Koleksi Gambar

Friday, December 27, 2013

Ucapan terima kasih

Sehelai baju yang saiznya kecil saya tukar setelah mendapat saiz yang sesuai. Warna dan corak atau jenis material sudah mendapat green light daripada suami. Memanglah selama ini secara rasminya dialah QC atau pegawai pengesahan bagi setiap pakaian saya. Mungkin setengah orang yang lain berfikir tak bebas memilih tetapi bagi saya ini lagi mudah kerana saya tidak perlu pening kepala membuat keputusan memilih corak, warna atau apa apa pun, hanya penat menerai sahaja.
Sampai di rumah dan selepas beberapa ketika ketika didapur saya teringat untuk mengucapkan terima kasih tetapi belum berkesempatan kerana terlupa. Tiba dihadapan ruang tamu suami bersuara
Suami: tak ucap terima kasih pun.....
Saya: terima kasih ye awak.... saya memang nak ucap terima kasih tadi tapi terlupa...

Sebenarnya dalam hubungan suami isteri pada pendapat saya kita haruslah ada perasaan ingin menghargai dan dihargai. Suami mengharapkan keperihatinannya dan pengorbanan dihargai isteri, dalam masa yang sama isteri pula janganlah lokek untuk menunjukkan rasa penghargaan. Biasakan menunjukkan perasaan menghargai kerana rewardnya selepas itu berbaloi baloi. Antaranya
1. Suami akan lebih suka memberi
2. Suami tidak berkira
3. Dapat pahala
4 . Menambah kasih sayang terhadap pasangan

Ilmu tentang rumahtangga terlalu luas. Bukanlah kekayaan menjadi sumber kebahagian sahaja tetapi sikap bertolak ansur, menghargai dan saling menghormati merupakan antara kunci kunci kebahagiaan.

Tetapi jangan hairanlah jika ada suami isteri yang malu untuk mempraktiskan kerana menganggap ini cara mereka asalkan hati masing masing tahu bahawa mereka menghargai tetapi tidak diluahkan. Terserah kepada keselesaan masing masing kerana manusia ini komplikated. Berbeza cara penerima, pemikiran , cara didikan dan juga pandangan.

Tetapi bagi saya dan suami, kami selesa menunjukkan kasih sayang dan penghargaan demi menjaga keharmonian hubungan.

No comments:

Post a Comment