Koleksi Gambar

Saturday, March 10, 2012

hajat yang dikabulkan



Sekarang ni saya mabuk buat kuih. excited sebab dah jumpa resepi biskut kegemaran. asalnya kak Jamilah (saudara baru) yang selalu berurusan dengan suami saya ketika di Balai Islam, masjid Al Azim dahulu selalu bagi saya biskut yang rasa dan baunya terlalu berlainan. Pendek kata ada rasa kacang, tak manis sangat dan ada masin sikit2. aromanya memang tak boleh nak cakap. Mula2 saya tak gemar sangat tapi bila dah lama2 ketagih pula. Suami yang jenis tak suka makan biskut pun jadi suka. Masalah timbul apabila saya mahu memesan biskut ini, jarang kak jamilah nak ambil duit, biskut ni pun  bukannya selalu ada. Maksudnya kalau ada orang order baru dia buat. Saya cuba minta resepi, apa yang kak Jamilah beritahu tidak jelas pada pemikiran saya. Bila buat badam kuranglah, rasa tak samalah dan ini membuatkan saya frust. Apatah lagi rasa nak makan sangat2 tapi tak dapat pula. Setelah 3 tahun ketika lidah saya hampir melupakan rasanya, nak dijadikan cerita ketika masuk di kedai membuat biskut dan kek di Bandar Tun Hussein Onn, saya terjumpa tepung biskut almond yang sudah siap diproses berserta cara2 membuatnya. Nah! inilah yang saya cari2 selama ini. Dan apabila saya mengeksplorasikan biskut ini ,mmmm memang menjadi sangat2. Teruja betul saya. Sejak dari itu dalam sebulan dua ini sudah dekat 10X saya buat. Rasa nak makan dah berganti tak termakan pula. Seronok buat dan bagi orang rasa. lagi kembang bila ada orang puji, hehe perasan! Mulalah terfikir nak buat bisnes sebab yakin kelainan rasa. saya rasa biskut ni famous dikalangan chinesse people. Sungguh! kak Jamilah pun memang cina muallaf juga. Pengajaran disebalik kisah ini ialah saya perlulah bermuhasabah selalu dan memanjatkan kesyukuran. Bukankah Allah mendengar dan tahu isi hati hambanya. Hajat saya dikabulkan pada satu masa yang tidak saya jangka iaitu ketika saya hampir melupakan kehendak saya tetapi ingatlah bahawa Allah tidak pernah lupa. Allah itu dekat, hampir sangat yakni lebih dekat daripada urat leher. Didalam Al Quran Allah sendiri menyeru kita berdoa. Allah berfirman"berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan".  

No comments:

Post a Comment