Koleksi Gambar

Monday, December 9, 2013

Rasa sakitnya selepas gugur

Di sini saya mahu menggambarkan kesakitan yang saya alami ketika mengalami keguguran.

Sebelum keguguran
Start pukul 3 pagi saya sudah mengalami sakit sakit seperti senggugut.  Nak gambarkan kesakitan itu lebih berganda dari senggugut.  Kalau senggugut boleh saya gambarkan perut kita seperti kain yang diperah. Ari ari saya mula menanggung kesakitan. Dimana ari ari? Di sekitar bawah pusat dan kebawah. Mulut saya asyik mengaduh sakit sahaja. Tangan pula asyik menyapu bawah pusat sahaja. Suami saya yang disebelah pula asyik menenangkan saya. Sekejap sekejap dia tepuk saya .  Saya juga tahu, setiap kali saya mengerang, hati dia pun tak tenteram melihat atau mendengar rintihan saya. Tetapi memanglah sikap suami saya apabila saya sakit, dia yang akan susah hati dan tidak senang duduk dek kegelisahan.

Pukul 8pagi
Kesakitan hilang sebentar. Saya sempat seterika baju suami saya. Selepas suami ke tempat kerja, saya bertungku dengan menggunakan sisa sisa panas seterika tadi. Kemudian saya beralih ke tempat tidur. Rupanya kesakitan tadi kembali merajai. Saya tertidur tetapi kesakitan kerap mengganggu. Saya duduk salah, saya baring salah saya menonton tv pun salah. Tiba tiba saya teringatkan ikan dan ayam yang belum bersiang dan belum dibasuh. Saya takut bakteria tidak baik membiak didalam bahan mentah yang tidak selesai itu. Beberapa bulan lepas, Malaysia dikejutkan dengan kematian para tetamu sebuah majlis  kenduri di utara tanah air kerana kuman bakteria dari lauk ayam sambal yang disediakan. Dari apa yang saya dengar, ayam itu dibiar mentah lama kemudian baru digoreng. Goreng pula tidak terlalu masak kemudian disimpan keesokannya barulah disira dengan sambal. Bakteria tersebut bernama Semolina.
Ketika membasuh ayam dan ikan, ari ari saya dan saluran faraj terasa sakit yang teramat sangat. Saya menangis dalam menahan kesakitan berseorangan . Siksa betul nak habiskan membasuh ayam dan ikan ini. Saya kemudiannya kembali kebilik dan berbaring tetapi kesakitan ini membuatkan semua tidak kena. Saya sms suami mengadu sakit.

Pukul 12 tghari lebih
Tak lama suami saya pulang dan melihat saya tidak duduk diam lalu suami sarankan saya bersiap ke hospital. Dalam kepala saya memikirkan nurse ppum yang saya panggil kak mas ada menitip pesan supaya pergi ke bahagian kecemasan jika ada mengalami kesakitan .  Saya juga sedia faham bagaimana saya mahu menunggu giliran di sana dalam keadaan menanggung sakit yang tak tertahan.
Tak lama selapas suami menghidupkan enjin kereta saya rasai sesuatu keluar daripada bawah saya.
Saya panggil suami dan tunjukkan, terus suami mematikan enjin, Objek kecik sebesar isi kerang keluar. Bentuknya memanjang dan keras. Tak tahu saya mengandaikan itu bahagian mana. Jangkaan saya, mungkin tiada lagi kesakitan. Tetapi jangkaan saya sungguh meleset apabila saya dapati kesakitan datang lagi. Kali ini saya tawaf kesana kemari. Saya sakit dan gelisah. Suami saya menasihati supaya duduk setempat. Di sofa saya terfikir kenapa saya sakit sangat, adakah sakit ini seperti sakit senggugut yang lega dari azab selepas saya berjaya membuang air besar. Fikiran begitu memberi tindakan spontan saya meneran secara tidak sengaja.
Lalu.... rasa panas, lembik dan besar melalui pintu keluar faraj. Sesuatu jatuh dan tertahan di permukaan tuala wanita. Saya pantas kebilik air dan melihat isinya. Ia seperti karung sebesar penumbuk bayi yang baru lahir. Saya panggil suami dan tunjukkan. Suami tidak terkata apa melainkan kesyukuran kepada Allah Taala. Hilang sakit yang saya tanggung.
Gambarannya seperti bergerigi. Saya cuba mencari objek seakan bayi tetapi tidak berjumpa .
Kalau ikutkan perasaan ingin tahu mahu saya gunting karung dan melihat apa isi didalam. Tetapi perasaan itu tersekat kerana rasa seriau dan juga rasa hormat akan sebahagian daripada tubuh badan saya yang gugur.

Kesudahannya suami menanam 'bayi' yang ditakdirkan gugur mengikut kebiasaan orang tua tua. Cerita ini tidak habis disini kerana selepas itu saya mengidap sakit keguguran pula.

No comments:

Post a Comment