata, " Aku pon tak tahan dengar bebelan bini kau la, sebab tu aku keluar dari perigi ni".

Kalau tanya perasaan saya tentang mr kong ceritanya sama macam si suami dan jin tadi.

No comments:

Post a Comment